09 June, 2008

Kartun Lat dalam Bahasa Jerman


Aku memang peminat kartun lat. Dulu Sewaktu lepas sekolah sementara menunggu keputusan masuk IPTA aku buat macam-macam kegiatan seni. Antaranya melukis kartun dan menghantarnya ke akhbar-akhbar perdana. Ketika kartun aku di siarkan di akhbar Berita Harian aku lah orang yang paling gembira dalam dunia. Dapatlah RM10 untuk satu siaran.Tapi ketika itu tak silap aku dapat RM110...suka. Tapi kenapa aku tak terus berkarya ya? Kalau tak tentu sekarang aku dah bergelar Datuk kan?


Tinggalkan kisah silam ku yang macam-macam dan tak menjadi tu. Sekarang ni ITNM sedang mengusahakan karya terjemahan Datuk Lat dalam Bahasa Jerman. Setelah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk Jepun, Peranchis, Belanda dan Bahasa Inggeris (US).


Jika tiada aral melintang 24 Jun 2008 ini akan berlangsunglah majlis menandatangani contract signing dan diikuti majlis Press Conference di ITNM. Buku ini akan dilancarkan pada 16 September 2008 di Pesta Buku Frankfurt 2008.

Salam Perkenalan 1


Salam perkenalan


Diam tak diam rupanya dah lama aku bekerja di sini. Pejam celik pejam celik 15 tahun dah umur ITNM (Institut Terjemahan Negara Malaysia). Teringat dulu-dulu punya cerita nak menyebut ITNM bagi warga ITNM mereka dah biasa tapi bila jumpa orang luar macam-macam nama ringkas yang dia orang suka dia orang sebut. ITJN, ITN ada IJN pun ada yelah masa tu Institut Jantung Negara sedang popular (awal 90an). Tapi rata-rata yang sebut ialah ITJN.


Kalau ITJN la rasa-rasanya apa yang wajar nama penuh dia..Institut Terjemahan Jantung Negara kot! Nak terjemah jantung ke? Hehe. Tapi itulah cabarannya kerja kat sini Jantung sentiasa je mesti dalam kondisi baik. Kalau tak nasib le lu.


Lima belas tahun bukan jangka waktu yang pendek berada di sini. (13 September ni genaplah usia mu ITNM-ibarat gadis sunti, kalau berumur 15 tahun - sedang comel ). Dan sekarang memang ITNM sedang melaram menjadi tumpuan. April lepas sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ITNM 2008 berjaya menerbitkan puluhan judul karya terjemahan, setelah sekian lama menyepi...aku sendiri yang adhoc bertugas ketika itu tidak sempat nak menghafal judul-judul buku yang baru keluar dari 'ketuhar'.


Bagi adik adik yang baru bertugas di sini tentunya sangat asing dengan nama-nama Prof. Ahmad Zaki itulah Pengarah Urusan pertama ITNM. Dia adalah antara orang-orang kuat sehingga wujudnya ITNM selain dari Dr.Izhar, Pn. Atiah (sekadar menyebut beberapa nama) dan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia (ketika itu) dan Kementerian Kewangan.


Aku ni bila sebut je nama Prof. Zaki mesti ingat lagu Fikirkan Boleh nyanyian Metropolitan. Lagu yang kami nyanyikan setiap kali perhimpunan pada pagi isnin selain lagu Negaraku. Lagu itu diangkat agar dapat menjadi inspirasi kami untuk bekerja kuat (rasanya lirik itu masih relevan hingga sekarang-nantilah kalau ada kesempatan akan aku siarkan liriknya dalam post yang akan datang). Yang bestnya aku dan beberapa teman seangkatan mengangguk dan menggoyang-goyang kepala ala2 menari la gitu ketika muzik bridge mana taknya kalau korang dengar pun korang pun macam kita orang...


Serangkap pantun dari Prof. Zaki yang tak pernah ku lupakan di turunkan di atas papan ucapan selamat menyambut Hari Ulang tahun ITNM 1994.


Cantik Melur berbiji sagu,
Tumbuh bersama si bunga Kertas:
Dalam telur lagikan ku tunggu,
Inikan pula bila menetas


(bersambung...)


Selamat Datang Dunia Baruku

Salam untuk seluruh anak cucu Adam,

Kaget itulah perasaanku. Sekian lama didorong aku cuma membisu. Entah apa yang aku fikirkan kerana aku sendiri pun belum jelas. Namun semalam ketika bertemu teman lama Nazrie and Aisyah bekas rakan sepejabat ITNM dan menceritakan pengalaman baru mempunyai blog sendiri aku menjadi tercabar dan teruja untuk memulakannya.

Sebenarnya telah lama aku ingin mempunyai blog sendiri tapi kesuntukan waktu selalu memadamkan segala-galanya. Buat mereka yang mendorongku mungkin inilah yang kalian nantikan. Aku tidak berani menjanjikan apa-apa kerana aku tak punya apa-apa. Namun kerana apa-apa itu aku zahirkan jua agar aku dapat menyinari kalian.

Semoga kita dilindungi Allah dalam kehidupan yang semakin menghimpit ini.