14 October, 2008

Kongsi Emel- Roh di bulan Ramadan

Mungkin post ini terlambat kerana sudah melewati waktu. Namun dalam mengejar ilmu dan menambah ilmu pengetahuan tiada istilah terlewat kerana Ramadan akan terus datang dan datang lagi selagi hayat dikandung badan.

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadis ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi.

Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada &n bsp; penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang mela kukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus la semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

" Setinggi mana kasih sayangku, Allah lebih berhak menyayangimu, Damai la engkau di sana di bawah rahmat dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya aku akan menyusulmu di kemudian hari... Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi" & nbs p;

Terima kasih Nor Azira Ishak.

13 October, 2008

Apa Khabar - Nurul Huda Md Yatim


Suka jumpa dan berborak dengan Hud sentiasa senyum dan gelak. Kecik molek dan masih peramah walaupun kita dah tak sebumbung. Jom baca komen dan cerita Hud. Hud ni kot ya pemalu bagi gambarpun tak nak pandang kita.


Nama: Nama yang mak dan abah kasi ialah Nurul Huda Binti Md Yatim, tapi nama glamour Hud. Kalau nama yang ala-ala perempuan melayu terakhir, orang panggil Huda atau Nurul.

Apa khabar?
Alhamdulillah sihat sokmo

Tempat sekarang?
Sekarang kerja kat tempat yang banyak duit, Bank Negara Malaysia. Bahagian Pusat Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management Centre), tapi teman idaklah banyak duit, cukup bulan jer dapat gaji.

Bagaimana kehidupan sekarang?
Sekarang Alhamdulillah oklah.

Mula kerja dan tinggalkan ITNM tahun berapa?
Mula kerja di ITNM pada 29 September 2004, dan meninggalkan ITNM pada 14 November 2007

Dulu siapa Pengarah Urusan?
En. Shaharuddin Ali

Saya nak tanya pengalaman bekerja di ITNM. Boleh cerita sedikit?
Hmmm…complicated nak jawab nie, hampir dah tak ingat pengalaman disebabkan banyak sangat J. Mula-mula tu, Kerja bawah seliaan En. Mustaffa Kamal, diletakkan nun kat gua ITNM, perpustakaan. Kemudian, selepas En. Mus dah berhenti, diletakkan perpustakaan di bawah Puan Siti Rafiah. Masa tu, ITNM mengalami kegawatan sedikit, jadi fungsi perpustakaan ditutup, saya dipindahkan ke tingkat 3. Sebenarnya best duduk kat bawah sorang2 tue, mengantukpun orang tak nampak, hehehe. Yang penting, duduk kat situ, ditemani oleh buku-buku.

Ok, Sambung balik yang tadi tue. Di bawah Puan Siti Rafiah, saya kena buat kerja-kerja berkaitan hakcipta, kena liase dengan penerbit-penerbit minta kebenaran diorang nak translate buku-buku terpilih. Yang ni pengalaman lah, maklumlah, sebagai orang Malaysia yang suka makan belcan, berbelit gak nak tulis e-mail kat depa. Tapi, copy and paste je yang En Ahmad Noor Sulong pernah buat. Kerja nie susah gak, coz nak dapat feedback dari diorang punyalah lama.

Selepas tue, saya diminta oleh Puan Siti membantu Kak Niza dengan kerja-kerja kejurubahasaan memandangkan kak Hazidah diarahkan mengambil alih kerja-kerja hak cipta (nampak sangat den tak layak jang, eheheh). Yang bahagian nie sekejap jer coz selepas penstrukturan baru, saya diletakkan dibawah Pejabat Pengurusan Urusan. Yang nie mencabar dan tercabar. Kena buat paperwork dan pi mesyuarat dengan menteri (encem gak sebenarnya YB Datuk Hisahamuddin tue bila tgk live), hehehe..pastu, dalam 6 bulan, kena pindah ke Jabatan Terjemahan, bawah En Frank Ong. Yang nie, trademark saya ialah..”kwn, kwn…meeting, meeting..”, hehehehe..Akhir sekali riwayat hidup saya adalah di bahagian sumber manusia. Lebih kurang dalam 6 bulan jer, pastu pi Bank Negara.

Ada pandangan anda secara peribadi bekerja ITNM dan bezanya dengan kerja sekarang?
Setiap tempat ada keistimewaan masing-masing. tapi yang penting, kat sini tak berpeluang dapat hadiah besar bila ada family day coz staff ayer ramai woo, hehehe..

Masih ada menghubungi staf ITNM yang lain?
Hmmm…kadang-kadang jer antar e-mail kat ITNM. (ada dpt tak?)
Ada hud Terima Kasih. Jangan lupa hantar lagi.

Sudah berapa orang anak?
Anak kucing dan anak tekak J.

Apa ucapan/ pesanan kepada warga ITNM lama dan baru?
Pesanan apa yer (macam orang tua2 lak nak berpesan). Apa2 pun yang penting, di mana bumi berpijak, disitu langit dijunjung. Jangan asyik memandang awan sampai terlupa rumput di bawah.

Jika ada yang nak menghubungi boleh beri alamat emel?
nurulhuda@bnm.gov.my


Siapa yang anda teringin nak jumpa?
Saya teringin sangat nak jumpa dengan Tuan Guru Nik Aziz J (undi adalah rahsia).
Ye ke...jangan marah saya dah jumpa dia dulu. Bawakan penterjemah Arab dari Indonesia untuk dia sebab dia teringin nak jumpa.

Ucapan Anda.
Akhir kata, sempena Bulan Syawal yang mulia nie, saya mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua jika ada salah dan silap yang secara sengaja atau tidak yang telah, pernah atau akan saya lakukan yer J

Terima Kasih.
Sama-sama.

Jom Baca Buku- Ingin Sebebas Burung




Ingin Sebebas Burung
Penyelenggara : Holger Warnk dan Volker Wolf


Antologi cerpen dwibahasa ini membabitkan himpunan cerpen dari Malaysia dan Jerman yang memaparkan cerita semasa karya penulis terkenal dari kedua-dua negara. Cerpen pilihan ini diterjemahkan buat pertama kalinya ke dalam bahasa Melayu dan bahasa Jerman - terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dengan kerjasama Goethe -Institut Malaysia.

Ingin Sebebas Burung
Penyelenggara: Holger Warnk dan Volker Wolf
ISBN: 978 983 068 257 0
Tahun Terbitan: 2007
Halaman: 171
Harga: RM30.00

Ketahuilah lebih banyak yang menarik di dalamnya. Hubungi ITNM di 03-4149 7210 untuk memdapatkan naskah anda.

12 October, 2008

Bolehkah Kita Berbohong?

Semua orang tertanya-tanya boleh ke kita berbohong sebenarnya. Dan adakah Islam membenarkan kita berbohong. Seorang wanita juga bertanya adakah bohong sunat dalam Islam kerana baginya bohong tetap bohong!


Aku menjadi teruja nak tahu jawapan yang akan diberikan oleh Dato' Dr. Fadilah Kamsah. Menurut Dato' bukan bohong yang dibenarkan tapi kita boleh melakukan muslihat. Muslihat dibenarkan untuk mengelakkan mudarat yang lebih besar terjadi.

Lalu dia memberikan contoh Rasulullah melakukan muslihat pada masanya. Ketika Rasululah sedang berjalan beliau terserempak dengan seorang pemuda yang sedang berlari dengan cemas kerana dikejar sekumpulan manusia yang akan membunuhnya.


Datang sekumpulan manusia dan bertanya pada Rasulullah. "Wahai Rasulullah adakah kamu melihat seorang pemuda lalu di sini?" Rasulullah bertanya kenapa jika baginda melihatnya. Lalu kumpulan itu menjawab mereka akan membunuh pemuda itu.
Rasulullah yang sedang berdiri berundur selangkah ke belakang dan berkata. "Semenjak aku melangkah tadi aku tidak melihat apa-apa pun.". Itulah muslihat yang dilakukan Rasulullah.

Ada juga yang bertanya bolehkah berbohong untuk tujuan yang baik seperti memulihkan hubungan persaudaraan. Kata Dato' lagi itu bukannya bohong tetapi melakukan muslihat.

Dato' Dr. Fadilah juga berkata jika kita berbicara dengan seseorang dan bagi orang itu bercakap bohong kita hendak masuk ke dalam 'ruang peribadi'nya. Setiap orang ada ruang peribadi di sekitarnya iaitu dua kaki di sekililingnya. Kita hendaklah masuk dalam ruang itu dan berbicara dengannya.

Biasanya orang yang berbohong akan kelihatan resah gelisah, berpeluk tubuh dan melihat dengan banyak tempat. Pandanganya tidak tertumpu dan dia tidak akan menggunakan perkataan saya.

Pernahkah anda berbohong, dibohong atau terlibat dalam pembohongan? Atau anda sebenarnya melakukan muslihat! Siapa yang akan menilai bohong anda itu adalah sebenarnya muslihat? Dan yang paling penting perasaan anda sendiri setelah melakukan bohong atau muslihat adakah anda akan merasa tenang! Jika ya mungkin itu adalah muslihat tetapi jika tidak sudah pasti itu adalah bohong.

Mereka Telah Berlepas ke Frankfurt

Rombongan yang hampir sebahagian besar Pegawai Pengurusan termasuk Pengarah Urusan ITNM berlepas ke Jerman hari ini untuk ke Frankfurt Book Fair 2008. Frankfurt Book Fair 2008 akan berlangsung dari 15 Oktober - 19 Oktober 2008.

Untuk Perincian sila tekan pada tulisan di atas. Sebanyak 2 katalog yang di usahakan oleh ITNM The Malaysian Story dan Malaysian Literary Masterpieces untuk diperkenal dan dijual hakcipta atau menjadi penerbit bersama.

Semoga mereka selamat pergi dan selamat kembali.

Saya tunggu ole-ole dari sana..

Indahnya Pantun- Pantun Di SMS

Selain dari kad raya media yang paling popular dan mungkin menghapuskan tradisi menghantar kad raya sekian lama ialah khidmat pesanan ringkas (SMS).
Berikut disiarkan pilihan pantun yang saya terima melalui SMS. Saya percaya ada di antaranya adalah cuma SMS yang dipanjangkan sahaja dan ada juga karya asli si pengirim. Walau apapun itu saya anggap hanya perkara kedua. Yang utama ialah pantun tetap popular untuk meraikan Aidil Fitri.

Mencari mengkuang ditepi paya,
air di paya teramatlah dingin;
ingin mengucapkan selamat Hari Raya,
minta ampun maaf zahir dan batin.
(Saiful Anuar)

tanak ketupat di pagi hari,
jamah lemang berendang kari,
sms ini pengganti diri;
kususun sepuluh jari,
mohon ampun keterlanjuran diri,
dari hujung rambut ke hujung kaki.
(Saiful Azman)

Lapar puasa terketar-ketar,
Bila berbuka lega rasanya.
Kad raya tak sempat nak hantar.
Cara SMS pun dah kira ok lah ya.
(Shah )

Masak lemang sambil berdiri,
Hendak di makan di aidil Fitri;
Nak hantar kad raya posmen dah cuti,
Hanya sms pengganti diri.
(Mariani)

Kambing ranggi naik LRT,
Katak pisang tercekik tulang;
Walau SMS saja yang diberi,
Itu tanda ingatan tak hilang.
(Nijam & Isteri)

Satu syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegar jiwa;
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta di Hari Mulia.
(Faizal)

11 October, 2008

Maaf ya Boss


Hari ini MD ku buat open house tapi sayangnya aku tidak dapat menghadirinya kerana telah berjanji dengan bonda mahu menghantarnya ke DarulSyifa di Bangi seminggu yang lalu.

Keadaan bonda macam membingungkan aku. Tapi kalau nak diikutkan usianya aku tak perlu bingung itu adalah lumrah. Tapi andai anda mengalaminya sendiri anda tentu akan bingung.

Semoga bonda cepat beransur pulih.

Gambar di atas diambil 3 tahun yang lalu waktu itu bonda sihat sekali walaupun sudah lama terpaksa bergantung hidup dengan pil. Sekarang bondapun dah tak hirau nak melaram macam dulu.

Mereka yang akan tinggalkan kami



Kadang-kadang kita sering dihambat waktu yang berlalu. Dulu ketika kecil aku rasakan satu hari perjalanannya seperti 48 jam tetapi sekarang satu hari seperti 12 jam. Buat itu ini belum sempat buat yang itu.

Bekerja kenal kawan baru dah jadi lama. Ada yang baru kenal belum mesra dah nak berhenti. Terlalu cepat kadang-kadang putaran itu berlaku. Semalam aku dikejutkan dengan dua rakan yang akan meninggalkan ITNM. Dan perkhabaran itu pula disampaikan dalam jamuan suka-suka hari raya unitku semalam, macam tak kena saja.

Ucapan kepada Sdr. Azman dan Linda maafkan salah silapku walaupun sekejap mengenali anda ia adalah waktu yang sangat seronok dan tak akan dilupakan. Saya doakan anda berdua akan sentiasa mendapat rahmat Allah.
Kad Emel dari Sdr. Linda

Hello Avevah!

“Hello kau katne ni?”
“Aku kat Hospital.”
“Kau pergi tengok bapa kau ke kau yang pergi jumpa doktor?”
“Akulah yang sakit. Aku dah operate semalam.”
“Oh ye ke sorry aku tak tahu. Jadi sekarang macam mana?”
“Okey la. Tapi semalam bila sedar dan ubat bius tu dah habis sakitnya…kalau aku tahu aku tak ndak operate.”
“Eh ada lak macam tu. Kalau tak operate penyakit tu sampai bila-bila tak akan sembuh. Elok lah operate” aku membalas.

Itulah gelagat setengah orang apabila sakit. Dia adalah Avevah rakan sepejabat yang mengidap ketumbuhan dan sekali gus apendiks. Rupa-rupanya rakan-rakanku semua dan mula ada yang sakit-sakit serius. Ada yang meninggal. Lantas terasa betapa aku ni dah tua!

Tapi ada rakan-rakan yang tak mahu digunakan perkataan tua, lebih manis digunakan perkataan orang lama atau senja, atau veteran.

Tak apalah apapun perkataan ia membawa maksud hidup dah lama dan sewajarnya tidak dapat dari mengelak datangnya penyakit. Tetapi jika kita berhati-hati dan sangat mengambil berat tentang penjagaan kesihatan penyakit tentu lambat datang.

Kepada Avevah bersabar dengan keadaan sekarang semoga anda lekas sembuh.Seminggu sebelum raaya Avevah dah balik awal kerana bapanya ada masalah jantung dan menjalani operation tak sangka pula dia yang di operate selepas itu.

Kek lapis Sarawak yang kau tempah tu nampaknya terpaksalah aku sedekahkah kepada sesape untuk dihabiskan sebab kalau nak tunggu kau naik kerja..alamak berkulatlah jadinya

10 October, 2008

Senyum - Kopi Kacip Fatimah

Dialog Bicara dua beradik di telefon

Adik: Helo, Abang adik baru pergi rumah abang tadi tengok Mak
Abang: Habis emak okey ke?
Adik: Mak memang okey tapi satu je yang tak okey ni
Abang: Apa dia?
Adik: Tadi mak kasi makan tengah hari siap mak buat air sekali.
Abang: Eh okey sangat la tu.
Adik: Apa lak bang ni! Habis minum adik tanya air apa ni? Mak pun bawakan pek 3 dalam 1 yang tertulis 'Minuman Kesihatan Kacip Fatimah' Mak suruh adik baca sebab Mak kan tak tau baca. Tergeliat lidah adik tadi bila baca tu...Harap adik tak jalan kepit-kepit lak lepas nih.

PUASA ENAM MENDAPAT GANJARAN PUASA SEPANJANG TAHUN-Kongsi Emel


PUASA ENAM MENDAPAT GANJARAN PUASA SEPANJANG TAHUN
Adalah menjadi lumrah bagi kebanyakan umat Islam untuk menggiatkan aktiviti ibadah pada sepanjang bulan Ramadan. Ini adalah kerana pada bulan yang penuh berkat ini Allah 'Azza wa Jalla membuka pintu langit dengan seluas-luasnya untuk menurunkan limpahan rahmat-Nya kepada sekalian hamba-hamba-Nya. Pada bulan yang mulia ini juga segala amalan-amalan berbentuk ketaatan kepada-Nya akan naik secara terus kepada-Nya.

Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
Apabila masuk bulan Ramadan, maka pintu-pintu langit dibuka…
Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, no: 1899

Namun demikian apabila Syawal menjelma terdapat ramai umat Islam yang mula lalai serta alpa dalam mengerjakan ibadah. Syawal di lihat seperti bulan untuk berehat dari melakukan amal-amal soleh dan digantikan dengan pesta pembaziran, pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita, memakai pakain yang tidak mengikut spesifikasi syari’at, temasya menonton rancangan televisyen yang berunsur hedonis dan lain-lain lagi.

Ini tidak sepatutnya berlaku kerana pada bulan Ramadan umat Islam seolah-olah berada di dalam sebuah institusi latihan untuk membentuk insan yang bertaqwa dan setelah tamat latihan tersebut ia sepatutnya dapat membantu seseorang untuk mengekalkan ketaqwaan tersebut pada baki sebelas bulan lagi. Justeru itu seluruh umat Islam sewajarnya mengekalkan peningkatan dalam tahap mengerjakan amal ibadah pada bulan Syawal dan bulan-bulan yang lain.

Di antara bukti bahawa Ramadan telah berjaya membentuk keperibadian yang tinggi terhadap seseorang dalam menjadi insan yang bertaqwa adalah dengan mengerjakan puasa sunat Syawal atau lebih dikenali dengan puasa enam bagi masyarakat kita. Dalil disyari’atkan ibadah puasa sunat Syawal adalah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa.
-Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, no: 1164
Menerusi hadis di atas dapat kita fahami bahawa keutamaan puasa sunat pada bulan Syawal adalah seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam:

Barangsiapa berpuasa enam hari pada bulan Syawal setelah Ramadan maka seakan-akan dia berpuasa fardu setahun. Ini adalah kerana satu kebaikan di balas dengan sepuluh kali ganda sepertinya. Puasa pada bulan Ramadan dibalas dengan ganjaran bersamaan sepuluh bulan (iaitu bersamaan dengan 300 hari), puasa enam hari (pada bulan Syawal) pula mendapat ganjaran sebanyak dua bulan (iaitu bersamaan dengan 60 hari),yang demikian itu menjadi sunah yang sempurna, maka tercapailah pahala beribadah setahun tanpa kesulitan sebagai kurnia daripada Allah dan nikmat ke atashamba-Nya.
– Taudhih al-Ahkam min Bulughul Maraam, jilid 3, ms. 576, Pustaka Azzam.

Cara yang paling utama untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah Hari Raya Aidilfitri secara langsung (iaitu pada tarikh 2 Syawal), berturut-turut sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulamak. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam al-Syafi’i. Namun begitu seseorang juga bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahan mahupun akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut mahupun berpisah-pisah. Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qadha dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bidaah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi shallallahu 'alaihiwasallam yang sabit.

Apa yang lebih utama adalah menyempurnakan puasa bulan Ramadan terlebih dahulu yakni dengan menggantikan puasa-puasa yang tertinggal kemudian baru dikerjakan puasa sunat Syawal. Ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaanya iaitu seolah-olah berpuasa sepanjang tahun. Oleh itu janganlah ketinggalan dari menunaikan puasa sunat enam hari di bulan Syawal ini.

Afdal qada hutang' Ramadan sebelum mulakan puasa enam Syawal
Oleh Dr Abdul Basit Abd Rahman
Sumber : Berita Harian,
9hb Oktober 2008

HUKUM puasa sunat enam Syawal adalah sunat. Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal kerana 1 Syawal adalah Aidilfitri dan dilarang berpuasa pada hari itu. Abu Hurairah berkata yang bermaksud: "Nabi SAW melarang puasa pada hari Aidilfitri dan Aidiladha." (Hadis sahih al-Bukhari)

Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib Ramadan. Namun sering kali menjadi perbincangan kalangan ulama bagaimana sewajarnya puasa itu dilaksanakan sama ada secara berturut-turut atau terputus.

Pandangan lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah SAW menganjurkan puasa sunat enam hari ini, Baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya.

Maka puasa enam boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal. Adalah lebih afdal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang bertakwa." (Surah Ali-Imran, ayat 133)

Selain cara melaksanakannya, timbul juga perbincangan apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika mempunyai hutang puasa Ramadan yang belum diqada. Ada dua pendapat ulama dalam masalah ini.

Pendapat pertama, boleh melakukannya berdasarkan dalil bahawa Aisyah pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadan yang perlu diqada hingga ke bulan Syaaban akan datang. Aisyah berkata: "Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadan. Aku tidak mampu mengqadanya kecuali pada bulan Syaaban kerana sibuk (melayani) Rasulullah SAW." (Sahih Muslim)

Ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah SAW, Aisyah tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau mengqada puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadan.

Pendapat kedua, tidak boleh melakukannya berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang dikemukakan di awal risalah ini. Hadis itu berbunyi: "Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun."

Rasulullah SAW mensyaratkan berpuasa Ramadan terlebih dulu, kemudian barulah mengiringinya dengan enam hari dalam bulan Syawal. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadan. Jika ada puasa Ramadan ditinggalkan, ia perlu diqada terlebih dulu barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.

Jika diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat) kerana menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat. Namun, jika seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qada kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadakan sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat pertama boleh diterima berdasarkan apa yang dilakukan Aisyah.

Menurut Imam An-Nawawi, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: "Qada puasa Ramadan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqada adalah secara bertangguh, tidak disyaratkan qada terus apabila boleh melakukannya." Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: "Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadan, sunat dia mengqadakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qada Ramadan melakukan puasa sunat."

Sementara pendapat menggabungkan puasa qada dan puasa enam dan akan diberi ganjaran kedua-dua pahala dengan puasa yang satu, berlaku khilaf di kalangan ulama, sebahagiannya berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardu lain atau dengan puasa sunat lain. Jika dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardu dan sunat.

Ada kalangan ulama Syafi'iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperoleh apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperoleh kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan.

Selepas dikaji, pandangan ulama yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Quran dan al-Sunnah. Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai hamba yang tunduk kepada Allah, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang wajib dengan sunat lebih menunjukkan kesungguhan diri mencari keredaan Tuhannya.

Amalan sunat adalah sebagai penampal kepada kekurangan dalam amalan fardu. Sempurnakan dulu qada beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa depan.

Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib, diharapkan Allah akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat." (Sahih Al-Bukhari)

Terima Kasih Sdr Nor Azira Ishak untuk emel ini. Terima Kasih juga layanan mesra keluarga anda terhadap kunjungan bonda hamba tempoh hari di rumah anda.

09 October, 2008

Katalog - Malaysian Literary Masterpieces




Sebuah lagi katalog sedang disiapkan untuk di bawa ke Frankfrut Book Fair 2008. Katalog bertujuan menawarkan kepada penerbit yang berminat di sana untuk menerbitkan karya-karya tempatan atau menjadi penerbit bersama.
Terdapat 3 karya agung dan 29 karya sastera dari penulis tersohor negara dimuatkan dalam katalog berwarna itu.

Tiga karya agung ialah Hikayat Hang Tuah,Tuhfat al-Nafis dan Hikayat Raja Pasai. Kesemuanya sedang diusahakan terjemahannya dalam Bahasa Inggeris oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Sementara karya sastera lain ialah Srengenge karya Shahnon, Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur dan Rimba Harapan karya Keris Mas, Bedar Sukma Bisu karya Faisal Tehrani, Tulang-tulang Berserakan dan Jiwa Hamba karya Usman Awang, An Introduction to Modern Malaysian Literature karya Prof. Muhammad Haji Salleh dan lain-lain lagi.

Semua buku-buku tersebut sedang diusahakan terjemahannya dan ada yang telah siap diterjemah dalam Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman dan Korea.

Aku dah korbankan diri dan mood raya untuk katalog ini. Semoga kau jadi yang terbaik ya..jangan nakal-nakal di negara orang!