Showing posts with label *Dari Komuniti Alumni ESQ. Show all posts
Showing posts with label *Dari Komuniti Alumni ESQ. Show all posts

05 August, 2010

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, Ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah Dan Keragua dihati isteri terhadap kejujuran suami di Luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk Rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban Salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama Dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi Apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah S.W.T. Mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya Hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di Akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada
Dlm lindungan Allah S.W.T. hingga sembahyang Yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di Akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia
Daripada masuk syurga kecuali maut Dan barang Siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah
S.W.T. memelihara akan dia ke atas rumahnya, Rumah jirannya Dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di Akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah S.W.T.
Menganugerahkan dia setiap hati orang Yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg Benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan Padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi Sebelum keluar rumahnya, maka Allah S.W.T. Mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka Semua memohon keampunan Dan

Mendoakan Baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di Akhir sembahyang Allah S.W.T. akan mengendalikan Pengambilan rohnya Dan dia adalah seperti Orang yang berperang bersama Nabi Allah Sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi Ketika dalam kesempitan nescaya Allah S.W.T.
Berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. Bersabda,Sampaikanl ah pesanku biarpun
Satu ayat..."


Wassalam,



13 November, 2009

Dari Komuniti Alumni ESQ- Api dari Neraka ke Dunia

Sebagai Renungan: Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril: wahai Zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril: sebesar kurma...

Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril a.s. pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka Jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yang tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbagai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.

PENGAJARAN: Bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.

13 August, 2009

Dari Komuniti Alumni ESQ - 9 Jenis Anak Setan

Sembilan jenis anak setan

Peringatan untuk kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar! hasutan mereka. Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat, Insya'Allah. Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih! dan membeli barang-barang yangtidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh : disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita.
Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

16 July, 2009

Dari Komuniti Alumni ESQ- Agar Tetap Cergas Bersemangat

Agar Tetap Cergas Bersemangat

Assalamualaikum wR wB

Pagi!!! Subhanallah!!! Hati anak manusia dapat digambarkan sebagi sebuah “battery” yang sifatnya turun naik, pada satu masa battery itu memiliki full energy akan tetapi jika sudah sampai kepada tahap tertentu, maka energy itu akan melemah sehingga battery yang tadinya kuat dan ber-energy tidak dapat dimanfaatkan lagi, battery tersebut perlu di isi ulang (recharge).
Manusia merupakan ciptaan Allah swt paling sempurna yang direkayasa khusus untuk “mampu” menghadapi berbagai problematika kehidupan yang tidak dapat dibebankan kepada hamba-hamba Allah swt yang lain, oleh kerana itu mereka mendapat gelar yang tinggi sebagai khalifah (wakil) Allah swt dimuka bumi.

Untuk memuliakan wakil-Nya, maka Allah swt menciptakan manusia sebagai sebaik-baik ciptaan demikianlah yang dijelaskan didalam al-Quran :

(لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ) (التين : 4 )

Bermaksud :
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (Q.S. al-Tin : 4)

Demi melihat amanah yang dibebankan –mengimarahkan muka bumi- terhadap manusia itu sangatlah beratnya, dan demi ke-Maha Luasan ilmu-Nya serta jauh pandangan-Nya, juga demi sifat rahman dan rahim-Nya.

Demi melihat lemahnya manusia, dan demi melihat watak manusia yang sentiasa berkeluh kesah, kedekut, tergesa-gesa atau gopoh-gapah, cenderung untuk menjadi pengecut dan suka bermalas-malasan. Maka hati itu perlu di recharge agar senantiasa ready untuk menghadapi tantangan yang tidak berkesudahan itu. Allah swt yang menggenggam hati itu melalui lisan Rasul-Nya Muhammad saw mengajarkan kepada umat ini, bagaimana cara recharge hati itu, maka Rasulullah saw mengajarkan sebuah doa :

(اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن ، والعجز والكسل ، والبخل والجبن ، وضلع الدين وغلبة الرجال)

Maksudnya :“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari sifat resah gelisah dan bersedih, juga dari sifat lemah dan malas, juga dari sifat kedekut dan pengecut, juga dari hutang dan dari ditindas”. (H.R. Bukhari)

Selama manusia berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah tentulah mereka selamat. Namun "bagaimanakah" maksud selamat yang diinginkan, insya Allah akan disampaikan pada tulisan mendatang.

Semoga manfaat

Wassalamualaikum wR wB

Masyhuri Masud

IIUM

02 July, 2009

Dari Komuniti Alumni ESQ- Kisah Kura-kura..

Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura kura) nak gi bekelah bersama-sama. Kekura pertama membawa makanan, Kekura kedua membawa minuman, sedangkan Kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun selamber jek lenggang perut. Di dalam perjalanan tiba-tiba ujan pun turun dengan lebat dan derasnya, sehingga mereka tak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul perbualan di antara mereka…

Kekura I : ermmm….. salah sekor dari kita mesti balik untuk amik payung. Siapa yang nak pegi ni?

Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III

Kekura III : Tak nak ahhh. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Nanti sure nkorang bedal makanan ni semua..

Kekura II : Takk lah. Kita orang tunggu sampai nko datang.

Kekura III : Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?

Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu

Kekura III : Kalau 3 jam ??

Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu

Kekura III : Kalau 1 hari ??

Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu

Kekura III : 5 hari????

Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu

Kekura III : 1 minggu?

Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu

Kekura III : 2 minggu?

Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu!!!!!!! nko pegi jek lah!!!!!!!!

Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat.

Kekura I & II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu, Kekura III tak jugak balik balik. Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan lapar…

Kekura I : Aku dah tak tahan lapar ni . Kita makan jek lah

Kekura II : Aku pun dah nak pensan ni. Jom ahh kiter perabih makanan ni

Tiba-tiba Kekura III muncul dari blakang semak…

Kekura III : Hoii !!!!!!!!!!!!!!! Nasib baik aku belom pegi lagi… kalau tak sure nkorang abiskan makanan ni kan kan??

25 June, 2009

Dari Komuniti Alumni ESQ- Iblis Datang Menganggu Manusia Ketika Saat Kematian

Iblis Datang Menganggu Manusia Ketika Saat KematianIblis Datang Menganggu Manusia Ketika Saat Kematian Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.

Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu merayu Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.
Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya..

Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak ulamak yang membawa banyak kitab kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu."

Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?"Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu."Berkata ulamak Iblis: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami."

Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: "Bagaimanakah Zat Allah?" Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.Lalu berkata ulamak palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu."Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah olah lebih besar dari langit dan bumi.

Berkata Iblis: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.."Berkata orang yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. . Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini."Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut.

Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut."Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah."

18 June, 2009

Dari Komuniti Alumni ESQ - Facebook


Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari. Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga
Yahudi-Amerika
dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York? Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya? Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama? Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion. Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara,
Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?


Sedikit Info tentang AEPi:
1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life. Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut? Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

12 June, 2009

Dari Komuniti Alumni ESQ-Peringkat Jilatan Api Neraka

Daripada Samurah bin Jundub r.a. bahawasanya Nabiullah s.a.w. bersabda:

"Di antara ahli neraka itu ada yang dijilat oleh api neraka sampai pada kedua tumitnya, di antara mereka ada yang dijilat oleh api sampai kedua lututnya, ada juga yang sampai ke empat ikat pinggangnya dan ada pula yang sampai di tulang lehernya."

(Riwayat Muslim)

07 June, 2009

Dari Komuniti Alumni ESQ- 20 sen dan harga sebuah iman..

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imamtetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen. Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkantentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya.
"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut inginturun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandubas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata.
Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan.
Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah! !!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampirmenjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!

29 May, 2009

Dari Komuniti Alumni ESQ- Jangan Putus Asa

JANGAN PUTUS ASA
Prof.DR.H. Nasaruddin Umar,MA

Kita semua pasti pernah mengalami kesusahan. Tak ada diantara kita yang
tak pernah sedih, kecewa dan putus asa. Tapi kemudian janganlah larut
dalam kesedihan,kekecewaan dan putus asa, bangkitlah kembali.
Semangat pantang menyerah dapat mengalahkan segalanya. Kalau kita
melihat keatas,lantas mengukur musibah yang begitu besar yang kita
rasakan, maka memang besar sekali musibah itu. Tapi kalau musibah
yang menimpa kita itu kita lihat kebawah, ternyata kita masih boleh
bersyukur, karena masih banyak orang yang lebih menderita dari
diri kita. Kerana itulah, kepala ini janganlah selalu mendongak
keatas. Itulah hikmah dari sujud yang kita lakukan. Kita sujud
dengan cara melihat kebawah. Hanya orang yang suka melihat kebawah
yang boleh bersyukur. Sebaliknya, orang yang senang melihat keatas
biasanya sulit bersyukur. Salah satu hikmah bersujud adalah mengajak
kita untuk menengok kebawah.

Ada dua respon terhadap kesusahan/kesedihan. Sama-sama ditimpa
suatu persoalan yang sama, tetapi orang yang satu mengatakan
“alhamdulillah”, sementara lainnya marah-marah kecewa. Inilah
pentingnya keimanan. Tanpa keimanan, persoalan itu akan menjadi besar.
Tapi dengan keimanan, sebesar apapun persoalan yang dihadapi,
semuanya akan menjadi kecil. Orang yang beriman jatuhnya berkali-kali,
tapi naiknya juga berkali-kali. Jatuh disatu tempat, akan diterima
ditempat lain. Tapi orang yang lecewa, jatuh disatu tempat itu
seperti masuk ke dalam Lumpur, sehingga takkan pernah naik kembali.
Ada juga yang mengalami kesusahan, tetapi mampu bangkit dan kembali
seperti semula, bahkan bisa melebihi keadaan semula. Asalkan kita mau
belajar dari kehidupan ini, kita takkan jatuh dilubang yang sama.
Insya Allah selagi pernafasan kita masih keluar dan masuk,
maka akan ada peluang untuk maju.

Dalam Islam tidak dikenal istilah “istirahat”. Memang kita perlu istirahat
didalam pekerjaan-pekerjaan yang memerlukan otot dan otak, tetapi tidak
ada istirahat untuk aktiviti yang memerlukan energi spiritual. Jika
dilatih maka energi spiritual itu semakin matang , sehingga akan
semakin kuat. Lihatlah para sufi, semakin mereka berumur, mereka
semakin matang. Hal ini karena ia semakin dekat dengan Tuhan.
Allah tidak pernah menimpakan kepada hamba-Nya apa-apa yang tidak
sanggup di pikulnya. Semua itu sudah diukur oleh Allah. Kalau jiwa ini
besar maka sebesar apapun persoalan yang dihadapi, semuanya itu akan
tenggelam. Tapi kalau jiwa ini kecil, sekecil apapun persoalan itu,
baginya akan terasa besar. Persoalannya kemudian adalah bagaimana
membesarkan jiwa ini? Bagaimana agar jiwa ini tidak kerdil? Bagaimana
melapangkan dada ini? Bagaimana agar dada ini tidak menjadi kecil?
Ibarat air didalam gelas yang awalnya bening, jika di tetesi setitis
tinta hitam, maka secepat itu airnya berubah menjadi hitam. Tapi kalau
airnya seluas samudera, jangankan setetes tinta, setangki tintapun
takkan mampu mengubah warna air samudera. Begitu juga dengan
diri kita. Kalau dada kita hanya sebesar gelas, ketika tersinggung
sedikit saja, maka air muka kita menjadi merah padam atau hitam pekat.
Tapi kalau dada kita seluas samudera, sebesar apapun permasalahan
yang kita hadapi, kita akan selalu tenang menghadapinya, dan
senantiasa optimis menghadapi segala persoalan hidup.

Adalah kesalahan besar jika kita berpikir dan meyakini bahwa kita takkan
pernah menghadapi keterpurukan didalam kehidupan ini. Jika ada yang
berpikiran bahwa ia akan selalu berhasil, cara berpikir seperti itu
tidak realistis. Hal inilah yang menyebabkan seseorang mudah terserang
stroke, karena membayangkan bahwa kehidupannya akan selalu berjalan
sempurna. Seolah-olah kehidupan itu akan datar begitu-begitu saja,
ataupun akan selalu naik mendaki. Tapi bagi yang berangggapan bahwa
kehidupan ini fluctuate (selalu berubah naik turun), maka ketika
hari ini mendapat kekecewaan maka ia yakin bahwa hari esok akan
lain lagi kenyataannya.

Bagi orang yang beriman, jika dia mendapat suatu musibah, maka
menurutnya itu adalah tanda bukti cinta Tuhan terhadapnya.
Sebaliknya, kalau ia mandapat nikmat, maka menurutnya itu adalah
suatu cubaan dari Tuhan. Jadi, ia takkan pernah merasa mabuk
atas adanya kemewahan, dan takkan pernah merasa kecewa atas
adanya musibah yang menimpanya. Inilah yang dimaksud dengan
al-faqir, yaitu selalu merasa fakir tak memiliki apa-apa
dihadapan Allah.

Kita tidak perlu meratapi masa lampau karena tak ada gunanya.
Kita harus melihat kedepan. Insya Allah orang yang mempunyai
tujuan hidup, maka hidupnya akan optimis. Agama mengajarkan,
orang yang bekerja separuh hati akan mengalami kelelahan hidup.
Tapi orang yang bekerja dengan sepenuh hati, dia takkan pernah lelah.
Kelelahan adalah tanda-tanda orang yang bekerja secara tidak ikhlas
dan setengah hati.

25 May, 2009

Dari Komuniti Alumni ESQ- Azan

Allahu Akbar!!
ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '
Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib Menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri. Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. ..' yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. ..' semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. ..'

Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini. Subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutn ya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat..Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam... Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.
Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.
Allahu Akhbar!

15 May, 2009

Dari Komuniti Alumni ESQ- Hikmah Kejadian

SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA... ...........

11 May, 2009

Dari Komuniti Alumni ESQ- Tukar Ilmu

Izinkan saya memperkenalkan kepada anda satu lagi ruangan baru kepada anda kerana di kotak emel peribadi saya penuh dengan lambakan emel yang bagus dari mereka di komuniti ESQ yang boleh dikongsi bersama

Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu. Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...