03 December, 2008

Malam Kenangan Usman Awang




Sabtu lepas (29 November) bertempat di Hotel Federal Jalan Bukit Bintang telah berlangsung sambutan Malam Kenangan Usman Awang memperingati pemergian Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang.

Majlis ini dianjurkan oleh Persatuan Persahabatan Malaysia & China (PPMC) dengan kerjasama UA Enterprise Sdn. Bhd dan penaja HAI-O. Melihatkan situasi tempat, penajaan dan kehadiran tetamu hati terdetik mengatakan bahawa Allahyarham sememangnya rapat dengan bangsa-bangsa lain sepanjang hidupnya.

Kalau tidak masakan sahabat-sahabat beliau sanggup bekerjasama mengadakan majlis untuk mengingati beliau sebagai tanda perhabatan yang terjalin erat suatu masa dahulu dalam hidupnya. Apakah hal ini masih dalam kehidupan individu lain hari ini? Kehidupan muhibbah yang diimpikan oleh banyak pemimpin negara baik yang telah tiada mahupun yang masih ada.

Kebanyakakan dari kita cuma bercita-cita mewujudkan keharmonian kehidupan yang muhibbah antara pelbagai bangsa tetapi Sasterawan Negara memperaktikkan cita-cita itu di dalam hidupnya dan persahabatan tulen itu terus mekar terjalin di antara sahabat-sahabat Allahyarham dengan anak-anaknya walaupun Allahyarham telah tiada.

Majlis telah diserikan oleh persembahanan daripada sahabat-sahabat Usman Awang, Sasterawan yang lain seperti Dr. Lim Swee Tim,, Nian Hang, Prof Hashim Yaakob, Dato Baharuddin Musa, Prof Rahman Shaari, , Selina Sai Fa, Sutung Umar,Saad Zahari Dato Noor Azam, Encik Mat Nordin dan juga artis Uji Rashid serta Cico Harahap.

01 December, 2008

Saat Bulan Tersenyum Padaku

Bulan madu di awan biru..
tiada yang mengganggu,
bulan madu di atas pelangi,
hanya kita berdua

Kata Amy Search

Bulan sabit yang jatuh di pelataran
Bintang redup tanpa cahaya gemintang

Pula kata Mendiang Broery

Malam bulan dipagar bintang
Makin indah jika dipandang
Bagai gadis beri senyuman
Pada bujang idaman

Lain pula kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Tetapi itulah bulan yang menjadi Ilham M. Nasir untuk lagu Fantasia Bulan Madu, Broery Marantika dan P. Ramlee. Mereka berkata tentang bulan yang satu itu. Bulan itu telah wujud beratus malah beribu tahun.

Bulan bukan sahaja menjadi ilham untuk lagu malah untuk filem dan drama seperti Tentang bulan (2006) Arahan Ahmad Idham. Dengan pelakon Nik Adruce, Fatin Nur Afifah, Mohd. Addy Ashraf. Dan juga drama Gadis dari Bulan di astro. Orang putih juga ada yang tengah bikin filem judul 'New Moon' (Ha nak tau kenalah search sendiri).

Kepentingan bulan pada manusia dan agama. Umat Islam nak berpuasa kena lihat anak bulan hendak berhari raya juga mesti lihat bulan. Orang Cina ada kuih Bulan. Semua orang suka bila hujung bulan...hehehe. Dan orang tak suka bila tengah bulan. Huhuhu

Bulan yang satu yang kita lihat sekarang pernah terbelah dua dan bercantum semula kerana menjadi mukjizat Nabi. Malah itu tidak cukup untuk menarik manusia untuk beriman dengan agama yang Nabi bawakan.

Manusia berkejar-kejar pergi ke bulan. Malah kemajuan teknologi negara diukur hanya dengan kejayaan bila sampai ke bulan. Angkasawan negara Dr. Sheikh Muszaphar belum sampai ke bulan tetapi telah mahsyur seantero Malaya.

(Penatnya aku membebel belum sampai-sampai juga) Sebenarnya aku nak beritahu tadi (malam) lebih kurang jam 9.00 malam aku mendapat panggilan telefon dari Suhaimi. Menyuruh aku mendongak ke langit melihat bulan. Aku hampir terperanjat kerana melihat bulan sedang tersenyum. Itulah pertama kali melihat bulan sabit melintang dan ada dua bintang di kiri dan kanan di atasnya perisis wajah malam yang sangat ceria. Kamera telefon bimbit hanya dapat merakam setakat itu sahaja visualnya

Waktu itu aku memang berada di bawah cahaya bulan sedang 'packing' 100 buah buku Malaysian Standard Method of Measurement for Civil Engineer Work yang dipesan adindaku dari Kelantan. Kasihan dengan budak-budak Politeknik di Kota Bharu yang akan mengambil peperiksaan selepas Hari Raya Haji ini.

Mudah-mudahan buku yang akan aku kirimkan esok dengan bas itu akan terselamat dari banjir yang kini sedang ghairah mengunjungi Kelantan. Warga Kelantan hati-hatilah dengan banjir melanda. Malah pesanan ini untuk semua negeri-negeri yang dilanda banjir juga.

Mie terima kasih untuk sapaan di malam hari.

Selamat Malam Bandung, Jawa Barat, Jakarta Raya, Pekan Baru, Riau, Semarang, Santa Clara, Carlifornia, Puchong, Bandar Penggaram, Petaling Jaya,, Rawang, Kota Kinabalu, Terengganu, Doha, Ad Dawhah, Kelang, Pantai, Indonesia, Brunei, Singapura dan Butterworth.

30 November, 2008

Senyum- Kerana Plastik Sampah Itu.

Aku tinggal di sebuah apartment. Biasalah bila tinggal di Apartment soal pembuangan sampah menjadi masalah sikit kerana setiap penghuni terpaksa membawanya ke tempat pembuangan yang di khaskan dan tempat itu agak jauh juga dari blok kediaman.

Menjadi kebiasaan penduduk akan meletakkan plastik yang berisi sampah di atas di hadapan cermin kereta, bumbung kereta atau di bahagian belakang kereta untuk memudahkan mereka membawanya ke rumah sampah sewaktu keluar dari rumah terutamanya di waktu pagi. Hendak diletakkan di dalam kereta nanti berbau pula.

Suatu hari aku telah melakukan rutin yang biasa tetapi hari itu entah kenapa aku melintasi rumah sampah tanpa berhenti kerana ingin cepat. Aku menjadi lupa kerana plastik sampah aku letakkan di bahagian belakang kereta.

Ramai penduduk yang melihat plastik sampah dibelakang keretaku telah mengangkat tangan sambil tersenyum kepadaku dan menunjukkan ke arah plastik itu tapi aku sangkakan mereka menegurku.

“Peramah betul penduduk di sini hari ini.” kataku sendirian sehingga aku melalui post pengawal. Dia juga memberikan reaksi yang sama. Aku sekali lagi mengangkat tangan sebagai membalas “lambaian mesra” mereka pagi itu. Terasa macam orang popular aku ni.

Aku meneruskan perjalanan seperti biasa ke pejabat sehingga dua tiga kenderaan membunyikan hon mereka terhadapku. Aku menjadi binggung kenapa aku begitu popular pagi itu. Akhirnya aku tersadar kealpaanku apabila ada seorang wanita yang memberi isyarat yang jelas bahawa ada plastik sampah di belakang keretaku. Aduh, malu!

Festival Pantun antara Kementerian kali ke-5




Pada 24 dan 25 November 2008 telah berlangusng Seminar Kebangsaan Puisi Melayu Tradional di Dewan Bahasa dan Pustaka. Beberapa kertas kerja telah dibentangkan dan semuanya menarik perhatian.

Sebelah malam pada 24 November itu pula diadakan Festival Pantun antara Kementerian kali ke-5. dan pasukan yang layak ke peringkat akhir ialah pasukan dari Kementerian Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan dan Kementerian Pengajian Tinggi yang menjadi juara.
Y.B. Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron, Timbalan Menteri Pangajian Tinggi telah hadir merasmikan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Yang menariknya sebelum Pertandingan itu ada persembahan dari pelbagai persembahan kesenian dari kementerian. Persembahan Tarian- Nelayan dan Petani dari Kementerian Pelancongan (Gema Warisan) sangat menarik kerana menampilkan persembahan yang standardnya seperti persembahan untuk pelancong. Ialah itu memang dah kepakarannya. Ada yang lebih menarik dari itu kerana dalam persembahan itu ada si cilik yang menjadi primadona. Sangat comel dan gerak tarinya persis puteri. Anak siapakah itu. Menari sambil tersenyum sangat manis. tapi sayang dalam ini gambarnya tak jelas sangat.

Sesuatu yang kita boleh banggakan apabila SN Prof. Muhammad Haji Salleh berkata seni pantun diterima dan hayati lebih dari 35 bahasa dunia. Dalam ucaptama ketika pembentangan kertas kerja pertama bahawa pantun wajar diterjemahkan ke bahasa lain. Dalam internet sendiri dapat dilihat ada laman web tertentu yang menyaksikan penduduk dunia antara negara dengan negara, benua dengan benua berbalas-balas pantun dan ia sangat menarik sekali.

29 November, 2008

Puisi - Sejunjung Kasih Sekalung Budi

Puisi ini minta dilahirkan oleh seorang teman untuk menghargai pemimpin kami. Namun saya tidak mendengar khabar berita setelah diberikan kepadanya. Dan ia tetap menjadi hakmilik enche's


Sesuatu yang pasti itu - Perpisahan
Akan datang bila tiba masanya
Menyempurnakan kitaran dalam pertemuan
Ibarat roda bulat bentuknya
Ibarat hidup mati akhirnya
Sesingkat waktu yang bertandang
Tercalit seribu rahsia pada dinding ini
Sempurna rupa dan bentuk yang jadi
Itulah hakikat dalam kesementaraan
Palitan ini sebagai tanda
Seribu satu penghargaan
Cerminan seribu rasa yang tinggal
Sejunjung kasih sekalung budi
Sehampar kenangan diabadikan
Terima Kasih kerana pernah hadir di sini.

Enche

2902 2008

28 November, 2008

Kata-kata Pujangga

Sastera bukan hanya keindahan melulu tapi ia mempunyai hati dan naluri bangsa yang harus di angkat! - Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said

AL -FATIHAH: ALLAHYARHAM DATO' RAZALI BIN ISMAIL,Timbalan Menteri Pelajaran II


Sedang mengemaskini blog enche's tiba-tiba siaran TV1 menyiarkan khabar tentang berita kembalinya ke rahmatullah Timbalan Menteri Pelajaran II, Y.B. Dato' Razali bin Ismail. Allahyarham meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands dekat sini kira-kira 6.30 petang tadi.
Berikut mengenai allahyarham: Jawatan: Timbalan Menteri Pelajaran II(2008 - Sekarang). Dilahirkan pada 25 Jun 1949 di Kuala Berang, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan di M.Ed. - University of Birmingham, UK (1986-1987), B.A. (Hons) - Universiti Malaya (1970-1973)

Pengalaman perkhidmatan beliau ialah sebagai Timbalan Menteri, Kementerian Pelajaran Malaysia (2008-kini), Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Terengganu (2004-kini). Pengerusi, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (2004-kini), Pengarah - Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (2003-2004). Pengarah- Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (2001-2002) LATIHAN PROFESIONAL.

Beliau pernah mendapat pendidikan di University of Victoria, New Zealand 2002, University of Harvard, USA 2001, University of Cardiff, Wales 1997, University of Wolverhamptom, UK 1996, University of Stamford, USA 1994, University of Chambrigde, UK 1991 dan di University of Birmingham, UK 1986

Di antara anugerah yang diperolehi oleh allahyarham ialah - PJK - Pingat Jaksa Kebaktian (1982-DYMM Sultan Terengganu), SMT - Pingat Setia Mahkota (2002-DYMM Sultan Terengganu), KMN - Pingat Kesatria Mangku Negara (2002-DYMM YDP Agong) DPMT - Darjah Paduka Mahkota (2004-DYMM Sultan Terengganu). - Maklumat dipetik dari Portal Rasmi Kementrerian Pelajaran Malaysia.

Saya dan juga semua warga kerja Institut Terjemahan Negara Malaysia mengucapkan Salam Takziah kepada keluarga Allahyarham semoga Allah menempatkannya bersama orang-orang yang beramal soleh. Amin

27 November, 2008

Kongsi Emel - Misteri Tanda Syahid


Tiada kata yang terucap melainkan kalimat takbir, Allahu Akbar, atas kondisi jenasah ketiga syuhada Bali. Betapa tidak, ketiga syuhada tersebut sangat jelas menampakkan tanda-tanda sebagai syahid seperti yang biasa ditemui di kancah peperangan, meski mereka 'tidak sedang berperang' melawan musuh Islam. Setelah beberapa lama menunggu, akhirnya Kantor Berita Islam Muslimdaily.net mendapat ijin dari pihak keluarga, yang diwakili oleh Bp. Ali Fauzi, untuk mempublikasikan photo dua mujahid Bali yakni Amrozi dan Ust. Mukhlas. Bp Ali Fauzi berpesan agar photo ini disebarluaskan untuk memberikan bukti nyata atas misteri dan polemik yang terjadi ke atas Mujahid Bali, terutama Syuhada Tenggulun, terkait status mereka, apakah mati syahid atau tidak.

Disamping itu memberikan hikmah nyata kepada seluruh kaum Muslimin bahwa perjuangan Islam yang mereka lakukan benar-benar ikhlas untuk tingginya kalimat Allah, dan bukan sekedar untuk aksi pamer.Sebagaimana syuhada yang gugur dalam medan jihad, photo kedua syuhada Tenggulun terlihat tersenyum dengan barisan gigi yang terlihat rapi. Apalagi yang terjadi dengan Amrozi. Senyuman khas "The Smiling Bomber" yang seiring dengan kedua mata yang terbuka, terlihat seakan-akan bertemu dengan sesuatu yang membuat kagum. Mungkin sepasang bidadari yang menyambut ramah. Kondisi tak jauh berbeda terjadi dengan jenasah Ust. Mukhlas. Ulama yang jago berorasi ini memperlihatkan senyuman dengan mata yang juga terbuka. Wajah bersih pun menjadi pertanda yang lain. Wajah bersih yang juga dimiliki oleh sang "Mujahid Hacker," Imam Samudera alias Abdul Azis. Imam memperlihatkan wajah tampan dan bersih, persis dengan kondisi Ust. Mukhlas.

Disamping analisis photo ketiga Mujahid Bali tersebut, keterangan dari lapangan makin memperkuat bukti bahwa ketiga pelaku aksi jihad tersebut adalah para Mujahidin, mereka telah memiliki niat yang tulus dan menemui kematian sebagai seorang syuhada. Berikut adalah bukti dan persaksian dari lapangan.

1. Salah satu pelayat yang kebetulan ikut hadir di kediaman Hj. Tariyem adalah Ust. Abdul Rachim Ba'asyir. Menyaksikan bahwa ketika keranda jenasah masuk dan kain penutup keranda dibuka, sontak tercium bau wangi yang menyebar ke seluruh ruangan. Kejadian ini sempat membuat keheranan para pelayat, karena didalam ruangan yang sempit tersebut udara sangat pengap dan pengunjung berjubel dalam satu ruangan. Bila merupakan wangi dari minyak wangi, tak akan mampu mengalahkan bau badan para pengunjung dan tidak akan dapat memberikan aroma dengan kadar wangi yang sama." Allahu Akbar. Itu bukan bau minyak wangi. Bukan. Tapi bau wangi dari asy syahid," kata beliau.

2. Selain itu, masih menurut Ust, Abdul Rachim, ketika kain penutup wajah dari Ust. Mukhlas di buka, terlihat jelas bulir-bulir keringat menempel di bagian muka. Kondisi yang sama yang terjadi dengan mereka yang masih hidup dan dalam kondisi kegerahan. Seakan Ust. Mukhlas merasakan kegerahan yang sama yang dengan kegerahan yang dialami oleh para pelayat beliau.

3. Sebagaimana dilansir oleh beberapa media nasional, seperti detik.com, nampak jelas terlihat fenomena datangnya tiga burung hitam di atas kediaman syuhada. Ketiga burung ini jelas bukan burung Gagak seperti yang banyak diberitakan di media, karena memiliki leher yang panjang. Mereka datang begitu saja berputar-putar selama kurang lebih tujuh menit, dan kemudian pergi berpencar. Dua burung hitam terbang ke arah Timur, mereka merepresentasikan diterimanya amalan jihad Ust Mukhlas dan Amrozi, dan satu burung hitam terbang ke Barat, sebagai pertanda syahid atas diri 'Mujahid Hacker' Imam Samudera. Fenomena datangnya burung hitam ini sempat membuat suasana haru dengan teriakan takbir para pelayat.

4. Seperti penuturan adik kandung Imam Samudera, Lulu Jamaludin, kakaknya menampakkan keanehan ketika akan dimasukkan dalam liang lahat. Bau wangi juga tercium dari jenasah Imam. Selain itu luka bekas tembakan peluru tajam terus menerus mengalirkan darah segar. Aliran darah ini keluar seperti yang terjadi dengan seseorang yang masih hidup ketika terluka.

Masih menurut Lulu juga, wajah kakaknya lebih bersih dan tampan dari biasanya.
Kabar terakhir baru saja diterima oleh salah satu kru muslimdaily.net. Beberapa hari yang lalu, tepatnya tiga hari setelah pemakaman Amrozi dan Ust. Mukhlas, keluarga Hj. Tariyem meminta beberapa orang untuk menjaga makam. Hal ini dilakukan untuk menghindari dan menjaga hal-hal yang tidak diinginkan. Beberapa diantara mereka yang ikut jaga adalah Sumarno, Baror, Rosyidin, Mashudi dan beberapa santri pondok Al Islam Tenggulun Lamongan. Mereka mengatakan mencium bau wangi keluar dari dalam kubur (makam).

Bau wangi yang sama saat mereka pertama kali membuka kain penutup jenasah syuhada. Namun, bau wangi ini bukan seperti bau dari minyak wangi yang biasa mereka pakai atau dipakai oleh orang kebanyakan.
Jelas sudah keterangan yang diberikan Allah s.w.t. lewat kebesaran-Nya. Meski banyak pihak yang membantah, memberikan suara sumbang, dan menggalang opini massa untuk memojokkan status para Mujahid Bali, serta membuat makar melalui kaki tangan aparat pemerintah, namun Allah berkehendak lain. Dan siapakah sebaik-baik pembuat makar ? (far/MD)


Terima Kasih Adinda Affan

Cumi - Norashikin


Meh sorang lagi ni dok nanti anda. Baca sampai habis cerita tentang dia..

Nama: Nurul Ashikin Alias
Tarikh lahir: 17/12/1985
Tempat Dilahirkan: Pasir Mas
Pendidikan: ...B. A Terjemahan dan Interpretasi , USM

Adik beradik? Anak ke berapa?
......8. Anak ke- 8.

Makanan & Minuman kegemaran:
…Nasi goreng kerabu (yg my luvly sis masak)

Suka warna apa?
:.: …Hitam, Coklat, Biru & Unggu

Suka buat apa waktu lapang?
.....Tengok TV @ DVD

Sekarang buat apa?
Bekerja

Seronok dengan kerja?
Seronok. Macam-macam benda baru boleh belajar. Tapi penat la skit.

Cita-cita anda sebenarnya?
........Jurulatih hoki

Apa yang paling tak suka dan apa yang paling suka?
…Terpaksa meninggalkan sukan hoki & paling suka bila menerima anugerah ketua pasukan terbaik & Team Hoki dapat pasukan terbaik masa Anugerah Sukan.

Ada pengalaman yang paling menyeronokkan tak untuk dikongsi?
…Ada. Banyak je. Tapi yang paling seronok bila terpilih dan ditaja untuk menyertai Indian Rim Asian University Games di Perth, Australia.

Apa yang belum dicapai dalam hidup?
...Banyak sangat yang tidak tercapai ni. Nak gi haji bersama mak& kakak, nak nikah, nak sambung master, nak ada kereta besar, nak ada rumah besar, nak bercuti kat Maurities, dan yang tak akan tercapai ialah untuk menjadi jurulatih hoki

Peristiwa lucu yang tak boleh anda lupakan.
…Kena denda lari 10 round dengan coach sebab lawan cakap dia masa game lawan Chalade Hulme School, England.

Prinsip hidup anda?
....Pandai buat, pandai la tanggung. Buat kerja biar la ikhlas, baru la rezeki berkat.

Boleh beri emel kalau ada orang nak berkenalan?
ashikin@itnm.com.my

26 November, 2008

Senyum - Chocolate Chips

Aku dapat Kek Coklat hadiah hari jadi. Kek Coklat yang ditaburi dengan chocolate chips. Lazat sekali nampaknya. Teman aku ada bersama menunggu saat aku memotongnya. Dia perhatikan sahaja apa yang aku buat.

Aku buka kotak kek itu dan keluarkan kek dan meletakkan di atas meja. Tiba-tiba aku nampak ada chocolate chips yang jatuh di atas meja aku mengambilnya dengan jari telunjukku. Aku masukkan ke dalam mulut kerana tak mahu membazir.

Aduh selepas itu aku meludahnya kembali dan segera ke sinki untuk berkumur. Rupanya yang aku ambil tadi bukan chocolate tapi ianya adalah TAHI LIPAS! Rupanya sama seperti chocolate chips. Uweeek. Aku nak muntah. Sial.

Jom Baca Buku - Benua Maya


Benua Maya:Empat Kepulauan Strategik Dalam Ekonomi Baru
The Invisible Continent

Buku ini membincangkan empat kuasa asas yang terbit daripada e-ekonomi untuk melakarkan revolusi akan datang serta kesannya terhadap kegiatan perniagaan di seluruh dunia. Kebanyakan kita telahpun menjalinkan hubungan secara langsung dengan keempat-empat dimensi benua. Apabila kita membeli sebuku roti, kita berurusan dalam dimensi pertama yang nyata. Pembelian kereta membawa kita ke dimensi kedua atau dimensi tanpa sempadan kerana sekurang-kurangnya sebahagian daripada kereta itu telah dibuat, direka bentuk atau dirancang di luar negara tempat kita membelinya. Setiap kali kita menggunakan kad kredit, kita menyertai dimensi siber manakala dana pencen kita yang berkembang dengan gandaan tinggi membawa kita ke dimensi keempat. Fenomena inilah yang dikupas menerusi buku ini.


Benua Maya:Empat Kepulauan Strategik Dalam Ekonomi Baru
The Invisible Continent

Penulis: Kenichi Ohmae
ISBN: 978 983 068 226 9
Tahun Terbit : 2007
Halaman : 40 muka surat
Harga : RM40.00

Dapatkan naskhah anda di kedai-kedai buku atau menghubungi ITNM di talian 03-41497210.

25 November, 2008

Kanvas Kehidupan - Aku Bingung

Setiawangsa. Di sebuah stesen LRT. Ada seorang wanita yang lawa. Seksi. Berskirt ketat warnanya merah. Berbaju T yang lehernya luas. Nampak tali baju dalamnya. Pakaian melekat menampakkan susuk tubuh biolanya. Ku lihat ia bersama kawan. Seorang wanita juga. Aku di belakang menunggu LRT datang.

Ku pandang wanita itu. Dari rambut sampai ke bawah. Bawah. Bawah. Dan bawah hingga sampai ke tumit kaki tingginya. Lalu aku teringat kata-kata dalam kepala. Wanita sakit berkasut tumit tinggi. Tetapi mengapa masih sanggup menyiksa diri.

Aku memandang hingga ke bawah. Sehingga pandangan aku melekat di situ. Aku senyum. Ada handyplus ditampal pada bahagian belakang kaki. Sepasang kakinya. Dan tali kasut itu ku lihat sedang menggigit-gigit lagi belakang kakinya.