05 October, 2008

Apa Kata Dia- Abd Khalil Zalmi Kamarazaman

Telah lama saya menyimpan hasrat untuk menemubual Sdr. Khalil kerana persamaan wajahnya dengan Pengarah Urusan yang kelima En Shaharuddin Ali. Tapi kerana kesibukan waktu rancangan itu selalu tertunda. Kini tibalah masanya untuk kita mengikuti temu bual itu Rupanya Sdr. Khalil ni kuat loyar buruk, orang tanya sepatah dia jawab pun sepatah. (Petunjuk gambar Sdr. Khalil sebelah kiri)

Salam, Nak tanya sikit. Perasaan anda bila orang cakap rupa sama dengan MD yang lepas?
Perasaan macam jadi perasan lak.

Lepas tgk gambar MD adakah awak rasa persamaan itu?
Ade le sikittt

Adakah awak sengaja botoxkan rupa awak supaya sama dengan MD?
Tulen bangggg…… sumpah…..

Kelebihan persamaan itu adakah membantu anda bekerja di sini?
Agaknyee lee. Tu yg En Razin ambil kot. (perasan le tu)

Awak rasa sapa lagi hensem..hehe?
Tentu le saya. Tak caya, Tanya org umah saya dan sedare-sedara saya

Siapa org pertama yang mengata awak sama dengan En.Shali(Shaharuddin Ali)?
Kak Ati MD. Dia rindu kat mantan MD dulu kot.

Ada apa pertalian darah ke dengan MD lepas?
Sama-sama ada darah. Tp darah kami takde tali.

Terima kasih kerana sudi bekerjasama.
Kalau ada ape-ape soalan lagi, boleh tanya kat loyar saya.
No camera please.. no camera.. and no komen

04 October, 2008

Blog Enche's di Sinar Harian 4 Oktober

Jam 11.54 pagi aku mendapat khidmat pesanan ringkas dari teman lama Sdr. Hazidah. Sekarang dah jadi Cikgu. Waktu itu aku sedang memandu pulang dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur kerana membawa bonda menjamu mata(walaupun matanya dah kureng).

Aku mencuri baca pesanan itu sekilas pandang walaupun aku tahu perbuatan itu kurang tepat ketika sedang memandu. Bukan apa kot-kot ada pesanan penting yang memerlukan tindakan segera.

Lalu aku membaca pesanan itu sepantasnya yang tertulis seperti berikut:

Beli tak akhbar Sinar hari ini? Kalau tak beli, pi beli cepat!

Sekilas itu aku sudah dapat meneka sudah pasti ianya mengenai penyiaran blog aku di akhbar itu. Tidak sabar dengan tekaan itu aku singgah di salah sebuah gerai yang menjual akhbar di Setiawangsa untuk mendapatkan akhbar itu dan memang tepat tekaanku.Cuma yang kurang tepat ialah post mana yang menjadi pilihan mereka. Ianya mengenai Makan! Yang ku kira Salam Syawal menjadi pilihan dari blog ke blog.

Terima kasih SINAR kerana sudi menyiarkan mengenai blog Enche's.

Cumi - Nur Aziana Mohd Rodzi

Cumi yang baru. Namanya cantik sekali. Ayuh berkenalan dengannya.

Nama:
Nur Aziana binti Mohd Rodzi
Tarikh lahir: 19 Disember 1990
Tempat Dilahirkan: Hospital Besar Seremban, Negeri Sembilan
Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia.

Adik beradik? Anak ke berapa?
4 orang anak ke-3

Makanan & Minuman kegemaran:
Nasi Goreng ayam dan Milo Ais

Suka warna apa?
Ungu

Suka buat apa waktu lapang?
Baca Novel

Sekarang buat apa?
Kerja

Seronok dengan kerja?
Ya sudah tentu.
Cita-cita anda sebenarnya?
Pensyarah

Apa yang paling tak suka dan apa yang paling suka?
Tak suka orang hipokrit. Suka orang yang sporting.

Jika anda kaya apa yang anda ingin lakukan
Beli banglo

Artis yang paling digemari?
Rihanna

Tokoh yang anda hormati/suka?
Tunku Abdul Rahman

Tempat yang ingin anda lawati/mengapa?
Italy sebab dia best!

Ucapan anda sempena hari raya?
Saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua tak kira di mana anda berada. Maaf zahir batin.

Boleh beri emel kalau ada orang nak berkenalan?
arezieyana90@yahoo.com

03 October, 2008

Lagi dan Lagi Ucapan Raya



As-salaamualaykum,
Especially to beloved bonda repah binti lamin siblings, in laws, nephews n niecesabedonn,

Friends.
Selamat hari raya eidul fitri maaf zahir batin
Yours sincerely,

Mohd Nor Husain Kuala Lumpur




Walau langkah tak bertemu,

tangan tak berjabat,

ucap tak terdengar,

tapi izinkanlah hati

mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Maaf Zahir dan Batin.


Dari Badrul dan Famili Istana Budaya


Kalau berbicara kasar bahasaku,

kalau bergaul kurang sopan lagakku,

Kalau berbudi boleh dibilang jasaku,

Itulah aku: maka itu dengan kesempatan ini

aku memohon kemaafan dari kawan kawan ku sekalian.

Selamat hari raya maaf zahir dan batin..


Dari JAI Selangor



Andai jemari tak sempat berjabat, andai raga tak dapat bertatap. Seiring beduk yang menggema, seruan takbir yang berkumandang. Kuaturkan salam di hari suci ini, jika Ada kata serta khilafku, membekas lara mohoh maaf lahir batin.

"SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI 1 SYAWAL 1429 H MINAL AIDIN WALFAIDIN, MOHON MAAF LAHIR BATHIN"

Abd.MunarAJI Banda Aceh

02 October, 2008

Makan

Sekali lagi saya ingin berkongsi dengan anda ceramah Dato' Dr. Fadzilah Kamsah di Oasis pada 24 September 2008 (walaupun ini merupakan siaran ulang siar)

Makan
Dato Dr. Fadzilah Kamsah berkata kita digalakkan memakan makanan yang seimbang seperti protein dan kabohidrat. Kita juga digalakkan makan malam sebelum maghrib untuk membantu proses penghadaman. Tidur 5 jam selepas makan malam. Rasulullah pernah tidak dapat tidur lalu baginda minum susu suam.

Menurutnya ditangan kita jika diperhatikan terhadap huruf dalam tulisan arab bernombor 18. dan beliau menerangkan ditangan kita juga terdapat 18 enzim. Sebab itulah kita digalakkan menggunakan tangan ketika makan kerana enzim ini akan membantu proses penghadaman.

Kita juga digalakkan makan berjamaah kerana 18 enzim ini akan membantu proses penghadaman kita. Jika makan berjamaah hidayah Allah akan turun dan makan berjamaah ini juga akan memberi banyak kelebihan kerana selain membantu penghadaman enzim kita jika dimakan oleh orang lain akan menjadi ubat.

Selepas mendengar mengenai enzim orang lain menjadi ubat baru lah terlerai persoalan yang bermain difikiran saya mengenai air kolah di surau atau masjid yang dijadikan ubat atau penawar.

Adik saya berkata isteri bossnya terkena buatan orang. Ketika membawa isterinya ke rumah ustaz untuk diubati. Isterinya telah meraung-raung lalu teman-temannya membaca yassin dan mengazankannya untuk menenangkannya tapi semua itu tidak bias membuatkan isteri tersebut diam lalu beliau memberi minum air kolah barulah sang isteri itu diam.

Orang Cina dan orang Arab seluruh dunia mengamalkan makan malam sebelum matahari jatuh untuk kesihatan. Cuma orang Melayu melakukan kesilapan untuk makan malam iaitu diantara jam 8.00-9.00 malam dan selepas itu berehat sebentar sebelum masuk tidur. Amalan ini seharusnya diubah untuk penjagaan kesihatan. Menurut kajian yang dijalankan olehnya mendapati bahawa 80% orang melayu makan malam pada waktu di atas.

Makanan yang dimakan hendaklah dikunyah sekurang2nya 20 kali agar pencernaan berlaku dengan sempurna didalam perut. Rasulullah mengunyah 40 kali sebelum menelan makanan. Petua orang-orang tua juga mengatakan jika mahu awet muda ketika makan hendaklah kita mengunyah banyak kali sebelum menelannya. Mungkin ini ada kaitan dengan sunah itu.

Rasulullah juga bersabda “ Makanlah ketika lapar dan berhentilah sebelum kenyang.” Kerna perut kenyang akan memudaratkan kesihatan kita. Perut kita memerlukan udara untuk membantu proses penghadaman.

Post di dalam blog ini ditulis lebih awal tetapi kadang kala tidak dapat dipost dahulu kerana saya mengaturkan untuk post yang lebih sesuai pada hari-hari yang berkenaan. Kerana itu jika terdapat tarikh ianya ditulis memang pada tarikh yang terpapar bukan kesilapan teknikal.

Rupa-rupanya. Anda Berani?

Kerana nak cepat semuanya boleh berlaku. Jadi bertenanglah jika nak keluar rumah. Semak dokumen yang perlu dibawa jangan jadi macam ni lak.

Korang berani tak memandu tanpa membawa kad pengenalan dan lesen masuk ke Bandaraya Kuala Lumpur di siang hari? Apa tak berani? Ha tapi aku sudah berjaya melakukannya dalam keadaan sedar hari ini.

Saat menyedarinya aku lupa membawanya aku sudah tidak mahu berpatah balik kerana hari ini hari raya dan perjalanan ku sudah jauh. Pak Polisi tentu dengan mood raya atau mereka semua sudah balik kampung beraya.

Macam-macam dah aku fikirkan jikalau aku kena tahan. Mungkin aku akan beri mereka...Semprit, Baulu, Bunga Dahlia atau Kek Lapis Sarawak? Dan akan aku nyanyikan lagu Seripah Aini..

Rasalah ketupat ini
dengan rendang sekali
sudilah rasa kuih ku
pilihlah yang mana satu
hai di hari begini
kita menjamu selera
kita bermaaf-maafan
di suasana Hari Raya

tentu mereka akan maafkan aku.

Wanita di stesen minyak itu.

Kita memang tidak pernah tahu apa yang akan berlaku. Kerana itu adalah rahsia dari langit. Kadang-kadang kita mengimpikan sesuatu kerana terlintas di fikiran sahaja. Begitulah aku.

Di hening pagi Syawal aku teringatkan kemeriahan Syawal sewaktu di alam kanak-kanak. Terbayang teman sebaya yang menjadi jiranku.

Tapi sudah pergi menyahut seruan Ilahi kerana penyakit deman kuning. Itupun aku mendengar khabarnya sahaja dari keluargaku apabila pulang ke kampung. Satu-satunya jiran yang hampir sebaya denganku tetapi sangat nakal di waktu kecil.

Masih ingat dengan post Puasa-Senyum? Yang telah aku post dua minggu lepas itu sebenarnya kisah benar yang telah aku adaptasikan agar kita dapat kongsi rencah hidup bersama.Watak adik dalam cerita itu adalah temanku yang telah meninggal dan apa yang aku ingin bercerita adalah mengenai kakaknya.

Raya yang kedua aku membawa bonda yang bosan di rumah untuk keluar ke Kota Kuala Lumpur. Memang sejak aku mencoretkan kisah senyum itu aku selalu teringat kepada kakaknya yang pernah kutemui di Kuala Lumpur dahulu.

Tanpa kuduga bonda menyuruh aku mencari tandas awam di tepi highway. Lalu aku singgah di sebuah stesen minyak kerana itu yang paling mudah. Kupimpin bonda ke tandas kerana bonda memang dah tak stabil bila berjalan.

Sedang aku dalam perjalanan balik ke kereta aku lihat seorang wanita bertudung yang keluar dari kereta dan berdiri memerhatikan aku dan bonda sementara seorang lelaki sedang mengisi minyak. Kulihat dia teragak-agak antara mahu meluru kepadaku atau kekal memerhatikan sahaja.

Wajahnya sudah jauh berbeza dari waktu mudanya. Aku tahu dia ada sesuatu hajat dengan kami. Lalu aku memberikan senyuman kepadanya. Dengan senyuman itu barulah dia berani mendekati kami dan menyebut kami timanganku diwaktu kecil. Ops! Korang nak tahu ke nama tu? Em rasanya tak payahlah kerana aku punya banyak nama timangan sepanjang hidupku.dan ianya berbeza-beza mengikut tempat aku dibesarkan.

“Ini ‘X’kan?” dia bertanya kepadaku.
“Ya” jawabku
“Kalau macam tu ni Umi lah kan?”tanya wanita itu.
Aku senyum mengangguk .
“Ini Normah ya?” Aku bertanya kepadanya.

Kerana kerinduan itu Normahpun bersalam memeluk dan mencium Bonda. Saat itu aku merasakan Normah rindukan arwah ibunya yang juga kawan bonda di sebelah rumah. Ku dapat lihat mereka sebak dapat bertemu. Macam Jejak Kasih drama swasta pula kat stesen minyak.

Sungguh tak sangka kami berjiran di bandar Kota Bharu lebih 30 tahun lalu kemudian keluarga kami berpindah ke kawasan lain, juga di Kota Bharu. Kemudian aku berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Sejak dari itu cuma khabar berita sahaja yang aku dengar. Dan di Lebaran yang mulia kami ditemukan kembali.

Lalu dari satu lembaran ke satu lembaran kami buka cerita dan aku mengajukan beberapa soalan yang aku ingin tahu darinya. Dan aku terperanjat saat aku menanyakan kakaknya yang sulung rupanya kakaknya pun telah pergi menemui Ilahi...

Salam Syawal


Salam Syawal

Assalamualaikum Syawal
Sejahteralah seluruh alam di pagi ini
Syahdu bagi yang tidak punya
Tidak bererti bisa menidakkan kehadiranmu
Mari sucikan jasmani dan nurani

Pejamkan matamu teman
Hadirkanlah ketenangan
Rangkullah apa yang ada di sekelilingmu
Semangat Ramadan jangan dilupakan
Hulurkan tangan kita bermaafan

Yang jauh tidak kelihatan
Hulurkan diangin lalu
Dalam gelombang yang bisa dipaparkan
Menjadi suara hati yang bisa dibaca
Pohon dan maafkan segalanya
Kerana kita tidak pernah tahu
Apakah Syawal yang akan datang
kita bisa melakukannya lagi.

Enche
2 Oktober 2008
(2 Syawal 1429)

01 October, 2008

Senyum- Kerja Banyak

Semalam (sebenarnya minggu lepas) aku sampai lewat di rumah. Ibu memerhatikan sahaja aku sampai dalam keadaan lesu. Aku harap dia faham.

“Kerja banyak Mak lagipun jalan jamn!”kataku.
Lalu ibu bersuara. “Arwah bapa kau cakap kalau nak ikutkan kerja bila kita mati saja baru kerja tak ada!

Kali ni aku yang senyum bukan korangkan!

Kongsi Emel- Lawak pagi pagi

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu,jadi mari kita habiskan masa bersama-sama....

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan
masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama
untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya. .

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya
kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya..

Woakakaka... .penat aku nak tulih lagi nie....

Terima kasih Adinda Affan

Beraya tapi makan jangan terlampau kenyang!


Memori silam sememangnya tidak akan luput dalam ingatan. Dan sempena hari raya aku ada satu yang ingin dikongsi bersama. Kisahnya puluhan tahun yang lalu.

Di masa raya. Siangnya kami beraya di rumah jiran dan sanak saudara. Aku tinggal di rumah teres jadi memang banyaklah tempat yang hendak dituju.

Kisahnya mengenai adikku yang bongsu. Aku tidak tahu di mana dia beraya. Dan agaknya banyaklah makanan kegemaran yang dimakannya. Malamnya ketika kami sibuk melepak di ruang tamu bersama arwah bapaku si adik bongsu aku ni tidur di sisiku. Penat agaknya.

Sedang aku memerhatikan wajahnya yang lena dan penat itu tetiba aku terlihat makanan sedikit demi sedikit keluar dari mulutnya. Rupanya dia muntah di dalam tidur. Semua kecoh dan mengejutkannya.

Aku harap ini dapat menjadi pengajaran kepada semua. Makanlah berpada-pada dan jangan tidur kalau terlampau kenyang. Bimbang korang lak ditimpa keadaan yang sama.
Selamat menjamu selera.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Hari ini adalah Hari Raya. Hari kemenangan. Kemenangan mengawal hawa nafsu selama sebulan. Semua umat Islam di seluruh dunia menanti dan menyambut hari mulia ini dengan penuh kesyukuran dan gembira kerana selepas ini tak payah lagi puasa.

Rutin Hari Raya di Kuala Lumpur ialah pagi-pagi bangun sediakan juadah raya. Kali ini Nasi Hujan Panas saja dengan Kurma Ayam. Kalau ikutkan hati memang banyak nak buat tapi mungkin lepas tengah hari aku dan bonda saja di sini kerana adik-adik balik rumah mentua di Penang.

Sekitar rumah sunyi sekali tapi bunyi mercun yang dibakar oleh orang yang tak tahu apa tujuannya selain dari mengeluarkan bunyi bising terus kedengaran dari masa ke masa.


Lalu aku teringat akan makanan kegemaranku di Hari Raya. Ketupat Palas tapi kat sini mana nak dapat. Ketupat di sini mungkin tawar kerana ianya selalu dimakan bersama rendang atau serunding. Yang di Tantai Timur ada kacang dan selalunya manis.





Bagi kawan-kawanku yang jauh dimata tapi dekat di hati. Dulu takde duit nak kasi sekarang dah ada dan yang sudah lama tak merasa dapat duit raya ini ada sikit duit raya. Jimatlah sementara ada ya.




Kepada anak-anak ikan ku dalam kolam di Balkoni kaulah penawar hati di kala sunyi maafkan daku kerana tak tahu nak menyediakan baju raya. Tapi kalau nak makan kuih raya boleh aku rendamkan tapi korang jangan mampus lak.
Selamat Hari Raya...tidurr lah wahai permaisuri..