Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura kura) nak gi bekelah bersama-sama. Kekura pertama membawa makanan, Kekura kedua membawa minuman, sedangkan Kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun selamber jek lenggang perut. Di dalam perjalanan tiba-tiba ujan pun turun dengan lebat dan derasnya, sehingga mereka tak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul perbualan di antara mereka…
Kekura I : ermmm….. salah sekor dari kita mesti balik untuk amik payung. Siapa yang nak pegi ni?
Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III
Kekura III : Tak nak ahhh. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Nanti sure nkorang bedal makanan ni semua..
Kekura II : Takk lah. Kita orang tunggu sampai nko datang.
Kekura III : Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?
Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu
Kekura III : Kalau 3 jam ??
Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu
Kekura III : Kalau 1 hari ??
Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu
Kekura III : 5 hari????
Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu
Kekura III : 1 minggu?
Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu
Kekura III : 2 minggu?
Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu!!!!!!! nko pegi jek lah!!!!!!!!
Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat.
Kekura I & II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu, Kekura III tak jugak balik balik. Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan lapar…
Kekura I : Aku dah tak tahan lapar ni . Kita makan jek lah
Kekura II : Aku pun dah nak pensan ni. Jom ahh kiter perabih makanan ni
Tiba-tiba Kekura III muncul dari blakang semak…
Kekura III : Hoii !!!!!!!!!!!!!!! Nasib baik aku belom pegi lagi… kalau tak sure nkorang abiskan makanan ni kan kan??
No comments:
Post a Comment