20 October, 2008

Malang tidak berbau

Staf ITNM Mohd Aizudin Mazalan ditimpa kemalangan ketika dalam perjalanan ke pejabat di Wangsa Maju. Kemalangan itu berlaku pada waktu pagi di persimpangan lampu isyarat di Wangsa Maju tidak jauh dari Pejabat ITNM.

Sdr. Aizudin dikatakan gagal mengawal kenderaannya di kawasan tersebut dan motosikal yang dinaikinya terbalik. Sdr. Aizudin mengalami kecederaan di kaki kanannya dan dimasukkan ke Pusat Rawatan Pusrawi di Jalan Tun Razak pada hari Jumaat lalu dan mengikut rakan-rakan yang sempat menziarahinya Sdr. Zaharul dan Sdr. Zaidan Sdr. Aizudin telah menjalani pembedahan menyambung tulang pada bahagian yang cedera.

Keadaannya sudah bertambah baik dan pada bila-bila masa boleh dikeluarkan dari Pusat Rawatan itu. Sama-samalah kita berdoa agar Sdr. Aizudin segera sembuh.

19 October, 2008

Berita Pagi Minggu

Hari ini bonda nak sarapan nasi goreng yang beli kat kedai. Aku tahu bukan aku masak tak sedap tapi lidah bonda kadang-kadang nak merasa yang dibeli dari kedai. Sebelum keluar aku dah siapkan bonda Putu Mayam dan Milo 'O' dalam dulang tepi tempat dia baring. Aku keluar Bonda masih tidur. Bolehlah keluar lama sikit untuk sarapan kerana sarapan sementara dia dah ada.

Lalu aku dah sampai di kedai aku capai apa yang hendak aku makan sambil membaca akhbar harian METRO. Belek-belek aku tertarik dengan satu berita 'Bawa Mayat ke Balai'

Membaca berita itu membuatkan aku tak boleh berhenti sehingga habis cerita itu. Kisahnya dua beranak yang meninggal dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu laju. Dua beranak itu sedang berjalan menuju ke masjid untuk solat maghrib. Aku bayangkan betapa besarnya pahala ketika nyawanya diambil sedang dia dalam beribadah.

Tetapi apa yang membuatkan aku terbeliak mata ialah si pemandu tidak perasan mangsa yang dilanggarnya telah terpelanting dan jatuh di atas bumbung keretanya dan pemandu itu tidak memberhentikan kereta sebaliknya memandu hingga ke Balai Polis untuk membuat laporan tanpa menyedari mayat itu berada di atas bumbungnya. Mangsa yang berada di atas bumbung itu adalah anak dari dua beranak itu.

Mayat bapanya dijumpai oleh seorang penunggang motosikal yang melanggarnya secara tidak sengaja sebelum membuat laporan kepada pihak Polis. Begitulah qada dan qadar tuhan tiada siapa yang tahu. Yang pasti Allah telah memelihara kedua mangsa walaupun telah meninggal khabarnya disampaikan dengan begitu cepat ke pengetahuan umum.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas jenazah keduanya dan menempatkan bersama-sama orang yang soleh. Pengajarannya kepada kita yang membaca berita ini memandulah dengan berhemat dan berhati-hati ketika memandu di kawasan kediaman dan cuacanya kelam.

Puisi - Kenanga Inn II


Kenanga Inn II
(Istimewa untuk Zoel)

Tadinya satu keterlanjuran
tanpa kusedari
kealpaan untuk memorimu
dalam ketidaksediaanku
minta kemaafanmu
dan kekakuan ini
menyambung kembali
bicaraku yang sepi
untuk sebuah nama
yang aku senangi
Zoel
satu singkatan
apakah suatu misteri
pun begitu
Zoel
ole-ole ini untuk kenanganmu
aku lekatkan pada hatimu
biar bersama waktu

Enche 1986

Kenanga Inn ialah suatu tempat makan-makan dikelilingi hutan belantara di Institut Teknologi MARA (sekarang dikenali sebagai UiTM) Shah Alam. Tempat makan ini memang di dalam kawasan ITM dan harganya memang murah kerana telah disubsidi oleh pihak ITM 20 tahun yang lalu.
Pelajar-pelajar yang bosan dan ingin menikmati hidangan yang selain dari 'nasi kawah' yang disediakan di dewan makan akan hadir di sini atau yang pulang dari kuliah malam dan ingin menghilangkan haus mencari secawan teh atau kopi.

17 October, 2008

Ucapan Tahniah Harap Belum Terlambat




Sempena Menyambut ketibaan Syawal ITNM pihak Pengurusan ITNM telah mengadakan Pertandingan Menghias Pejabat. Pengadilan telah diadakan sebelum cuti Hari Raya Aidil Fitri. dan Tingkat 4 telah memenangi Pertandingan tersebut.

Hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Urusan dalam Perhimpunan Bulanan Oktober 2008. Tempat kedua dimenangi oleh Tingkat 2 sementara Tempat Ketiga dimenangi oleh Tingkat Bawah.
Tahniah kepada pemenang-pemenang.

Yang tak menang tu bukan bererti tidak cantik tetapi belum bersedia untuk menang. Betul tak rakan-rakanku di tingkat 3?

16 October, 2008

Petua - Rawatan Awet Muda

Saya pasti ramai yang sukakan ruangan petua apatah lagi yang semakin hari semakin di telan usia dan keremajaan semakin pudar dengan petua yang akan saya paparkan di sini.Tetapi kecantikan seseorang tetap dinilai dari kebersihan hatinya.

Ramai di antara kita seering tertanya-tanya, mengapa ada orang yang sudah berusia tetapi masih kelihatan muda dari usianya. Rahsianya begitu mudah diberikan oleh perawat tradisional.

Petuanya ialah:
1. Minum air masak 1 gelas ketika bangun pagi.
2. Banyakkan makan ulam dan buah-buahan.
3. Jangan meninggalkan sembahyang.
4. Ramah tamah terhadap jiran dan rakan-rakan.
5. Hindarkan perasaan dengki dan iri hati.
6 Tersenyum setiap hari.
7. Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Petua ini dipetik dari Buku Petua Segala Petua terbitan Darul Nu'man


Senyum - Bunuh Diri

"Mat cepat tolong kawan kita nak bunuh diri". Jerit Hairi.
"Ha nak bunuh diri kenapa?"Mat bertanya.
"Frust bercinta? Cepatlah Mat tolong tengokkan dia dalam bilik air tadi aku nampak dia teguk sebotol minuman!"
"Teguk minuman?"tanya Mat
"Ya tu ha botol dia dah campakkan keluar" Jelas Hairi sambil berlari mendapatkan botol.
"Jangan risau ni botol Listerin je. Biarkan dia dalam bilik air tu. Dia tak akan mati punya. Paling terukpun dia sakit perut!" kata Mat sambil tersenyum.
Hairi tersenyum.

Cara membaca Surah Yassin dengan betul sewaktu seseorang menghadapi Sakaratul Maut

Cara membaca Surah Yassin dengan betul sewaktu seseorang menghadapi Sakaratul Maut

Assalammualaikum,
Surau Darussaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud.Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang ingin saya kongsi bersama rakan2 sekalian:-Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu' seseorang mengahdapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin,dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju).

Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelumdatangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia).Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin - yang lain2 bole bersama2 semak.

ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.

iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.

iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".

v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila haillallah" lagi.

vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut.

Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat.

Amiin. Panjang2kanlah email ini pada rakan2 dan sanak saudara untuk kebaikan kita bersama (bukan Utk dapat rezeki dalam 12 jam tau).

Wassalam.

Terima Kasih Nor Azira Ishak

15 October, 2008

Ciki- Mohd Fairoz Faddzal


Mahu tambah kenalan lagi melalui ruangan ini. Saya perkenalkan anda dengan seorang lagi Ciki kelahiran Perak tetapi sekarang bekerja di Kuala Lumpur.






Nama: Mohd Fairoz bin Faddzal

Tarikh lahir:
9 mei 1984

Tempat lahir: Perak

Pendidikan:
mlvk level 2 computer system

Kegemaran:
Sport terutama badminton, jalan2 cari makan,kuar ngan awek/member

Adik beradik? Anak ke berapa?
5 org, yang ke 2

Makanan & minuman kegemaran?
semua, tak cerewet sangat.

Warna kegemaran?
Hitam itu menawan

Perkara yang anda tidak suka:
Orang mengutuk tanpa sebab

Seronok dengan hidup sekarang?
Seronok, kadang2 tak jugak..tak yah la citer lebih2..wat bodo je..

Yang belum tercapai dalam hidup apa dia?
Jadi orang kaya& dapat pangkat Dato

Pengalaman yang seronok untuk di kongsi?
Banyak, semuanya yang best boleh lepak ngan member yang masuk kepala..

Pandangan anda mengenai awek gedik?
kalau yang gedik 2 muka cam ikan longkang, memang menyampah giler ar, tapi kalau lawa ok gak boleh ajak lepak..he he..tak de la, sebenarnya aku tak kesah pun dia gedik ke tak, janji dia tak sombong..

Jika ada yang ingin mengenali anda bagaimana?
fairoz9584@yahoo.com

Blog Raja Menangis dan Norzailina

Saya agak ini semuanya bermula dari post sama tapi tak serupa Apa Kata Dia Abd Khalil Zalmi Kamarazaman. Semuanya secara suka-suka dan mencari kelainan. Staf baru di tempat kerja saya ini memang mirip mantan pengarah Urusan ITNM yang lalu En. Shaharuddin Ali.

Ketika pertama kali hati saya terdetik dan perasaan seperti itu bukan dialami oleh saya seorang sahaja malah rakan-rakan sepejabat yang lain juga. Selepas post itu disiarkan setiausaha MD, Atie telah menghubungi mantan MD untuk memberitahu mengenainya.

Saya telah menerima mesej yang dilanjutkan kepada saya oleh Atie dari mantan MD yang berbunyi:

"Msg dari Shali. Blog chelah bagus sangat. Syabas"

Saya agak mantan MD telah memberitahu pengendali bersama blog Raja Menangis Sdr. Norzailina dan dari situ saya mula berkomunikasi dengannya. Sdr. Norzailina adalah novelis (juga seorang chef) karyanya banyak diterbitkan oleh Karangkraf. Berikut adalah mengenainya yang saya jumpa.



Name : Nor Zailina Md. Nordin

Date of Birth : 10th May 1962

Place of Birth : Ketari, Bentong, Pahang Darul Makmur


Siblings : First of five siblings


Hobby : Creating new recipes & travelling

Ambition : To write best selling novels & to create recipes that will be remembered forever

Quotable Quotes : Love the Creator

Favourite Drinks : Lime asam boi juice

Favourite Foods : Everything nutty, rojak & sardines

Favourite Colour : Purple

Education: Methodist Girl’s School, Raub
: Assunta Convent, Kuantan
: Sek. Men. Perempuan Methodist, Kuantan
: Grimsby College of Technology
: Cardiff Tutorial College, United Kingdom

Family
: Nadzri Yahaya (Husband)
: Nazratul Waheeda (23)
: Nasrunnizar (19)
: Nazurah Azri (16)
: Nazifa Aqillah (11)

Imej Kak Norz di profil tu mirip penyanyi Noraniza Idris. Petua apa awet muda? Banyak pencapaian yang anda boleh baca di blognya. Keep in touch Kak Norz terima kasih doa untuk bonda saya. Selamat melayari.

Hello Jerman Hello Frankfurt!

Hello Jerman Hello Frankfurt.

Suka juga kalau mendapat khabar dari sana jika ada yang berkesempatan meninjau blog ini. Emel saya sentiasa menanti khabar dari sana. enchelah@gmail.com

Harga Minyak Dah Turun

Tiada apa yang lebih gembira apabila melihat tajuk-tajuk utama akhbar dengan berita penurunan harga minyak untuk kali ketiga sejak ia dinaikkan secara mendadak pada 4 jun 2008 (tarikh lahirku). Penurunan itu berdasarkan harga minyak dunia yang telahpun jatuh pada harga AS$87 dolar setong berbanding AS$147 harga tertinggi pada bulan Julai dan juga subsidi kerajaan terhadap minyak.

Dengan ini harga runcit petrol Pada RON97 diturunkan 15 sen seliter daripada RM2.70 kepada RM2.55, RON92 pula dikurangkan 22 sen seliter daripada RM2.62 kepada RM2.40 manakala diesel lapan sen seliter daripada RM2.58 kepada RM2.50.

Kenaikan harga minyak menyaksikan harga barangan lain turut naik. Tetapi penurunan harga minyak menyaksikan yang naik tak turun-turun. Itulah kelebihan dan kepandaian peniaga-peniaga kita bila kita bising harga jualan mereka mahal. Apa yang mampu kita buat ialah nganga.

14 October, 2008

Selebriti itu melanggar keretaku.

Teringat suatu malam dua tahun lalu bersama kawan di sekitar Ampang Point. Sedang aku memandu dan tiba di sebuah simpang tiga aku berhenti sejenak sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah.

Tetapi saat aku memberhentikan kenderaan sebuah kereta telah ‘mencium’ keretaku membuatkan aku dan kawanku terhentak nyaris terkena pintu kereta. Nasib baik kami pakai tali keledar. Pakailah tali pinggang keledar (JPJ mesti suka post ini).

Kami saling memandang bingung sebentar. Kemudian barulah kami sedar kereta yang dinaiki telah dilanggar. Aduh. Ni mesti cerita panjang lagi ni. Dua tiga hari pun belum tentu selesai. Aku pantas keluar dan meluru ke belakang. Sedikit je sondolan itu tapi pasti mesti di bawa ke bengkel juga.

Aku melihat seorang lelaki berbadan tegap keluar dari kereta yang melanggar aku. Dalam kesamaran aku melihat kulitnya yang cerah. Dia berjalan menghampiriku. Oh tidak aku kenal orang itu. Dia seorang pelakon. Aku kuatkan semangat walau siapapun dia. Dia telah melakukan kesalahan dan mesti menanggung segala kos itu.

“Kenapa bang?” Aku menyoalnya.
“Saya tak perasan, saya ingat kamu sudah bergerak terus tadi.” balasnya.
“Tapi abang sepatutnya tunggu dulu. Abang mesti mengekori saya terlalu rapat tadi” aku mengagak. Dia mengangguk sahaja. Aku nampak dia panik.
“abis macam mana ni?”dia bertanya.
“ kereta ni kena repair. Abang yang langgar dari belakang abang dah salah. Saya nak claim insuran tapi kita kena report dulu.”
“Ok” dia membalas
“Kita pergi Balai ya” aku mencadangkan kepadanya. Dia mengangguk sahaja.

Kami bergerak menuju Balai Polis. Fikiran aku kacau memikirkan cara yang mudah dan terbaik bagi kami. Cuma tinggal 100 meter lagi kami menghampiri Balai Polis aku memberhentikan kereta. Dia juga ikut berhenti.

“kenapa?” dia menyoalku di tepi jalan.
“macam ni bang saya kira apa kata kita settle sendiri-sendiri saja” kata aku kepadanya.
"kalau di Balai dah tentu abang kena compound nak kena ganti saya punya kerosakan lagi dah tu abang kena point lagi."kataklu kepadanya.

Setelah berbincang mengenainya dia bersetuju. Dia pun belum pernah melalui episod seperti itu. Dia juga bimbang cerita mengenainya akan keluar di dada akhbar dan mungkin itu akan menjejaskan reputasinya sebagai pelakon yang bersih sebelum ini.

Begitulah episod keretaku dilanggar selebriti. Untuk peringkat awal aku settle sendiri di bengkel beberapa bulan selepas itu barulah selebriti itu membayar balik ganti rugi aku kepadaku. Itu semua kerana kesibukannya mencari makan. Walau apapun aku respectlah kat dia kerana tidak mungkir janji.

Nak tau ke sape pelakon tu..Em takyah ler..kan kena saman lak