11 August, 2010

Ramadan Datang Lagi

Ramadan datang lagi membuatkan hati kering mulai segar kerana bulan yang membawa rahmat kepada seluruh umat manusia sedang menanti mereka yang ikhlas mahu merebut ganjaran di dalamnya. Marilah kita sama-sama berlumba untuk membuat seberapa banyak amalan.

Saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin sama ada yang saya kenal mahupun tidak. Semoga kita mendapat kebaikan bulan yang mulia ini. Amin

No comments: