10 November, 2008

Petua - Kurangkan pedas Lada Hitam

Semalam bertemu dengan teman lama di Old Taste. Dan secara tidak langsung dapatlah satu petua orang tua-tua bagaimana supaya penggemar lada hitam dapat makan resepi yang mengandungi lada hitam agar tidak terasa sangat kepedasannya.

Lada hitam tersebut hendaklah di sangai atau digoreng dahulu untuk mengurangkan rasa pedas atau panasnya, kemudian selepas itu barulah ditumbuk dan dimasukkan ke dalam masakan.

Selamat mencuba.

Sesiapa yang nak masak masakan kegemaran saya Black Paper Steak tu jangan lupa jemput saya.

Apa Kata Dia - Zanny Ishak

Syawal telahpun menginjak mari kita berkongsi cerita apabila Hari Raya tiba setiap tahun. Ramai yang menjalankan bisness sambilan.


Bila bercakap soal menjalankan bisness cookies tentu sahaja di dalam kepala kita mengaitkan bidang ini dengan wanita. Tapi pendapat itu kadang kala tidak benar.




Assalamualaikum.
Waalaikummusalam

Nama? Zanny Ishak

Musim Perayaan mendatangkan Rezeki?
Benar sekali.

Apakah benar bagi saudara?
Alhamdulillah dapatlah duit raya tambahan untuk anak2 buat yang sentiasa berlari menadah habuan raya.

Tidakkah kerja sambilan mengganggu kerja hakiki saudara?
Kenalah pandai menguruskan masa. Setiap usaha ada jalannya.

Bagaimana saudara melakukannya?
Kerja-kerja sampingan di buat di luar waktu kerja. Terutama waktu malam dan di hujung minggu.

Bisness apa?
Tempahan untuk kuih di musim Raya sahaja.

Apakah jenis2 cookies yang saudara sediakan?
Tart nenas gulung

Jenis apa yang paling digemari?
Saya Cuma fokus pada tart nenas gulung sahaja.

Siapa pelanggan saudara?
Rakan pejabat, kenalan rapat dan saudara mara.

Berapa banyak tempahan selalunya dan berapa pula keupayaan saudara memenuhi kehendak pelanggan setiap hari?
Setakat ini rekod yg paling banyak pada tahun 2007 sebanyak 7 ribu keeping. Buat tahun 2008 Cuma 4ribu keeping. Saya hadkan tempahan utk mengawal mutu tart dan juga mutu perkhidmatan. Memandangkan waktu membuat tart terhad, saya Cuma berupaya sediakan sebanyak 300 biji selama 4 jam.

Kenaikan harga barang meningkatkan harga jualan. Bagaimana dengan jumlah tempahan adakah ia memberi kesan?
Tidak dinafikan kenaikan mendadak harga barang terutama Butter amat ketara. Tapi harga tart saya juga dipengaruhi niat untuk membantu kawan2 yg hanya pandai tunjuk2 jer. Jadi harga amatlah berpatutuan Cuma RM16.00 utk 50keping atau 1 balang.

Tidakkah mahu menjadikan bidang ini sebagai pendapatan utama jika ianya betul2 menguntungkan?
Setakat ini belum ada perancangan utk komersialkan Cuma sekadar hobi dan menjadikannya tart eksklusif di hari raya sahaja.

Kenaikan harga minyak menyebabkan harga barang naik tetapi penurunan harga minyak kurang memberi kesan berbanding kenaikannya. Apa pendapat saudara?
Ada benarnya kerana penurunan harga minyak tidak sama sekali mempengaruhi kenaikan kos perkhidmatan dan kos pengurusan.

Gambar cuma hiasan.

Terima Kasih
Sama-sama

09 November, 2008

*Indahnya Pantun - Syarat dalam Berbalas Pantun

Salam bahagia


Saya ingin membuka ruang yang lebih luas lagi terhadap topik di dalam pantun ini. Saya terfikir bukan sahaja orang ingin mencari contoh-contoh pantun berbalas, malah pengadil pantun juga menggunakan internet untuk mendapatkan panduan. Jadi berdasarkan pengalaman yang lalu saya paparkan syarat-syarat yang harus ada di dalam sesebuah pertandingan berbalas pantun. Ini juga boleh menjadi panduan kepada peserta-peserta yang ingin membeli dan menjual pantun.


Saya bimbang jika istilah yang saya gunakan ini tidak difahami oleh mereka di luar dari Malaysia. Kalau di Malaysia apa yang dimaksudkan menjual pantun ialah memberi pantun yang perlu dijawab dan membeli pantun ialah menjawab pantun yang telah disoal.
Syarat-syarat dalam berbalas pantun


1.Pantun tidak boleh menyentuh perkara-perkara sensitive, peribadi, agama, perkauman, etika kerja atau undang-undang.
2.Pantun hendaklah ciptaan asli atau dikarang sendiri termasuk pembayang maksud
3.Pantun hendaklah menggunakan bahasa yang indah berunsur kemelayuan, pembayang maksud selalunya menggambarkan unsur alam, kesesuaian memilih perkataan hendaklah mengikut keadaan pantun tersebut.
4.Pantun jawapan spontan mestilah dalam tempoh yang telah ditetapkan (contoh seperti satu minit )menepati soalan. Pantun jawapan yang tidak menjawab soalan hendaklah dielakkan
5.Pembahagian markah kepada pantun yang diberi berdasarkan
Isi 40 markah
Bahasa 30 markah
Gaya 10 markah
Seni pantun 20 markah
Markah pantun yang dijual adalah separuh dari pantun yang dibeli.
6.Pemantun hendaklah menjual pantun dengan jelas dan terang untuk mengelakkan soalan dibaca berulang kali.
7. Pantun yang hendak dijual jika ianya abstrak hendaklah dielakkan.


Saya akan menampilkan banyak contoh-contoh pantun jual beli pada minggu hadapan.


Selamat kembali bertugas. Hingga jumpa lagi.

Wasalam.

Teater Impak Maksima di Istana Budaya - 11-22 November 2008.


Jumaat lalu teman lama di Istana Budaya (IB) menghantar khidmat pesanan ringkas supaya hadir dalam preview Teater Impak Maksima di Panggung Sari Istana Budaya. Aku terus mengiyakan sahaja bukan sebab teruja tetapi kerana dah lama tak dapat tengok teater. Lalu aku menghantar SMS pada seorang lagi teman bertanya khabar rupanya diapun hendak ke Panggung Sari juga malam itu. Kami berjanji jumpa di Kafe IB Jam 8.00 malam.

Dalam perjalanan teman lama tiba awal dan menelefon aku bertanyakan aku di mana. Aku masih terhegeh-hegeh di jalan raya. Jem. Biasalah waktu warga kota pulang dari kerjakan. Dia berpesan agar aku meletakkan kenderaan diluar sahaja kerana malam itu kenderaan terlalu banyak. Lebih dari preview biasa. memang benar aku tiba kehadiran seperti sudah hari-hari persembahan bermula. Biasanya preview hanya wartawan dan jemputan VIP sahaja yang hadir. Tetapi kali ini tidak seperti kebiasaannya.

Nampaknya aku terpaksa menapak jauh sedikit. Ada 'Mama' datang bersama teman lama itu. Kami masuk bersama rombongan wartawan dan memang tempat duduk agak susah mendapatkannya. Kalau datang lewat memang kena keluar balik atau dicampakkan ke tingkat atas.

Persembahan yang menampilkan Zarina AF2, Zek Zaidi, ZulHuzaimi, Dina dan Dynaz serta lain-lainpun bermula. Hampir separuh jalan kami mula berborak kerana tidak tahu hujung pangkal cerita dan motif yang hendak di sampaikan. Sekali sekala mata terbeliak kerana kemunculan kereta Sport yang melakukan aksi 'drift' di atas pentas. Aku tergelak bila teman lama bilang ni macam rancangan 'Mekar Sejambak'. Nyanyi-nyanyi menari. Nyanyi-nyanyi menari. Kemudian bergaduh kemudian race. Berebut teman wanita. Gaduh lepas itu tamat. Mungkin ia sesuai untuk remaja menontonnya. Remaja Purba macam aku tak sesuai.

Dalam pada itu sempatlah teman lama itu bercerita tentang rancangannya untuk membuka Restoran Melayu bersama adiknya di sekitar Lembah Kelang dalam waktu yang terdekat. Nanti dia nak aku hadir di majlis pembukaannya nanti. Bukan itu sahaja dia nak aku menyanyi. Wah pucuk dicita ulam mendatang nih. Teman nipun memang suka berkaraoke. Dia biasa hadir masa aku memasuki pelbagai pertandingan Karaoke. Aku senyum sahaja dan mengangguk.

Teater dah pun habis. Cepat betul waktu beredar. Tak terasa. Macam rasa tak puas hatipun ada gak. Tak apalah tengok show tu pun free. Masa keluar kami terserempak ramailah jugak teman-teman artis. Paling seronok aku juga jumpa teman kolej yang dah bertahun tak jumpa Zuhir.


Gambar bawah kiri itulah teman lama Zuhir dan gambar bawah sebelah kanan bonda hamba dan itulah teman lama Mahmud Ali Basha. Bonda hamba peminat setia Mahmud. Lihat wajah bonda hamba dulu (gambar lama ni) dapat jumpa Mahmud bukan main gembira dia.

08 November, 2008

Congratulation Mr.Barack Obama!

Ambo ni dah terlambat nak ucap tahniah pada Barack Obama tapi takpe lah itu lebih baik daripada tidak betul dak? Tapi Barack Obama ni nanti faham ke dengan apa yang ambo tulis ni. Supaya dia faham ambo pinjam sahaja kata-kata negarawan Tun Mahathir

"I would like to add my congratulations to the millions that Barack Obama must have received for his great victory for the Presidency of the United States of America."

dalam weblognya di sini.

Nak sangat ambo lihat perubahan yang dibawakan oleh Barack Obama ni. Moga-moga dunia Islam akan lebih aman dengan hadirnya. Ada satu buku mengenainya yang pihak ITNM sedang usahakan untuk menterjemahkannya. Kalian tunggu lah ya.

Pisst.. Mr. Barack Obama if you can't understand what this is about please contact Institut Terjemahan Negara Malaysia to translate and understand this. Murah lo. Ms.Ti will wait for you...

Metro oh Metro -Mencari Norman Hakim


Begitulah kalau dah popular. Ambo bawa kawan lunch semalam sebab kawan ambo nak beli perabot jati. Masa makan kawan ambo nampak orang baca surat khabar harian Metro. Muka depan biasalah letak gambar Norman Hakim dan kes hangatnya. Ambo simpati dengan nasib orang-orang popular ni lebih-lebihnya pada isterinya Abby Abadi. (Bonda ambo suka sangat tengok inspektor Aliza dalam Gerak Khas ni)


Lepas makan ambo terus bawa kawan ke destinasi kedai perabot lepas tu dah beli perabot kami nak cari Harian Metro yang kita orang nampak tadi. Singgah satu kedai dah habis. Kami pergi kedai lain. Lama-lama semua kedai satu Ukay Perdana kami pusing Harian Metro memang habis. Kawan ambo cakap kat ambo takpe lah kita baca dalam internet je.




Yang ambo gelihati bila tiba kat satu kedai ambo tanyo nape paper semua habis. Apa yang hangat. Kakak yang jaga kedai tu senyum sambil sapu-sapu lantai. "Cerita itu ler"..sambil memoncongkan mulut menunjukkan arah tempat Pejabat Norman Hakim yang kena tangkap tempoh hari. Ambo ni tinggal di kampung tempat kejadian bersejarah tu. Tapi ambo ni taklah popular.

Selamat Kembali Bertugas - Ayu dan Izza


Selamat kembali bertugas Ayu dan Izza kedua-duanya dari Bahagian Terjemahan ITNM. Kedua-duanya selamat bersalin dua bulan yang lepas. Sdr. Rahayu dikurniakan seorang putera (anak keempat) Khalish Iman Mohamad Nazir dan Sdr. Nurul Izzah juga dikurniakan seorang putera (sulong) Muhammad Abdul Aziz bin Mohd Shahril. Selamat menjadi ibu yang baik kepada anak-anak anda.



Comel tak Muhammad Abdul Aziz?

Puisi - Di Pengkalan




entahlah
akupun tak tahu
sejenak dapat kulupakan dirimu
bukan impian yang kucari di sana
sekadar melepaskan kebuntuan difikiran
sejenak aku dapat menarik nafasnya
hari ini aku kembali ke tanah besar
bagi menghadapi sambungan hidup
yang entahkan masih sama

Mersing
Enche
4 Mei 2002
7.35 pagi

07 November, 2008

Zini kau nampak lagi manis

Mungkin angin malam ini agak panas bukan kerana cuaca di luar sana tetapi cuaca di dalam siber dan blog ini sendiri. Ketika hendak memulakan post yang pertama dahulu aku telah berpesan kepada diriku sendiri kalau sekadar hangat-hangat tahi ayam tak usahlah nak berblog. Dunia blog ini bukan hanya yang indah mulus sahaja ia sama kehidupan di alam fana ini. Ada masa kita akan gembira, duka, menangis dan melalui berbagai perasaan.

Aku tidak mahu mengulas tentang kekecohan yang ada dan yang sampai ke telingaku kerana jika aku pedulikan itu semua mungkin aku akan menjadi orang yang sensitif dan cepat melatah.

Aku bina blog untuk kebaikan. Kebaikan untuk tempat aku bekerja dan kebaikan untuk meningkatkan diriku sendiri. Sesuatu yang hadir di sini adalah secara semulajadi dan fitrah. Ia adalah kehidupan realiti. Sebaik manapun manusia tetap akan ada orang yang suka dan yang benci (seperti Rasulullah S.A.W dibenci oleh kaum Quraisy). Yang paling penting ialah bagaimana kita harus menanganinya. Tidak perlu ada tangan ghaib menepis-nepis atau menuntun cerita yang seharusnya berlaku (respon) secara semulajadi. Orang Melayu selalu menyebut 'manis jangan terus ditelan pahit jangan terus dibuang.' Yang manis kekadang menjadi penyakit dan jika sakit kekadang kita telan yang pahit agar menjadi ubat. Yang kabur biarlah terus kabur dengan post ini. Itulah rencah.

Zini siapa dia? Dia adalah kawanku, kawan kita orang PR ITNM (dah kahwin) yang baru 'berhijrah'. Dalam post ini aku cuma nak mengucap tahniah kepadamu di atas hijrahmu. Kau nampak lagi manis. (Kembang la tu) Aku memang suka kau kembang lepas tu kau pecah. Hahaha. Kau tahu kenapa aku buat post ini...cubalah fikir. Sebab kau bagi aku souvenir dari Frankfurt kat aku (gurau aje) sebab kau yang baharu dan aku jumpa link kau masa di Frankfurt tempoh hari. Itupun Suhaimi yang bagi tahu aku.

Baca link ini.

Kenapa tak nak masukkan dalam blog ni? Sekali lagi aku offer kau kalau ada apa-apa nak tell the world about ITNM please come here aku tak charge kau okey! Just email to my email enchelah@gmail.com atau mailto:mmwwwenche@blogspot.com By the way aku nak minta maaf dari kau sebab aku nak siarkan imej baharu kau. Aku dah minta kebenaran tadi tapi kau cuma bagi pose ini jadi aku tak ada pilihan ya..Tapi aku beri peluang kau tukar imej ni dalam tempoh seminggu selepas itu jikalau tiada gambar baru gambar ini akan kekal.



Tempoh hari Zini bilang seronok sangat dengan sambutan kat Frankfurt terhadap Lat The Kampong Boy. Pelbagai negara yang berminat dengan buku itu. Selepas ini mungkin Lat The Kampong Boy akan dapat dilihat dalam bahasa Thailand, Arab atau juga Hebrew, kerana wakil-wakil dari negara tersebut telah menunjukkan minat! (Hebrew-boleh ke?)

06 November, 2008

Kongsi Emel - Bacalah Yaasin

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi,
"Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
"Sampaikanlah walaupun hanya dengan sepotong ayat."

Artikel sebelum ini mengenai Yaasin

Terima Kasih Norman Nafiah. Lama Tak dengar cerita kemana menghilang?

05 November, 2008

Senyum - Coffeemaker

Seorang jurujual sedang menerangkan kepada pelanggan tentang kebaikan coffeemaker yang sedang dijualnya. Berbuih-buih dia menerangkan tetapi Pelanggan wanita itu tidak juga menunjukkan minat untuk membelinya dan ingin beredar.

Penjual: Kak, kak nanti dulu…last, last ni kelebihan coffeemaker ni yang kakak perlu tahu?
Kakak: Ya apa dia?
Penjual: Kebaikannya yang tiada pada pembuat coffee yang lain ialah akak baru niat nak buat coffee, dia dah buatkan untuk kakak. (sambil tersenyum).

Kakak itupun tersenyum juga
Kakak: Oh ya? Kalau macam itu kakak pun kena bagitahu suami akak yang sangat bijak. Adik tahu tak apa kelebihan suami akak?
Penjual: Apa dia?
Kakak: Akak baru bagitahu suami akak dia dah belipun.

Wayang Kulit Muslimah



Sewaktu berada di Kelantan tempoh hari sempatlah juga keluar melihat Kota Bharu yang telah lama ditinggalkan. Maka terlihatlah akan daku papan tanda iklan yang besar-besar di sana. Bukanlah tiada papan tanda di Kuala Lumpur ini sehingga hamba darat sangat melihatnya. Tapi apa yang hamba dok ngalik lihat ialah visual yang terdapat di papan tanda itu. Jika ianya muslimah maka bertudunglah muslimahnya walaupun muslimah itu tidak pernah bertudung dalam gambarnya di Kuala Lumpur.

Apa yang membuatkan hamba rasa geli hati ialah muslimah wayang kulitpun bertudung juga. Bukan bertudung sahaja malah memakai baju kurung pula. Adush. Mungkin itulah satu satunya muslimah wayang kulit yang menutup aurat.