28 July, 2010

Kongsi Emel- Kes Zina Bermasalah

Entry ini merupakan sambungan daripada entry yang lalu seperti link di bawah. Ia secara tidak langsung untuk lengkap melengkapi entry yang terdahulu.

Sila tekan disini

Kes Zina Bermasalah

Bagaimanapun dalam kes 'iddah bagi individu yang 'termengandung' akibat zina dan hukum si wanita ini berkahwin dengan lelaki samaada pasangan zinanya atau lelaki lain bagi menutup malunya dengan segera atau apa jua sebab lain.

Ulama berbeza pandangan dalam hal ini.

Mazhab Maliki, Syafie dan At-Thawry berpendapat bahawa tiada hukum 'IDDAH bagi wanita berzina. Menurut aliran mazhab ini, perbuatan berdosa dan haram seperti zina tidak akan diiktiraf, Hasilnya, tiada hukum boleh terbina di atas sesuatu yang tidak sah seperti zina. ( Rawdah at-Tolibin, 7/113 ; Bidayatul Mujtahid, ibn Rusyd, 2/21)

Pandangan ini juga diriwayatkan telah dipegang sebelumnya oleh beberapa sahabat Nabi yang utama seperti Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a , Umar Al-Khattab r.a dan Ali Bin Abi Talib r.a.

Ia berdasarkan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a :

Ertinya : "..penzina (muhsan) tidak lagi layak kepada sesuatu kecuali rejaman batu sehingga mati"

Dan juga sebuah lagi dalil iaitu :

Ertinya : Sesungguhnya perbuatan yang haram tidak akan mengharamkan yang halal ( iaitu perhubungan hasil zina tidak akan membawa sebarang kesan kepada hubungan semendaan) , sesungguhnya hanya akan menjadi haram kerana persemendaan jika dari nikah yang sah" ( Riwayat Ibn Majah, Al-Bayhaqi : As-Sayuti : Dhoif)

Hasil dari dalil-dalil itu, jelas bahawa zina yang haram tidak membawa sebarang hukum 'iddah, hanya nikah yang sah terdapat 'iddah. Justeru, perkahwinan penzina wanita yang sedang mengandung itu dengan pasangannya adalah sah menurut mazhab ini dan juga disepakati oleh Imam Abu Hanifah.

Lagi Displin Khas

Bagaimanapun, jika wanita penzina melakukan zina dengan ramai lelaki sehingga ia tidak pasti yang berada di dalam kandungannya adalah dari lelaki tertentu. Pernikahannya itu masih sah menurut seluruh mazhab yang telah disebutkan di atas tetapi dengan SYARAT : MEREKA TIDAK BOLEH BERSETUBUH SEHINGGALAH SI WANITA ITU TELAH BERSALIN!. Jika mereka bersetubuh, maka berdosalah mereka walaupun perkahwinan telah sah.

Ia berdasarkan sebuah hadith yang ertinya :

"Tidaklah halal bagi sesiapa yang beriman dengan Allah dan RasulNya, untuk menyiram benih kepada tanaman lelaki lain ( iaitu jika wanita sedang mengandungkan benih lelaki lain)" ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi : Hadith Hasan)

Sekiranya wanita itu berkahwin dengan satu-satunya lelaki dan pasti pula ia adalah benih lelaki tersebut. Di ketika itu, ia dibenarkan untuk bersama selepas pernikahan dan pernikahan itu juga sah.

Adapun berkenaan jawapan seorang imam yang disebar luaskan oleh orang ramai berikut :-

Sila buka di sini

Jawapan di atas juga ada benar sebahagiannya jika dilihat dari perspektif mazhab Hanbali dan beberapa ulama kontemporari, yang mana mereka mengiktiraf mengandung hasil zina boleh membawa hukum 'iddah, hasilnya, haram bernikah dengan wanita yang sedang 'iddah dan berlakulah segala satu macam kerumitan sebagaimana yang digambarkan dalam jawapan tuan imam ini.

Kesimpulan

Bagi saya jawapan yang lebih utuh dalam keadaan masyarakat yang amat bermasalah hari ini adalah sah pernikahan dengan syarat si pasangan bertawbat dan jika wanita itu berkahwin dengan pasangan yang bukannya pemilik benih kandungannya, wajiblah ia menjauhi wanita itu sehinggalah ia bersalin.

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman

Terima Kasih Syed Ali

23 July, 2010

Kongsi Emel- Kawan

Bacalah...

kawan tu bukan macam main FUTSAL.

Mula-mula kejar..dah dapat sepak..

kawan tu bkn mcm main SKATE.

Mula-mula gosok..lepas tu pijak...

kawan tu bukan mcm main RAGBI.

Mula-mula tangkap..dah dapat tendang..

kawan tu bukannya macam PAMPERS..

dah pakai, buang..

kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS.

Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.

kawan tu bukan macam PELANGI.

Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..

kawan tu bukan macam KERETA.

Rosak skit, jual.. ambik kereta baru..

kawan tu bukan macam CHIPSMORE..

kejap ade kejap takde..

kawan tu bukan macam BANK.

Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.

lagi.....kawan tu macam ape ye????

Haa..kawan tu macam AWAK LA. .

bila saya hantar mesej, awak akan baca mesej saya dengan teliti sampai habis.

Walau ape pun tanggapan orang tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yang sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kepada kawan-kawannya.. :)

Terima kasih Haniza atas kiriman emel yang menarik ini.

21 July, 2010

Kata-kata- kataku

"Kita boleh memberi seribu satu alasan kepada perkara yang kita suka dan berusaha mendapatkannya dan kita juga boleh memberi seribu satu alasan kepada perkara yang kita tidak suka dan menghindarinya! Begitu juga kita pada awalnya boleh memilih untuk menyukai dan tidak menyukai sesuatu. Tetapi janganlah memilih sesuatu yang menyalahi hukum dan kata hati kerana itulah yang akan membuat anda dibelenggu rasa resah dan bersalah akhirnya!"

20 July, 2010

Dia masih di situ




Aku pejamkan mata
Untuk melupakanmu
Setelah aku menyedari
Kau ada di hati ini
Bimbang dengan lara
yang bakal ditinggalkan

Detik berputar
Kubukakan mata
Dia di hati tidak jua hilang
Berlegar-legar di taman hati
Hidupnya semakin segar
Seakan kebal dengan penafianku

Kubukakan mata
untuk melihat sejauh mana kau telah pergi
namun aku keliru dan bisu
setelah kusedari kau tidak berganjak
dari tempatmu yang telah aku tinggalkan dahulu
walaupun seinci
malah kau makin hampir kepadaku
menyatakan keberadaanmu
dan aku mulai pasrah dengan ketentuanNya


Enchelah
Kuala Lumpur
Julai 2010


16 July, 2010

Jom Baca Buku - Posponiendo La Verdad

Posponiendo La Verdad Y Otros Poemas
Postponing Truth and Other Poems


This is my first encounter with the poetry of Baha Zain or Baharuddin Zainal, and the experience left me feeling rather edified. Overall, the verse (both the original and translated versions) is thoughtfully crafted with a great sensitivity for lyricism, and the effect is a musicality that echoes in the mind long after one has read the poems. Occasionally, the lines have the quality of a ghazal, and this is especially the case in poems which address the beloved/lover who is sometimes a woman, sometimes God. Baha’s literary preoccupations are varied. The poetry communicates a wide range of concerns, from social and political injustice to love, religion, culture, nature, and civilisation.

The tone of what can be rightly called his “protest” poems is always bold, forthright, urbane, and honest: Baha’s voice does not beat around the bush even as it exudes sympathy for the downtrodden and contempt for their oppressors. The persona is unequivocal in his condemnation of tyranny in all its forms.

-Agnes S.K. Yeow
University of Malaya, Malaysia

Posponiendo La Verdad Y Otros Poemas
Author: Bahazain
Publisher: Institut Terjemahan Negara Malaysia
Year of Publication: 2010
ISBN: 978-983-068-549-6
No of Pages: 223 pages
Prices: RM35.00 / RM40.00

15 July, 2010

Kursus ESQ akhirnya boleh dilaksanakan di Malaysia

Sejak heboh diperkatakan kebelakangan ini mengenai kursus anjuran ESQ yang dikatakan telah terpesong dari segi akidah dan syariah Islam. Semalam 14 Julai 2010 Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang memutuskan kursus itu boleh dilaksanakan di negara ini tetapi hendaklah dipantau oleh pengawasan panel syariah ESQ yang direstui oleh JAKIM.

Muzakarah juga meminta dibuat perubahan dan memperbetulkan segera fakta-fakta, kenyataan yang menimbulkan keraguan yang membawa kepada pengharaman oleh Mufti Wilayah Persekutuan.

Maka orang-orang ESQ bolehlah menarik nafas lega dan forum ESQ di internet yang begitu cemas dan kecoh dengan pengharaman tersebut bolehlah meninggalkan isu-isu dari diperdebatkan lagi.

Benda elok buat apa nak haram. Mana yang rasa tak baik tu tegur-tegurlah janganlah nak hentam terus haram. Bukankah Islam itu mengajar kita cara hidup yang baik dan sempurna jadi tindakan kita pun harus menunjukan perkara yang sama kepada perkara yang kita rasa tidak kena. Saya pernah hadiri beberapa kursus motivasi beberapa tahun yang lalu sebelum ini dan tidak selari dengan ajaran Islam.

Ada aktiviti yang memaksa pekerja lelaki mengusung-ngusung pekerja perempuan yang bukan muhrim. Masa kelam kabut itu macam-macam yang terpegang tapi tidak ada pantauan pun kenapa? Mungkin kursus itu tidak ada pengaruh. Selepas itu orang tidak bercakap mengenai kursus itu berbeza dengan ESQ. Sehingga anak-anak yang masuk sanggup menaja pula ahli keluarga untuk mengikuti kursus itu malah menasihati kawan-kawan dari institusi lain pula untuk mengikutinya. Yang tidak dibiaya oleh majikan sanggup mengeluarkan belanja sendiri untuk berkursus. Yang sihat datang bersahaja dan yang sakit datang berkerusi roda dan bertongkat. Begitulah penangan ESQ!

11 July, 2010

Derma Darah di ITNM





5 Julai 2010 bertempat di Tingkat 3, Wisma ITNM telah datang sekumpulan pekerja dari Tabung Darah Negara untuk menjalankan misi mendapatkan darah dari penderma-penderma darah sekitar Wangsa Maju.

Walaupun demikian terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi. Anda boleh klik disini untuk mengetahuinya. Sayang sekali aku yang selalu menjalani rawatan akupuntur oleh yang demikian telah tercicir dari senarai penderma yang layak.

Dipaparkan foto sekitar hari tersebut. Tahniah kepada penderma ITNM!


Penderma Puan Hasnafidah dan Cik Syidah Ayub sedang disedut darahnya!




Cik Farhana dan Cik Saraswathy sedang menjawab beberapa soalan sebelum menderma.

10 July, 2010

ESQ- Halam?

Kali pertama aku mendapat berita ESQ diharamkan terkejut juga. Yalah aku salah seorang pesertanya untuk kumpulan ke 28 Kuala Lumpur. Jauh di sudut hati terkilan dengan kenyataan itu yang mungkin dibuat terburu-buru. Mungkin orang yang mengharamkannya tidak pernah mengikuti kursus ESQ itu. Tetapi hati aku tenang saja. Biarlah jangan terburu-buru melepaskan emosi kerana selalunya dalam keadaan terburu-buru dan kalut itu kita akan membuat kesilapan malah banyak kesilapan demi kesilapan.

Aku diemelkan berita dari kawan-kawan tentang pengharaman oleh Mufti wilayah persekutuan tentang pengharaman yang diwarakan itu. tidak berapa hari aku dapat pula emel kenyataan balas dari panel syariah ESQ yang terdiri dari bekas mufti Kedah, Johor, bekas Mufti Wilayah Persekutuan dan beberapa orang lagi yang berwibawa mengatakan kandungan , ajaran pegangan atau pendekatan ESQ tidak menyelewengan. Dan menafikan segala dakwaan yang membawa kepada pengharamannya.
Hari ini saya menerima sms dari pihak ESQ menyatakan dalam Sinar Harian 10 Julai 2010 terdapat berita terkini sebanyak 5 muka surat berkaitan tuduhan terhadap ESQ. Jika anda merasakan musykil dengan ESQ bolehlah layari di halaman ini http://esqlc165.blogspot.com untuk keterangan lanjut. Terdapat juga kenyataan video oleh mufti Perak mengenai ESQ!
Aku teringat kata-kata penceraman Dato' Ismail Kamus mengenai perang Haram Halal dahulu mengenai satu isu. Akhirnya kerana pening kepala tak tahu haram ek halal jadilah ia halam.

04 July, 2010

Puisi- Tercakar




Memang kau bukan yang pertama
hadir di taman hatiku
kita kenal dan mesra
kita lalui kekosongan yang ada bersama
kadang kala sahaja
kerana kita sama-sama ada pilihan
tetapi waktu yang bersama itulah
yang indah kita rasakan
sehingga memaksa aku
melupakan kekeliruan yang hadir
di benak ini
agar hubungi ini terus murni

dan diredai Ilahi


namun hari ini

aku begitu kecewa
bila kau memilih untuk berdusta
setelah aku mula mengenalimu
sebagai permata yang sedang bersinar
mungkin kau merasa ia langkah yang bijak
agar hatiku tidak terguris
hakikatnya aku sangat tercedera
umpama yang tercakar dibasahi cuka
dan aku terapung di awanan
mengapai pada ruang yang luas tak bertepi
tanpa tempat berpaut lagi
terasa semua palsu selama ini
semuanya kerana hadirnya


Dewakayangan
Julai 2010

03 July, 2010

Anda dan kesan ilusi


Lihatlah pada titik kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan pandangan anda pada dinding kosong. Lihatlah keajaibannya. Subhanallah. Rasa sangat kagum dengan ilusi mata kurniaanNya ini.

Terima kasih Mohd Salmi