05 November, 2008

Wayang Kulit Muslimah



Sewaktu berada di Kelantan tempoh hari sempatlah juga keluar melihat Kota Bharu yang telah lama ditinggalkan. Maka terlihatlah akan daku papan tanda iklan yang besar-besar di sana. Bukanlah tiada papan tanda di Kuala Lumpur ini sehingga hamba darat sangat melihatnya. Tapi apa yang hamba dok ngalik lihat ialah visual yang terdapat di papan tanda itu. Jika ianya muslimah maka bertudunglah muslimahnya walaupun muslimah itu tidak pernah bertudung dalam gambarnya di Kuala Lumpur.

Apa yang membuatkan hamba rasa geli hati ialah muslimah wayang kulitpun bertudung juga. Bukan bertudung sahaja malah memakai baju kurung pula. Adush. Mungkin itulah satu satunya muslimah wayang kulit yang menutup aurat.

04 November, 2008

Ciki - Muhammad Uzair Salleh

Tambahkan satu lagi dalam kamus anda seorang teman baru yang suka mengusik apabila mengenalinya.

Nama : Muhammad Uzair Bin Salleh
Tarikh Lahir : 21 April 1984
Tempat Dilahirkan : Asia Clinic Melaka

Pendidikan :
Diplome In Management

Anak Ke Berapa :
Sulong dari 6 beradik

Makanan : Nasi Goreng Ikan Masin
Minuman : Nescafe Ais
Warna : Hitam, Putih
Masa Lapang : Main Futsal, Shopping

Pekerjaan : Bekerja
Pengajian : Business In Management
Seronok Dengan Kerja : Semestinya

Cita-Cita Sebenar : Usahawan Berjaya
Yang Disukai : Objektif Tercapai
Tidak Disukai : Objektif Tak Tercapai

Ada pengalaman yang paling menyeronokkan tak untuk dikongsi?
Pengalaman menyeronokkan pada tahun ini adalah dimana hajat untuk meminang orang yang tersayang tahun ini dibulan ogos. Ditambahkan dengan sokongan rakan2 serumah yang sanggup dari jauh datang memberi sokongan.

Apa yang belum dicapai dalam hidup?
Belum cukup kaya.

Jika anda kaya apa yang anda ingin lakukan…
Membuat pelaburan dan melancong satu dunia

Peristiwa lucu yang tak boleh anda lupakan.
Py merajuk

Prinsip hidup anda?
Gaya Mutu Keunggulan haha

Tokoh yang anda hormati/suka?
Sir Richard Branson

Tempat yang ingin anda lawati/mengapa?
Emirates Stadium London –
Peminat setia Arsenal FC

Indahnya Pantun - Mengapa sepi?

Assalamualaikum w.b.t.
Sejak meletakkan Live traffic feed di dalam blog ini terasa seperti ada panduan untuk menulis kerana berdasarkan rekod saya sudah tahu apabila pelayar membuat carian pilihan post yang bagaimana ingin dicari. Dan apa yang mengejutkan saya ialah kebanyakan pengunjung blog dari luar Kuala Lumpur dan luar dari Malaysia lebih berminat dengan Indahnya Pantun. Sayangnya kebelakangan ini saya dikejar waktu yang cemburu untuk membuahkan pantun yang indah untuk diletakkan diruangan itu.

Ini bermakna ruangan itu bertapa sebentar. Mungkin telah lama kecenderungan ini wujud dan saya baru menyedarinya apabila meletakkan Live traffic feed. InsyaAllah saya akan meneruskan ruangan itu apabila bahannya ada. Menulis ruangan ini bukan mudah kerana ia mengambil masa yang lebih. Menggubah pantun perlukan imaginasi dan kehalusan perasaan. Jiwa dan jati diri Melayu kena lebih besar.

Saya biasanya akan menghasilkan pantun apabila idea datang dan menyimpan dan masa hujung minggu saya akan gunakan untuk menyusun dan menyuntingnya semula. Jika mendapat sambutan mungkin ia boleh dibuat koleksi yang boleh dibukukan. Ia sesuatu yang saya impikan sejak mula saya mewujudkan ruangan ini.

Apa khabar penggemar pantun di Oslo, penggemar pantun di Indonesia, Kedah, Negeri Sembilan dan Wilayah. Jangan lupa pada 24 dan 25 November ini ada Seminar Kebangsaan Puisi Melayu Tradisional Kebangsaan dengan tema “Pantun, Syair, Gurindam dan Nazam: Ketekalan Minda Melayu” di DBP layari www.dbp.gov.my untuk keterangan lanjut.

Salam hormat dan jumpa lagi.

Lokasi ITNM/ ITNM's Map

Seronok kekadang melayari Internet. Anda dapat mencapai apa sahaja di maya ini tanpa perlu bergerak. Ini adalah penemuan saya yang terbaru mengenai Lokasi ITNM. Lokasi ini kekadang menjadi masalah bagi mereka yang kurang arif dengan kawasan Wangsa Maju. Bagi mereka yang tidak biasa dan ingin ke Institut Terjemahan Negara Malaysia yang terletak di bangunan Wisma ITNM
untuk mendapatkan panduan.

Petua- Cirit-Birit 2

Mungkin petua ini paling mudah jika anda terkena sakit cirit-birit dan selalu ke tandas membuang air besar. Buatkan teh O kosong (tanpa gula) yang pekat minumlah. Mudah-mudahan kekerapan anda ke tandas untuk membuang air berkurangan. Jika masih tidak berhenti berjumpalah doktor.

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Penterjemahan Am (Intensif) UPSI

Semalam berlangsung Majlis Penutup Kursus Penterjemahan Am (Intensif) anjuran bersama UPSI dan ITNM di Dewan Utama ITNM. Seramai 19 peserta yang terdiri daripada pegawai UPSI tamat kursus tersebut dan menerima Sijil masing-masing yang telah di sampaikan oleh Pengarah Urusan ITNM Encik Mohd Khair Ngadiron. Majlis turut dihadiri oleh Y. Bhg. Prof Mohd Mustamam Abd. Karim Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, UPSI.

03 November, 2008

Yang tak sempat Lihat

Bagi yang tak berkesempatan menonton Majalah TV3 mengenai Majlis pelancaran Komik 'Kampong Boy' di Jerman sila layari di alamat berikut.

http://www.tv3.com.my

atau tekan di sini

search under show Majalah 3 untuk siaran 2 November 2008.


Selamat menonton.

enchelah

Jom Baca Buku- Lexus dan Pokok Zaiton



Lexus dan Pokok Zaiton
The Lexus and Olive Tree

Buku ini menampilkan tinjauan menarik mengenai sistem baru yang mengubah hal ehwal dunia hari ini. ia menggambarkan pertentangan dan ketegangan antara sistem globalisasi dengan kuasa budaya, geografi, tradisi dan masyarakat lama. Turut dipaparkan secara terperinci ialah tindak balas ganas akibat globalisasi di kalangan mereka yang berasa tertindas olehnya, selain menjelaskan apa yang perlu dibuat untuk mengimbanginya. Analisisnya provokatif - menjelaskan maksud ekonomi global elektronik yang baru, bagaimana dunia berfungsi dan cara untuk hidup di dalamnya.

Lexus dan Pokok Zaiton
The Lexus and Ilive Tree


Penulis : Thomas L. Friedman
ISBN: 978 983 068 248 8
Tahun Terbitan : 2008
Halaman :538
Harga: RM60.00

Hubungi ITNM dan tempahlah sekarang. Talian telefon 03-4149 7210.

02 November, 2008

Majalah 3 - Puas kerananya.

Seharian yang bosan dan memenatkan. Aku di rumah sahaja hari ni. Malam tadi PC kena Virus. Sakitnya hati tapi itulah risiko yang harus dihadapi apabila melayari internet. Aku lak pekak komputer. Terpaksa lah dapatkan bantuan adindaku untuk membersihkannya.

Kesian adinda (iparku) Zita dan anak-anaknya yang terpaksa berkurung di 'sarang merpati'ku. Terima Kasih kerana sabar dan berkorban untuk kekandamu. Akhirnya dari siang hingga ke maghrib barulah proses 'rawatan menyeluruh' terhadap 'Sistem komputer' yang sakit itu selesai. Rasa perit dan serik pun ada. Tapi apa boleh buat. Virus diwujudkan untuk menghasilkan business dalam industri ini.

Sebelum itu, menanti kehadiran adindaku tadi seorang kawan datang dan sanggup meredah komputer yang 'sakit' itu untuk mempelajari Excell. Akupun bukan terror sangat sekadar kaedah 'basic' bolehlah ku ajarkan. Dia beredar sebaik sahaja adindaku tiba.

Sebenarkan aku dah merancang banyak perkara untuk hari ini tapi tuhan menentukan segalanya. Walau apapun dalam keadaan aku yang 'parah' tadi aku sempat menyediakan plot novel yang aku nekad untuk siapkan hujung tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun hadapan. Alhamdulillah walaupun terpaksa menulis secara manual ketika kawan mempelajari 'excell' plot itu hampir 80% siap dan perlu diperhalusi lagi. Kukira jika tidak kerana masalah yang aku hadapi mungkin beberapa bab sudahpun siap. Tunggulah kemunculan 'Novel Tanpa Judul' itu keluar.

Beberapa post yang dirancang pun terpaksa ditangguhkan tetapi cerita mengenai 'Kampong Boy' di Majalah 3 semalam memang tidak boleh aku tangguhkan kerana ia sangat menarik semalam. Aku menonton bersama kawan-kawan yang datang menziarahiku semalam. Wah bangga lah juga kerana sepanjang-panjang rancangan ke udara nama ITNM tidak henti-henti disebut. Nampak kelibat teman sepejabat bersama MD kami menjejakkan kaki ke Frankfrut.

Best part
masa pelancaran buku Kampong Boy versi Jerman di Hotel Hilton semua naskah habis dijual. Hebatnya Dato' Lat. Tahniah semua. Em Katalog 'The Malaysian Story' pun nampak. Itulah kerja keras aku dan teman-teman. Berbaloi rasanya.

Beberapa minit selesai rancangan Majalah TV3 aku mendapat sms dari Suhaimi (kawan sepejabat) yang berbunyi

"Tahniah ITNM dan TV3 dan Apa Artikel Blog Tuan Selepas Ini"
aku senyum dan membalas. Lihat sahaja di blog esok!

01 November, 2008

Teringin Nasi Ayam yang enak?


Anda teringin makan nasi ayam yang enak? Saya syorkan anda yang berada di sekitar Wangsa Maju, Keramat dan Setiawangsa untuk mendapatkan hidangan tersebut di Medan Selera Setiawangsa. Nama kedainya Nasi Ayam Mass dan tuan punya kedaipun Mas (yang sedang beraksi di depan signboard itulah dia Mas). Sebenarnya saya ada 3 tempat untuk nasi ayam yang kedua berhadapan Masjid Al Ikram berhampiran Pasar Keramat dan satu lagi di Bangunan Boustead. Yang dekat Boustead tu kena tambah dengan sayur kailan dia sekali. Rasanya emmm peh.

Pulang ke Ganggang


Sabtu lepas (25 Oktober 08) adalah hari terakhir
bonda di UK Perdana. Gambar Kiri atas adindaku
dan anak saudara di KLIA mengucapkan
Selamat Jalan pada Bonda. Gambar bawah
juadah Nasi Dagang menantiku kerana aku dan
Bonda baru pulang berhari raya. (wah rasa macam
balik Mekah ni)



Lagi gambar juadah istimewa Laksa Goreng.
Yang masak Adindaku Sal gambar bawah kanan.
Bonda di kelilingi sanak saudara yang rindu padanya.

Gelagat saudaraku apabila berjumpa. Itupun belum
semua yang muncul. Gambar Atas Kiri Anak saudara
ku sedang membelek Buku Selere Vitaoil yang aku
bawa pulang. Gambar bawah kanan bersama besan Bonda.

Bonda dikunjungi Best Friendnya Wan Yah keesokan
harinya dan gambar kanan Kekandaku Suroya dan
anaknya (Wan Muhammad Amir)menghantarku
keLapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
Terima Kasih semuanya.

Puisi - Rindu Abah












damai dan hening pagi
ketika tanpa suara tanpa bunyi
mereka yang bernama manusia
kerana lena atau melena semula
laungan azan subuh yang disahut tadi
kicauan si burung kecil
berlagu sama setiap hari



aku di balkoni dengan senaskah surah yaa sin
menghirup segar nyaman waktu yang ada
abah hadir dalam ilusi
kala kalimahMu kubaca
ku terbayang jerihnya
sewaktu hidup menatang aku
umi yang setia di sisi
tidak lekang namamu dari bibirnya
hingga semalam yang kudengar
ilusi itu membuat aku rindu padanya
seperti kelmarin berbicara denganmu



abah
semoga Allah mengampunimu
pohon rahmatMu buat keduanya
amin.



Enche
1 November 2008
7.30 am



Abahku Allahyarham Abdul Kadir bin Abdullah. Telah pulang ke rahmatullah 27 tahun yang lalu dalam perjalanan menuju ke pejabatnya membonceng bersama kekandaku (Azalee). Sewaktu menerima berita pemergiannya aku di dalam kelas didatangi kekanda sulungku (Noor Zailani) yang mengatakan arwah abah sakit. Aku diminta pulang segera sambil menjemput adindaku yang lain yang juga sedang di kelas.