Showing posts with label *Kata-kata. Show all posts
Showing posts with label *Kata-kata. Show all posts

24 December, 2010

21 December, 2010

Kata-kata-Dipinjam dari teman tagged

Ketika menelusuri profile tagged teman-teman yang menghulurkan salam perkenalan, tiba-tiba hati terpaku pada serangkai kata-kata yang selalu menepati kejadian. Bunyinya:

Kesedihan umpama hujan, Walau selebat mana ia turun tetapi suatu masa ia pasti akan reda juga.

Bagaimana ia reda sama ada dipujuk, memujuk diri sendiri atau setelah penat bersedih dan berhenti secara sendiri, yang pasti ia tetap akan reda. Jangan biarkan diri anda mati dalam kesedihan kerana Allah menjadikan dunia ini tempat ujian dengan berbagai rencah rasa-suka duka, gembira, berdebar-debar, takut, murung, pilu dan berbagai lagi.
Anda berupaya membawa perasaan itu dari satu keadaan ke suatu keadaan jika anda keluar sebentar dari perasaan yang anda alami itu dan mengarahkan perasaan anda ke destinasi yang betul sesuai dengan keadaannya.

04 December, 2010

Formula Untuk Berjaya

Saya tertarik untuk memetik kata-kata dari Angkawasan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ketika ditemubual oleh seorang pengacara televisyen. Katanya untuk berjaya kita perlukan:
  1. Mempunyai cita-cita
  2. Berusaha
  3. Di kelilingi kawan-kawan yang positif

Menarik bukan formula itu? Selalunya kita terus bermula dengan formula nombor 2 sahaja dan terlupa untuk meletakkan bahawa cita-cita itu perlu berada di tangga pertama!

11 October, 2010

Kata-kata

Aku meminta kepada Allah setangkai bunga yang segar,
Namun Allah memberiku kaktus yang berduri.
Aku meminta kepada Allah rama-rama yang cantik,
Namun Allah memberiku ulat yang berbulu,
Aku sedih, kecewa dan marah,
Betapa tidak adil hidup ini,
Tetapi kemudian kaktus itu telah berbunga,
Dan ulat itu telah berubah menjadi rama-rama yang sangat cantik,
Allah menguji keikhlasan dalam kesendirian,
Memberi kedewasaan saat masalah-masalah berdatangan,
Melatih ketegaran dalam kesakitan,
Itulah jalan Allah, semua akan indah pada waktunya,
Allah tidak memberi apa yang kita inginkan tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan,
Ingatlah setiap rencana Allah itu selalunya indah...

20 August, 2010

Doa antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku (rabbighfirlii).
Rahmatilah daku (warhamnii),
kayakan daku (wajburnii),
angkatlah darjatku (warfa'nii),
rezekikan daku (warzuqni),
berilah aku hidayah (wahdini),
sihatkanlah daku dan (wa'aafinii)
maafkanlah akan daku (wa'fu 'annii).

Setiap hari kita berdoa namun sering kali kita tidak menyedari(memahami) kerana sekadar melafazkan. Teringat sewaktu dibangku sekolah Cikgu Aishah guru kimia berpesan kepada murid-muridnya bahawa jika kita berdoa sesungguh hati Allah pasti akan memakbulkan doa kita.

Di waktu kecil juga kejadian aneh ini berlaku. Aku bukanlah dari keluarga yang mewah, malah sederhana yang sekadar mampu hidup dan tidak terlalu miskin sehingga terpaksa mengemis. Untuk bermewah-mewah membeli itu ini jauh sekali kerana arwah ayah berpendapatan kecil sahaja dan adik beradikku sebelas orang. Ibu pula tidak bekerja.

Wang yang diberikan oleh arwah ayah tidak banyak boleh dibelanjakan untuk membeli sepotong kuih sahaja tanpa minuman. Aku kira umurku ketika itu barangkali 7-8 tahun. Di tepi sebuah longkang besar ada tumbuhan renek. Suatu petang aku dalam keadaan malas dan entah kenapa boleh berada di situ berasa lapar dan sangat memerlukan wang. Tapi menyedari ayah tak mungkin akan berikan aku wang untuk berbelanja membeli makanan ringan di waktu petang, kerana ketika itu rakan-rakan sebaya akan keluar untuk membeli aiskerim atau apa-apa sahaja makanan ringan.

Sambil mencabut rumput dan tumbuhan renek ketika duduk di situ dan berkata di dalam hati. "Ya Allah aku perlukan duit tapi aku tak mahu menyusahkan abah..." kata-kata hatiku ketika itu di dengari Allah. Maka ketika aku sedang mencabut rerumput dan pohon renek di tepi longkang itu aku melihat ada duit 10 sen kemudian ku jumpa lagi 10 sen dan lagi 10 sen menjadikan semuanya 30 sen di dalam pohon renek itu. Duit itu sangat baru. Berkilat-kilat. Dan tidak mungkin ada orang tercicir duitnya di situ. Aku jadi bingung tetapi sangat gembira! Terima kasih Allah.

21 July, 2010

Kata-kata- kataku

"Kita boleh memberi seribu satu alasan kepada perkara yang kita suka dan berusaha mendapatkannya dan kita juga boleh memberi seribu satu alasan kepada perkara yang kita tidak suka dan menghindarinya! Begitu juga kita pada awalnya boleh memilih untuk menyukai dan tidak menyukai sesuatu. Tetapi janganlah memilih sesuatu yang menyalahi hukum dan kata hati kerana itulah yang akan membuat anda dibelenggu rasa resah dan bersalah akhirnya!"

12 September, 2009

Kata-kata-Dari SMS teman

Jika semua harta adalah racun maka zakatlah penawarnya. Jika seluruh umur adalah dosa maka taubatlah ubatnya dan jika seluruh bulan adalah noda maka Ramadanlah pemutihnya.

Terima kasih Wan Hamzera

24 August, 2009

Kata-kata - Ucapan Menyambut Ramadan

Marhaba Ya Ramadan. Ya Allah muliakanlah saudaraku yang baik ini. Bahagiakanlah keluarganya. Berkatilah umur, rezeki dan kesejahteraannya. Kuatkan imannya, tinggikan darjatnya. Eratkan persaudaraan kami. Kabulkan doa-doanya. dibuka luas padanya pintu syurga tanpa sempadan. Semoga ibadah yang dijalankan merupakan perwujudan imanan. Wahtasiban Amin YARABBAL AL AMIN. Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak.

-Terima kasih Manaf atas ucapan dan doamu di SMS-

09 August, 2009

Kata-kata-Kata-kata

Kata-kata itu indah apabila ia dilaksanakan
tetapi buruk apabila cuma hiasan

03 August, 2009

Teruslah Berjalan

Saya pernah berpesan kepada kawan-kawan yang mempunyai blog

"Teruslah berjalan. Jangan berhenti. Kerana dalam perjalanan kita akan menemui banyak benda tidak seperti kita berdiam!"

Kepada yang masih terfikir-fikir apa lagi yang harus ditambah dalam blog anda saya cadangkan kunjungi blog yang banyak memberi panduan ini. Klik di sini. Ia juga sangat sesuai bagi mereka yang baru ingin memulakan blog.

25 July, 2009

Kata-kata

Keikhlasan itu apabila kita membuat sesuatu tanpa
bersandarkan pada material tetapi atas kesedaran dan tanggungjawab.

16 July, 2009

Kata-kata - Perumpamaan

Orang Berbudi Kita Berbahasa
Bunga yang diberi najis dibalas
Seperti Melepas Anjing Tersepit
Bagai Mendukung Biawak Hidup
Susu diBalas Dengan Tuba
Seperti Kaca Terhempas ke Batu
Nasi Sudah Menjadi Bubur
Bagai Dihiris Dengan Sembilu
Rambut Sama Hitam Hati Masing-Masing
Kata Biarlah Kota
Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing
Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Upaya
Ingat Sebelum Kena, Jimat Sebelum Habis

08 July, 2009

Kata-kata

"Kebenaran sifatnya pahit untuk didengar dan diterima manakala kepalsuan sifatnya mulus dan indah."

18 May, 2009

Kata-kata- Dari Poskad Telaga Biru

Cinta
Cinta yang sejati ialah cinta yang
tidak bertambah kerana kebaikan
dan tidak berkurang kerana keburukan
....................................................................................
Anjurkanlah kebaikan itu
meskipun kamu belum dapat mengerjakannya
dan cegahlah segala yang mungkar
meskipun kamu belum menghentikannya
-Kata-kata Hukamak
Kedua-dua kata ini dipetik dari poskad yang diterbitkan oleh Telaga Biru

15 April, 2009

Banyak Kerja & Cari Kerja

"Lebih baik sibuk kerana banyak kerja dari sibuk mencari kerja"
-Mohd Khair Ngadiron-

03 February, 2009

Renung Sejenak

Nabi s.a.w. bersabda, Maksudnya:

"Allah berfirman: Setiap amal anak Adam adalah untuk Adam itu sendiri melainkan puasa. Sesungguhnya puasa itu bagiKu dan Aku membalas puasanya itu" (Sahih Bukhari).

28 November, 2008

Kata-kata Pujangga

Sastera bukan hanya keindahan melulu tapi ia mempunyai hati dan naluri bangsa yang harus di angkat! - Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said