Lihat fofo sebelah. Ia dirakamkan selepas persembahan Malam Sebutir Bintang dalam Kenangan selesai. Masing-masing berebut-rebut pose sebelah penyanyi pujaan mereka antaranya Ina dan Ija. Saya senyum sendiri melihat Ina cakap sorang-sorang kat belakang Kak Uji Rashid. Yang sedih Kak Uji buat tak kisah pun. Apa citer tu Na? Ija lak beria-ia bercakap macam lah sedara-mara dia Kak Uji tu. Tapi akhirnya Ina dapat gak peluk-peluk Kak Uji tu. Apa komen Ina dan Ija ya.. Komen kalau tak gambar ni jadi suatu fitnah tuk korang.
Dari mata hati dan perasaan - lahirlah tafsiran dan pernyataan. Jadilah cerita untuk pengisian masa dan jiwa yang dahaga.
14 July, 2008
Komen Gambar ini
Lihat fofo sebelah. Ia dirakamkan selepas persembahan Malam Sebutir Bintang dalam Kenangan selesai. Masing-masing berebut-rebut pose sebelah penyanyi pujaan mereka antaranya Ina dan Ija. Saya senyum sendiri melihat Ina cakap sorang-sorang kat belakang Kak Uji Rashid. Yang sedih Kak Uji buat tak kisah pun. Apa citer tu Na? Ija lak beria-ia bercakap macam lah sedara-mara dia Kak Uji tu. Tapi akhirnya Ina dapat gak peluk-peluk Kak Uji tu. Apa komen Ina dan Ija ya.. Komen kalau tak gambar ni jadi suatu fitnah tuk korang.
Kawanku yang 'diperkosa' haiwan.
Saya menerima panggilan telefon dari kawan tapi bukan yang empunya diri mengatakan kawan saya yang tinggal di kawasan Ukay Perdana yang menghijau itu telah dinodai. Kaget dengan berita itu terus saya menelefonnya untuk bertanyakan khabar. Ikuti temu bual saya. (Gambar di sebelah ketika memberikan pose istimewa sedangkan rumahnya telah dimasuki kera.)Saya dikhabarkan saudara menjadi mangsa rogol haiwan?
Gossip tu tidak benar sama sekali. Cuma ruangan dapur eksklusif saya di CEROBOH dek mahluk tuhan yang nakal.
Monyet ke kera sebenarnya?
Firasat saya spesis kera kalau badan boleh membolosi lubang-lubang jeriji yang indah.
Bagaimana 'pencabulan' itu berlaku?
Peristiwa malang ni berlaku pada tanggal 5 Julai 2008, waktu tak pasti kerana saya di pejabat mencari rejeki halal. Sekembali dari pejabat dengan rasa kehausan tekak ingin menjamah jus yang segar. Mengkala punat lampu dipetik saya terus kaget melihat kulit-kulit telur dan beras bertaburan di lantai. Paling kachewa bila melihat sisa-sisa lelehan telur di atas tikar Sawarak yang mahal lagi anggun...
Robek hati bercampur amarah membakar. Dengan hati pilu saya memapah tikar ke sumur untuk dicuci. Kemudian menuai beras yang bertaburan di lantai sebelum mop lantai dengan wangian. Paling menyakitkan saya terlepas waktu membadak hari tu gara-gara kera durjana. (Tapi saudara lupa kera itu juga mencari rejeki yang halal!)
Pada pendapat saudara apa yang menyebabkan haiwan itu datang?
Mungkin mereka teruja melihat dari dekat dapur saya yang eksklusif.
Bagaimana saudara pasti yang itu adalah kera kerana ia mungkin langsuir ataupun puaka yang sebenarnya yang masuk ke rumah saudara?
Makhluk halus tak datang di siang hari cuma haiwan-haiwan liar jer.
Ada kehilangan atau kerosakan barang yang dapat dikesan di rumah saudara?
Cuma tikar Sarawak yang berbau hanyir telur.
Jiran-jiran pernah tak mengalami kejadian yang sama?
Dari gossip yang didengar cuma yang tinggal di tingkat bawah.
Adakah ianya serius?
Cuma pencerobohan makanan jer.
Pendapat saudara mengenai kejadian ini?
Takdir Illahi, telur yang dibeli rezeki kera-kera.
Ada buat laporan polis dan mengapa?
Saya fikir nak ngadu kat XXX jer.
(XXX ops ditapis atas sebab-sebab keselamatan dalam negeri)
Nasihat saudara kepada pembaca atau jiran tetangga.
Jangan cuai dan lupa untuk tutup tingkap kalau keluar rumah.
Gambar ini sekadar hiasan dan tiada kaitan dengan pencerobohan tersebut. Mohon maaf pada haiwan yang terlibat.
13 July, 2008
Bila Semuanya Sudah Berlalu-Malam Sebutir Bintang dalam Kenangan
Malam Sebutir Bintang dalam Kenangan berlangsung dengan meriah dan lancar. Seperti yang diharapkan cuaca dingin sekali kerana pada petangnya hujan telah turun. Walaupun kipas tidak dapat disediakan untuk semua tempat tetapi kedinginan selepas hujan turun cukup untuk mendinginkan hati yang hadir untuk terus berada dan terpaku di bangku masing-masing.
Kehadiran penonton untuk memeriahkan acara amat memuaskan sekali dan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Razali Ismail (Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia), Dato Dr. Wan Hashim Wan Teh (Pengerusi ITNM) dan Dato’ Abdul Aziz Abdul Rahman (Mantan Pengerusi ITNM) telah disambut oleh kami termasuk Pengerusi ITNM Mohd Khair Ngadiron yang telah bersedia sejak dari petang lagi.
Aku telah diletakkan dalam pasukan penyambut tetamu bagi mengalu-alukan kedatangan hadirin. Suatu ketika aku menjadi panik kerana tempat-tempat strategik telah pun penuh dan aku melihat penyanyi pujaan hatiku yang pernah menyinar dahulu Uji Rashid dan anak bujangnya Cico datang sejurus sebelum VVIP mengambil tempat.
Nasib baik aku cepat merasakan masih ada tempat paling hadapan di sebelah kiri pentas. Di situ juga pelakon Danny X-Factor berada tetapi kemudiannya berpindah ke tempat duduk belakang. Aku akhirnya bersama teman mengambil tempat di barisan kedua belakang tempat duduk Uji Rashid menyaksikan persembahan(dengan harapan dapat mendengar dia menyanyi-nyanyi kecil-tetapi sudahnya aku aje yang duk menyanyi lagu-lagunya dalam hati).
Terdetik juga kekecewaan kerana beberapa nama yang ada dalam fikiranku yang telah ku kirimkan pesanan ringkas tidak memunculkan diri walaupun pada awalnya berjanji untuk hadir. Tidak mengapalah bukan rezeki mereka untuk menikmati seni pada malam itu. Untuk melahirkan seni perlukan keikhlasan dan untuk menghayati seni juga perlukan keikhlasan. Biarlah mereka yang benar-benar ikhlas yang ada pada malam itu.
Ketika pertengahan persembahan rakan ku mencuit bahuku menunjukkan arah sebelah kanan pentas sedang berdiri Pyanhabib. Namun ketika itu aku sudah tidak dapat berbuat apa-apa kerana tempat telah betul-betul penuh dan untuk menyeberang ke sana adalah sesuatu yang mustahil kerana majlis telahpun bermula.
Antara yang menjadi memori ialah tayangan video dan sedutan beberapa puisi ciptaan Allahyarham sepanjang penglibatannya dalam bidang sastera. Sungguh tinggi gubahan bahasa-bahasa puisinya dan besar dan sensitifnya pemikiran Allahyarham terhadap isu-isu semasa tempatan dan sejagat, semuanya terakam dalam karya-karyanya. Itulah dia sastera merakamkan sejarah budaya dan peradapan masyarakat pada satu-satu waktu.
Selepas itu ucapan dari itu anak Allahyarham tampil ke pentas untuk membuat ucapan. Tetapi dek kerana terkesan dengan tayangan video menyebabkan hatinya tersentuh dan ketika berada di atas pentas matanya masih tergenang dengan airmata. Puan Haslina memohon maaf kerana emosinya tersentuh dan mengambil masa beberapa saat dan mengesat airmata yang hadir dan tidak mampu ditahannya. Sambil mengakhiri ucapan dengan berterima kasih kepada ITNM kerana sudi bekerjasama beliau berharap dua buah buku yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada malam itu, Jiwa Hamba The Enslaved Soul dan Scattered Bones mendapat sambutan dari masyarakat sebagai sokongan kepada perjuangan seni bapanya.
Aku tidak berkesempatan untuk melihat buku-buku tersebut pada malam tadi kerana tidak mahu terlepas menikmati keindahan bahasa-bahasa puitis dalam acara-acara yang dihidangkan. Makan pun terpaksa curi-curi waktu dan ala kadar sahaja itupun di akhir waktu saat-saat caterer sedang mengemaskan semua hidangan dan majlis hampir ke penghujungnya.
Di lain post aku akan siarkan wajah kedua-dua buku tersebut untuk tatapan anda. Dan jangan lupa dapatkan pesanan anda.
Satu perkataan tentulah tidak dapat menerangkan apa yang terdapat dalam satu gambar itu. Dengan itu lihat sahaja gambar menarik sekitar persembahan malam tadi.
12 July, 2008
Persiapan Malam Sebutir Bintang Dalam Kenangan - Seperti Kenduri Besar
Tinggal beberapa jam sahaja lagi akan berlangsung Malam Sebutir Bintang Dalam Kenangan-Usman Awang. Suasana mendung dan hujan seperti tidak mematahkan semangat warga kerja dan krew Malam Sebutir Bintang Dalam kenangan.
Saya sengaja datang awal untuk melihat perkembangan ini. Mereka yang bekerja seolah-olah tidak tidur. Malam tadi saya pulang mereka masih bekerja. Tengahari tadi juga ketika saya sampai mereka sedang bekerja. ITNM seperti kenduri besar. Inilah julung-julung kali Majlis menghargai Sasterawan diadakan. Dan Sekali diadakan seperti mahu meninggalkan bekas yang pasti tidak akan dilupakan.
Pastinya yang menjadi perhatianku ketika sesi rehearsal ialah Dato' Rahim Razali dan penyanyi Nora. Lagu Jentayu asalnya dinyanyikan secara duet bersama Shiela Majid tetapi Nora tetap memberikan yang terbaik bersama penari yang menjelmakan lirik jentayu dalam gerak tari dengan pengawasan anak Allahyarham, Puan Haslina.
Lihat saja foto yang dirakamkan ketika persiapan itu dibuat petang ini.
11 July, 2008
Pyanhabib dan Puisi Seluar Dalam.

Ada sesuatu yang saya ingin anda tahu mengenai Pyanhabib. Beliau menghafal kebanyakan puisi yang dideklamasikannya. Ketika dijemput untuk membaca puisinya di arena walaupun membawa gulungan kertas yang mengandungi puisinya beliau tidak melihat catatan tersebut dan membacakan puisi-puisinya dengan selamba dan ada yang pernah saya dengar sebelum ini tetap sama bunyinya, itulah kelebihan Pyan.
Ada satu puisinya yang cukup mencuit hati saya (dan bukan saya seorang malah semua yang hadir) dengar darinya. Sayang sekali saya tidak dapat mencatatnya kerana suasana kelam dan saya tidak mempunyai alat perakam suara. Jadi saya cuma boleh memberi intipati kepada puisi tersebut sahaja.
Puisi itu bertajuk 'Seluar Dalam'. Puisi itu menceritakan bagaimana ia tidak boleh tidur malam kerana mengingatkan seluar dalamnya yang hilang. Seluar dalamnya yang mengandungi 'Abstrak'. katanya semua orang pakai seluar dalam, Pak Lah pakai seluar dalam, Tun Mahathir pakai seluar dalam dan Rafidah Aziz pun pakai seluar dalam.Tok Imam pakai seluar dalam Bilal pun pakai seluar dalam. Dia pernah melihat Tok Imam menanggalkan seluar dalam sebelum sembahyang. Seluar dalam ada berbagai warna tetapi beliau suka seluar dalam warna hitam dan biru. Seluar dalam ada berbagai saiz. Ada seorang perempuan gemuk di hujung kampung sana, dia rasa perempuan itu tidak memakai seluar dalam kerana mungkin tak ada saiz!

Bagaimana kita menerima puisi itu ialah bergantung kepada cara pemikiran kita sendiri. Jika kita melihat puisi itu sebagai suatu pernyataan ia tidak mempunyai apa-apa tetapi jika kita menerimanya sebagai satu hiburan santai maka itulah yang kita dapat. Kita tidak boleh memaksa orang lain supaya serius jika yang serius itu sebenarnya kita. Orang lain itu telah melihat sesuatu yang mungkin anda tidak nampak. Jika anda boleh menerimanya dalam pelbagai keadaan dalam suatu waktu anda adalah seorang yang terbuka mindanya kerana memahami semua keadaan dan kejadian corak pemikiran yang Allah s.w.t. jadikan!
Begitulah abstraknya puisi dan juga seni. Satu subjek yang dipandang tidak semestinya mempunyai satu tanggapan dan pandangan yang sama.Dan seni itu sifatnya terbuka dan tidak boleh memaksa orang lain bersetuju dengan anda. Biarkan seni itu hidup kerana ia akan menghidupkan jiwa dan hati. Jiwa dan hati itu perlu hidup kerana ia akan menjanakan fikiran anda untuk terus berfikir dengan waras. Dan jika anda berfikir dengan waras anda sebenarnya manusia!
Semakin nyata- Malam Sebutir Bintang dalam Kenangan
Persiapan telahpun bermula petang semalam dengan laluan ke pintu utama ITNM akan menjadi pentas untuk acara Malam sebutir Bintang Dalam Kenangan-Usman Awang
Bagi mereka yang meminati sastera dan gemarkan hiburan yang bermaruah jangan lupa untuk bersama-sama dengan tetamu yang akan membuat persembahan pada malam esok seperti SN Datuk A. Samad, Selina Lee Sai Fa, Prof. Rahman Shaari-Universiti Malaya, Dr. Victor A.Pogadaev-Universiti Malaya, SN Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh, Puan Jamaliyah Ambia, Sdr. Dinsman, Sdr. Sutung Umar RS, Prof. Madya Dr. Siti Zainon Ismail, Puan Haslina Dato’ Usman, Nora. Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh-Pengerusi ITNM, Sdr Zakaria Ariffin dari ASWARA, Datuk Rahim Razali, Hisham Ahmad Tajuddin dan lain-lain lagi.
Majlis akan bermula jam 8.30 malam, tetapi datang awal untuk dapatkan tempat duduk anda!
10 July, 2008
Kongsi Emel- Cinta & Kawan
Subject: Cinta & Kawan
Renung-renunglah!
Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa? Kerana
CINTA itu buta. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa?
Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !
Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa? Kerana...
CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa?? Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia... kan ?
so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI.... Walau kita punya couple, teman still paling setia. Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.
frenz never break...
Terima kasih untuk Shida yang hantar emel ni dahulu. Saya tetap akan simpan emel yang baik-baik untuk renungan. Saya tidak akan menyiarkan nama pengirim asal kerana saya mungkin tidak mengenalinya.

Serupa tapi tak sama 1

Acu, cuba, try, test tengok kat foto. Sama tak?
Saya sendiri pada kali pertama dapat merasakan kelibat mereka hampir sama. ̣Shaharwati Saad seorang pekerja ITNM dengan bekas pelajar praktikal Politeknik Sabak Bernam, Nur Diyana Hambali.
Trut truuuut truut. Saya cuba menghubungi Shaharwati.
Helo Atie nak tanyalah pasal wajah sama ni Atie ngan Diana.
Eh nak interview ke ni? Ala malu la. Kata Atie gelak.
Atie sendiri macam mana bila orang kata wajah Atie sama?
Terasa muda lah kan ! kata Atie gelak lagi
Atie sendiri lihat Diyana macam tengok diri sendiri ke? Saya bertanya.
Em..mula-mula la. Tapi bila tengok betul betul, ada perbezaannya.Tak sama. Kata Atie lagi.
Siapa yang pertama sekali yang menyedari hal ini (wajah sama).
Saya dengar cerita la. Ada staf (Sakri) yang panggil Diyana tu Atie. Dia salah orang. Manalah si Diyana tu nak menyahut ! Ramai lagi yang terkena.

Saya tanya Ina pula.
Ha ah masa Diyana mula masuk terkejut gak la. Muka macam sama tapi Ina dah kenal lama ngan Atie bila tengok betul-betul takde lah sama. Lebih kurang sama. Tapi kalau orang kata adik beradik mesti orang percaya. Tapi dari segi perwatakannya memang tak sama. Kata Nor Azlina rakan baik Atie.
Anda tentu ada pengalaman yang sama. Sayapun ada rahsia itu! Dulu orang-orang tua cakap dalam dunia ni ada tujuh orang rupa yang sama macam kita. (Sekarang orang-orang tua dah tak cakap ke atau kita dah jauh dari orang-orang tua?) Kalau betul macam tu mesti ada lagi enam. Tak payah pergi jauh-jauh mungkin adik atau kakak anda sendiri?
09 July, 2008
MESKA Mara ke Quarter Final Jumaat ini
Tahniah kepada kumpulan bola sepak MESCA kerana menang dalam pertandingan Bola Sepak MAKWSIP 2008 (11 sebelah) untuk ke peringkat Quarter Final semalam. MESCA menang dengan keputusan 4-0 semalam menewaskan CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia). Dengan kemenangan tersebut telah melayakkan MESCA ke Peringkat Quarter Final akan berlangsung bermula jumaat ini di FRIM Kepong. Satu peringkat yang lebih mencabar lagi. Dijangkakan pasukan MESCA akan bertemu dengan pasukan JPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam).
Yang kita dok sibuk-sibuk ucap tahniah ni sebab pemain-pemain terbaik yang dok ada kat dalam MESCA tu ialah staf kita! Sapa lagi kalau bukan Sdr. Ahmad Shuami Yunos dan hero remaja Mohd Nasharudin Selamat! (Tepuk tangan sikit. Muah muah muah. Thank You, thank you.)
Tahniah dan syabas sekali lagi dari ku dan rakan-rakanmu.
Sebulan sudah
̣9 Julai 2008. Hari ini genaplah sebulan usia blog ini. Siapa sangka. Akhirnya ia menjadi satu kenyataan. Umpama seorang bayi, jika dilahirkan biarlah ia diberi peluang untuk terus hidup dan jika hidup biarlah menjadi sesuatu yang baik memakmurkan persekitarannya. Hidup mati manusia tuhan yang menentukan tetapi hidup mati blog ini adakah aku yang menentukan? Sukar meramalkannya.
Tempoh satu bulan boleh menjadi singkat dan satu bulan oleh menjadi terlalu lama, bergantung kepada pengisiannya. Aku masih mencari pengisian yang lebih bermakna dari yang anda lihat.
Banyak yang berlegar di dalam kepala ini yang inginku muatkan tetapi waktu menjadi halangan utamaku. Tetapi bak kata pepatah hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Sedar tak sedar sudah ada 51 isu dan mendapat tak kurang 100 kunjungan dalam seminggu (tak kiralah ye Atie ke Ija ke, 2-3 kali masuk sehari).
Ketika kali pertama berfikir untuk memulakan blog ini sebulan yang lalu aku juga terfikir di mana aku harus mencari ruang untuk menulis (kerana penulisanku seharusnya tidak mengganggu waktu tuntutan wajib yang lain) sedangkan sebulan yang lalu waktunya sama seperti setahun yang lepas. Di mana aku juga sibuk tetapi selepas memulakannya jari jemariku sentiasa tidak mahu berhenti untuk terus menulis. Ada-ada saja ideanya. Aku percaya ada sesuatu yang menggerakkanya. Ia menuntut anda setia dengannya.
Beralih kepada penglibatan dalam blog ini. Suatu waktu dahulu minat untuk melayari blog juga hampir tiada dan kadang-kadang melewati blog ‘orang’ pun aku tidak sedar dan hanya terjadi sewaktu membuat carian di dalam google merujuk kepada beberapa perkataan. Tetapi kini aku menjadi lebih peka adakah sumber itu dari blog atau tidak.
Aku percaya untuk apa dan apa yang kita nak daripada blog itu kita sendiri yang mencorakkannya. Kepada yang masih teragak-agak untuk memulakan blog jangan biarkan waktu terus berlalu kerana waktu tidak akan pernah menunggu kita.

Mungkin blog boleh mencapai hajat yang anda inginkan. Jika tujuanku supaya anda dapat mengenali dengan lebih dekat rakan-rakan sepejabat anda, anda lihat aku telah buktikan blog memberi jalan yang mudah ke arah itu kerana orang tak akan cari Sdr. Aisyah dan bertanya macam mana beliau bertemu jodoh dan orang tak akan cari Sdr. Sakri untuk bertanya kisah lampau beliau kecuali ketika berada dalam situasi yang betul-betul sesuai.
Dengan mengorbankan sedikit waktu anda untuk membaca apa lagi jika anda mahu berusaha mempunyai blog segalanya mungkin akan tercapai. Atau setidak-tidaknya bereaksi dengan blog.(jangan terperanjat sedikit waktu blog ini menjadi alat untuk aku melelong barangan!-tidak mustahil dengan apa yang anda fikirkan).
Sewaktu menghadiri MASKARA 9 di rumah pena sabtu lepas telah menemukan aku kepada sesuatu yang aku fikirkan selama ini. Memang Allah menjadikan apa yang manusia fikirkan sesuai dengan keupayaannya. Umpamanya dahulu manusia ingin terbang dan sekarang memang manusia boleh terbang. Aku sendiri pernah terfikir sepuluh tahun dahulu ketika teknologi telefon bimbit mula menular kepopularannya, mengapa tidak dicipta komunikasi yang tidak hanya dapat mendengar suara tetapi juga kita dapat melihat dengan siapa kita berbual. Dan pertanyaan itu terjawab hari ini.
Tentu anda tertanya-tanya apa kaitan MASKARA 9 dengan apa yang aku fikirkan. Aku pernah berfikir untuk membukukan apa yang tertulis diblog sebagai bahan komersial tetapi hal itu telah dibuktikan oleh persatuan penulis-penulis blog malam itu. Aku telah menyaksikan sendiri buku-buku dari blog seperti Sabotaj 3, Kudeta, Kalashnikov atau K-Eight (sekadar beberapa contoh) dijual dan dibeli macam goreng pisang panas oleh pemblog atau pengunjung blog yang bukan sedikit khalayaknya.
http://sol-jah.blogspot.com/search/label/Buku
Tepuk dada tanyalah selera!
Terima kasih yang sudi memberi komen, teguran dan respon untuk blog ini.
08 July, 2008
Al kisah Ceritera Yang Sama
Maka bermohonlah Sinaga kepadaku mengalunkan irama yang romantik dalam puisiku untuk santapan rohani di malam itu. Lalu tidaklah hamba berniat menghampakan hasrat yang tertanam di hati seorang teman lama. Tujuh hari berlalu siang berganti malam dan malam berganti siang tiada juga ilham itu datang kemari.
Maka dalam kesedihan yang semakin berlarutan itu dipujuklah hati yang lara supaya bersuara lalu menjelmalah kisah diri dalam Ceritera Yang Sama.
Ceritera Yang Sama. Sungguh istimewa kerana lahir dalam perasaan silaturahim, cinta kasih dan sayang yang hilang. Terjalin dalam dua bentuk sastera merentas dua zaman menjadi satu dalam rasa dan jelmaan kisah benar!
Dideklamasi buat pertama kali di Maskara 9. 5 Julai 2008. Di rumah PENA.
Ceritera Yang Sama
Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Kusut, pedih, sakit
Sengsara, buntu, kalut
Sesal itulah jaring-jaring rasa
Yang telah kau tebarkan padaku
Tanpa kau sadari rasa yang sebati itu
Kini sedang menjalar persis racun dalam darahku
Kian hari kian melata ke segenap saraf ku yang semakin halus
Dan terasa dagingku semakin rapuh kerana bisanya
Bagai terlupa saat ini pasti akan datang
Suatu waktu hati ini kau pandang dengan besar matamu
Dan kau ambil perlahan-lahan hingga semuanya tiada lagi padaku
Aku akhirnya tinggal jasad yang rohnya telah kau bawa
Hidup di alam buanamu yang indah dan mewangi
Pohon kasih itu kini telah cantik berbunga berwarna warni
Seharum kasturi aromanya segar merebak tanpa sempadan
Menjalar di pohon awan yang makin melangit
Dindingnya tiada tersentuh dek luasnya
Sekelip mata keasyikkan itu aku bagai terngadah
Jatuh dari puncak istana cinta mu
Kepalaku tersandung pagar duri curigamu
Dadaku terhempap tiang angkuhmu
Tergapai-gapai aku menerawang mencari tempat berpaut
Walau aku sedar pasti parah jika aku ke dasar sesaat nanti
Dalam kemanguan aku kembali ke dalam jasadku yang normal
Pedih rasanya setiap juzuk tubuh ini
Menerima realiti mimpi indah bersamamu
Memaksa aku bangkit dari lena yang entah bila aku tidur
Sayang
Mengapa perlu sepantas itu kau bakar semuanya
Api itu tidak bisa memadamkan segalanya yang telah menjadi sejarah
Debu-debu itu walau berterbangan tapi tidak bisa hilang dari pandangan
Dan aku tidak semudah itu dapat melupakan jerih bersamamu
Katakan keji aku kah atau alam yang kejam padamu
Sehingga memaksa semuanya berakhir
tanpa kita sempat setuju mengalas noktah itu ke tempatnya
dan kau akhirnya memainkan wayang tanpa suara
sehingga aku gagal mencari kesempurnaan aku.
Ungkapkanlah jangan terus membiarkan taman ini tanpa pohon tanpa bunga
Tanpa warna tanpa wangi haruman kasturi seperti dahulu
Naluri kita sama mengapa begitu jelek kau harus menerima aku
Jangan aku dibebani dengan seribu teka teki
Mencari jawapan dalam cerita seribu satu malam ini
Aku bisa menjadi dungu
Sayang
Kita tidak pernah berbeda
Dan kita tidak pernah ada sempadan
Rambut kita sama hitamnya
Sayang maafkan aku
Kerana tidak bisa membantu dalam kebisuan ini
Cerita kita makin ke penghujungnya
Kita akhirnya ke mana dengan bicara sepi ini
Pergi tidak terhidu hilang tidak terpandang
Aku kebingungan dalam kesakitan yang teramat sangat.
Bukanku seru padamu sang puteri
Bukanku puja padamu sang mayang
Dua kisah dalam satu lagu abadi dalam irama warisan
Lenalah kau di situ sehingga kau bersuara dan menjelma kembali
Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala
Enchelah
(4 Julai 2008)

*karya dan hakcipta penulis
Pertemuan Untuk Perpisahan

8 Julai 2008. Jam 5.15 petang warga ITNM berkumpul di Dewan Utama untuk meraikan seorang bekas pekerja dan dua bekas pelajar praktikal dari Politeknik Sabak Bernam. Sdr. Kamarizalhisam bin Salleh (mula berkhidmat pada tahun 2006) dari Unit Pentadbiran telah menamatkan perkhidmatannya dengan ITNM dan Sdri. Nurdiayana Hambali dan Noor Elleysa Shazleen Jamel pelajar jurusan kesetiausahaan.
Kamalrizalhisam menceburkan diri dalam bidang perniagaan sementara kedua-dua pelajar tersebut akan menyambung pelajaran di semester akhir pengajian mereka. Majlis ringkas dihadiri oleh semua warga ITNM yang bertugas pada hari ini. Pengurus Korporat En. Razin Abdul Rahman mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua yang diraikan.
Selepas ini rajin-rajinlah menjengah ke ITNM bertanyakan khabar kami di sini ya!
Subscribe to:
Posts (Atom)