Showing posts with label *Apa Kata Dia. Show all posts
Showing posts with label *Apa Kata Dia. Show all posts

04 January, 2010

Hidayah Norhidayah




Sekilas pagi ini apabila melalui kaunter Khidmat Pelanggan aku seperti mahu terus berborak lama-lama dengannya. Dia bukan orang baru tetapi berimej baru. Apa lagi nak menyakatlah kerjaku. Walau bagaimanapun aku harus mengecapjari tanda kehadiran dahulu baru boleh nak menyakat.

Benarkah apa yang kulihat ini?
Iya.
Tahniah.
Hihii...
(Soalan cepumas) Mengapa pakai tudung hari ini. Mimpi apa semalam?
Tak adalah. Saja Azam baru. Lagipun nak berubah jadi baik.
Kenapa kau selama ni tak baik ke?
Hahaha...tak adalah nak berubah jadi sopan.
kenapa kau selama ni tak sopan ke?
(ketawa lagi) hahaha...hihi nak kurangkan yang tak sopan. Tutup apa yang tak baik.
Kenapa selama ini ada yang tak baik tak ditutup ke?
(ketawa lagi seperti tak kuasa nak melayan soalan)...Amboi, amboi, amboi.
Sampai bila ni bertahan?
Sampai bila-bila InsyaAllah. Sama-samalah doakan ya
Mudah-mudahan. Nasihat kepada kawan-kawan yang lain?
(gelak lagi) Ajak Ramai-ramai..
Apa azam tahun Baru?
Nak kurus. Tapi tak nak la kurus sangat sampai angin tiup boleh terbang...janji pakai kebaya boleh nampak shape..hahaha

Tahniah Nurhidayah semoga kau menjadi ikutan yang lain-lain lagi. Gila-gila tetap gila-gilakan tetapi namun apa yang perlu dijaga dan diberi batasan harus dilaksanakan.

22 September, 2009

Yana Cerita Raya dan Kahwin




Lama betul tak interview mangsa untuk ruangan ini. Bukan apa kekangan masa. Dalam kepala macam-macam yang ada. Kali ini mangsa yang kena tak jauh jiran sebelah stesen kerja saya di ITNM Nur Liyana Baharum. Saya panggil dia Yana je. Baru je kahwin. Jom baca dia nak cerita apa.

Persediaan menyambut hari raya bagaimana tahun ini?

Uihhhhhhh raya tahun lepas lagi dah sediakan semua dah…rayakan hari2 beraya bagi saya je..

Tentu ada perbezaan raya tahun ini. Boleh kongsi dengan pembaca?
beza tak der kot sebab kemenangan berpihak kepada saya, beraya di kampung saya dulu …walaupun saya anak jati KL Yahoooooooo……..so takder beza pun memang macam tu dari dulu…

Sudah ada perancangan beraya di mana?
Perancangan tak der lagi rasanya, walaupun katanya beraya di kampung saya dulu tapi kata putus dari saya masih belum dibuat huhuhu So tak pikir pun....raya kat mane2 pun boleh sama jer…

Kehidupan sebelum dan selepas menemui pasangan hidup?
Sebelum tu solo sekarang pi mana2 dah berdua dan yang penting dah ada BODYGUARD eheheheh best kawin bro wa cakap sama lu…So ape lagi kawin lah bro…nak colon2nye wa ble carikan lalalalalal……

Kalau tidak menjadi rahsia bagaimana perkenalan (dengan suami) bermula?
Kena cite gak ker??????? Malu ahhhhhhh…….

Kalau nak cite pe salahnye?
Kalau wa cakap tak nak cite camner…AHHHHHHHHHH………..!!!!!!

Adakah hari raya tahun ini lebih bahagia dan meriah?
Bahagia tapiiiiiiiiiiiiiii……Tak meriah dah coz parents cakap da kawin tak boleh dapat duit raya lagi daaa…Lagi sedihnye….

Ye lah dah kawin anda dah jadi pihak yang memberi pulak. Dah banyak sediakan duit raya ke hehe?
Ape plak tak bersedianye...boleh jer..tapi beri sampul kosong jelah hihihihi…

Pengalaman hari raya yang tidak dapat dilupakan?
Apa ek…hmmmm……. Har ada2…wa dapat duit raya rm3,000.00 ..best gile wa cakap masa tu..

Boleh kasi tau sape kasi?
Compemlah yang bagi tu orang yang bagi duit raya tu..apamacm paham jawapan ni...wa pun tak paham apa wa cakap wakakakak

Buat apa dengan duit raya tu?
Alamak…tak ingat pulak wat pe, tau2 dah habis je tapi rasanya tambah duit beli umah

Selalunya apa makanan keluarga di pagi raya?
Apa tanya pasal makan ni pose2…huh…makruh tu…

Tanya takpe la.. kedekut lah ko nih…Macam saya makan nasi dagang!
Wa tak tanya lu pun bro makan ape… huhuhu…
Eh orang peramah dia tak tunggu soalan...Soalan akan datang kemudian.

Nasihat saudari kepada yang memandu dan pulang berhari raya di kampung?
Drive jangan ikut kepala sendiri (ikut kepala orang lain ke?) macam korang sorang jer yang bayar cukai jalan…Ingatlah orang tersayang yang sedang menanti kepulangan korang..Biarlah dorang menyambut kepulangan korang dengan kegembiraan, jangan jenazah korang yang akan disambut pulak..lagipun rugi bro da beli baju raya banyak pastu tak dapat pakai masa beraya kena pulak pakai baju spital huhuhu sape nak jawap tu??????????

Ucapan selamat hari raya?
Nak ucap selamat hari raya kepada semualah yang rasa2 kenal wa @ rasa nak kenal wa…J minta maap kalau ada salah silap yang xsengaja @ disengajakan..Terutama untuk lu brooo…. Maap ye…. Adios….

Terima kasih daun keladi. Saya juga sekali lagi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin serta Selamat Pengantin Baru semoga jodoh anda berpanjangan.

30 March, 2009

Apa Kata Dia - Fuad

Sudah lama tidak menemuramah kenalan di sini. Ada yang kesibukan tak sempat nak menjawab dan ada yang belum tiba masa untuk di temuramah lagi. Kali ini giliran Sdr. Fuad.

Salam Apa Khabar?
KHABAR BAIK.

Nama Penuh
MOHD FUAD ABDUL HAMID

Bekerja di mana dan sudah berapa lama?
KWSP SELAMA 16 TAHUN

Ruang lingkup tugas saudara?
BAHAGIAN PENGUATKUASAAN BAGI MEMASTIKAN MAJIKAN MEMATUHI AKTA KWSP DIMANA MAJIKAN YANG BERDAFTAR DAN MEMPUNYAI PEKERJA DIWAJIBKAN MENCARUM KE KWSP

Bagaimana saudara menentukan apa yang saudara perlu lakukan setiap hari?
SEMAKAN AKAN DIBUAT KEATAS AKAUN MAJIKAN SETIAP HARI MELALUI KOMPUTER DAN MANA-MANA MAJIKAN YANG DIDAPATI TERTUNGGAK CARUMAN AKAN DIHUBUNGI BAGI MEMASTIKAN APAKAH MASALAH YANG MENYEBABKAN MAJIKAN TIDAK DAPAT MEMBUAT PEMBAYARAN DALAM MASA YANG DITETAPKAN. SELAIN DARI ITU, SETIAP PEGAWAI PENGUATKUASA PERLU MENYEMAK ‘ LIST OF ASSIGNMENT ‘ YANG TELAH DIRUJUK KEPADA BELIAU UNTUK DISELESAIKAN.

Apakah bentuk tindakan yang dikenakan kepada Majikan yang engkar membuat caruman pekerjanya?
MANA-MANA MAJIKAN YANG DIDAPATI TERTUNGGAK AKAN DILAWATI DAN REKOD GAJI PEKERJA AKAN DIAMBIL UNTUK DIBUAT TAKSIRAN. MAJIKAN YANG GAGAL MEMBAYAR JUMLAH TAKSIRAN TERSEBUT DALAM MASA YANG DITETAPKAN AKAN DIRUJUK UNTUK DIAMBIL TINDAKAN PENDAKWAAN,.

Secara keseluruhannya pada pandangan saudara sikap majikan Malaysia terhadap arahan caruman pekerja adakah memuaskan. Apakah perlu diwujudkan peraturan baru atau diperbaiki peraturan yang sedia ada bagi menjamin semua arahan dipatuhi demi kebaikan pekerja?
SECARA KESELURUHANNYA JUMLAH MAJIKAN YANG GAGAL MENCARUM KE KWSP ADALAH DITAHAP YANG RENDAH DIMANA HANYA KURANG 10% DARIPADA JUMLAH MAJIKAN YANG BERDAFTAR DIDAPATI GAGAL MEMBUAT CARUMAN DALAM MASA YANG DITETAPKAN. PERATURAN YANG SEDIA ADA SUDAH MENCUKUPI CUMA SIKAP MAJIKAN SAHAJA YANG KURANG PEKA TERHADAP PERATURAN KWSP YANG MEMBUATKAN MEREKA KADANGKALA LALAI DALAM MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB MEREKA.

Masalah utama anda dalam menjalankan tugas ini?
MASALAH UTAMA ADALAH SIKAP MAJIKAN ITU SENDIRI DIMANA ADA SESETENGAH MAJIKAN YANG ENGGAN MEMBERI KERJASAMA SEMASA LAWATAN PENGUATKUASAAN DILAKUKAN KEATAS PREMIS MEREKA. ADA SESETENGAH MAJIKAN YANG ENGGAN MENYERAHKAN DOKUMEN SEPERTI REKOD GAJI PEKERJA APABILA DIMINTA BERBUAT DEMIKIAN.

Adakah semua majikan diwajib mencarum dan adakah caruman ini berdasarkan bentuk pekerjaan atau taraf pemaustatin pekerja?
SETIAP MAJIKAN YANG MEMPUNYAI PEKERJA DALAM APA JUA SEKTOR PEKERJAAN ADALAH DIWAJIBKAN MENCARUM TIDAK KIRA SAMADA PEKERJA YANG DIAMBIL SECARA TETAP, KONTRAK, SEMENTARA ATAU SAMBILAN. PENGECUALIAN HANYA DIBUAT KEATAS PEKERJA ASING DIMANA MEREKA BOLEH MEMILIH UNTUK MENCARUM KE KWSP.

Adakah caruman yang kita amalkan mencukupi untuk menjamin masa depan pekerja?Kerana kita lihat ramai pekerja yang pencen masih melakukan pekerjaan untuk menyara hidup mereka.
CARUMAN KWSP ADALAH BERDASARKAN KEPADA JUMLAH GAJI YANG DITERIMA OLEH PEKERJA. MEMANG TIDAK DAPAT DINAFIKAN TERDAPAT SEBAHAGIAN AHLI KWSP YANG TIDAK MEMPUNYAI SIMPANAN YANG MENCUKUPI APABILA TELAH BERSARA TETAPI KWSP SEDAYA UPAYA MEMASTIKAN SETIAP CARUMAN PEKERJA YANG DITERIMA MENDAPAT PULANGAN YANG SEWAJARYA UNTUK BEKALAN DIHARI TUA. OLEH YANG DEMIKIAN KWSP SENTIASA MEMPERKENALKAN SKIM-SKIM TERTENTU UNTUK MENINGKATKAN TABUNGAN AHLI CONTOHNYA SKIM PELABURAN KE UNIT AMANAH TERTENTU. SELAIN DARIPADA ITU, MULAI 1 FEB 2008 KWSP MELANJUTKAN TEMPOH TANGGUNGAN MENCARUM KEPADA PEKERJA DAN MAJIKAN DARIPADA 55 TAHUN KEPADA 75 TAHUN.
DIBAWAH INISIATIF TERBARU INI JUGA IALAH PELAKSANAAN SIMPANAN ASAS IAITU SEJUMLAH SIMPANAN DIDALAM AKAUN 1 YANG DITETAPKAN MENGIKUT UMUR BAGI MEMBOLEHKAN AHLI MEMPEROLEHI SIMPANAN MINIMUM RM 120,000.00 KETIKA UMUR 55 TAHUN. DENGAN PEMBAHARUAN INI AHLI DIBENARKAN MELABUR TIDAK LEBIH DARIPADA 20 % DRP SIMPANAN DIDALAM AKAUN 1 YANG MELEBIHI SIMPANAN ASAS MENERUSI INSTITUSI PELABURAN YANG DILULUSKAN. DENGAN INI KWSP BERHARAP SIMPANAN AHLI AKAN DAPAT MENAMPUNG KEHIDUPAN DI HARI TUA KELAK. AHLI BOLEH MELAYARI LAMAN WEB KWSP IAITU http://www.kwsp.gov.my/ UNTUK MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT AKAN SKIM-SKIM TERTENTU.

Adakah bentuk pelaburan di unit trust menggunakan wang KWSP ini baik untuk memperbaiki dan memperkukuh tabungan pekerja?
SEBAGAIMANA YANG SEDIA MAKLUM KWSP SENTIASA MEMPERKENALKAN SKIM-SKIM TERTENTU BAGI MEMASTIKAN SIMPANAN AHLI BERTAMBAH DAN MENCUKUPI UNTUK BEKALAN SELEPAS PERSARAAN. PELABURAN DIUNIT-UNIT AMANAH SEDIKIT SEBANYAK BOLEH MEMBANTU DALAM MENINGKATKAN SIMPANAN AHLI DALAM JANGKAMASA PANJANG. OLEH YANG DEMIKIAN AHLI PERLU BIJAK MEMILIH MANA-MANA INSTITUSI PELABURAN AMANAH YANG DILULUSKAN OLEH KWSP UNTUK MEMBUAT PELABURAN.

Terima Kasih.
SAMA-SAMA

10 November, 2008

Apa Kata Dia - Zanny Ishak

Syawal telahpun menginjak mari kita berkongsi cerita apabila Hari Raya tiba setiap tahun. Ramai yang menjalankan bisness sambilan.


Bila bercakap soal menjalankan bisness cookies tentu sahaja di dalam kepala kita mengaitkan bidang ini dengan wanita. Tapi pendapat itu kadang kala tidak benar.




Assalamualaikum.
Waalaikummusalam

Nama? Zanny Ishak

Musim Perayaan mendatangkan Rezeki?
Benar sekali.

Apakah benar bagi saudara?
Alhamdulillah dapatlah duit raya tambahan untuk anak2 buat yang sentiasa berlari menadah habuan raya.

Tidakkah kerja sambilan mengganggu kerja hakiki saudara?
Kenalah pandai menguruskan masa. Setiap usaha ada jalannya.

Bagaimana saudara melakukannya?
Kerja-kerja sampingan di buat di luar waktu kerja. Terutama waktu malam dan di hujung minggu.

Bisness apa?
Tempahan untuk kuih di musim Raya sahaja.

Apakah jenis2 cookies yang saudara sediakan?
Tart nenas gulung

Jenis apa yang paling digemari?
Saya Cuma fokus pada tart nenas gulung sahaja.

Siapa pelanggan saudara?
Rakan pejabat, kenalan rapat dan saudara mara.

Berapa banyak tempahan selalunya dan berapa pula keupayaan saudara memenuhi kehendak pelanggan setiap hari?
Setakat ini rekod yg paling banyak pada tahun 2007 sebanyak 7 ribu keeping. Buat tahun 2008 Cuma 4ribu keeping. Saya hadkan tempahan utk mengawal mutu tart dan juga mutu perkhidmatan. Memandangkan waktu membuat tart terhad, saya Cuma berupaya sediakan sebanyak 300 biji selama 4 jam.

Kenaikan harga barang meningkatkan harga jualan. Bagaimana dengan jumlah tempahan adakah ia memberi kesan?
Tidak dinafikan kenaikan mendadak harga barang terutama Butter amat ketara. Tapi harga tart saya juga dipengaruhi niat untuk membantu kawan2 yg hanya pandai tunjuk2 jer. Jadi harga amatlah berpatutuan Cuma RM16.00 utk 50keping atau 1 balang.

Tidakkah mahu menjadikan bidang ini sebagai pendapatan utama jika ianya betul2 menguntungkan?
Setakat ini belum ada perancangan utk komersialkan Cuma sekadar hobi dan menjadikannya tart eksklusif di hari raya sahaja.

Kenaikan harga minyak menyebabkan harga barang naik tetapi penurunan harga minyak kurang memberi kesan berbanding kenaikannya. Apa pendapat saudara?
Ada benarnya kerana penurunan harga minyak tidak sama sekali mempengaruhi kenaikan kos perkhidmatan dan kos pengurusan.

Gambar cuma hiasan.

Terima Kasih
Sama-sama

27 October, 2008

Apa Kata Dia - Shukri Shukor


Salam Apa khabar?
Lama tak jumpa. Dulu saudara ni bekerja sebumbung dengan kita buat IT.

Sekarang bagaimana?
Sekarang pun dalam bidang IT dan Telekomunikasi

Minat ngan IT?
Ya

Sekarang kerja di mana?
TeleDynamics Sdn Bhd

Kalau cakap pasal IT orang banyak yang blur. Macam susah sangat IT tu, betul ke susah?
Tak semua susah sebab kalau tahu konsep semuanya senang. Saya percaya semua bidang pasti berkembang begitu juga IT.

Apa masalahnya dalam bidang IT ni dan cabarannya?
Setahu saya perkembangan IT didalam Negara kita ni agak perlahan sedikit berbanding Negara maju lain. Ini disebabkan kemudahan yang disediakan kerajaan kini agak terhad. Jadi untuk bersaing dengan Negara luar kita terpaksalah berusaha sikit utk mendalami nya melalui rangkaian internet.

Ketika melalui laluan ke bangi, serdang saya lihat ada tanda Lebuh silicon. Apa itu lebuh silicon dan apakah ia masih ujud atau sekadar perancangan yang terbengkalai di sana?
Tak pasti

Sepanjang karier saudara bekerja dalam bidang ini apa keseronokannya dan saat yang sukar untuk di lalui?
Yang seronoknya ialah jika dapat menyelesaikan semua permintaan pelanggan dapat dipenuhi. yang tak seronoknya ketika menyelesaikan masalah berdasarkan teori tetapi tidak mengikut kehendak yang ingin dicapai.

Dijangkakan pada masa hadapan akan terjadi lambakan graduan dalam bidang ini kerana banyak IPTA dan IPTS yang menyediakan kursus ini. Apa pandangan saudara?
Pada pandangan patik, ini adalah satu persaingan yang sihat kerana mungkin untuk kedua 2 institusi ini dapat melahirkan pakar-pakar atau pencipta yang lebih kreatif dalam bidang IT yang boleh digunakan untuk semua lapisan kaum pada masa hadapan.

Okey terima kasih.
Sama-sama.

05 October, 2008

Apa Kata Dia- Abd Khalil Zalmi Kamarazaman

Telah lama saya menyimpan hasrat untuk menemubual Sdr. Khalil kerana persamaan wajahnya dengan Pengarah Urusan yang kelima En Shaharuddin Ali. Tapi kerana kesibukan waktu rancangan itu selalu tertunda. Kini tibalah masanya untuk kita mengikuti temu bual itu Rupanya Sdr. Khalil ni kuat loyar buruk, orang tanya sepatah dia jawab pun sepatah. (Petunjuk gambar Sdr. Khalil sebelah kiri)

Salam, Nak tanya sikit. Perasaan anda bila orang cakap rupa sama dengan MD yang lepas?
Perasaan macam jadi perasan lak.

Lepas tgk gambar MD adakah awak rasa persamaan itu?
Ade le sikittt

Adakah awak sengaja botoxkan rupa awak supaya sama dengan MD?
Tulen bangggg…… sumpah…..

Kelebihan persamaan itu adakah membantu anda bekerja di sini?
Agaknyee lee. Tu yg En Razin ambil kot. (perasan le tu)

Awak rasa sapa lagi hensem..hehe?
Tentu le saya. Tak caya, Tanya org umah saya dan sedare-sedara saya

Siapa org pertama yang mengata awak sama dengan En.Shali(Shaharuddin Ali)?
Kak Ati MD. Dia rindu kat mantan MD dulu kot.

Ada apa pertalian darah ke dengan MD lepas?
Sama-sama ada darah. Tp darah kami takde tali.

Terima kasih kerana sudi bekerjasama.
Kalau ada ape-ape soalan lagi, boleh tanya kat loyar saya.
No camera please.. no camera.. and no komen

23 September, 2008

Apa Kata Dia - Saiful Annuar Baharim




Memandangkan minggu hadapan semua akan cuti berhari raya maka sunyi dan sepilah jalanraya dan juga alam siber ini. Jadi ruangan Apa Kata Dia akan membawa kita satu lagi temu bual sebelum semuanya melupakan buat sementara blog ini. Kali ini dengan Saiful staf ITNM yang dah lama saya nak jumpa tapi tiada berkesempatan dengan cerita puasa dan raya. Kalau nak tau dia ni suami kepada Atie AF1. Saya ni kira peminat totok AF dulu-dulu.



Assalamualaikum
Waalaikumsalam…

Apa Khabar?
Sihat, Alhamdulillah…

Pertama sekali nak tanya kenapa ubah fesyen rambut? Yang dulu tu tak hensem ke?
Fesyen rambut ni memang sentiasa diubah…ikut perkembangan & rasa…pernah panjang, pendek, botak, rambut tegak kat tengah & mcm-mcm lagi…bukan pasal tak hemsem, lagipun dah nak raya kan…tak best pulak botak, mcm gengster raya pulak nanti… he he

Dengar cerita kerja sambil belajar, masalahnya apa ?
Ya, siang saya kerja…malam study kat UiTM Shah Alam, dalam 3 hingga 4 kali seminggu…mula-mula terasa jugak sakit badan, letih, demam pun pernah..pasal lepas kerja terus kena gerak ke Shah Alam..redah jem lagi huh….balik pulak sampai kat rumah dalam pukul 10 – 11 malam, tapi lama-lama biasa dah.. sampaikan masa semester break tu jadi boring pulak, banyak masa free

Ambil course apa, di mana dan jangkamasa kursus?
Ambil course Ijazah Perakaunan di UiTM Shah Alam dan jangkamasa belajar ni sepatutnya habis dalam 2 ½ tahun paling minimum…tp rase2 mcm 3 tahun je pasal ade terpaksa drop paper sebab tekanan masa dan kesusahan subjek…

Adakah dia berkaitan dengan kerja?
Sangat berkaitan…sebab tu sambung belajar lagi, sambil belajar ni ilmu yang dapat masa belajar tu pun dah boleh pakai terus untuk kerja…memang memudahkan kerja jugak kadang-kadang…

Bagaimana dengan puasa Tahun ini, dulu bujang sekarang dah jadi suami?
Best jugak…cakap je nak makan ape…kalau isteri free conform dia bikin punye…kadang-kadang makan berbuka sama-sama kat luar pun seronok jugak…memang rase lain lah…

Apa yang menyeronokkan (puasa tahun ini)?
Beramal ibadahlah yang seronok, walau tak banyak pun tapi seronok jugak..yelah syaitan kene ikat, jadi godaan tu kurang skit..he he & memenuhi jemputan berbuka puasa dengan isteri pun banyak jugak…seronok sebab dapat makan free & sedap he he…

Sebelum ini beraya takde masalah kerana balik rumah orang tua.Sekarang dah berdua bagaimana giliran raya?
Bab beraya kat mana ni sebelum kahwin dah discuss dah…oleh kerana raya haji tahun lepas kat kampung isteri, jadi raya aidilfitri tahun ni balik kampung saya ler…& ini akan digilir-gilir dari tahun ke tahun…

Kampung anda di mana?
Kampung saya di Kuala Selangor, Selangor.. & isteri di Janda Baik, Pahang…

Persiapan raya bagaimana Baju dan kuih raya. Tentu peminat akan serbu rumah ni?
Baju raya dah siap dah..warna ungu paling lawa di dunia, kuih raya yang beli dah order kat En Jasmin & kerepek dah order kat Kak Fau…yang buat punye start Khamis ni 25hb Sept…peminat isteri takde serbu rumah kot…dia ni low profile sikit…jadi tak risaulah nak kene buat persiapan lain…peminat pun member-member yang berminat nak datang rumah kita orang jelah kot…jangan tak datang ye, especially che lah…he he

Kahwin celebriti boleh kongsi bagaimana jumpa Atie?
Kenal masa belajar kau UiTM dulu…first jumpe masa Atie tengah buat teater…pastu kebetulan pulak kita orang jadi pelakon tambahan untuk assignment member…pastu calling2 jadi kawan…pastu jadi boyfriend girlfriend…pastu jadi suami isteri pulak…semoga sampailah ke cucu cicit hendaknye…

Anda tiada masalah Atie terus bergiat dalam seni dan sampai bila?
Seni ni dia punye profession…tak jadi masalah pun…cume harap dia akan develop diri dia dari jadi pelakon & penyanyi kepada bidang pensyarahan seni or pengarahan maybe and hopefully

Tempias glamor tentu dirasakan juga bila kahwin artis anda bagaimana. Boleh cerita pengalaman anda atau anda seorang yang low profil?
Setakat ni biasanye follow dia pegi jemputan majlis or buat fotoshoot…takdelah kejar glamor, kalau orang jemput kite kene datang…lagi pun profesion isteri perlukan publisiti…tapi takdelah sampai mencari-cari glamor…saya still anggap yang kami ni low profile sahaja…hidup sebagai suami isteri yang biasa…


Ucapan hari raya anda?

Saya dan Isteri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kenalan yang mengenali kami…juga di hari dan bulan yang mulia ini saya dan isteri ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa, terusik sampai terasa, terlanggar sampai cedera…kerana kami hanya manusia biasa, tak lari dari kesilapan dan dosa…(macam pantunlah pulak he he) harap dapatlah dibuang yang keruh dan diambil yang jernih…semoga bergembira di hari raya ini dan harapan mendapat lembaran yang istimewa kepada semua…

Terima kasih.
Sama-sama & terima kasih juga kat che lah…Wassalam…

21 September, 2008

Apa Kata Dia - Jefri Haji Bujang

Kawan lama. Yang kalau jumpa tak reti nak berhenti bercakap. Tidurpun masih bercakap. Kalau lelap je dia tak bercakap. Terima kasih kerana sudi berkongsi di sini.

Nama Saudara?
Jefrey Hj Bujang

Apa Khabar?
Sihat walafiat, alhamdulillah


Bagaimana puasa tahun ini?
Tahun ni kurang letih dan dahaga sebab kat Kuching tiap2 petang hujan.

Kerja di Bulan puasa bagaimana?Masih mengendalikan kelas memasak?
Bekerja di sektor pelancongan ni, business di musim puasa agak perlahan. Ye lah siapa nak traveling kan . Kecuali membawa kumpulan pelancong dari Semenanjung bershopping di sini. Menakjubkan begitu ramai mereka turun tiap2 hujung minggu untuk beli kek lapis dan pergi ke Serikin ( sempadan Sarawak / Indonesia ) untuk shopping raya. Nak tahu cerita lanjut, lurusi blog saya.

Kelas memasak, di bulan puasa ni ada tak?
Yang terakhir bulan Ogos lepas.

Kenapa tidak menjadikan bidang masakan sebagai profesion?
Saya belajar memasak semasa menuntut di Jepun dulu semasa bekerja sambilan di Restoran Only Malaysia kepunyaan org Malaysia. Tetapi saya tak berminat untuk menjadikannya sebagai kerjaya kerana saya lebih cenderung kepada pengurusan hotel & agensi pelancongan. Boleh jumpa ramai orang. Kalau tukang masak terperok kat dapur je… hehehehe

Dan bagaimana persiapan hari raya tahun ini?
Persiapan macam tahun2 lepas. Tak semeriah masa arwah bapa masih hidup. Tapi Kek Lapis Sarawak tetap ada. Tahun ni tempah sampai 20 biji sbb nak hantar pada saudara2 di semenanjung.

Rutin anda di hari raya?
Selepas balik solat raya, kami sekeluarga akan berkumpul untuk sesi bermaafan. Uniknya adat bersalam melayu Sarawak, sambil duduk bersila ( lelaki ) & bersimpuh (perempuan) kami akan mencium tangan orang tua, disusuli dengan mencium kawasan lutut tanda hormat dan seterus nya mencium pipi. Begitulah bagi yang muda, adik2 akan membuat perlakuan yang sama terhadap abang2 dan kakak2 serta orang yang lebih tua dari mereka. Selepas itu sudah tentu ada sessi bergambar. Dan bermulalah kemeriahan menyambut tetamu hingga tengah malam.


Kuih buat sendiri?
Ya, kuih lapis kita buat sendiri dalam 4 jenis dan selebihnya di tempah.


Menu keluarga di pagi raya selalunya apa?
Yang paling special adalah kelupis. Kelupis adalah makanan tradisi org Melayu Sarawak. Ia seperti ketupat pulut tetapi berbentuk panjang. Ia dibungkus dengan daun kelapa muda. Rasa nya lemak dan sungguh sedap. Ia sesuai dimakan dengan kari, kuah kacang , rendang & serunding

Siapa yang menyediakan menu tersebut?
Biasanya kelupis, mak yang masak. Tetapi lauk2 lain saya dan adik2 bergotong royong membuatnya. Inilah meriahnya beraya dengan keluarga!

Kalau di Semenanjung yang popular untuk sambutan raya ialah Rendang, Lemang, Ketupat dan Sate bagaimana pula dengan di Sarawak ?
Semua tu sama sahaja, tetapi terdapat menu unik dari Sarawak iaitu Laksa Sarawak, Mee Kolok, Lemang berinti daging & ayam , Kelupis dan semestinya Kek Lapis Sarawak.

Kelainan orang di sini ( Sarawak ) menyambut hari raya?
Di Sarawak, konsep rumah terbuka telah diamalkan sejak zaman datuk moyang lagi. Tuan rumah menerima tetamu seawal 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam selama 7 hari berturut2. Sepanjang 7 hari, masyarakat melayu di sini seperti juga di Brunei akan memakai baju melayu & baju kurung semasa berziarah. Biasanya dalam satu hari kita boleh pergi lebih 10 buah rumah. Biasalah, budak2 akan turun naik ke semua rumah tanpa mengenali tuan rumah untuk mendapatkan duit raya.

Uniknya di Sarawak, rumah melayu turut dikunjungi oleh kaum2 lain ( di Sarawak ada 25 lebih kaum peribumi ). Biasanya kita menyediakan kuih muih serta minuman sepanjang 7 hari raya. Lauk pauk seperti Kari & rendang hanya dihidangkan pada hari pertama & kedua sahaja.

Satu lagi perkara unik disini ialah ada sesetengah kawan karib kita yang bukan beragama Islam akan memberi buah tangan sebelum hari raya seperti, telur , ayam hidup dan air minuman bergas kadang2 tu sampai 3 crate. Biasanya bahan2 ini untuk adalah untuk di masak untuk juadah hari raya. Begitu terserlahnya keharmonian masyarakat di sini.

Masyarakat Cina pula juga akan memberi Angpau kepada anak tuan rumah sebahgai tanda penrsaudaraan. Begitu juga sebaliknya di Hari Gawai Dayak dan Tahun Baru Cina, masyarakat Melayu akan memberi kek lapis kepada sahabat mereka sebagai balasan. Begitu unikkan?

Adat “bertuntung“ juga satu keistimewaan yang bermula di malam 7 likur hingga hari raya. Bertuntung adalah aktiviti memasang api pelita disepanjang jalan dikampung2. Setiap rumah akan menyumbang 10 hingga 30 biji pelita dan diletakkan di hadapan rumah .Ia akan bersambung dengan rumah2 jiran menyebabkan suasana kampung dipenuhi dengan cahaya pelita dan amat meriah sekali. Malah turut diadakan pertandingan antara kampung. Ada sesetengah kampung yang begitu kreatif dengan membuat Pintu Gerbang dari pelita di pintu masuk kampung masing2.


Peristiwa raya yang anda tidak boleh lupakan.
Tahun pertama tidak beraya dengan bapa yang meninggal dunia pada tahun 2007 dan beraya di dalam bilik kuliah semasa menuntut di Jepun.

Tahniah 14 September hari ulantahun anda tarikh itu sebenarnya sama dengan tarikh ulangtahun ITNM. Apa hadiah istimewa yang anda dapat?
Disebabkan hari jadi saya jatuh pada bulan Ramadan maka ianya disambut semasa berbuka puasa. Tiada apa yang istimewa sebagai hadiah tetapi puluhan sms dan panggilan telefon dari sahabat & saudara di seluruh Malaysia amat menyentuh hati saya kerana mereka ingat dengan tarikh lahir saya.


Harapan anda untuk raya tahun ini.
Semoga segala perancangan berjalan lancar, dan sedih sikit sebab adik tak balik kerana beraya dengan suami & anak2 di Banting, Selangor.

Ucapan anda?
Kesempatan ini saya ambil untuk mengucapkan selamat hari raya buat Enche Lah sekeluarga, semoga berbahagia di samping keluarga. Juga kepada teman2 lama semasa belajar di ITM, Shah Alam batch 1985/87, dan sahabat2 yang sama-sama belajar di Tokyo, Jepun batch 1988/1991, serta semua sahabat handai dan saudara di Semenanjung, Sabah & Sarawak, keluarga ayah di Singapura & keluarga ibu di Brunei Darussalam. Tidak lupa juga kepada saudara2 yang menetap di luar negara. Selamat Menyambut Aidil Fitri, Maaf, Dzahir & Batin.

14 September, 2008

Apa Kata Dia - Sudin Hamid



Kali ini juga kita berkesempatan untuk mengetahui bagaimana kehidupan seorang lagi perantau dari Malaysia di Doha, Qatar. Pengalaman hidup kita sentiasa berbeza

Apa Khabar?
Khabar baik, Alhamdulillah.

Nama saudara?
Boleh panggil Sudin saja (Sudin Hamid)

Sudah lama di Doha dan buat apa di sini?
Sempat lah pandai cakap arab 2, 3 patah. Dah masuk 2 tahun lebih sikit. Saya bekerja.

Bagaimana berpuasa di perantauan?
Boleh tahan banyaknya godaan . Antara godaan nya (ke cubaan?) panas dalam 45-50 darjah celcius. Godaan lain tak boleh cerita. Tapi kerja pukul 8am - 2pm je. So ada plus minus juga lah balik dulu sebelum buka.

Islam agama dan amalannya satu tetapi budaya masyarakat tentunya berbeza dalam menyambut Ramadan. Bagaimana keadaan bulan Ramadan di sana?
Orang Qatar yang saya kenal sorang je. Boss saya. Tu pun tak tau duduk mana dan macam mana rumah diaorg. Diaorg sini macam tengku-tengku kat Malaysia kita cuma orang suruhan. Yang datang kerja dari negara-negara Mesir, India, Pakistan, Filipina etc ramai lah. So kira budaya rojak lah juga.

Tak rindu dengan masakan tempatan di waktu berbuka?
Saya makan apa yang sedap so tak kisah sangat. Cuma kuih muih je ada miss sikit. Kawan kita ada 1 Melayu kat ofis duduk serumah dan pandai masak. Kalau teringin apa2 cakap je dia boleh buat.

Ada restoran yang menyediakan masakan Malaysia tak di sana?
Ada tapi tak pernah pegi (tau je lah kita ni anti-sosial dan takut orang kenal). Restoran Indon dekat rumah adalah pegi sekali2.

Amalan orang di sini ketika Ramadan?
Macam2. Maksiat pun orang buat juga tapi diam-diam (bukan kata dulang tau). Tapi takdelah orang berani makan tengah jalan macam kat Malaysia walaupun ramai yang bukan muslim. Masjid kira penuh juga waktu Terawih. Khemah untuk buka puasa banyak disediakan oleh badan2 tertentu seperti Rumah Zakat dsb (Malaysia ada juga Zakat tapi kemana agaknya duit tu???)

Waktu bekerja di sana?
Kebanyakannya habis kerja sebelum pukul 2 pm.

Pernah berhari raya di sini?
Kalau tak balik raya nanti emak kita tak bagi keluar negeri lagi tau. So kenalah dengar cakap emak kita. Sebab kita pun cayang emak kita juga.

Berapa lama saudara fakir boleh bertahan di negara orang. Adakah akan terus menetap di sini?
Selagi ada peluang kerja yang lebih sikit lumayan dari negara sendiri, dan ada benda-benda "menarik" kat sini mungkin tahan lah sampai janggut dah putih. (sekarang rambut je baru putih itu pun kena cat hitam selalu).

Hari raya ni balik ke Malaysia?
InsyaAllah. Mungkin utk 2 minggu.

Ucapan saudara untuk rakan2, saudara di Malaysia dan juga pembaca blog enche's
Perumpamaan "Hujan batu di negeri sendiri - hujan emas di negeri orang" tak boleh pakai kat sini sebab sini hujan 2, 3 kali setahun je. Selamat berpuasa. Berbuka dan berhari raya seadanya je tau. Jangan membazir. Kesian kat makanan tu kena reject.

Terima kasih
Sama-sama menjunjung kasih.

07 September, 2008

Apa Kata Dia - Ahmad Norly Makan2 Cafe




Jauh perjalanan luas pandangan itulah pepatah Melayu mengenai minda orang yang mengembara di luar dari tempat sendiri. Kali ini saya berjaya mendapatkan kerjasama rakan lama yang merantau di tempat orang- Australia kerana belajar dan bekerja sekaligus berkongsi pengalaman berpuasa dan bekerja di rantau orang.


Apa Khabar?
Khabar baik jeh.

Sudah lama di Perth?
Hampir sedekad dah.
Seronok di sini?
Seronok ada, sedih pun ada tapi adatlah kan kalau merantau...

Business apa ya?
Business macam2 dah buat selama di sini.. dulu jadi broker finance.. pastu bukak kedai makan.

Sambutannya bagaimana?
Mmmm.. Alhamdulillah sambutan baik di kalangan pelajar asia dan juga orang2 tempatan.

Tentu menarik jika dapat kita kongsi bersama pengalaman
berpuasa di sini?
Tidak semeriah di Malaysia...

Apa perbezaan ketara berpuasa di sini?
Sambutan ramadan hampir tiada, hanya kita yang berpuasa dapat merasakannya, kalau keluar keadaan sama seperti hari2 biasa... orang makan minum seperti biasa. Tiada lagu2 raya...tiada juadah2 berbuka puasa boleh dibeli...

Apakah jenis makanan yang saudara sediakan di Restoran Makan2 Cafe dan Makanan yang digemari di sini terutama ketika bulan ramadan?
Makanan nasi campur seperti nasi kandar, lemak dan beriani dengan lauk2 daging rendang, sambal ayam, kari ayam, kambing, tahu dan telur sambal jadi pilihan. Selain itu roti dari roti kosong hingga murtabak serta gorengan. Western pun ada, tbone steaks, chip dan lamb chops.

Siapa pelanggan utama Makan2 Cafe?
Pelajar asia dan golongan muda orang putih.

Adakah kualiti masakan/makanan yang disediakan sama seperti di Malaysia dan apakah masalah utama anda?
Kualiti sama seperti di Malaysia kerana orang kita yg masak... cuma bahan2 dipakai banyak yang frozen. Masalah utama.... susah nak cari pekerja mahir!

Berapa banyak restoran yang menyediakan makanan seperti ini di sini?
Mungkin dalam 3 atau 4 tapi hanya Makan2 Cafe buatan Malaysia... lain2 tu dari kepulauan Cocos.. Indonesia atau Singapura.

Waktu peniagaan anda sewaktu bulan Ramadan?
Sama aja... 12.00 tengah hari hingga 11.00 malam.

Jika ada warga Malaysia yang mahu ke Restoran anda bagaimana mereka ingin mencarinya.
Dialu-alukan. Layari makan2.com atau telefon +61894702333


Ucapan anda untuk seluruh warga Malasyia sempena puasa dan raya?
Malaysia boleh!!! Ok...ok. Untuk semua teman2 di Malaysia, saya dan juga krew2 di Makan2 Cafe, Perth ingin memohon Maaf Zahir dan Batin sempena bulan yang mulia ini... dan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua. Panjang umur kita jumpa lagi.

Terima Kasih
Sama-sama. Layarilah Makan2 Cafe di http://www.makan2.com/


Alamat Makan2 Cafe di Perth, Australia ialah: Makan2 Cafe 357 Albany HwyVictoria ParkWA 61009470 23339470 2333

01 September, 2008

Apa Kata Dia - Sdr. Munawar

Alhamdulillah Allah memanjangkan umur kita dan sempat kita bertemu Ramadan sekali lagi pada tahun ini. Insya Allah dalam langkah saya yang pendek ini, saya akan menggunakan apa yang ada untuk memenuhi ruangan ini. Kali ini teman siber saya dari Acheh Indonesia akan menceritakan sesuatu kepada anda.

Apa Khabar?
Alhamdulillah baik-baik saja.

Nama penuh saudara?
Abd. Munar, panggilan Munawar

Tinggal di mana?
Banda Aceh, propinsi Nanggroe Aceh Darussalam

Bagaimana kaum muslim menyambut kedatangan bulan Ramadan?
Kaum muslimin di Aceh menyambut Ramdhan dengan penuh suka cita, dengan mempersiapkan berbagai keperluan untuk menyambut bulan suci Ramadhan dan tentunya siap lahir dan bathin. Ada hal yang menarik khususnya di Aceh dan sudah menjadi tradisi menjelang satu hari Ramadhan ada yang namanya hari “Meugang” yaitu hari makan-makan enak, hari ini semua warga Aceh membeli daging baik sikaya maupun si miskin, apakah itu daging Sapi, Kerbau dan Kambing. Ini memang sudah menjadi tradisi turun-menurun.

Kalau di Malaysia kita ada pasar Ramadan yang menjual juadah berbuka puasa bagaimana di sana?
Ya sama seperti di Malaysia dan di manapun menjelang berbuka puasa di Aceh juga menjual berbagai penganan untuk berbuka puasa.

Makanan apa yang paling digemari ketika Ramadan?
Kalau di Aceh makanan yang paling digemari yaitu kanji rumbi atau semacam bubur ayam, makanan khas Aceh. Karena jika bukan bulan Ramadhan susah di dapat, dan sudah menjadi tradisi disetiap bulan Ramadhan di Surau atau Mesjid di Aceh selalu menyiapkan kanji Rumbi untuk bahan berbuka puasa.

Bagaimana dengan waktu bekerja di sana? Kerana di sini jika rata2 kebanyakan pekerjanya muslin majikan biasanya akan memendekkan waktu rehat dan mempercepatkan waktu pulang agar muslimin sempat pulang berbuka dengan selesa di rumah?
Pada bulan Ramadhan waktu kerja di Aceh di perlonggar, pulang lebih cepat dari pada hari-hari biasa, ya karena di Aceh mayoritas muslim, jadi mereka bisa menyiapkan makanan buka puasa bersama keluarga.

Adakah orang di Aceh gemar berbuka di luar? Maksud saya di Hotel atau ada acara dibuat sempena Ramadan berbuka di pejabat?
Ada juga orang Aceh yang berbuka puasa di luar, bahkan kita ada tradisi buka puasa bersama di surau-surau atau mesjid-mesjid di Aceh. Dan juga banyak lembaga baik dipemerintahan maupun lembaga swasta yang mengadakan buka puasa bersama, itu biasanya banyak di lakukan pada akhir-akhir Ramadhan.

Adakah saudara rasa kenaikan harga minyak memberi kesan terhadap cara berbuka puasa atau suasana berpuasa di sana.?
Memang kenaikan harga minyak berpengaruh dari sektor ekonomi, karena dengan kenaikan harga minyak tentunya diikuti dengan kenaikan kebutuhan yang lainnya. pengaruh terhadap puasa akibat kenaikan harga minyak tentu ada, tetapi karena kenaikan sudah beberapa bulan yang lalu, jadi orang-orang sudah bisa menyesuaikan diri.

Aceh sudah pulih dari Tsunami?
Alhamdulillah sekarang kami warga Aceh yang dilanda musibah Tsunami sudah bisa bangkit kembali berkat bantuan saudara-saudara kita dari seluruh dunia. Karena di Aceh pasca tsunami banyak NGO-NGO asing, badan PBB dan badan social lainnya yang menyalurkan bantuan dan membantu proses rehabilitasi dan rekontruksi Aceh. Juga di Aceh pasca tsunami dibentuknya badan yang melakukan rekontruksi dan rehabilitasi Aceh yaitu BRR NAD-Nias.

Sekilas balik tsunami Aceh.
Kalau kita melihat Aceh pasca tsunami rasanya sangat mustahil bisa pulih seperti saat ini. Kenapa saya bilang begitu, karena kerusakan yang di alami Aceh saat tsunami sangat parah, hampir sebagian pesisir Aceh porak-poranda. Rumah, Mesjid, sekolah, gedung-gedung pemerintahan dan jalan-jalan hancur dan bahkan ada sebagian perkampungan penduduk sudah menjadi laut. Korban jiwa dan harta tak terhitung.

Di samping itu banyak keajaiban-keajaiban dan kekuasaan Allah saat tsunami, banyak mesjid-mesjid yang berada tidak jauh dari pinggir pantai selamat, padahal rumah-rumah atau pun gedung-gedung disekelilingnya hanya tinggal puing-puing saja. banyak orang mengatakan saat tsunami rumah-rumah Allah bagaikan terangkat dari permukaan bumi, dan banyak keajaiban lainnya.

Banyak keluarga yang kehilangan sanak saudara, anak kehilangan ayah dan Ibu, suami kehilangan istri dan anak-anaknya. Banyak anak yatim piatu akibat tsunami dan juga banyak yang cacat akibat dan lain sebagainya. Tentunya banyak sekali duka dan suka akibat tsunami, insyaallah dengan kita punya keimanan yang kuat tentunya kami warga Aceh bisa menerimanya, karena semua yang ada di permukaan bumi ini hanya milik Allah semata.

Saya dan warga Malaysia sangat bersimpati dengan tragedi itu dan saya mendoakan agar kalian tabah menghadapi semuanya. Hingga kerana simpati itu suatu saat saya sanggup berulang alik saban malam berada di Ibu Pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (yang terletak di Jalan Ampang) iaitu pusat bantuan Tsunami untuk melakukan kerja-kerja sukarela manghantar bantuan ke Aceh. Bagaimana kehidupan mereka selepas Tsunami?
Kehidupan sudah mulai berjalan seperti sedia kala, dan kenapa harus kita sesali mengingat masa lalu, yang berlalu biarlah berlalu, dan mari kita menatap masa depan yang lebih baik dan semua kita serahkan kepada Allah SWT.

Sampaikan salam saya kepada semua kenalan dan saudara mara anda dan ucapan terima kasih dari saya kerana sudi melapangkan waktu.
Ok, terima kasih, juga salam saya untuk semua handai taulan dan keluarga anda di Malaysia, insyallah suatu saat saya bisa datang ke Malaya.

Selamat datang saya tunggu kedatangan anda dan jangan lupa lihat blog saya ya.
Sudah pernah lihat, sangat bagus…

24 August, 2008

Apa Kata Dia - Kamarudin Sanusi

Baru minggu lepas di blog ini ada berita mengenai pukau dan rompak dan ini adalah secara kebetulan saya ingin memaparkan cerita mengenai pengalaman seorang teman yang di rompak beberapa tahun yang lalu di sebuah kawasan perumahan di Setiawangsa.






Apa Khabar?
Alhamdulillah sihat

Saudara setuju kalau kita katakan jenayah rompakan tidak pernah akan padam dari kehidupan manusia?
Mungkin jugak

Apa yang menyebabkan manusia suka merompak, mencuri atau samun?
Mungkin atas desakan hidup atau mungkin juga ada yang suka mencuri kerana dah jadi suatu kesukaan yang dia pilih sendiri..a ah memang ada orang saja2 suka mencuri …ala ada member tu siap curi makan kononamik skit nak rasa buah anggur kat supermarket..benda kecik konon..tapi tu kan orang punya…tu ar orang tengok pada physical, size ….tapi lupa tengok pada prinsip nya… mencuri gak tuuuu..

Bagaimana pendapat saudara untuk mengurangkan jenayah ini dari terus berlaku/ Peranan siapa?
Peranan ibubapa yang mendidik dari bayi..peranan guru disekolah…peranan masyarakat yang amik tau sesame jiran..peranan ketua masyarakat..peranan ketua negara..

Pengalaman saudara dirompak?
Ermmmm sekitar 2001…

Bagaimana kejadian itu bermula?
Suatu petang sabtu di kedai photo kat Setiawangsa…waktu tu ana nak amik gambar yang dah dicuci…sambil tunggu staf pompuan amik gambar, ana tgk majalah foto di kaunter belakang…tetiba staf pompuan yg jaga kaunter phone/camera kat bahaginn depan berteriak…ABANG! ABANG! ABANG!
Ana yang tengah leka ngan majalah foto pun berpaling …….sebaik berpaling jek…ana berhadapan dengan 5 orang remaja lelaki …yang tengah menghunuskan parang panjang…2 di kiri dan 2 di kanan menunjukkan pisau potong daging….mereka menyergah ana .ABANG JANGAN CUBA BUAT APA2..
Waktu tu azan asar tengah berkumandang…ana betul betul terkejut dan kecut perut…. ana pun memang fobia ngan parang dari kecil dulu (zaman 70an ngan citer potong kepala) ana rasa lemah longlai dah..ana hanya membayangkan sekiranya itulah hari akhir dan cara akhir nyawa ana melayang…ana terpaksa terima… waktu yang sama tu juga la ana rasa hilang pudar segala2nya ….yang hadir hanya sebutan namaNya..ALLAH! ALLAH! ALLAH! Ana betul2 berserah apapun terjadi hanya DIA yang hadir…
Tiba2 dengan tak disedari ana melompat melintasi kaunter …seorang dari mereka mengejar ana dan mengugut nak cederakan ana dengan pisau…pada masa yang sama staf pompuan yang jaga kaunter phone/camera jatuh pengsan …keadaan menjadi kelam kabut…staf pompuan menjerit..ketua penyamun menjerit2 mengarahkan untuk segera mengambil apa yang boleh dicapai dan dimasukkan kedlm beg yang mereka dah sedia bawa…pada masa yang sama lak tu ada dua orang customer baru masuk ke dalam kedai ….keadaan bertambah panic dan kacau bilau..penyamun meragut dan mencapai phone dan camera dari kaunter dan wang dari cashier dan kelam kabut lari menuju sebuah keter kancil yang sedia menunggu di jalan depan dan mereka memecut pergi ….
Ana yang terpaku dan terkelujat hanya mampu melihat dan berdoa …

Adakah saudara mengenali mereka?
Of kos tak kenal..kalo kenal ana belasah lah…tapi yang ana kenalpasti mereka tu keturunan melayu…ya remaja melayu dalam lingkungan 20an….

Apa tindakan saudara?
Dalam keadaan yang tak sedia dan takut…ana takmampu melakukan tindakan selain ana hanya mampu mengingati DIA

Sempat berdoa tak dalam keadaan tu?
Ana hapus dari ingat selain DIA waktu itu..alhamdulillah

Ketika itu bagaimana reaksi orang disekeliling anda? Adakah mereka membantu?
Keadaan kucar kacir kelam kabut dan semua tergamam dan ketakutan..bayangkan la lima orang penyamun bersenjata parang dan pisau potong daging dan terlampau hampir di leher…..

Saudara berpuashati dengan tindakan yang berwajib di atas kejadian itu?
Tiada apa yang diharap lebih dari tindakan standard …mereka check on-line tapi penyamun guna no kete palsu

Berapa lama saudara mengambil masa menghilangkan perasaan phobia itu?
Beberapa bulan pun masih fobia….sehingga kalao ada orang tegur dari belakang pun terus berdegup2 jantung…

Adakah saudara percaya diri saudara ada sial dan perlu mandi air bunga dengan kejadian itu?
Ana tak tau plak kalo diri ana ada sial…tapi ana tak mandi air bunga kecuali kalau gi SPA kot..hahaha..

Nasihat saudara kepada masyarakat jika dirompak?
Entahla …ikut situasi jugak kot…kalau perompak bersenjata nak duit ke apa bagi jek la..janji jangan cederakan kita dah…harta masih boleh cari lagi selagi mampu

Jenayah rompak sekarang tidak lagi mengira waktu dan tempat ia dilakukan. Mengapa ini berlaku?
Tu la pasal…desakan hidup tak mengira waktu dan tempat….orang2 tu jadi perompak dan penyamun tu pasal terdesak kot….

Adakah kerana sikap “keakuan” yang terus hidup subur dalam masyarakat kota tidak membantu ke arah pengurangan jenayah ini?
Mungkin jugak kot…masing masing wat hal sendiri tak amik kisah sapa pun hingga ahli keluarga jadi perompak pun tak sedar….

Bagaimana kejadian itu memberi kesan dalam kehidupan saudara hingga sekarang?
Ana insyaallah akan bantu sapa2 jek yang memerlukan sekadar yang ana mampu…ana tak mau terpaksa berpisah ngan harta benda dan duit melalui jalan samun atau rompak…ana selalu paksa diri ana untuk rela memberi dan menghulur pada yang memerlukan dan ana tak nak berperasangka apa pun…kalau tak paksa selalu hati ni jadi keras kot dan tamak dan penting diri sendiri jek dan asyik terhitung2 apa yang tak cukup untuk diri sendiri jek…so slalu2 paksa diri sampai dah biasa dan jadi kebiasaan..lama2 jadi amalan

Nasihat saudara kepada masyarakat dan pihak berwajib?
Mari la sama2 memelihara keluarga dan amik tau jiran2 dan kawan2…apa perkembangan mereka..bukan nak menyibuk dan jaga tepi kain orang…tapi pandai2 la …kan kita bersaudara…untuk kesejahteraan umat manusia marilah sama sama bantu membantu tanpa prajudis dan hanya mengharapkan yang terbaik untuk semua…

Terima Kasih

17 August, 2008

Apa kata Dia - Shaharwati Saad


Shaharwati Saad itulah di antara staf ITNM yang agak lama berkhidmat di sini. Ada rahsia kehidupannya yang ingin dikongsi di sini.

Salam. Terima kasih di atas sokongan selama ini untuk blog Enche’s.
Hehehe…. Sama-sama. Tahniah sebab akhirnya berjaya membuka sebuah laman blog yang hebat dan nostalgik.

Terima Kasih. Lahir di mana?
Perlis...
Bila Pindah ke Felda?
Tahun 1978. Bulan 11 kalau tak silap (maklum le masa tu bebudak lagi).
Waktu itu keadaannya bagaimana?
Emmm.... macam mana nak cerita ye.. Saya dengar cerita, masa mula-mula dulu ramai peneroka tak tahan dan keluar dari tanah rancangan. Hanya yang kuat semangat je yang kekal. Rumah yang kami duduk tu pun asalnya peneroka lari juga. Dengar cerita lagi, kadang-kadang gajah, b*b* pun dok lalu depan rumah. Bangun pagi tengok ada aje tapak kaki atau pokok yang tercabut. Maklum le... hutan. Masa saya pindah sana, keadaan tu dah tak ada. Rumah pulak sepesen je (tapi yang sure kayu rumah asal Felda memang kuat). Rumah dekat-dekat je. Kalau nak bercakap dengan jiran, tak payah pi rumah dia, laung je dari tingkap (jadi le ahli mesyuarat tingkap). Balai polis dengan klinik pun dari kayu. Kalau nak keluar pekan, fikir 10 kali. Perjalanan ke Raub sungguh mencabar. Selepas pukul 6:00 petang dah tak boleh lalu jalan tu. Askar jaga. Siap ada palang lagi. Kecut gak tengok askar pegang senapang. Elektrik sebelah malam je ada (ala... macam kg lain jugak).
Bagaimana melalui kehidupan dari tempat yang lengkap ke tempat yang agak sunyi dari pembangunan?
Tempat yang lengkap? Hmmm... sebenarnya... (ni yang sedih nak cite ni). Saya asal orang susah. Pindah ke Felda tu baru kira senang. Kami pindah naik bas je. Tak banyak bawa barang pun. Isi barang dalam kotak sabun (kotak sabun Breeze kalau tak silap). Dari Perlis turun bas kat Puduraya. Ye la... dulu mana ada highway Plus, kan. Muntah hijau dalam bas. Maklum le.. tak pernah jalan jauh. Orang lain naik trak askar. Sebab tempat saya tu dikhaskan untuk bekas askar (darat, laut, udara). Tapi abah saya tak sempat pencen dapat jadi peneroka. Yang lain kebanyakannya askar pencen.
Adakah suatu kesulitan hidup dalam keluarga peneroka?
Pada saya, itulah kehidupan yang lebih baik. Pada orang lain tak taulah. Sebab corak kehidupan kita berbeza. Yang penting kena hidup bermasyarakat. Sebab konsep masyarakat felda adalah bergotong-royong. Kawasan rumah mesti sentiasa bersih. Kalau tak, nanti dapat surat amaran dari Pengurus Felda. Kalau tidak pun nanti no. rumah naik kat pejabat. Malu satu kg. Kalau dulu, kenduri-kendara paling meriah. Dalam satu blok, ada lebih kurang 20 keluarga/rumah. Jadi, semua ahli blok akan bermesyuarat untuk bahagikan tugas. 3 hari sebelum kenduri kahwin, suasana dah meriah. Kiranya beras, gula, susu, telur tak payah beli. Semua orang bagi. Tak banyak keluar modal pun. Tuan rumah senyum memanjang sebab semua kerja jiran-jiran yang tolong bereskan. Tapi, sekarang semuanya katering. Maklum le... dah tua-tua. Mana larat lagi.

Teringat lagi saya masa zaman budak-budak dulu. Balik je dari sekolah, lepas makan terus pergi ladang. Jaraknya dalam 4 km. Naik motor CR 285, kaler biru. Preng!Preng!Preng! Abah bawa 2 trip. Siap bawa bekal lagi. Abah sabit kelapa sawit, kami plak kutip buah-buah yang relai. Bila senja baru balik. Setiap hari itulah rutin kami. Memang perit. (Cam ne nih? Mata dah berkaca ni..). Bila peneroka semakin uzur, pokok semakin tinggi, maka masa itulah ramai pekerja-pekerja dari negara jiran datang kemari. Kalau tak ada depa, tak tau sapa nak buat kerja ladang.
Hiburannya bagaimana ketika itu?
Ada wayang pacak.... Dalam 2@3 bulan sekali, kementerian penerangan datang. Van lalu guna speaker “Tuan-tuan dan puan-puan. Malam ini ada tayangan filem (bla..bla..bla..). Datanglah beramai-ramai menyaksikannya”. Lepas tu depa pun bagi le flyer. Kami pun apa lagi, berlari-lari kejar flyer yang ‘fly’ tu... Malam tu apa lagi, penuh satu padang. Masing-masing bawak tikar. Makan kacang. Belia 4B pulak masa tu memang aktif. Ada saja aktiviti kesenian. Persembahan kebudayaan pun ada. Sekarang semua persembahan tu tak boleh buat dah. Timbul isu pergaulan bebas lelaki dan perempuan.
Bagaimana keluarga menampung kehidupan ketika tanaman belum mendatangkan hasil?
Saya tak tau sangat. Masa saya pindah tu, kelapa sawit tengah banyak (pokok muda). Awal tahun 80-an, pendapatan boleh dapat sampai RM2000-RM3000 sebulan. Masa tu pakat dok buat rumah baru. Ye..lah.. rumah felda kan kecik je. Atap zink, panas berdenting. Tandas pun kat luar. Tapi, saya nak share pengalaman masa ‘tanam semula’. Lebih perit dari masa mula-mula pindah. Itu sekitar hujung tahun 90-an. Masa tu saya dah dok KL (Kuala Lumpur tau bukan Kuala Lipis). Bila kelapa sawit kena tebang, pendapatan peneroka pun tak ada. Kalau dapat duit pun dalam RM200.00-RM250.00 sebulan. Nak makan apa beb? Jadi, ramai peneroka yang datang KL kerja guard. Depa kan bekas askar, jadi senang le dapat.
Abah saya plak bawa jengkaut buat jalan. Banyak jalan kat KL ni dia dah baiki (hehehe....). Masa nilah, anak-anak yang merantau ni perlu berkorban untuk hantar belanja pada mak bapak dan adik-adik. Kita pulak masa tu gaji ciput je... jadi faham-faham ajelah. Buat pinjaman sana-sini. Kalau tidak tak sampai hati tengok adik-adik tak makan, mana nak sekolah lagi. Felda ada bagi kemudahan beli barang kat kedai D-Mart (Felda punya). Motonya “Jika Baik Beritahu Kawan, Jika Tidak Beritahu Kami”. Cukup bulan tolak dari pendapatan. Kalau tak silap maksimum RM200.00 sebulan. Dalam 2 tahun keadaan macam tu. Lepas tu naik sikit pendapatan RM700-RM750.00. Masa tu peneroka pun balik semula ke tempat masing-masing. Bila kelapa sawit dah mendatangkan hasil, legalah sikit, tapi pendapatan bulan-bulan kena potong (sikit je) sebab nak bayar balik kos tanam semula tu.
Bagaimana keadaan Felda itu sekarang?
SYUKUR ALHAMDULILLAH. Terima kasih kepada Allahyarham Tun Abdul Razak. Tanpa gagasan dan idea beliau, tidak terhasillah Felda. Dan sekarang Felda di bawah anaknya pula. Semakin banyak nikmat yang diperoleh. Kadang-kadang manusia terlupa untuk bersyukur. Walaupun kita digesa sentiasa memandang ke depan tetapi sekali-skala tolehlah ke belakang. Lihatlah siapa kita dulu dan siapa kita sekarang. Daripada tiada kepada ada.
Sekarang harga kelapa sawit tinggi, jadi kiralah sendiri berapa pendapatan peneroka sekarang. Tak payah pergi ladang, layan astro je... duit dapat bulan-bulan. Apa lagi nak? Kalau pergi ke mana-mana perkampungan Felda sekarang ni, susah nak tengok rumah kayu. Hampir kebanyakannya macam banglo. Itulah nikmat dari kepayahan lampau. Berkat usaha, kesabaran dan doa. Jangan tak tau. Orang Felda pun main saham tau. Tapi ini saham gerenti selamat. Saham Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Tahun lepas dividennya dapat 10%. Kira ok le tu. Ada macam-macam pinjaman yang Felda bagi seperti pinjaman pembaikan rumah, komputer dll. Tapi ada juga yang sedihnya. Rumah besar dan cantik tapi tiada berpenghuni. Bila peneroka dan penerokawati telah meninggalkan alam ini, tiada anak-anak yang mewarisi. Bila hari raya je nampak rumah terang benderang. Termasuk le keluarga saya. Untuk pengetahuan Che Lah juga, Felda Sg Koyan Dua telah terpilih dalam 10 finalis Anugerah Kampung Keceriaan Felda (AKKF) seluruh Malaysia baru-baru ni. Tapi tak menang. Yang menang, Felda Semenchu, dapat RM1 juta. Wow!!... Makcik Kayo!!! AKKF ini bertujuan untuk menjadikan kawasan perkampungan Felda bersih , indah dan menarik. Pendek kata kalau duduk felda ni, asyik masuk pertandinganlah.
Saya dapat tahu Chef Wan juga adalah keluarga Felda siapa lagi yang atie tau mereka yang berjaya?
Rumah Chef Wan tu selang satu lorong dari rumah saya. Masa dia baru popular dulu, selalu nampak dia naik motor petang-petang jalan ambil angin. Tapi sekarang bila raya jelah baru dia ada. Tapi saya tak adalah nak pegi rumah dia. Dia pun tak kenal saya. Hahaha... Ada sorang lagi kartunis perempuan nama Lynn (komik apa ntah), dia pun orang kg saya. Ramai lagi sebenarnya anak-anak Felda yang berjaya di Malaysia ni seperti Dato Rozali (Indah Water), Dr. Shamsul Anwar (muka dia selalu masuk tv), Mawi (semua orang tau) dan tidak lupa En Khair kita pun orang felda jugak tau.... Sebenarnya ramai tapi lupa lah plak.
Baru-baru ini kerajaan bercadang menubuhkan Muzium Felda apa pandangan Atie?
O..ye ke... Aiseyman... tak tau pulak. Setahu saya Balai Sejarah ada le.. tapi dah lama bukak. Tak sama ke tu? Ooo... agaknya balai tu nak dijadikan muzium kot. Ada bangunan sendiri. Sekarang dok tumpang kat Wisma Felda.
Bagaimana dengan masa depan anak-anak felda?
Kadang-kadang rasa sedih juga bila sebut anak-anak felda, masyarakat berpandangan pesimistik. Dadah, khalwat, curi, semua yang negatif. Sedangkan hakikatnya tidaklah seteruk itu. Felda pun ada tubuhkan Yayasan Felda yang salah satu fungsinya adalah memberi biasiswa atau geran untuk anak-anak Felda melanjutkan pelajaran. Juga menawarkan kursus-kursus. Selain itu ada tabung pinjaman pelajaran tinggi Felda. Yang dapat keputusan periksa cemerlang boleh masuk asrama semai bakti dan bersekolah di sekolah bandar. Contohnya asrama semai bakti kat Kelana Jaya, JB dan KL.
Adakah Felda masih relevan untuk kehidupan yang akan datang?
Ya. Felda sekarang bukan setakat kawasan pertanian dan penempatan tetapi Felda juga sekarang ini sedang mengusahakan kawasan pertumbuhan baru yang dinamakan Feldajaya. Salah satunya yang selalu nampak kat tepi highway plus tu, Feldajaya Trolak. Sapa yang ke utara nampak le kat sebelah kiri. Tujuannya untuk mengurangkan penghijrahan generasi kedua ke bandar-bandar dan bagi peluang kepada peneroka untuk terlibat dalam pembangunan ekonomi. Rumahnya pulak memang moden habis, taraf banglo. Pernah tak dengar SAWARI? Program Satu Wilayah Satu Industri. Ada industri makanan, tekstil dan kraf. Tu pun salah satu usaha kerajaan menggalakkan masyarakat Felda berbisnes Tapi tempat saya tak ada buat.
Mak datuk, susahnya soalan. Sumbangan tidak ternilai. Kebanyakan hasil komoditi negara seperti getah dan sawit datangnya dari Felda yang diusahakan oleh masyarakat felda itu sendiri. Hasil seperti inilah yang antaranya memacu pembangunan negara.
Terima Kasih kerana meluangkan masa.
Sama-sama. Maaf lah ye. Panjang lebar plak penerangannya.

10 August, 2008

Apa Kata Dia - Mohd Khair Ngadiron

Minggu ini kita berkesempatan untuk mengikuti temu bual dengan Pengarah Urusan ITNM Encik Mohd Khair Ngadiron. Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa melayan soalan-soalannya.

Apa Khabar?
Alhamdulillah, saya sihat dan bersemangat.

Apa yang En. Khair rasa setelah berada di Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) sehingga kini?
Gembira. Setiap hari adalah ilmu baru dalam diri saya.

Tentunya ada perbezaan ketara antara jawatan sebelum ini dengan yang sekarang?
Sangat berbeza. Sebelum ini saya dalam dunia pentadbiran pendidikan. Sekarang dalam dunia penterjemahan yang akan dinilai dengan keuntungan!

Bagaimana En. Khair melihat ITNM sebelum dan sekarang?
Secara jujurnya, tidak banyak tentang ITNM sebelum ini yang saya tahu. Terlalu menoleh ke belakang pun akan merencatkan perjalanan kita ke hadapan. Sekarang saya melihat ITNM sedang bergerak laju untuk mencapai matlamatnya. Banyak kerja yang perlu direncana dan terus diperjuangkan.

ITNM baru sahaja melepasi satu majlis besar baru-baru ini (Malam Sebutir Bintang dalam kenangan) Apa komen En. Khair mengenai majlis itu?
Majlis itu telah berjalan dengan lancer. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program tersebut. Terima kasih juga kepada YB Dato’ Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia yang sudi meluangkan masa untuk melancarkan program tersebut. Terima kasih juga kepada Sasterawan Negara A. Samad Said dan Prof Muhammad Haji Salleh yang menyokong penuh program tersebut. Penghargaan juga kepada semua Sasterawan dan artis yang terlibat sama.

Saya sempat bertemu dengan Prof. Madya Dr. Siti Zainon Ismail pada malam itu dan beliau amat berharap rancangan ITNM untuk menjadikan satu hari sebagai Hari bertemu Sasterawan menjadi kenyataan. Bagaimana dengan perancangan itu sebenarnya!
Masih rahsia!

Dalam bulan Oktober ITNM akan menyertai Pesta Buku Antarabangsa ke Frankfurt apakah persediaan yang telah dibuat sehingga kini dan apa matlamatnya kita ke sana?
Persediaan sedang berjalan dengan lancar. Sekarang kita sedang menyediakan catalog buku-buku yang akan kita bawa ke Frankfurt untuk dijual hakciptanya. Dengan adanya catalog tersebut kita mengharapkan akan dapat mengantarabangsakan karya-karya Malaysia. Di samping itu, kita juga akan melancarkan Kampung Boy versi Jerman karya Dato’Lat dalam pesta buku tersebut.

Apakah pandangan En.Khair terhadap masa hadapan ITNM
Sangat Cerah!

Kita ke soalan lebih santai boleh? Sebenarnya apa kegemaran En.Khair? Suka warna apa? Kalau makan suka makan apa? Kalau makan di luar di mana yang En. Khair suka?
Saya suka membaca dan menonton. Dulu saya suka warna biru, sekarang saya suka semua warna. Saya suka pucuk ubi dan peria. Saya suka makan di warung kampung.

Bagaimana penjagaan kesihatan En.Khair. Sebab saya percaya ramai warga ITNM yang dah berumur ini seolah-olah lupa tentang soal penjagaan kesihatan. Boleh kongsi?
Ini susah sikit nak kongsi. Saya dalam golongan yang mudah lupa.

Apakah falsafah hidup En. Khair?
Belajar menyukai apa yang ada di hadapan kita!

Okey. Terima Kasih.
Sama-sama.

21 July, 2008

Apa Kata Dia- Puan Yong Yoke Fong.

Nama: Yong Yoke Fong

Sudah lama jadi penterjemah Sambilan ITNM?
Sejak tahun 2002 iaitu selepas kursus Penterjemahan Am.

Bagaimana ia bermula?
Masa itu Puan Siti Rafiah memberi saya peluang membuat terjemahan. Yang pertama projek terjemahan artikel dari surat khabar dari Bahasa Mandarin ke Bahasa Melayu selepas itulah barulah projek yang agak besar tetapi secara berkumpulan iaitu dua penterjemah untuk satu buku.

Seronok jadi penterjemah?
Okey la sebab saya suri rumah sepenuh masa jadi sebagai penterjemah sambilan saya rasa masa lapang saya dapat dimanfaatkan. Lagipun saya kerja bukan untuk jadi kaya kerana saya minat. Saya memberikan keutamaan kepada kerja-kerja yang datang dari ITNM walaupun saya ada menerima kerja dari pihak lain juga seperti menterjemah laman sesawang dan lain-lain.

Penguasaan bahasa terjemahan?
Bahasa Mandarin ke Bahasa Melayu dan sebaliknya, Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dan sebaliknya dan juga Bahasa Mandarin ke Bahasa Inggeris dan sebaliknya.

Masalah utama dalam terjemahan?
Masalah utama ialah bila ia melibatkan soal budaya seperti dalam komik terdapat gaya pengucapan seperti aduh, alamak, ayo ke, sebagai penterjemah kita harus faham ia dalam kontek apa, mesti dikenalpasti. Begitu juga jika terdapat simpulan bahasa di dalam bahasa sumber kita mesti cari simpulan bahasa yang membawa makna yang serupa dalam bahasa sasaran.

Bagaimana anda bekerja sebagai penterjemah sambilan?
Selalunya pengawai ITNM akan menghubungi saya untuk memberi kerja. Jika saya terima melalui emel saya akan buka emel lihat apa kerja itu. Jika lesen memandu ia tidak mendatangkan masalah kerana saya sudah ada formatnya tetapi jika yang lain-lain saya akan membuat lakaran terjemahan dahulu.
Jika ada masalah saya kan guna kamus elektronik (Dictionary Electronik Dictionary) jika istilah itu betul saya akan guna tapi jika tidak tepat saya akan cari lagi perkataan yang sesuai sehinggalah saya berpuashati.

Nasihat anda kepada penterjemah baru?
Mereka mesti ada penguasaan bahasa yang baik. Kena tahu struktur ayat, penguasaan istilah untuk bidang-bidang tertentu. Selain itu mereka juga mesti ada pengetahuan yang luas ini akan membantu mereka membuat terjemahan dengan pantas. Di samping itu mesti mahir menggunakan aplikasi “Microsoft Word” itu adalah asas kepada media penulisan. Terjemahan harus tidak meleret-leret ringkas dan padat.

Ada cadangan-cadangan lain?
Oh satu soalan yang bagus. Saya ingin mencadangkan diadakan kursus Diploma Penterjemahan kerana selepas dari mengikuti kursus asas ia terhenti di situ sahaja. Jika boleh saya ingin menambahkan lagi ilmu dalam bidang penterjemahan ini. Saya juga ingin mencadangkan ITNM membuat ujian kepada penterjemah dan jika mereka lulus dengan ujian itu satu akuan akan diberi seperti ‘code of conduct’

Terima Kasih kerana sudi di temu bual.
Sama-sama.

Saya sempat menjelaskan kepada Puan Yong Yoke Fong mengenai cadangan terakhir beliau itu iaitu mengadakan ujian dan jika lulus diberi perakuan. ITNM tidak mempunyai bidang kuasa memberi perakuan kepada penterjemah. Andai pada masa hadapan sekalipun boleh, bimbang perakuan itu akan disalah gunakan, kerana ITNM tidak akan bertanggungjawab ke atas terjemahan yang tiada kaitan dengan projek yang diberi.

14 July, 2008

Kawanku yang 'diperkosa' haiwan.

Saya menerima panggilan telefon dari kawan tapi bukan yang empunya diri mengatakan kawan saya yang tinggal di kawasan Ukay Perdana yang menghijau itu telah dinodai. Kaget dengan berita itu terus saya menelefonnya untuk bertanyakan khabar. Ikuti temu bual saya. (Gambar di sebelah ketika memberikan pose istimewa sedangkan rumahnya telah dimasuki kera.)

Saya dikhabarkan saudara menjadi mangsa rogol haiwan?
Gossip tu tidak benar sama sekali. Cuma ruangan dapur eksklusif saya di CEROBOH dek mahluk tuhan yang nakal.

Monyet ke kera sebenarnya?
Firasat saya spesis kera kalau badan boleh membolosi lubang-lubang jeriji yang indah.

Bagaimana 'pencabulan' itu berlaku?
Peristiwa malang ni berlaku pada tanggal 5 Julai 2008, waktu tak pasti kerana saya di pejabat mencari rejeki halal. Sekembali dari pejabat dengan rasa kehausan tekak ingin menjamah jus yang segar. Mengkala punat lampu dipetik saya terus kaget melihat kulit-kulit telur dan beras bertaburan di lantai. Paling kachewa bila melihat sisa-sisa lelehan telur di atas tikar Sawarak yang mahal lagi anggun...

Robek hati bercampur amarah membakar. Dengan hati pilu saya memapah tikar ke sumur untuk dicuci. Kemudian menuai beras yang bertaburan di lantai sebelum mop lantai dengan wangian. Paling menyakitkan saya terlepas waktu membadak hari tu gara-gara kera durjana. (Tapi saudara lupa kera itu juga mencari rejeki yang halal!)

Pada pendapat saudara apa yang menyebabkan haiwan itu datang?
Mungkin mereka teruja melihat dari dekat dapur saya yang eksklusif.

Bagaimana saudara pasti yang itu adalah kera kerana ia mungkin langsuir ataupun puaka yang sebenarnya yang masuk ke rumah saudara?
Makhluk halus tak datang di siang hari cuma haiwan-haiwan liar jer.

Ada kehilangan atau kerosakan barang yang dapat dikesan di rumah saudara?
Cuma tikar Sarawak yang berbau hanyir telur.

Jiran-jiran pernah tak mengalami kejadian yang sama?
Dari gossip yang didengar cuma yang tinggal di tingkat bawah.

Adakah ianya serius?
Cuma pencerobohan makanan jer.

Pendapat saudara mengenai kejadian ini?
Takdir Illahi, telur yang dibeli rezeki kera-kera.

Ada buat laporan polis dan mengapa?
Saya fikir nak ngadu kat XXX jer.
(XXX ops ditapis atas sebab-sebab keselamatan dalam negeri)

Nasihat saudara kepada pembaca atau jiran tetangga.
Jangan cuai dan lupa untuk tutup tingkap kalau keluar rumah.
Gambar ini sekadar hiasan dan tiada kaitan dengan pencerobohan tersebut. Mohon maaf pada haiwan yang terlibat.