Apa Khabar?
Alhamdulillah, saya sihat dan bersemangat.
Apa yang En. Khair rasa setelah berada di Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) sehingga kini?
Gembira. Setiap hari adalah ilmu baru dalam diri saya.
Tentunya ada perbezaan ketara antara jawatan sebelum ini dengan yang sekarang?
Sangat berbeza. Sebelum ini saya dalam dunia pentadbiran pendidikan. Sekarang dalam dunia penterjemahan yang akan dinilai dengan keuntungan!
Bagaimana En. Khair melihat ITNM sebelum dan sekarang?
Secara jujurnya, tidak banyak tentang ITNM sebelum ini yang saya tahu. Terlalu menoleh ke belakang pun akan merencatkan perjalanan kita ke hadapan. Sekarang saya melihat ITNM sedang bergerak laju untuk mencapai matlamatnya. Banyak kerja yang perlu direncana dan terus diperjuangkan.
ITNM baru sahaja melepasi satu majlis besar baru-baru ini (Malam Sebutir Bintang dalam kenangan) Apa komen En. Khair mengenai majlis itu?
Majlis itu telah berjalan dengan lancer. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program tersebut. Terima kasih juga kepada YB Dato’ Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia yang sudi meluangkan masa untuk melancarkan program tersebut. Terima kasih juga kepada Sasterawan Negara A. Samad Said dan Prof Muhammad Haji Salleh yang menyokong penuh program tersebut. Penghargaan juga kepada semua Sasterawan dan artis yang terlibat sama.
Saya sempat bertemu dengan Prof. Madya Dr. Siti Zainon Ismail pada malam itu dan beliau amat berharap rancangan ITNM untuk menjadikan satu hari sebagai Hari bertemu Sasterawan menjadi kenyataan. Bagaimana dengan perancangan itu sebenarnya!
Masih rahsia!
Dalam bulan Oktober ITNM akan menyertai Pesta Buku Antarabangsa ke Frankfurt apakah persediaan yang telah dibuat sehingga kini dan apa matlamatnya kita ke sana?
Persediaan sedang berjalan dengan lancar. Sekarang kita sedang menyediakan catalog buku-buku yang akan kita bawa ke Frankfurt untuk dijual hakciptanya. Dengan adanya catalog tersebut kita mengharapkan akan dapat mengantarabangsakan karya-karya Malaysia. Di samping itu, kita juga akan melancarkan Kampung Boy versi Jerman karya Dato’Lat dalam pesta buku tersebut.
Apakah pandangan En.Khair terhadap masa hadapan ITNM
Sangat Cerah!
Kita ke soalan lebih santai boleh? Sebenarnya apa kegemaran En.Khair? Suka warna apa? Kalau makan suka makan apa? Kalau makan di luar di mana yang En. Khair suka?
Saya suka membaca dan menonton. Dulu saya suka warna biru, sekarang saya suka semua warna. Saya suka pucuk ubi dan peria. Saya suka makan di warung kampung.
Bagaimana penjagaan kesihatan En.Khair. Sebab saya percaya ramai warga ITNM yang dah berumur ini seolah-olah lupa tentang soal penjagaan kesihatan. Boleh kongsi?
Ini susah sikit nak kongsi. Saya dalam golongan yang mudah lupa.
Apakah falsafah hidup En. Khair?
Belajar menyukai apa yang ada di hadapan kita!
Okey. Terima Kasih.
Sama-sama.

2 comments:
Nak tanya siket, apa kelayakan nak jadi MD ITNM ni? bOLEH TOLONG JAWAB TAK, SELAIN DARI MAKAN TEMPE
Pelantikan MD ITNM diuruskan/dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan dipersetujui oleh Kementerian Kewangan Malaysia setelah seseorang MD tamat tempoh kontraknya. Biasanya tempoh perkhidmatan ialah 2 tahun dan di tambah 1 tahun lagi. Oleh itu kriteria pemilihan berada di bawah kawalan kedua kementerian tersebut.
Sebelum ini jawatan MD adalah secara pelantikan dan di persetujui oleh Kementerian Kewangan tetapi sejak kebelakangan ini 2 MD telah diisi secara mengiklankan kekosongan mereka di akhbar dan mereka menjalani temuduga.
Post a Comment