31 July, 2008

Sekitar Sidang Akhbar Anugerah Terjemahan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008

Anugerah Terjemahan ini diujudkan sebagai rangka untuk menjadikan industri terjemahan menjadi lebih rancak selepas 15 tahun kewujudan ITNM dan 23 tahun penganjuran Hadiah Sastera. Masyarakat perlu lihat dunia terjemahan ada ruang dan potensi yang lebih besar. Masyarakat perlu lihat dan menjadikan bidang penterjemahan sebagai mata pencarian seperti yang berlaku di Jepun dan Indonesia.
Pengalaman Sasterawan Negara seperti Shahnon Ahmad bermula dengan melakukan kerja-kerja terjemahan untuk majalah Mastika. Latif Mohidin juga bermula dengan cara yang sama tetapi semua ini tidak ditonjolkan kata Pengarah Urusan Encik Mohd Khair Ngadiron.
Anugerah Terjemahan Hadiah Sastera 2008 kali pertama diadakan dengan penglibatan ITNM sebagai penaja bersama akan memperkenalkan 6 buah karya novel yang pernah memenangi Hadiah Sastera Utusan untuk diterjemahkan dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris agar sastera Melayu turut dapat dinikmati oleh mereka yang menguasai bahasa Inggeris. Adalah juga diharapkan agar pada tahun-tahun akan datang akan wujud beberapa kategori yang dapat memberi sumbangan intelektual di kalangan masyarakat Malaysia.
Jumlah hadiah yang ditawarkan ialah RM6,000 dan ianya akan diterbitkan. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 28 Februari 2009. Jika tahun-tahun sebelumnya pertandingan ini hanya melibatkan Kumpulan Utusan dan ExxonMobil tetapi kali ini ITNM telah turut sama menyertainya.
Saya akan siarkan syarat-syarat penuh pertandingan ini di post yang lain. Wasalam.

Di Sebalik Pesta Buku Malaysia 2008




Lihatlah di sebalik tabir penyediaan gerai ITNM. Kebetulan saya menyertai team ini disaat-saat akhir. Jika tidak mungkin anda tidak akan berpeluang sama sekali melihat gambar-gambar mereka yang bertungkus lumus bekerja menjayakan pesta buku kali ini. Marilah kita sama-sama mengucapkan syabas kepada mereka yang sanggup berkorban masa dan tenaga dan bekerja dengan penuh sabar semata-mata atas nama ITNM pada hari tersebut.
Team tersebut telah bekerja di luar pada waktu yang telah dibenarkan iaitu 8.00 malam kerana kerja penyediaan yang belum selesai sehingga jam 10.30 malam barulah semuanya boleh menarik nafas lega ketika semua gerai-gerai sebelah telahpun sunyi dan pintu utamanya telahpun ditutup.

Jom Baca Buku- Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia

Sebuah buku terkini terbitan ITNM yang pertama kali dijual di Pesta Buku Malaysia 2008 di PWTC dari 31 Julai hingga 3 Ogos.






Dari Zaman Kesultanan Melaka hingga Pemasyhuran Malaysia dan Pemisahan Singapura. Buat julung kalinya, terbitlah sebuah buku yang memuatkan himpunan perjanjian lama dan dokumen penting tentang Malaysia. Bahan yang dipaparkan menunjukkan sorotan peristiwa bersejarah yang berlaku di tanah air, dari Zaman Kesultanan Melayu dan penjajahan kuasa asing hinggalah zaman perjuangan kemerdekaan.

Teks sumber dalam Himpunan Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia dicungkil daripada khazanah ilmu Arkib Negara Malaysia dan dibentangkan di sini dalam bentuknya yang lengkap. Buku ini mengandungi maklumat sejarah yang berharga dan boleh dijadikan iktibar dan rujukan oleh para profesional, pelajar dan segenap lapisan masyarakat. Ia merupakan buku pertama seumpamanya di Malaysia dan hanya yang keempat di dunia.


Judul: Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia
Old Treaties & Documents of Malaysia 1791 - 1965
Jumlah Halaman: 264 Muka Surat
Harga Kulit Keras : RM 130.00
Harga Kulit Lembut : RM 50.00
Diskaun Istimewa: 10% untuk Pesta Buku Malaysia 2008 di PWTC!

Hari Yang Capek

Aduh! Betapa capeknya diriku. Saat ginian baru berkesempatan untuk berada di depan monitor ini. Jam duabelas empatpuluh menit pagi! Semuanya gara-gara Pesta Buku Malaysia 2008 memaksa aku dan teman-teman Jasmin, Zini, Syidah, Dayat dan tadi yang pulang awal sedikit Nasha, Mali dan yang lain-lain.
Mungkin yang lain-lain sudah bersedia untuk pulang lewat ginian tapi enggak bagiku kerna baru sahaja ketahuan jam lima petang dan disuruh ke PWTC segera persis bidan yang mahu menyambut kelahiran bayi yang harus segera ke sana. Lantas aku mencapai toolbox Ribut sih! Mengapa harus begitu dong? Aku sebenarnya bukan nggak pernah kerja ginian. Selama kerja di kantor ini pernah pun pulang jam lima pagi tapi semuanya dengan perancangan.
Nasib baik saja ibuku yang uzur tidak berada di sini. Jika tidak pasti saja dia akan menunggu aku sehingga jam tiga pagi, tidak lena tidurnya menunggu aku.
Namun itulah tuntutan yang harus aku lunaskan sebagai orang yang biasa dan sudah lama dengan kerja-kerja pameran sebegini. Aku sudah tahu apa mau mereka jika aku di panggil di saat-saat akhir.
Hasilnya...ya kalian lihatlah sendiri esok. Booth ITNM pasti akan terseregam indah bagai duta terjemahan di situ dan persis mahligai mini buku menggamit setiap pengunjung ke dalamnya.
Kami bekerja seperti menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan dan genggam bara api biar sampai jadi arang. Sayang sekali gambarnya tidak dapat di siarkan sekarang kerana waktu tidur yang cemburu.
Banyak lagi yang ingin diceritakan hari ini seperti sidang akhbar Anugerah Terjemahan Hadiah Utusan anjuran bersama ITNM yang berlangsung pagi semalam di Dewan Utama ITNM.
Sabar ajelah Deknon dan AbangNon semua, esok saja kita sambung selamat malam dan selamat mengunjungi gerai ITNM untuk bertemu dengan cahaya mata kami yang baru "Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1791-1965" esok.

30 July, 2008

Patriot di Istana Budaya


Hari itu saya berkesempatan hadir ke pratonton teater Muzikal Patriot untuk media di Istana Budaya. Saya menerima jemputan dari pelakon teater tersebut. Dalam waktu yang amat terhad saya bersetuju untuk hadir bersama dua orang lagi rakan.

Melihatkan judulnya Patriot tentunya saya membayangkan ia sebuah naskhah yang hebat sempena sambutan hari pahlawan dan menjelang negara menyambut kemerdekaan yang ke 51, tentunya akan membawa kisah anak bangsa dengan semangat juang mempertahankan negara tercinta dari penjajahan orang asing. Dengan anggapan ia sarat dengan mesej perjuangan. Namun hingga ke separuh masa kedua saya masih tercari-cari di mana bahagian patriotik itu hingga saya bercakap sendirian kerana kedua-dua rakan telah tertidur dengan nyenyak sekali. Itulah kelucuan saya sewaktu menonton teater itu.

Kisah berlatarbelakang waktu sebelum merdeka di mana Parti Komunis masih wujud dan menjadi ancaman kepada negara selain penjajahan British di Tanah Melayu. Apa yang lebih ditonjolkan ialah kisah percintaan di antara Sapura dan Yahaya. Yahaya seorang tentera mencintai Sapura tetapi ibu bapa Sapura lebih menyukai Zul dan mengahwinkan Sapura dengan Zul. Yahaya kecewa tetapi terus cekal berjuang menentang musuh dalam askar tanah melayu hingga ke titisan darah terakhir. Yahaya meninggal di saat Sapura melangsungkan perkahwinan dan Zul ditangkap kerana menjadi tali barut kepada Komunis.

Di akhir pementasan ditayangkan gambar bekas-bekas perajurit yang telah menaburkan bakti sewaktu zaman itu. Tidaklah saya tahu adakah gambar itu releven dengan watak dalam pementasan itu atau ia cuma sekadar satu tempelan. Walau bagaimanapun pujian harus diberi kepada semua pihak atas daya usaha untuk pementasan menyanjung dan mengenang perajurit kita di tengah ketandusan persembahan teater seperti ini dan membudayakan teater kepada rakyat di negara ini.

Pelakon-pelakon terdiri dari Ashraf Muslim, Muhamad Syukor Ibrahim, Mama Rina, Ziela Bakhrin, Raja Farah, Mahmud Ali Basha, Datuk Jalaluddin Hassan, Zaibo, Baharudin Omar, Umi Nurfadhilah, Aishah Atan dan lain lain. Teater arahan Rahman Adam yang juga menulis skripnya dan diterbitkan oleh Arena Communications Sdn. Bhd Teater yang turut disokong oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ini turut menampilkan kehebatan lagu-lagu ciptaan Datuk Suhaimi Md. Zain yang lebih dikenali sebagai Pak Ngah sebagai pengarah muzik dan Lokman Ghani sebagai pengarah artistik.

Pementasan akan berlangsung dari 29 Julai 2008 hingga 3 Ogos 2008.

29 July, 2008

Ciki - Mohd Nasharudin Selamat

Kepada anda yang diluar sana tak kira Sabah, Sarawak, Australia, Qatar atau Indonesia atau di mana-mana sahaja yang berminat menyertai ruangan ini emelkan gambar anda dan beri emel anda agara agar saya dapat menghubungi anda.
Mari tengok jantan sorang ni dia kata dia suka ngorat. Buaya la tu kan!

Nama: Mohd Nasharudin B. Selamat
Tarikh lahir: 4 April 1988
Dilahirkan: Klinik Samuel, Kuala Lumpur
Sekolah terakhir: S.M.K Pandan Indah
Kegemaran: Bersukan, Melancong dan Mengorat

Makanan kegemaran:
Sume makanan yang halal...hehehe

Warna kegemaran:
Merah, Hitam Dan Putih

Perkara yang anda tidak suka:
Suka Tipu, Tak Gentlement dan Tunggu Orang

Pengalaman yang seronok untuk di kongsi.

Xxxx sayang sangat-sangat saya....eee, Bestnyerk...YAHOO...

Seringkali mewakili ITNM dalam kejohanan Bola sepak. Jika diberi peluang beraksi dalam pasukan bola sepak dunia team mana yang Shah nak sertai? Dan Mengapa?
Sudah Tentu la Malaysia sebab saya nak buktikan yang MALAYSIA BOLEH

Negara yang anda ingin lawati?
Jelajah Eropah dan Arab Saudi (Mekah)

Apa yang belum tercapai dalam hidup anda?
Hantar ibu dan bapa saya ke Mekah, kaya...hahaha, Kahwin...ops...lupe, xxxxxxx, nikah belum...hehehe

Tempat lepak yang anda suka?
Rumah Family, Rumah Bujang, Rumah Xxxx, Bilik Xxxx..ops...hehehe...jangan marah!

Jika ada yang ingin mengenali anda bagaimana?
Boleh….takde hal….dialu-alukan…
Erm…LADIES FIRST..yang cun-cun tau…hahaha…

Ada email personal?
Shah_5429@yahoo.com

Tahukah Anda- Buku Terbitan pertama ITNM



Tahukah anda buku pertama terbitan ITNM? Ia merupakan terbitan bersiri mengandungi 12 buah buku berjudul Koleksi Rafflesia karya penulis tersohor dunia William Shakespeare lebih empat kurun yang lepas. Karya asal yang dijadikan terjemahan ini adalah berbentuk komik dan karya terjemahan ini diterbitkan pada tahun 1995. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad mengambil inisiatif menterjemahkan siri komik ini sebagai langkah awal untuk menanam minat khalayak, khususnya golongan muda membaca karya agung dan klasik.
Antara judul yang terdapat dalam siri yang disediakan dalam paket kotak berwarna kuning ini ialah: Hamlet, Jika Hati Sudah Suka, Julius Caesar, Macbeth, Malam Kedua Belas, Menawan Si Cenge, Mimpi Musim Panas, Othello, Raja Lear, Romeo dan Juliet, Saudagar Vinece dan Taufan.

28 July, 2008

Apa Khabar - Othman Ali

Kepada yang lama seorang lagi teman yang hilang ini dapat dikesan berada di kampung halamannya. Dia ni bekerja semasa Dinasti Y.Bhg. Datuk Mahpor Baba menjaga harta kekayaan ITNM di bawah pengawasan Panglima Asmat.


Nama: Othman Ali.



Tarikh mula khidmat dan berhenti:
Masuk 1995 dan berhenti 1997.

Dahulu berkhidmat di Seksyen mana?
Seksyen Kewangan dengan En. Asmad, Arwah Kak Jami, Norhayati, Awie dan Doreen.

Selepas bekerja Di ITNM bekerja di mana?
Seni Kembara milik Puncak Niaga, Land & General di Sri Damansara Club, RM Capital Bhd dan Triways travel di TTDI. Semuanya buat akaun(pening****musing palo). Dan sekarang di Kemudi Timur di Kelantan (buat operasi - Kampung halaman saya sendiri).

Mengapa berpindah?
Dah ramai sangat orang kelate di KL biarlah saya undur diri…..termasuk Che Loh (gurha jah)..Sebenarnya untuk berubah angin…hidup di kampung keadaannya lebih releks.

Berapa orang anak?
2 orang,yang sulong Nurul Athirah, adik Nurul Insyirah. Dan isteri masih satu! (senyum).



Apa beza hidup dahulu dan sekarang?
Alhamdullilah ! Dulu tidak berjurus sekarang dah berjurus sakan.

Siapa yang ingin anda temui?
Semua orang yang pernah saya kenal dahulu! Kawan sekolah, kawan personal mahupun rakan sekerja dahulu. Saya ingin mohon maaf apa yang pernah berlaku di antara kita. Supaya kesilapan yang tidak disengajakan dan sengaja di masa lampau dapat dimaafkan.

Apa yang belum tercapai sekarang?
Syukur Alhamdulillah! dah cukup, rumah, orang rumah, kereta (tak larat nak isi minyak)…, anak-anak yang sihat.

Jika ada yang nak menghubungi boleh beri alamat emel?
Boleh. Hantarkan emel ke orai05@yahoo.com

27 July, 2008

Kebetulan dan Kuasa Minda Separuh Sedar!

Sesuatu yang tidak di sangka
seringkali mendatangi kita
inikah suratan atau kebetulan....

Begitulah lirik lagu popular pada tahun 80an nyanyian Kenny, Remy dan Martin. Kebetulan memang selalu berlalu di dalam hidup kita. Contohnya kita baru berniat nak telefon seseorang tetiba orang yang hendak kita panggil itu menelefon kita atau kita terserempak beberapa saat dengannya selepas itu.

Kebetulan yang membuatkan hati kita susah hati apabila kita berjumpa dengan orang yang kita berhutang atau kita berjalan dengan seseorang dan berjumpa dengan seseorang yang banyak tahu mengenai rahsia kita.

Saya lebih percaya kebetulan banyak akan berlaku dan memudahkan kita jika kita berfikiran positif dan banyak berdoa. Allah s.w.t akan sentiasa memudahkan urusan pekerjaan kita.

Cerita seorang Ustaz bagaimana kebetulan itu menyenangkan urusannya pada suatu hari. Katanya amalan membaca yaasin di waktu subuh akan memudahkan urusan manusia sepanjang siang hari. Dan amalan membaca yaasin selepas solat maghrib akan memudahkan urusan dan Allah akan memelihara kehidupannya sekeluarga dan jiran tetangganya juga.

Jadi suatu hari Ustaz yang tinggal di Kuala Lumpur mempunyai janji temu dengan kawannya di Shah Alam pada waktu awal pagi. Sedang dalam perjalanan menuju ke Shah Alam tayar keretanya telah pancit. Kebingungan dan paniklah sebentar si Ustaz bersama dengan isterinya di dalam keretanya. Namun ketidaktenteraman itu cuma sebentar sahaja kerana tempat berlaku kejadian itu tidak berapa jauh dari kedai tayar dan beliau cuma menunggu 5 minit tayar keretanya siap ditampal!

Ini cuma cerita mengenai kebetulan. Jika kita mahu berfikir lebih dari itu kebetulan akan ada banyak sebab-sebabnya mengapa ia berlaku. Ia mungkin disebabkan qadar, doa, harapan atau kuasa minda kita yang berinteraksi. (Wah kuasa minda pula. Sebenarnya saya ada membaca buku mengenai kuasa minda iaitu kuasa luar sedar yang jarang digunakan oleh kebanyakkan dari kita.)


Gambar ini kelihatan seperti staf ITNM terpaksa
memakai pakaian seragam berwarna biru padahal
ianya cuma kebetulan. (Duduk dari depan Deknon Bolkiah,
Deknon Nizan dan Deknon Iznee. Di belakang diriku dan
Deknon Saiful).

Lihat sahaja gambar ini ia juga suratan dalam kebetulan. Semua rakan-rakan sepejabat berbaju biru, ini tidak di rancang. Saya pernah masuk di dalam lif sewaktu bekerja di tempat lama. Semua orang di dalam lif senyum seperti sesuatu yang lucu berlaku dan apabila saya melangkah masuk kelucuan itu bertambah lagi kerana semua yang berada di dalam lif memakai baju berwarna ungu!

Menyentuh mengenai interaksi kuasa minda tadi kejadian ini pernah berlaku pada hidup saya dahulu. Sewaktu di kampung ketika itu belum ada telefon bimbit. Suatu petang saya menerima panggilan telefon di rumah. Apabila saya mengangkat ganggang dan bersuara tiada jawapan. Saya meletakkan telefon. Telefon berdering lagi beberapa kali saya bersuara sehingga timbul rasa marah dan saya hampir menghempaskan ganggang telefon. Tetapi sebenarnya yang menelefon itu ialah adik saya yang sedang belajar di luar dari kampung saya. Mungkin untuk melepaskan rindu pada keluarga lalu dia menelefon tetapi telefon pondok itu rosak pula cuma dia boleh mendengar suara saya tetapi percakapannya tidak dapat saya dengar.

Saya tidak tahu bagaimana ia berlaku tetapi minda kami dapat berinteraksi itu yang dapat saya rasakan. Lalu saya mencipta satu kaedah berinteraksi dengannya ketika itu. Saya sahaja yang bercakap dan saya mahu dia membalasnya dengan menekan sebarang punat. Saya mahu dia menjawab ya atau tidak dengan menekan sekali bermakna ya dan dua kali bermakna tidak.

Lalu sayapun berkomunikasilah dengannya hampir setengah jam dengan menanyakan soalan berbentuk objektif itu, seperti adakah dia sihat jawapan ya atau tidak, sudah makan atau belum, adakah dia merasa seronok belajar. Dan bayangkan bagaimana dia menceritakan ketika balik ke kampung pada minggu berikutnya lucunya kejadian itu kerana sewaktu berkomunikasi dengan kaedah luar biasa itu telah ramai orang yang telah beratur untuk menggunakan telefon itu. Beberapa kali dia cuba memberitahu kepada mereka yang beratur bahawa telefon rosak dan tidak boleh digunakan namun mereka tetap setia menunggu. Adik tidak mahu dianggap pentingkan diri sendiri terus menamatkan telefon dan memberi peluang orang pula menggunakan telefon!

Bayangkanlah apa yang berlaku selepas itu? Mungkin adik dianggap orang terakhir menggunakan telefon dan telah merosakkan kemudahan awam tersebut.

26 July, 2008

Indahnya Pantun- 2

Meneruskan ruangan ini dengan segmen pantun agar kesinambunganya terus ada dan subur. Saya tidak berniat untuk berbicara mengenai pantun secara ilmiah kerana saya ingin anda melihat pantun sebagai sesuatu yang mudah dan santai dan sesuai dengan orang-orang melayu.

Bentuk pantun yang paling pendek ialah dua kerat. Dari segi jumlah suku kata tidak jauh beza dengan pantun empat kerat yang sangat popular iaitu di antara 8 hingga 12 suku kata. Cuma pantun dua kerat hanya mempunyai sebaris pembayang dan sebaris maksud.

Tak tumbuh tak melata
Tak sungguh orang tak kata

Kura-kura dalam perahu
Pura-pura tidak tahu

Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut badan merana

Kerana pantun ini sudah sebati dengan jiwa orang melayu kadang-kadang jika orang melayu bermaksud mengatakan sesuatu secara bersopan dan beralas mereka hanya melafazkan sebaris pembayangnya sahaja seperti:

Ah macamlah orang tak tahu. Kami nampak kau ada ditempat kejadian tu semalam.
Kau ni macam kura-kura dalam perahu!

Begitulah hebatnya pantun dalam kehidupan orang-orang melayu. Tapi sekarang sudah jarang kedengaran orang mengucapkan hal yang demikian. Pantun sekarang Cuma ada dalam seni kata lagu-lagu melayu asli seperti Dondang Sayang, Joget, Inang, Ghazal, Zapin, Dikir Barat, Boria dan yang seumpama dengannya sehingga lagu-lagu asli ciptaan baru masih membawa pantun di dalam lagunya.

Entah mengapa kita tidak pernah mendengar pantun dalam irama Rock, R dan B, Blues atau Jazz kecuali lagu asli yang diberi nafas baru dalam irama asing itu.

Selain dari bentuk-bentuk dua kerat dan empat kerat pantun tersedia dalam bentuk enam kerat lapan, sepuluh, dua belas dan gandaan dua berikutnya sehingga enam belas kerat.

Pernah atau tidak anda mendengar lagu Gurindam Jiwa dalam filem Gurindam jiwa. Pantun mengenai jiwa dan perasaan dua insan yang bercinta dan tidak mahu berpisah. Masing-masing mangikat janji setia sehidup semati dan segala perasan kasih sayang, cinta dan taat setia manjelma dalam bentuk pantun empat kerat yang indah

Gurindam Jiwa

Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

Pantun saya untuk anda sebagai pengacara, jemputan atau penceramah yang kadang kala mengalami kebuntuan kerana terpaksa memikirkan banyak perkara dalam sesuatu majlis kali ini ialah pantun pembuka bicara. Semoga anda dapat memanfaatnya.

Lada sulah di tepi jendela,
Dijemur orang si anak dara;
Lafaz bismillah kata bermula,
Salam sejahtera penanda bicara.

Pohon meranti dan kayu jati,
Tempat bersarang si laba-laba:
Nanti-nanti sudah dinanti,
Yang ditunggu sudahpun tiba.

Jual lukah di tengah pekan,
Pekan Baru di tepi kota;
Kata bismillah saya mulakan,
Semoga berkat majlis kita.

Parang sebilah jual di pekan,
Jadi tukaran si burung tempua;
Ucapan bismillah saya mulakan,
Doa sejahtera pada semua.

Dara jelita menangkap tempua,
Tempua bersarang di rumah rehat;
Salam sejahtera buat semua,
Harap semuanya sihat walafiat.

Selamat berhujung minggu.

24 July, 2008

Pesta Buku Malaysia 2008

Pesta Buku Malaysia 2008 kembali lagi pada 31 Julai hingga 3 Ogos 2008 di PWTC dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti jualan mega, derma buku dan lain-lain.
Jangan lupa lawati gerai ITNM yang akan menghidangkan buku terbaru kepada anda "Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1791-1965" yang baru keluar dari ketuhar! Anda akan terpegun dengan kandungan dokumen-dokumen lama yang masih tersimpan dan diterbitkan buat pertama kalinya dan tersedia untuk menjadi koleksi anda yang amat berharga!
Untuk maklumat lanjut Pesta Buku Malaysia sila lawati:
http://www.pestabukumalaysia.com/

Kongsi Emel-Wasiat terakhir Mak Temah...

Bersama kita kongsi satu emel yang saya pernah baca suatu waktu dahulu dan kelucuan itu tidak pernah berkurang apabila emel seperti beroda ini kembali ke dalam peti emel saya.

Wasiat terakhir Mak Temah...

Setelah beberapa hari ditempatkan di wad ICU, keadaan Mak Temah mula beransur stabil. Keesokan harinya beliau dipindahkan ke wad biasa, tetapi peralatan pernafasannya masih belum ditanggalkan. Tok Ketua bercadang untuk melawat Mak Temah yang merupakan salah seorang kariah mukimnya.

Bersama isterinya Bedah, Tok Ketua ke hospital lewat petang itu untuk menziarah jirannya itu. Mak Temah kelihatan amat lemah tetapi masih dapat mengenali tetamu-tetamunya. Dia memandang ke wajah Mak Bedah dengan mulut yang terkumat kamit. Mak Bedah mendekati Mak Temah sambil mendekatkan telinganya ke bibir beliau.

Tok Ketua yang berada di sisi katil sebelah lagi juga turut mendekati bahagian kepala Mak Temah. Tetapi, tiba-tiba Mak Temah mengalami sesak nafas dan dadanya berombak-ombak turun naik. Dalam keadaan kelam kabut itu, Tok Ketua terlihat tangan Mak Temah seolah-olah meminta pen dan kertas..

Kebetulan Tok Ketua menyimpan beberapa helai kertas kecil di dalam saku koceknya dan dengan segera menyerahkannya kepada Mak Temah. Tentunya Mak Temah mahu menulis wasiat, getus fikirannya. Nafas Mak Temah semakin sesak dan akhirnya terhenti setelah beliau menuliskan ayat terakhirnya. Menghormati jenazah, Tok Ketua tidak mahu membaca wasiat itu di depan arwah Mak Temah.

Keesokannya setelah jenazah disempurnakan, barulah Tok Ketua memanggil kesemua waris Mak Temah dan menyatakan Mak Temah sempat menuliskan wasiat untuk mereka sebelum menghembuskan nafas terakhir. Waris-warisnya berasa hairan kerana setahu mereka Mak Temah bukan orang berharta.

Perlahan-lahan Tok Ketua mengeluarkan kertas yang ditulis oleh arwah Mak Temah semalam dan memasang cermin matanya. Mukanya merah padam dan kertas tersebut jatuh daripada tangannya. Tiba-tiba Tok Ketua berlari keluar dari bilik tersebut.
Anak sulong Mak Temah, Rizal mengambil kertas tersebut dari lantai dan membacanya.
"Tolong jangan pijak salur oksigen aku, Tok Ketua! Ketua!!!"

Kesimpulannya: Baik-baik melawat orang sakit !

Terima Kasih Nor Azira Ishak.

Kelebihan Surah Yaasin

Kertas kerja ini diberikan oleh seorang Ustaz ketika sesi pembentangan kelebihan surah Yaasin. Semoga dapat kita memanfaatkannya dan memanjangkannya kepada saudara-saudara kita.
Surah Yaasin

Surah Yassin merupakan surah ke-36 daripada 114 surah yang terdapat didalam Al-Quran. Surah ini mengandungi 83 ayat. Diturunkan ketika Nabi Muhammad S.A.W. berada di Mekah kecuali ayat yang ke 12 diturunkan di Madinah setelah baginda berhijrah.

Terdapat banyak hadis yang telah menjelaskan tentang fadhilat Yassin; iaitu untuk keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Sebaik-baik ibadah seorang hamba kepada Tuhannya ialah membaca Al-Quran. Pada hari kiamat kelak, Al-Quran akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya dan Allah S.W.T. telah menjanjikan ganjaran kebaikan atas setiap huruf yang dibaca. Seharusnya orang yang membaca Al-Quran dapat meneliti dan memikirkan kandungannya akhirnya akan merasa insaf serta terbentuk imannya.

Dalam surah Yassin, Allah telah menjelaskan janji-janji kebaikan juga kenikmatan bagi mereka yang beriman dan yang menurut perintahnya, serta ancaman yang mengerikan bagi mereka yang ingkar terhadap perintahNya. Segala keterangan membuktikan adanya syurga dan neraka serta balasan baik dan jahat di akhirat nanti dengan begitu jelas. Menurut Iman Al Ghazali r.a : Surah ini dinamakan hati Al-Quran kerana iman seseorang tidak sah atau tidak sempurna sekiranya dia tidak percaya dan yakin tentang adanya hari akhirat. Keterangan tersebut lengkap terkandung dalam surah ini.

Bagi mendapatkan hikmah yang istimewa, sila amalkan bacaan Surah Yassin

1. Pada setiap pagi hari
2. Pada setiap petang hari

Barangsiapa mengamalkan bacaan surah Yassin di pagi hari, Allah S.W.T. akan mempermudahkan urusannya di sepanjang siang hari. Barangsiapa mengamalkan bacaan Surah Yassin dipetang hari, Allah S.W.T. akan memeliharanya kehidupannya di sepanjang malam.

Dengan menjadikan bacaan Surah Yassin pada setiap pagi hari dan petang hari, dan dengan amalan yang berterusan, apabila berlaku kematian, Allah S.W.T. menjanjikan Syahid. RASULULLAH s. a. w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah yasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
7. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allahmeringankan siksanya.
8. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
9. Jika dibacakan kepada orang yang sakrt, terhindar daripadapenyakitnya.
lO.Sabda Rasulullah s. a. w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan memirrta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

23 July, 2008

Jom Baca Buku- Scattered Bones & Enslaved Soul

Masih ingat dengan Malam Sebutir bintang dalam kenangan? Seperti yang dijanjikan inilah dua buku yang dilancarkan pada malam itu. Jadi tunggu apa lagi.
Scattered Bones
Usman Awang

Buku ini adalah terjemahan daripada satu-satunya novel hasil tulisan Usman Awang, iaitu Tulang-tulang Berserakan. Sebahagian kandungannya adalah biografi manakala sebahagian lagi mengisahkan pengalaman Allahyarham sebagai seorang anggota polis. Kisah dramatik yang dipaparkan menerusi novel ini mengambil latar ketika zaman darurat di Tanah Melayu selepas Perang Dunia ke-2 dan keperitan serta kepayahan bangsa yang tertekan dek sengsara perang - dalam masa yang sama terpaksa berdepan dengan konlik perebutan kuasa sama terpaksa berdepan dengan konlik perebutan kuasa antara Koloni British dengan Komunis Malaya.



Jiwa Hamba Enslaved Soul
Sasterawan Negara USMAN AWANG



Tempah di Sini




Buku ini sebuah antologi puisi dwibahasa yang mengumpulkan hasil karya Sasterawan Negara Usman Awang. Sarat dengan unsur patriotik, antologi ini mengandungi beberapa karya awal Allahyarham yang hanya pernah diterbitkan di akhbar serta majalah sekitar tahun 50-an. Secara umum, puisi-puisi yang dipaparkan menggambarkan zaman sebelum, semasa dan sesudah kemerdekaan Malaysia. Pendek kata, suara pena Allahyarham menerusi antologi ini menggambarkan harapan dan impian beliau terhadap sebuah bangsa yang negaranya terjajah.

Cumi- Masliza Mior Kamaruddin

Mari berkenalan dengan seorang lagi staf ITNM. Bergaya lincah apabila berada di pentas. Juga peminat setia Blog Enche's. Lihat siapa Sdr. Masliza dalam ruangan ini.Tapi jangan lebih-lebih haa..

Nama: Masliza Binti Mior Kamaruddin
Tarikh lahir: 3 April 1985
Dilahirkan: Hospital Universiti Kuala Lumpur (HUKM)
Sekolah terakhir : Sek. Men. Keb. Wangsa Maju Seksyen Satu, Kuala Lumpur

Kegemaran:
Dance, Dance and Dance

Makanan kegemaran :
Nasi Goreng Kampung dan Masakan Kampung

Warna kegemaran:
Biru air laut

Perkara yang anda tidak suka:
Orang yang suka buat cerita bohong pastu mengadu-ngadu plak

Seronok dengan hidup sekarang?
Alhamdulillah, seronok.

Pengalaman yang seronok untuk di kongsi.
Hari keluarga tempoh hari jadi perekatari belajar kat mana?

Belajar dari dance class...weekend jer ader class dan ada jugak create sendiri step-step menari nie...yang simple-simple jer la

Puashati dengan persembahan tempoh hari.
Puas hati sangat dan terima kasih kepada kak Yatt, kak Atie, Dayah, Eachah dan Nana kerana sudi joint dance tempoh hari (walaupun kena marah masa training)

Tempat yang paling suka Mas pergi?
Tepi-tepi laut...cauze i’m feel good....

Kalau membaca buku buku kategori apa mas suka?
Seram, Paranormal dan komedi

Jika diberi peluang melancong percuma Mas nak pergi mana dan kenapa?
Insyaallah kalau ada peluang mas nak gi haji/umrah...sebab lebih baik pergi ke sana daripada menghabiskan duit pergi ke tempat yang tidak mendatangkan faedah...

Jika ada yang ingin mengenali anda bagaimana?
Boleh add friendster mas iaitu : www.friendster.com/massleyza
Atau myspace mas iaitu : www.myspace.com/massleyza

Hantarkan emel anda :
mass_leyza@yahoo.com
masliza@itnm.com.my

22 July, 2008

Puisi - Mencarimu Di Mana


Mencarimu Di Mana

telah hilang kasih itu semalam
bagai di bawa arus yang deras
kasih itu hanyut bersama mimpi
kucari kasihmu di mana teman
yang suburnya di sini dahulu
kini sudah tiada
aku berjalan sendiri di tepi pantai
bersama kerikil dan cengkerang mati
terpijak hingga berdarah kakiku
terbenam di dalam pasir putih pantai
kerikil dan cengkerang itu
dan titik-titik merah di atasnya
kudongak ke langit
bunyi kicauan beburung pulang petang
kulihat wajahmu di langit
wajahmu di pasir putih pantai
di laut biru wajahmu tersenyum
mengucap salam terakhir buatku
aku terdampar di sini
di gigi pantai
menunggu ombak membawa aku pergi
bersamanya

18 julai 2008
1.55 pg

Imbauan - Api ketika kecil menjadi kawan!

Lama sungguh tidak mendengar imbauan. Pengalaman lalu kadang-kadang penting untuk kita meneruskan hidup. Bukan untuk meratapi kesedihan atau kesalahan yang lalu tetapi lebih kepada menjadi panduan dan bimbingan dalam meneruskan jalan ke hadapan agar tidak berulang lagi.
Cerita 1
(Wangsa Maju)
Eh bau apa ni kataku kepada teman ketika memasuki tandas lelaki. Sejurus itu juga aku memandang ke atas siling dan terpandang api sedang marak.
Api –api..terbakarlah. kataku dan ketika itu staf di tingkat satu mula huru hara. Tapi kebimbangan kami tidak sedahsyat peristiwa di Menara Pengkalen kerana kami berada di tingkat satu, senang menyelamatkan diri. Susah-susah kami boleh terjun je.

Walaupun api marah dan membuatkan semua terasa ngeri lalu staf dari unit berkenaan telah bertindak pantas mencapai alat pemadam kebakaran dan pasukan bomba tiba sejurus kemudian dan mengesahkan bahawa bangunan ITNM selamat untuk digunakan.
Nasib baiklah ketika kejadian berlaku waktu pulang sudah menghampiri. Jadi kami masuk ke pejabat untuk mengambil keperluan untuk pulang sahaja. Kami dimaklumkan bahawa kebakaran berpunca dari litar pintas.

Cerita 2
( Menara Pengkalen.)
“Eh Terbakar!..ha Berasap! Cepat-cepat lari. Lari semua” Ketika itu semua staf yang berada di ITNM Menara Pengkalen kelam kabut ada yang bertindak pantas telah cabut lari menyelamatkan dirinya tanpa menghiraukan rakan-rakan yang masih dalam kebingungan. Memang dalam keadaan kelam kabut itu ada benda-benda lucu yang tidak terlintas di fikiran boleh berlaku. Tindakan menyelamatkan diri sendiri tanpa mengajak orang lain menyelamatkan diri sama jelas menunjukkan orang lain tidak penting dalam keadaan cemas seperti itu.

Tapi ramai lagilah yang jenis menyibuk untuk melihat dari mana tempat asap berkepul-kepul itu keluar. Namun asap terlalu tebal dan ada yang mula panik dan terus bertindak turun melalui tangga tanpa mahu mengetahui apa puncanya lagi. Barulah aku tahu sebenarnya dalam keadaan berasap sebegitu asap boleh menyebabkan bekalan oksigen berkurangan dan ia boleh menyebabkan orang pengsan sebelum sempat menyelamatkan diri. Jadi adalah digalakkan jika terperangkap di dalam ruang yang berasap untuk lari dari tempat itu secepat mungkin dan jika tiada jalan keluar merangkaklah kerana asap akan naik ke ruang atas.

Dalam kekalutan itu ada yang telah bertindak berani mengambil alat pemadam dan mendekati punca api lalu menyemburnya dan berakhirlah episod panik di Menara Pengkalen tak lama dahulu. Kebakaran berpunca dari plug deco light (lampu perhiasan) yang dipasang untuk perayaan Hari Raya Aidil Fitri. Plug tu telah dibuat salah penyambungannya oleh yang bukan pakar. Jadi hati-hati ketika membuat sambungan dengan plug 3 pin di rumah anda. Salah penyambungan boleh menyebabkan kebakaran.

Cerita 3
(Pandan Jaya )
Kebakaran bermula di tempat letak motosikal -titisan minyak hitam dan putung api rokok telah mencetuskan kebakaran dan merebak ke apartment yang dihuni staf ITNM. Oleh kerana tangga itu merupakan satu-satunya jalan keluar masuk dan tiada pilihan lain maka staf tersebut telah mengambil jalan meredah api yang sedang marak di tangga tersebut.

Akibatnya staf berkenaan mengalami kebakaran 80%. Siksa melihat penderitaannya. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Hampir seminggu menderita di hospital kuala lumpur akhirnya staf berkenaan meninggal. Itulah staf ITNM yang pertama meninggal dunia. Al fatihah untuk Allahyarham Norhayati.

Beberapa bulan selepas itu ibubapa mangsa datang ke ITNM menerima bayaran insuran yang menjadi peninggalan anakanda tercinta! Namun wang bukanlah segalanya. Wang tidak dapat membeli kasih sayang, wang tidak dapat membeli kebahagian dan mengembalikan kehidupan yang lalu. Berhati-hatilah dengan api kecil menjadi kawan besar menjadi lawan. Pastikan anda, anak anda, keluarga tercinta bukan mangsa kepada api!

21 July, 2008

Apa Kata Dia- Puan Yong Yoke Fong.

Nama: Yong Yoke Fong

Sudah lama jadi penterjemah Sambilan ITNM?
Sejak tahun 2002 iaitu selepas kursus Penterjemahan Am.

Bagaimana ia bermula?
Masa itu Puan Siti Rafiah memberi saya peluang membuat terjemahan. Yang pertama projek terjemahan artikel dari surat khabar dari Bahasa Mandarin ke Bahasa Melayu selepas itulah barulah projek yang agak besar tetapi secara berkumpulan iaitu dua penterjemah untuk satu buku.

Seronok jadi penterjemah?
Okey la sebab saya suri rumah sepenuh masa jadi sebagai penterjemah sambilan saya rasa masa lapang saya dapat dimanfaatkan. Lagipun saya kerja bukan untuk jadi kaya kerana saya minat. Saya memberikan keutamaan kepada kerja-kerja yang datang dari ITNM walaupun saya ada menerima kerja dari pihak lain juga seperti menterjemah laman sesawang dan lain-lain.

Penguasaan bahasa terjemahan?
Bahasa Mandarin ke Bahasa Melayu dan sebaliknya, Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dan sebaliknya dan juga Bahasa Mandarin ke Bahasa Inggeris dan sebaliknya.

Masalah utama dalam terjemahan?
Masalah utama ialah bila ia melibatkan soal budaya seperti dalam komik terdapat gaya pengucapan seperti aduh, alamak, ayo ke, sebagai penterjemah kita harus faham ia dalam kontek apa, mesti dikenalpasti. Begitu juga jika terdapat simpulan bahasa di dalam bahasa sumber kita mesti cari simpulan bahasa yang membawa makna yang serupa dalam bahasa sasaran.

Bagaimana anda bekerja sebagai penterjemah sambilan?
Selalunya pengawai ITNM akan menghubungi saya untuk memberi kerja. Jika saya terima melalui emel saya akan buka emel lihat apa kerja itu. Jika lesen memandu ia tidak mendatangkan masalah kerana saya sudah ada formatnya tetapi jika yang lain-lain saya akan membuat lakaran terjemahan dahulu.
Jika ada masalah saya kan guna kamus elektronik (Dictionary Electronik Dictionary) jika istilah itu betul saya akan guna tapi jika tidak tepat saya akan cari lagi perkataan yang sesuai sehinggalah saya berpuashati.

Nasihat anda kepada penterjemah baru?
Mereka mesti ada penguasaan bahasa yang baik. Kena tahu struktur ayat, penguasaan istilah untuk bidang-bidang tertentu. Selain itu mereka juga mesti ada pengetahuan yang luas ini akan membantu mereka membuat terjemahan dengan pantas. Di samping itu mesti mahir menggunakan aplikasi “Microsoft Word” itu adalah asas kepada media penulisan. Terjemahan harus tidak meleret-leret ringkas dan padat.

Ada cadangan-cadangan lain?
Oh satu soalan yang bagus. Saya ingin mencadangkan diadakan kursus Diploma Penterjemahan kerana selepas dari mengikuti kursus asas ia terhenti di situ sahaja. Jika boleh saya ingin menambahkan lagi ilmu dalam bidang penterjemahan ini. Saya juga ingin mencadangkan ITNM membuat ujian kepada penterjemah dan jika mereka lulus dengan ujian itu satu akuan akan diberi seperti ‘code of conduct’

Terima Kasih kerana sudi di temu bual.
Sama-sama.

Saya sempat menjelaskan kepada Puan Yong Yoke Fong mengenai cadangan terakhir beliau itu iaitu mengadakan ujian dan jika lulus diberi perakuan. ITNM tidak mempunyai bidang kuasa memberi perakuan kepada penterjemah. Andai pada masa hadapan sekalipun boleh, bimbang perakuan itu akan disalah gunakan, kerana ITNM tidak akan bertanggungjawab ke atas terjemahan yang tiada kaitan dengan projek yang diberi.

20 July, 2008

Boleh Saya Tahu di Mana Rumah No. 5 Persiaran Satu?


Oh... rumah berkembar dua tingkat tu. Di Depannya Masjid dan di belakangnya mini markert.
Begitulah bunyi intro setiap kali berkumandang drama bersiri No.5 Persiaran Satu yang tersangat popular di lewat zaman 1970an hingga bertahun-tahun lamanya. Seingat saya drama bersiri itu adalah antara yang terpanjang siarannya.

Sebuah drama keluarga yang banyak membawa mesej-mesej keluarga yang sangat bagus sehingga ia sangat sesuai didengar oleh pelbagai lapisan masyarakat ketika itu dan mendapat sambutan yang sangat meluas.

Di masa belum ada stesen radio swasta jadi tumpuan masyarakat hanya kepada radio rangkaian nasional. Jika ada pilihan lain ialah siaran Radio FM dan selepas itu meledak popular Radio Malaysia Ibu Kota (RIMK).

Kembali kepada rancangan radio popular itu mengapa saya ingin menulisnya kali ini tak lain kerana dalam kesamaran ingatan kita terhadap drama itu saya berkesempatan berjumpa dengan salah seorang pelakon drama itu Zuraidah Musib yang memegang watak Kak Mizah.

Kak Mizah datang ke ITNM untuk menjadi juruacara Malam Sebutir Bintang Dalam Kenangan- Usman Awang. Beliau agak terperanjat ketika saya menegurnya sebaik sahaja acara itu tamat.

"Maaf ye saya tumpang tanya. Akak ni Kak Mizah dalam Drama No:5 Persiaran
Satu tu ke?"

Dia senyum dan tergelak besar

"Oi masih ingat lagi ya!"

Tentulah saya membesar dengannya.

"Memang mane-mane saya pergi orang masih ingat dengan Drama itu!" Jelas Zuraidah.

Watak-watak lain dalam drama itu ialah Abang Am dan adik bongsunya Amir selain pembantu kedai Abang Braim, Mak dan Abahnya. Masih Ingat?
Korang jangan jeles lak BangNon sempat bergambar ngan dia!

Separuh Gila Menyelami Anak Mat Lela Gila!

Sudah lama aku mendengar judulnya. Puluhan tahun dahulu sewaktu belajar sastera di sekolah. Antara novel yang dihasilkan selepas merdeka. Namun tidak pernah terserempak dengan novel itu di mana-mana, jadi nama cuma tinggal nama di fikiranku. Tetapi sejak mengendalikan katalog buku-buku umum dan sastera untuk dibawa ke Fankfurt (Jerman) Oktober ini, aku berpeluang melihat karya sastera dari nama-nama besar Malaysia. Ada di antaranya sedang diterjemahkan ke bahasa Inggeris yang dianggap sudah tiba masanya sastera kita dinikmati oleh masyarakat dunia sebagaimana kita menikmati sastera mereka dalam bahasa Melayu.

Apa yang aku ingin ceritakan di sini ialah keperitan di sebalik penyediaan katalog tersebut betapa pengorbanan terpaksa dilakukan kerana setiap judul mesti disertakan sinopsis yang kemudiannya akan diterjemahkan ke bahasa Inggeris. Tidak semua buku mempunyai sinopsis cerita di belakangnya. Nampak sahaja seperti sinopsis tetapi sebenarnya ia adalah biodata penulis atau penterjemah.

Begitulah halnya dengan buku Anak Mat Lela Gila ini. Puasku belek buku yang tiada kata-kata pendahuluan atau prakata ini, Ia menuntut aku mengorbankan waktu hujung mingguku. Nak tak nak terpaksalah aku membaca dan mengikuti kisah yang ingin disampai oleh penulis ini.

Ia adalah sebuah karya Ishak Haji Muhammad yang diterbitkan pada tahun 1960. Menceritakan kisah seorang pemuda yang dianggap gila oleh penduduk kampung. Suka membersihkan laman masjid tetapi tidak pernah menjengah kedalamnya. Novel ini jika dibelai dengan penuh perhatian yang mendalam ada banyak maksud tersirat di dalamnya. Seperti kritik sosial. Walaupun di sampaikan dalam gaya bahasa lama namun tidaklah sukar memahaminya.

Ishak walaupun 40 tahun yang lalu membuat novel ini seperti sudah tahu penyakit yang akan di hadapi oleh generasi sekarang. Lihat sahaja petikan ini sewaktu mendodoikan Bulat anak angkatnya.

“Tidurlah engkau puas-puas sekarang kerana apabila sudah besar pula aku berani bertaruh engkau tiadakan dapat tidur lagi dengan begini tenang dan cendera kerana banyak perkara-perkara yang engkau akan susahkan, runsing dan bosankan – hal hidup engkau, makanan, pakaian, tempat tinggal, itu ini dan berbagai-bagai hal lagi. Orang zaman yang akan datang banyak akan mengidap sakit tak mahu tidur”.

Kalau dalam bidang perubatan ia dikatakan insomnia.

Kegemaran Mat lela agak aneh kerana dia gemar mengukir daripada kayu gambar kemaluan lelaki. Maka banyaklah yang diukir-ukir dan diberi kepada kanak-kanak untuk dibuat bermain dan seronoklah kanak-kanak mendapatnya dan yang perempuan apabila melihatnya menyumpah-nyumpah pula.

Ada mesej yang Ishak ingin sampaikan perhatikan perenggan ini ketika Mat Lela memberikan kepada anak angkatnya ukiran kemaluan lelaki itu.

“Cuba lihat apa bendanya ini engkau pun ada, tetapi kerana engkau masih kecil benar apalah yang engkau tahu, engkau sedarpun tidak. Akan tetapi jaga baik-baik apabila engkau sudah besar pula peliharalah dia dengan cermat. Dalam masa yang akan datang benda ini akan menjadikan orang banayk gila, susah, porak peranda dan miskin merana. Benda ini harus menimbulkan macam-macam kacau-bilau. Engkau mesti ingat baik-baik”.

Begitulah Mat Lela yang Gila itu menasihati anak angkatnya. Mat Lela memelihara anak di dalam sebuah rumah batu kecil yang tidak berpintu. Begitu hebat Mat Lela membina rumah kecil dari batu sedangkan waktu itu belum ada rumah batu. Mat Lela mendahului zamannya tetapi dia gila. Bagaimana itu? Seorang gila boleh melukis dan meniru not kertas. Penulis mahu menyampaikan mesej bahawa masyarakat kita masih memandang rendah kepada keupayaan anak bangsa sendiri jika dapat berbuat sesuatu dan gah kepada keupayaan masyarakat luar. Begitu halus penyampaian Ishak.

Walau bagaimanapun anak angkat Mat Lela, Si Bulat akhirnya telah dicuri oleh sepasang suami isteri yang tidak mempunyai anak. Akibat terlalu sedih dengan kehilangan anak itu Mat Lela telah kembali ke rahmatullah. Namun sebelum meninggal Mat Lela sempat menghanyutkan sebiji labu yang mengandungi barang-barang yang ditinggalkan oleh ibu Si Bulat di dalam sebuah sungai dan labu itu ditemui oleh seorang alim yang bernama Tuan Haji Osman.

Manakala Si Bulat telah mengetahui ia adalah anak angkat menjadi sedih sedangkan sewaktu bayi kanak-kanak itu tidak pernah menangis sehingga ia dikenali sebagai anak orang bunian. Apakah kesudahan cerita Anak Mat Lela Gila ini? Bacalah sendiri!

Apa khabar - Ustaz Rosli Husin

Kali ini saya berkesempatan untuk membawa saudara Rosli Husin yang pernah berkhidmat sebagai penterjemah bahasa Arab di Unit Terjemahan ke ruangan ini. Saya dan kawan-kawan memanggilnya dengan panggilan Ustaz sahaja dan memang itu panggilan untuk semua yang menjadi penterjemah bahasa Arab di ITNM. Seronok berbual dengannya dahlulu yang banyak belajar dan merantau di negara Arab. Maaflah ustaz gambar yang terpejam pulak matanya disiarkan di sini. Cuma itu sahaja yang ada dalam simpanan saya.

Nama: Rosli Bin Husin

Apa khabar?
Alhamdulillah semuanya baik

Mula kerja dan tinggalkan ITNM tahun berapa?
Mac 2007, sekejap jah kerja di ITNM 2 bulan je, lepas tu berhenti

Bagaimana kehidupan ?
Nak kata senang taklah senang, nak kata susah taklah susah.

Tempat kerja sekarang?
Dar Al-Fath For Arabic Centre .

Syarikat sendiri?
Ya begitulah adanya.

Ia mengenai apa?
Penterjemahan juga, melayan permintaan penterjemahan pelanggan dan menterjemah buku-buku projek saya sendiri. Dan kebanyakannya dari bahasa Arab - Melayu dan Melayu-Arab. Selain itu ia juga mengendalikan pembelajaran Bahasa Arab.

Bagaimana dengan perniagaan Hpa yang saudara ceburi dahulu?
Ya masih lagi semua dalam satu syarikat dan pejabat saya beroperasi di Wakaf Che Yeh.

Begitu sibuk sekarang?
Alhamdulillah, terlalu banyak yang perlu saya buat tapi saya bergerak sendirian. Saya juga menjadi pensyarah sambilan di UiTM Machang untuk subjek bahasa Arab.

Sudah berapa orang anak?
Tiada anak lagi

Kerja tempat baru sekarang okay?
Semuanya beres, company seperti di atas

Saya nak tanya pengalaman bekerja di ITNM. Boleh cerita sedikit?
Suasana kerja memang seronok di ITNM, kerana tempat kecil, stafnya tak ramai dan selesa. Jadi tak ada masalah dan keranah langsung. Cuma tak tahannya memanjang atas kerusi empuk, lagipun saya ini bekasan orang yang sudah jatuh atas pokok tak bolehlah duduk lama2 pada satu tempat kena banyak bergerak.

Masih ada menghubungi staf ITNM yang lain?

Ya seperti Syed, bekas staf ITNM lain seperti Iznin dan ramai lagi

Ada pandangan anda mengenai ITNM sekarang?
Maaf no komen sebab tak tahu perkembangan terbaru ITNM, cuma dengar khabar membanggakan. Tahniah

Apa ucapan/ pesanan kepada warga ITNM lama dan baru?
Jadikan ITNM sebagai induk atau gedung ilmu terulung di Malaysia dalam mencorakkan pemikiran warga bangsa yang ilmiah lagi kritikal sesuai dengan proses ledakan ilmu yang kian menular tanpa henti

Jika ada yang nak menghubungi boleh beri alamat emel?
Email saya: fiqalbiantum@gawab.com

Siapa yang anda teringin nak jumpa?

Semua nak jumpa.

Terima Kasih dan Selamat Maju Jaya
Terima kasih jua kerana masih menghubungi saya. Maaf kalau jawapan yang diberi tak mencapai maksud yang dikehendaki.

Kesudian itu sudah lebih dari memuaskan.

18 July, 2008

Indahnya Pantun!

Keindahan pantun itu merangkumi aspek bahasanya yang indah, persamaan bunyi rima akhir dan rima tengah. Selain itu juga keindahannya yang lain dari segi bunyi ialah gaya pengucapannya yang berirama. Pengucapan bunyi rima pada bahagian pembayang dan diulangi tekanan bunyi yang hampir sama pada bahagian maksud menjadikannya suatu bentuk pengucapan yang sangat indah. Perhatikan sahaja pantun yang mula disuburkan pada semua jiwa kanak-kanak di alam Melayu ini

Buai laju-laju,
sampai pucuk sena:
Apa dalam baju,
Sekuntum bunga cina.

Dan tentunya anda masih ingat dengan pantun ini

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik Bercabang tiga;
Hancur badan di kandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga
.

Dilagukan menjadi sebati dan sesuai dengan luahan perasaan dalam kegembiraan jiwa kanak-kanak. Saya masih ingat dengan bentuk-bentuk mirip pantun yang sangat popular dilagukan oleh ibu-ibu pada masa dahulu termasuk bonda saya ketika mendodoikan anak –anak mereka.

Tepuk amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk ramai-ramai
Emak upah susu

Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Adik jangan menangis
Emak ada kerja

Saya tidak pasti ibu-ibu pada masa sekarang masih memilih warisan tradisional itu untuk menidurkan bayi mereka. Mungkin ramai yang tidak sedar persekitaran pada masa awal tumbesaran bayi akan banyak mempengaruhi jiwa kanak-kanak apa bila mereka dewasa kelak. Sehingga sekarang saya masih ingat dengan pantun dua kerat yang dilafazkan oleh arwah bapa saya suatu ketika dulu. Sungguh menarik sekali bunyinya

Lengkuas belakang pintu,
Budak buas(nakal) biarkan begitu.

Ketika itu saya terlalu nakal dan apabila mendapat sesuatu kecelakaan kecil kerana kedegilan tidak mendengar kata orang tua, arwah bapa saya akan melafazkan pantun dua kerat itu. Dari kesakitan yang amat sangat dirasai oleh saya, saya sebenarnya lebih tertarik dengan rangkap pantun yang penuh makna itu. Lalu saya menghafalnya. Pantun itu mengajar saya berfikir berhari-hari lamanya dan di situ saya fikir saya telah jatuh cinta dengan pantun.
Kegemilangan pantun dalam kehidupan orang Melayu suatu dahulu memang tidak dapat dinafikan kerana disitu seperti terletaknya jati diri orang-orang Melayu. Pantun hidup di dalam masyarakat Melayu bersama bentuk sastera lain seperti syair, gurindam, seloka dan lain-lain lagi. Yang menjadikan pantun lebih istimewa ialah kerana pantun boleh diucapkan dalam pelbagai keadaan seperti majlis ataupun adat istiadat.

Dalam perkembangan sekarang masyarakat lebih berterus terang dalam menyatakan sesuatu hasrat mereka. Menjadikan pantun dipinggirkan dan tinggal hanya sebagai suatu warisan. Namun pantun tetap diselitkan dalam majlis-majlis peminangan, ucapan, di dalam lirik lagu-lagu berunsur tradisional atau dalam acara-acara berbalas pantun.

Penguasaan masyarakat Melayu terhadap pantun juga kebelakangan ini berkurangan walaupun pantun masih terus diajar melalui sistem pembelajaran di negara ini. Pertandingan berbalas pantun yang diadakan di antara sekolah-sekolah adalah satu usaha yang baik dan wajar diteruskan serta dipertahankan.

Saya berhasrat untuk terus menyuburkan warisan bangsa Melayu sejak berkurun lamanya ini agar pantun tidak terus dilupakan oleh kita menerusi blog ini. Pantun masih sesuai digunakan dan diselitkan di dalam pengucapan atau pun dalam bidang pengacaraan.

Sekian lama saya menyimpan cita-cita ini iaitu semenjak berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka lagi. Tetapi ketika itu saya tidak begitu jelas dengan cara bagaimana saya dapat melakukannya. Dengan adanya kemajuan teknologi internet ini saya kira saya sudah ada media yang dicari itu.

Semoga saya dipanjangkan umur untuk meneruskan usaha ini dan diberikan Allah kekuatan. Dalam Post yang berikut dan dari masa ke masa saya akan menerangkan bentuk-bentuk pantun dan pantun-pantun yang saya cipta dan juga pantun warisan yang boleh digunakan di dalam acara-acara jika anda terlibat menjadi pengacara atau pengisian sesuatu majlis. Jumpa lagi.
Wasalam.

17 July, 2008

Kongsi Emel - Tandas di Bilik Tidur

Salam.

Kata seorang Ustaz..orang dulu-dulu buat solat tahajud, siap kena keluar dari rumah, ke sungai untuk ambil air sembahyang. Sebab itu mereka kuat – fizikal dan mental.

Bagaimana dengan kita sekarang?

Dalam bilik tidur tersedia bilik air. Jangankan nak bangun buat solat tahajud…solat subuh 2 rakaat pun ramai orang kita tak buat. Sebab itu kita semakin hari semakin lemah.

Wallahua’alam.


Salam Hormat,
Seorang anak saudara saya yang berusia 10 tahun mengemukakan soalan ini dan saya gagal menjawabnya. Dia bertanya kenapa tandas di rumah-rumah moden sekarang ini ditempatkan dalam bilik. Biasanya tandas ada dalam bilik utama selain di bahagian belakang(dapur).
Katanya, ustaznya memberitahu setiap kali azan, syaitan akan terkentut-kentut dan cirit birit, melarikan diri ke dalam tandas. Pendek kata syaitan suka duduk di tempat-tempat kotor seperti tandas.

Tetapi kenapa rumah-rumah sekarang ini, tandasnya ada dalam bilik? Tidakkah itu bermakna kita membela syaitan dalam bilik, katanya membuatkan saya bingung.

Betul juga cakap budak ini. Orang sekarang makin teruk dan degil, mungkin salah satu sebabnya ialah kerana membela syaitan dalam bilik. Anak-anak degil, berkali-kali cakap atau panggil buat tidak tahu sahaja. Suami juga degil, cakap perkara sama berulangkali, buat sakit hati isteri. Isteri juga sama. Semua degil-degil. Sebab dalam biliknya ada tandas. Punyanya malas orang kita, kalau nak ke bilik air, tak perlu jauh-jauh, di sebelah katilnya sudah ada bilik air.
N ampaknya orang Islam nak ikut stail orang Barat. Mereka nak jadikan rumah mereka macam hotel. Dalam bilik hotel ada tandas, jadi orang Islam yang membina mahligai mereka pun mahu buat macam itu - ada jamban dalam bilik.

Orang dulu, kalau bina tandas, mereka cari tempat jauh-jauh dari rumah. 'Bank kecil' ini memang berasingan daripada rumah mereka. Tetapi kini, orang bukan saja membina tandas dalam bilik, malah ada yang melengkapkan tandas mereka sebegitu hebat seolah-olah macam tempat tidur!
Sekadar untuk renungan. Kadang-kadang kita merasakan ada tandas di dalam bilik menyenangkan tetapi ada perkara-perkara lain yang tidak terlintas di fikiran kita memberi kesan kepada kehidupan. Kepada arkitek mungkin sudah tiba masanya untuk membuat reka bentuk rumah bercirikan Islam. Terima kasih Zoel untuk emel berantai yang entah berapa kali dihantar ini. Zoel ini kawan lama kolej ku. Apa khabar Pekan Rasa?

16 July, 2008

Jangan Putus Asa- Bukan Rezeki Namanya

Masih ingat dengan post saya pada minggu lepas mengenai penglibatan staf ITNM dalam perlawanan bola sepak pasukan Kementerian Pelajaran Malaysia . Maaf kerana sibuk sangat dengan liputan Malam Sebutir Bintang baru sekarang berkesempatan menyiarkannya, bukan lupa tapi waktu yang cemburu. Di sini ada info ringkas dari empunya diri- Sdr Shuaimi.

Salam.
Game MAKSWIP 11 Sebelah 2008 pd hari Jumaat, 11 Julai 2008.
Pusingan: Suku Akhir
Lawan: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)…org kata antara team power MAKSWIP 2008 la…tapi kena defensive almost all the time masa jumpa MESCA…
Keputusan: Sepenuh masa (0-0)…kalah penalti 3-4..gagal ke separuh akhir…

Persiapan seterusnya untuk MAKSWIP 9 Sebelah 2008 di Perlis pada bulan Ogos…

Ada aura-ura untuk MESCA masuk liga tempatan tapi belum tau yang mana…Shah dan saya dah jadi macam anggota tetap team MESCA yang di luar Putrajaya…saya dipelawa untuk join satu team di Liga KL, tapi belum buat keputusan…takut tak dapat bagi full komitmen coz sebelum ni pun ada join 2 teams (satu business league dan satu lagi social team) tapi tak dapat commit…maklum la dah ada family, weekend susah mau join… Yang lelain akan di update kendian

Time kasih kerana bagi peluang join blog tersohor…ITNM.
(sama-sama Okey la tuh...)

Ciki- Rahmanyassin Jaafar

Jom Berkenalan dengan Si Ciki yang pernah memenangi anugerah Staf ITNM yang paling bergaya pada Hari Keluarga.

Nama: Rahmanyassin Bin Jaafar
Tarikh lahir: 26 February 1983
Dilahirkan: Hospital Besar Kuala Lumpur
Pendidikan: Level A


Kegemaran: Sports
Makanan kegemaran. Ayam goreng Kentucky, McD
Warna kegemaran: Hijau, kuning, merah (sape tau buah 3)

Perkara yang anda tidak suka?

Buang masa, tidur lebih, kuat makan, banyak main.. (main apa?)

Seronok dengan hidup sekarang?
Tak seronok..tak dapat archive anything lagi..hehe

Apa yang belum tercapai dalam hidup anda?
Kawin lagi..

Siapa kawan baik anda yang sudah lama terpisah dan teringin nak jumpa?
Cumi n ciki..memang baik.. (eleh bodek la tuh)

Kalau anda punya wang yang banyak apa yang anda ingin buat?
Bagi org tengok n bagi skit2...

Pengalaman yang seronok untuk di kongsi?
Dapat awek baru, tapi tak bleh nak kongsi-kongsi..aku punye je..

Belajar sambil kerja ada masalah tak?
Sorry, keje sambil blaja la..yupp memang banyak masalah..tapi aku n saiful je yang tau.. (ape-ape jelah dik)

Boleh komen tak mengenai sivik rakyat Malaysia?
Ok je kalau nak dibandingkan dengan negara lain..Malaysia boleh...

Jika ada yang ingin mengenali anda bagaimana?
Boleh saje..awek-awek dipersilakan..

Hantarkan emel anda
rahmanyasin_mn@yahoo.com

15 July, 2008

Debat Di Balai Tun Syed Nasir

Tentunya kalian ingat aku akan berbicara pasal debat - Hari ini bentuk Kerajaan Esok Harga Minyak akan Turun! Di antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat- Datuk Sri Anwar Ibrahim.
Tentulah isu ini amat menarik perhatian bukan aku sahaja malah seluruh rakyat Malaysia. Ketika itu aku melayari internet sambil mendengar siaran TV tetapi ternyata layaran di internet amat perlahan. Mungkin ramai yang menggunakan internet bagi mengikut perkembangan siaran itu. Aku beberapa kali gagal membuat upload pada blog ku. Lalu aku padamkan komputer dan menumpukan sepenuh perhatian pada debat itu.
Dari awal aku sudah faham ia sekadar debat seperti pertandingan debat yang biasa kita lihat. Tidak akan ada yang menang dan tidak ada yang kalah. Penonton sendirilah yang perlu membuat justifikasi terhadap pendapat-pendapat yang dilontarkan.
Ia sekadar untuk meredakan ketidakpuasan hati dan pendapat mengenai kenaikan harga minyak. Logiknya harga minyak dinaikkan oleh sebelah pihak dan logiknya harga minyak diturunkan pada sebelah pihak. Masing-masing memang sudah bersedia dengan hujah.
Kerana sudah dapat mengagak bagaimana perjalanan debat itu akan berlangsung maka ada ketikanya fikiran aku menerawang melihat pergerakan kamera di dalam Dewan Tun Syed Nasir yang dahulunya di panggil Balai Budaya, masih tidak banyak berubah sebagaimana dahulu kecuali nampak anggun dinding senibina melayu kerana dinaiktarafkan.
Lima belas tahun dahulu. Di atas pentas di mana berdirinya dua tokoh pendebat itulah aku beberapa kali naik dan turun pentas bersama rakan-rakan lama di Dewan Bahasa dan Pustaka - Kak Kam, Amiruddin dan Roslin untuk merebut gelaran Juara Pantun Sempena Minggu Sastera 1993. Bukan mudah melaluinya. Beberapa pusingan yang memakan masa hampir dua minggu.
Pasukan kami layak ke pusingan akhir dan di atas pentas itu pasukan kami menang sebagai Juara Pantun dan aku dinobatkan sebagai Pemantun Terbaik Keseluruhan. Di situlah aku bertemu dengan idola pantun Malaya aku saudara Chuari Selamat. Pertandingan akhir dibuat untuk rakaman radio dan Sabri Yunus rakanku menjadi pengacaranya. Kehadiran isteri Profesor DiRaja Engku Abdul Aziz- Azaz Aziz membuatkan aku sangat terharu masakan tidak aku masih muda ketika dan dapat mengalahkan mereka yang berusia terdiri dari penulis, pelakon, editor dan pelbagai bidang lagi.
Jadi nasihatku kepada adik-adik jangan jadikan faktor usia sebagai penghalang kepada apa yang kita minat jika Allah telah berikan kita bakat atau kelebihan berjalanlah tanpa menoleh ke belakang tetapi bila berjaya jangan pula mendongak langit!
Jue, Suhaimi dan Kak lida masihkah kau ingat?

Lagu itu JENTAYU namanya




Kepada yang tidak berkesempatan hadir pada malam 12 Julai lepas, inilah lagu
yang dinyanyikan oleh Nora di perkarangan Wisma ITNM. Saya tujukan lagu ini untuk adik beradik saya, saudara mara saya di kampung dan di mana jua berada, Pak Long, Mak Long, Mak Ngah, Pak Ngah dan anak beranak mereka dan tidak dilupakan untuk semua kenalan lama dan baru, jauh dan dekat, kecil dan besar, lelaki dan perempuan, besar dan kecil, cerah dan gelap, kurus dan gemuk, tinggi dan rendah, kaya dan miskin serta penduduk Malaysia dari Perlis hinggalah ke Sabah. Selamat mendengar.
DekNon Nizan bukankah kita pernah nyanyi atas pentas tu tahun lepas untuk Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2007 tapi khemahnya tak ada sebesar itu kan!

Jentayu

Di paruhmu kemilauan sinar
Menyepuhi sejuta rasa
Kemuliaan di hatimu
Bening budi terdampar di jagat raya

Di sayap taufan kau jelajahi
Awan gemawan membawa rindu
Kasihmu menentangi kezaliman
Ketidakadilan

(korus)
Jentayu
Patah sayap bertongkat paruh
Jentayu
Patah paruh bertongkat siku
Jentayu
Patah siku bertongkat dagu
Jentayu
Patah dagu bertongkat kuku

Pinjamkanlah hatimu
Untuk semua

(Ulang korus 2x)

Pinjamkanlah syahdumu

Usman Awang & Johan Nawawi


Jom Baca buku- Fenomena Al Quran

Fenomena Al Quran
Quranic Phenomenon

Buku ini adalah terjemahan baru bagi karya terkenal Malik Bennabi mengenai al quran - hampir 61 tahun selepas edisi asal bahasa Perancisnya diterbitkan pada 1947 Istimewanya buku ini, ia tidak sekadar membentangkan bukti kemukijizatan al quran sebagai wahyu Tuhan, tetapi juga dianggap sebagai suatu pengadilan untuk menepisi usaha dan dakwaan pelbagai pihak berhubung kekurangan al-Quran. Turut dipaparkan ialah analisis mengenai kajian ramai cendekiawan Barat terhadap pengajian Islam Nabi. Menariknya, sifat psikologi dan intelektual Nabi - sebelum dan selepas seruan kenabiannya - turut digambarkan dengan teliti dan menyakinkan.

Penulis : Malik Bennabi
Karya Terjemahan : Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad
ISBN: 978 983 068 265 5
Tahun Terbit : 2008
Halaman : 334 Muka Surat
Harga: RM45.00

Jadi apa lagi dapatkan tempahan anda sekarang ! Dail 03-41497210

14 July, 2008

Sepohon Kayu -Si Bunga Tanjung


Sepohon Kayu
(Saujana)
Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya...

Tentu anda merasa hairan dengan lirik lagu tersebut. Ia bukanlah sebuah lagu baru malah ketika dinyanyikan semula oleh kumpulan Saujana lagu ini sudah pun popular ketika zaman kecilku. Sering dinyanyikan oleh kumpulan nasyid ketika pertandingan Musabaqah membaca Al Quran (sekarang di panggil Tilawah Al Quran).Untuk apa aku panggil dia ke sini?

Sepohon kayu seperti mengapai ingatan ku ketika aku mendengar sebuah puisi Allahyarham Usman Awang-Balada Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir Sebuah Bandaraya yang dibacakan oleh puteri-puteri Dr. Victor A. Pogadaev. Sebenarnya cerita sepohon kayu telah lama ada dibenak fikiranku. Setiap hari aku melalui laman sekangkang kera milik sepohon kayu di pangsapuriku.

Dan setiap kali melalui laman pohon kayu itu aku seolah-olah mendengar ucapan terima kasih dan seakan-akan ia mengucap salam kepadaku setiap hari. Aku bukanlah manusia maksum sehinggakan boleh mendengar dan merasakan semua itu. Tetapi aku dapat merasakan kedamaian itu setiap kali melaluinya dan merasa redup di bawahnya.

Tidak pernah aku ceritakan pada sesiapa hal ini. Kerana bimbang aku dikatakan... Tetapi setelah aku menghadiri satu kursus yang ada menyentuh mengenai Amalan Berkasih Sayang Sesama Insan tempoh hari barulah aku diingatkan kembali tentang tanggungjawab kita terhadap alam sekitar.

Mengingatkan kembali kata-kata Ustazah kepada mereka yang suka merokok (maaflah teman-teman yang merokok ya anggap saja aku tak sengaja menyatakan ini semua dan korang pekakkan telinga sambil teruskan bacaan ini).

Besok bila kita telah meninggal dunia dan ketika semua amalan telah dihitung lalu kita berjalan masuk ke Syurga tiba-tiba udara bersuara “Ya Allah tahan orang itu dari masuk syurga kerana ia telah merosakkan aku ketika di dunia!” aku tersentak mendengarnya. Begitukah sekali keadaannya?

Allahualam. Cerita sepohon kayu ku masih belum bermula. Tujuh tahun dahulu ketika baru berpindah ke kediamanku, biasalah landskap perumahan ku ditanam dengan pohon-pohon yang remaja. Pelbagai jenis di pelbagai sudut. Namun yang menjadi perhatian ku setiap hari ialah terhadap pohon kayu di hadapan rumah ku.

Si pohon ini menerima pelbagai dugaan untuk hidup seperti anak-anak penyu yang baru dilepaskan ke laut. Setiap hari pohon yang setinggi dua kali kanak-kanak dengan batang yang masih lembut di dera oleh kanak-kanak yang tinggal atau datang ke situ.

Pernah suatu ketika pohon itu diliutkan pucuknya hingga menyembah bumi. Dan ibu bapa kanak-kanak tersebut cuma memandang sahaja kelakuan nakal anak-anaknya. Aku yang kebetulan ada di situ terus terasa panas dengan pemandangan itu

“Dik tak boleh tengok pokok tu tumbuh cantik ke?”

Aku tahu tentulah kanak-kanak tidak faham dengan bahasa berkias tu. Tetapi ibu bapanya yang ada memerhatikan dari tadi terus melarang anaknya tiba-tiba. Mungkin terasa aku memerlinya. Tak apalah aku bersikap keras sedikit terhadap orang yang tiada kesedaran terhadap alam sekelilingnya.

Allah tidak jadikan sesuatu dengan sia-sia. Kita perlukan tanaman dan tanaman juga perlukan kita. Tanaman memberikan sesuatu yang kita tidak nampak kepada kita setiap hari dan yang tidak nampak itulah sebenarnya menyambung nyawa kita untuk terus hidup. Tetapi kita lupa kerana tanaman tidak pernah minta untuk bersuara dan melakukan protes terhadap kita.

Dan yang paling mudah saja untuk difikirkan untuk apa pohon itu ditanamkan di situ dan untuk apa pula diupah orang menyiramnya saban minggu? Semua itu barang kali amat remeh untuk difikirkan

Siri penderaan ke atas pohon tadi tidak berterusan di situ sahaja. Ada ketikanya juga remaja-remaja yang aku dah tak tahu nak panggil perempuan ke apa sanggup memanjat pohon kayu yang muda itu juga sehingga bergegar-gegar pohon itu menangis. Bukan seorang tetapi tiga orang. Kali ini aku jerit sahaja dan bergelimpangan mereka turun dan melarikan diri.

Sejak itu aku tidak lagi melihat ada musuh-musuh pohon kayu itu datang walaupun mereka mungkin datang untuk menyakiti pohon kayu itu ketika aku keluar bekerja. Pernah juga aku melihat kesuraman pohon itu dan bila aku dekati kulihat kulit-kulit pohon itu tersiat dek tangan-tangan nakal. Lalu aku palitkan lumpur pada lukanya kerana itu sahaja yang aku mampu.

Kini pohon itu telah dewasa, sudah tegap dan rimbun daunnya sudah boleh meredupkan ibuku di bawahnya yang datang sekali sekala ke sini. Sudah pandai berbunga dan berbuah. Pohon itu sudah comel dan sudah boleh berdikari.

Aku cuma ingin tunggu pohon itu dewasa sedikit dan bertanyakan mengenai pemanasan global dan apa yang pohon itu boleh buat?