20 July, 2010

Dia masih di situ




Aku pejamkan mata
Untuk melupakanmu
Setelah aku menyedari
Kau ada di hati ini
Bimbang dengan lara
yang bakal ditinggalkan

Detik berputar
Kubukakan mata
Dia di hati tidak jua hilang
Berlegar-legar di taman hati
Hidupnya semakin segar
Seakan kebal dengan penafianku

Kubukakan mata
untuk melihat sejauh mana kau telah pergi
namun aku keliru dan bisu
setelah kusedari kau tidak berganjak
dari tempatmu yang telah aku tinggalkan dahulu
walaupun seinci
malah kau makin hampir kepadaku
menyatakan keberadaanmu
dan aku mulai pasrah dengan ketentuanNya


Enchelah
Kuala Lumpur
Julai 2010


16 July, 2010

Jom Baca Buku - Posponiendo La Verdad

Posponiendo La Verdad Y Otros Poemas
Postponing Truth and Other Poems


This is my first encounter with the poetry of Baha Zain or Baharuddin Zainal, and the experience left me feeling rather edified. Overall, the verse (both the original and translated versions) is thoughtfully crafted with a great sensitivity for lyricism, and the effect is a musicality that echoes in the mind long after one has read the poems. Occasionally, the lines have the quality of a ghazal, and this is especially the case in poems which address the beloved/lover who is sometimes a woman, sometimes God. Baha’s literary preoccupations are varied. The poetry communicates a wide range of concerns, from social and political injustice to love, religion, culture, nature, and civilisation.

The tone of what can be rightly called his “protest” poems is always bold, forthright, urbane, and honest: Baha’s voice does not beat around the bush even as it exudes sympathy for the downtrodden and contempt for their oppressors. The persona is unequivocal in his condemnation of tyranny in all its forms.

-Agnes S.K. Yeow
University of Malaya, Malaysia

Posponiendo La Verdad Y Otros Poemas
Author: Bahazain
Publisher: Institut Terjemahan Negara Malaysia
Year of Publication: 2010
ISBN: 978-983-068-549-6
No of Pages: 223 pages
Prices: RM35.00 / RM40.00

15 July, 2010

Kursus ESQ akhirnya boleh dilaksanakan di Malaysia

Sejak heboh diperkatakan kebelakangan ini mengenai kursus anjuran ESQ yang dikatakan telah terpesong dari segi akidah dan syariah Islam. Semalam 14 Julai 2010 Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang memutuskan kursus itu boleh dilaksanakan di negara ini tetapi hendaklah dipantau oleh pengawasan panel syariah ESQ yang direstui oleh JAKIM.

Muzakarah juga meminta dibuat perubahan dan memperbetulkan segera fakta-fakta, kenyataan yang menimbulkan keraguan yang membawa kepada pengharaman oleh Mufti Wilayah Persekutuan.

Maka orang-orang ESQ bolehlah menarik nafas lega dan forum ESQ di internet yang begitu cemas dan kecoh dengan pengharaman tersebut bolehlah meninggalkan isu-isu dari diperdebatkan lagi.

Benda elok buat apa nak haram. Mana yang rasa tak baik tu tegur-tegurlah janganlah nak hentam terus haram. Bukankah Islam itu mengajar kita cara hidup yang baik dan sempurna jadi tindakan kita pun harus menunjukan perkara yang sama kepada perkara yang kita rasa tidak kena. Saya pernah hadiri beberapa kursus motivasi beberapa tahun yang lalu sebelum ini dan tidak selari dengan ajaran Islam.

Ada aktiviti yang memaksa pekerja lelaki mengusung-ngusung pekerja perempuan yang bukan muhrim. Masa kelam kabut itu macam-macam yang terpegang tapi tidak ada pantauan pun kenapa? Mungkin kursus itu tidak ada pengaruh. Selepas itu orang tidak bercakap mengenai kursus itu berbeza dengan ESQ. Sehingga anak-anak yang masuk sanggup menaja pula ahli keluarga untuk mengikuti kursus itu malah menasihati kawan-kawan dari institusi lain pula untuk mengikutinya. Yang tidak dibiaya oleh majikan sanggup mengeluarkan belanja sendiri untuk berkursus. Yang sihat datang bersahaja dan yang sakit datang berkerusi roda dan bertongkat. Begitulah penangan ESQ!

11 July, 2010

Derma Darah di ITNM





5 Julai 2010 bertempat di Tingkat 3, Wisma ITNM telah datang sekumpulan pekerja dari Tabung Darah Negara untuk menjalankan misi mendapatkan darah dari penderma-penderma darah sekitar Wangsa Maju.

Walaupun demikian terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi. Anda boleh klik disini untuk mengetahuinya. Sayang sekali aku yang selalu menjalani rawatan akupuntur oleh yang demikian telah tercicir dari senarai penderma yang layak.

Dipaparkan foto sekitar hari tersebut. Tahniah kepada penderma ITNM!


Penderma Puan Hasnafidah dan Cik Syidah Ayub sedang disedut darahnya!




Cik Farhana dan Cik Saraswathy sedang menjawab beberapa soalan sebelum menderma.

10 July, 2010

ESQ- Halam?

Kali pertama aku mendapat berita ESQ diharamkan terkejut juga. Yalah aku salah seorang pesertanya untuk kumpulan ke 28 Kuala Lumpur. Jauh di sudut hati terkilan dengan kenyataan itu yang mungkin dibuat terburu-buru. Mungkin orang yang mengharamkannya tidak pernah mengikuti kursus ESQ itu. Tetapi hati aku tenang saja. Biarlah jangan terburu-buru melepaskan emosi kerana selalunya dalam keadaan terburu-buru dan kalut itu kita akan membuat kesilapan malah banyak kesilapan demi kesilapan.

Aku diemelkan berita dari kawan-kawan tentang pengharaman oleh Mufti wilayah persekutuan tentang pengharaman yang diwarakan itu. tidak berapa hari aku dapat pula emel kenyataan balas dari panel syariah ESQ yang terdiri dari bekas mufti Kedah, Johor, bekas Mufti Wilayah Persekutuan dan beberapa orang lagi yang berwibawa mengatakan kandungan , ajaran pegangan atau pendekatan ESQ tidak menyelewengan. Dan menafikan segala dakwaan yang membawa kepada pengharamannya.
Hari ini saya menerima sms dari pihak ESQ menyatakan dalam Sinar Harian 10 Julai 2010 terdapat berita terkini sebanyak 5 muka surat berkaitan tuduhan terhadap ESQ. Jika anda merasakan musykil dengan ESQ bolehlah layari di halaman ini http://esqlc165.blogspot.com untuk keterangan lanjut. Terdapat juga kenyataan video oleh mufti Perak mengenai ESQ!
Aku teringat kata-kata penceraman Dato' Ismail Kamus mengenai perang Haram Halal dahulu mengenai satu isu. Akhirnya kerana pening kepala tak tahu haram ek halal jadilah ia halam.

04 July, 2010

Puisi- Tercakar




Memang kau bukan yang pertama
hadir di taman hatiku
kita kenal dan mesra
kita lalui kekosongan yang ada bersama
kadang kala sahaja
kerana kita sama-sama ada pilihan
tetapi waktu yang bersama itulah
yang indah kita rasakan
sehingga memaksa aku
melupakan kekeliruan yang hadir
di benak ini
agar hubungi ini terus murni

dan diredai Ilahi


namun hari ini

aku begitu kecewa
bila kau memilih untuk berdusta
setelah aku mula mengenalimu
sebagai permata yang sedang bersinar
mungkin kau merasa ia langkah yang bijak
agar hatiku tidak terguris
hakikatnya aku sangat tercedera
umpama yang tercakar dibasahi cuka
dan aku terapung di awanan
mengapai pada ruang yang luas tak bertepi
tanpa tempat berpaut lagi
terasa semua palsu selama ini
semuanya kerana hadirnya


Dewakayangan
Julai 2010

03 July, 2010

Anda dan kesan ilusi


Lihatlah pada titik kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan pandangan anda pada dinding kosong. Lihatlah keajaibannya. Subhanallah. Rasa sangat kagum dengan ilusi mata kurniaanNya ini.

Terima kasih Mohd Salmi

27 June, 2010

Selamat Datang Bonda


Kerabat yang hadir di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu untuk menghantar bonda kata adindaku.
.

Bonda barangkali fikiran kusut mengenangkan sanak saudara yang ditinggalkan di KB.

Bonda datang lagi ke Kuala Lumpur. Masihku ingat waktu bonda nak tinggalkan Kuala Lumpur tahun lepas bonda bilang tak mahu datang lagi kerana dah tak larat panjat tangga pangsapuri rumahku. Waktu itu aku tak tahu nak cakap apa dan aku cuma berdoa agar bonda terus datang lagi.

Sebulan lepas bonda telefon tanya sama ada boleh tak dia datang lagi. Sudah tentu boleh. Hari ini bonda sudah sampai dan bakal menjalani hidupnya di sini. Anak-anak bonda di sana bukan main sibuk melaporkan tiap detik saat bonda hendak berlepas di sana. Hari ini hari kedua bonda di sini mereka masih sibuk berSMS bertanya khabar bonda. Alhamdulillah bonda sihat-sihat sahaja. Doakan kesihatannya berpanjangan.

24 June, 2010

Jun Yang Istimewa


Majalah Dewan Sastera keluaran JUN 2010


Majalah Saji Keluaran Jun 2010

Sesungguhnya bulan Jun 2010 adalah bulan yang sangat istimewa bagiku. Lebih istimewa lagi apabila banyak perkara yang berlaku bisa mengusik emosiku membuatkan aku merasa ia amat berlainan dari Jun tahun-tahun yang lepas selain dari ia merupakan bulan hari ulang tahunku.

Dewan Sastera terbitan Jun pada halaman 68 menyiarkan puisi ku yang berjudul Teguhmu setelah puisi Istidraj disiarkan dalam majalah yang sama tahun lepas. Mengimbas kembali kenangan lahirnya puisi yang dipetik dari blog ini dalam bulan Januari tahun 2010. Sebenarnya puisi ini diilhamkan pada bulan Jun 2009. Teguhmu dilahirkan setelah aku terangsang selepas menghadiri sebuah perhimpunan. Kekaguman terhadap karisma seseorang yang berucap itu melahirkan idea untuk aku berpuisi.

Manakala majalah Saji keluaran Jun pula menyiarkan sajian-sajian dari Sabah dan Sarawak yang disediakan oleh Arwah Chef Jefrey Bujang seorang teman baikku yang telah kembalikan ke rahmatullah. Terkenang aku dengan cerita arwah yang sangat teruja menceritakan rombongan krew Saji hadir ke Sarawak untuk membuat pengambaran sebelum dia meninggal di dalam blognya. Kini dia telah pergi buat selama-lamanya dan majalah Saji keluaran Jun akan ku simpan baik-baik kerana ia menyimpan cerita seorang sahabat yang telah pergi.

Ada sesuatu yang masih belum terbongkar dalam bulan Jun ini yang masih aku nanti-nantikan. Iaitu keputusan peraduan menulis Novel Remaja anjuran bersama Majlis Belia Kebangsaan MBBY-Pelangi. Novelku berjudul Lembayung Cinta sedang menanti nasibnya di situ. Mudah-mudahan aku mendapat khabar yang baik. InsyaAllah.

23 June, 2010

Kongsi Emel-Soal Halal

SAYA MOHON HALALKAN JIKA SAYA TERAMBIL APA2 DARI KAWAN2 SEMUA. JADIKAN CERITA INI SEBAGAI IKTIBAR DAN MUHASABAH DIRI KITA. APAKAH YANG KITA LAKUKAN SELAMA INI.

Assalamualaikum,

Something to share with. Ada satu ceramah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Ismail daripada Singapura. Diriwayatkan begini. Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat. Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya.

Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong.

Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu

"Apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini?"

Lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa. lelaki itu menjawab.

"Saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT"

Maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa? Maka berceritalah lelaki itu.

"Saya bekerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu di hutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..

Di pertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk makan.... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya.

Kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya.Tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu untuk dibuat mencungkil gigi.

Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya itu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat.

Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.
Astaghfirullah al azim.

Elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini. Adakah kita pernah mengambil barang-barang drpd office samada daripada sekecil-kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa balik ke rumah untuk digunakan sendiri ataupun diberikan kepada anak-anak kita? Dan juga barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak dikembalikan? Sekecil-kecil barang seperti tupperware, kaset dan sebagainya? Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar. Azab neraka itu adalah benar. Dan syurga itu adalah benar.

Wassalam.

Terima Kasih.

Haniza

20 June, 2010

Jalan tak sibuk pun boleh kemalangan





20 Jun 2010. Jam 2.00 petang. Perut dah lapar. Bukan tak boleh masak kat rumah. Paling simple pun mee sanggul. Semua bahan dah ada. Tapi aku harus melihat dan menikmati dunia di hari minggu ini. Lalu aku mencapai kunci kereta dan memandu keluar menuruni Jalan Ukay Perdana. Tiba di suatu selekoh untuk membelok ke kanan aku melihat ada sebuah kereta jalan mendaki bukit Ukay Perdana terbabas di longkang jalan itu. beberapa buah kereta sedia terpakir di hadapannya mungkin kawan-kawannya atau mungkin juga tonto. Sementara ramai pula penonton yang sedang duduk-duduk menyaksikan apa yang akan dilakukan seterusnya oleh Tow Truck di situ.

Aku bertanyakan seorang gadis Indonesia yang selesa bersimpuh menyaksikan apa yang berlaku di situ.
"Macam mana tu? Kamu lihat ia berlaku?"
" Tidak. Entah tiba-tiba aja sudah di situ. Mengantuk barangkali. Itu tuannya" Katanya sambil menunjukkan ke arah pemuda Cina yang berseluar pendek. Aku melihat dia seperti tidak apa-apa. Maksudnya cedera. Lalu aku beredar setelah berjaya klik beberapa gambar untuk tatapan anda.

Itulah malang tidak berbau walaupun jalan tidak sibuk dan di jalan yang tenang.

Kanvas Kehidupan - Selamat Hari Bapa (Bahagian I)

Selamat Hari Bapa kepada semua bapa di dunia. Beruntunglah kepada mereka yang masih punya bapa. Macam aku sudah lama menerima hakikat bahawa ayahandaku telah pergi buat selama-lamanya. Ketika aku di tingkat lima kira-kira 29 tahun yang lalu. Ayahandaku pergi ketika dalam perjalanan hendak ke pejabatnya di suatu pagi.

Pagi itu aku mengajuk-ngajuk batuk ayahanda di dalam bilik mandi. Adindaku tersenyum melihat kenakalanku waktu itu. Memang aku rapat sekali dengan adinda Sal. Tak sangkalah pula pagi itu adalah pagi yang terakhir aku mendengar suara ayahandaku. Aku sangat kesal dengan perbuatan itu walaupun ajukan itu menjadi rahsia aku dan adindaku sahaja.

Di sekolah sebaik sahaja habis waktu pertama pelajaran Bahasa Melayu aku melihat kelibat kekanda sulungku yang datang ke kelas dan menemui Cikgu Noriah guru Bahasa Melayu. Riak wajah guruku berubah setelah berbicara dengan kekanda sulungku. Hatiku berdetik cemas ketika kali pertama melihat kelibat kekandaku itu. Pasti ada sesuatu luarbiasa yang berlaku. Kekanda tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolahku. Sesekali memang tidak pernah.

Aku dipanggil keluar kelas dan kekanda meminta aku pulang segera katanya ayahandaku sakit! Aku tidak dapat menerima alasan itu. Ayahanda memang kerap sakit. Pernah dimasukkan ke hospital beberapa kali. Pernah tau-tau balik ke rumah dari sekolah, bonda memberitahuku ayahanda telah dimasukkan ke hospital.

Aku cuba membuka mulutku untuk bertanya lebih lanjut lagi dan belum sempat aku bertanyakan sesuatu kekanda menyambung lagi…”Abah sudah tiada!” Terasa seakan-akan terhenti denyut jantungku. Tetapi aku kuatkan semangat untuk menerima kenyataan itu. Aku tidak berkata apa-apa lagi dan terus ke tempat dudukku mengemas beg sekolah untuk pulang. Dan sebelum sempat aku melangkah masuk ke kelas kekanda sempat berpesan kepadaku supaya pergi ke sekolah adinda-adindaku yang berhampiran untuk menjemput mereka pulang. Kekanda mahu menyampaikan berita pilu itu kepada semua sanak saudara.

Jarak sekolahku kira-kira dua kilometer dari rumahku adinda Sal bersekolah di sebelah sekolahku sementara adinda-adinda lain bersekolah di hadapan rumah kami. Seorang demi seorang adinda yang sedang bersekolah kami kunjungi di kelas dan menyampai berita yang tidak mahu diterima oleh semua orang, namun begitulah hakikat kehidupan setiap yang bernyawa pasti akan pergi. Hatiku sangat sayu melihat wajah-wajah adindaku yang kehilangan kata-kata ketika aku dan adinda menyampaikan berita sedih itu kepada mereka.

Kami berjalan pulang dalam keadaan bisu tanpa kata. Ku pandang wajah kelima-lima adinda-adindaku yang telah menjadi piatu itu dengan seribu tanda tanda - bagaimanakah kami akan meneruskan kehidupan kerana ayahanda tempat kami bergantung hidup telah pergi buat selama-lamanya? Aku tidak mahu memikirkan hal itu ketika itu tetapi itulah yang seharusnya kami hadapi nanti. Aku terus memimpin tangan adindaku yang bongsu ketika itu baru menjejakkan kakinya ke kelas satu. Dialah yang kelihatan paling bingung waktu itu.