03 August, 2008

Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008- Anugerah Terjemahan



LATAR BELAKANG

Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2008 adalah penganjuran kali ke-24 semenjak ia muladiperkenalkan pada tahun 1980. Jika HSKU sebelum ini dianjurkan oleh Kumpulan Utusan semata-mata dengan tajaan penuh oleh ExxonMobil, penganjuran kali ini akan memperlihatkan penyertaan Institut Terjemahan Negara Malaysia sebagai penganjur bersama - menerusi Anugerah Terjemahan yang buat julung kalinya diperkenalkan bagi HSKU ke-24.

HSKU diasaskan dengan objektif untuk mencari bakat-bakat baru dalam dunia penulisan, selain pada masa yang sama, menjadi gelanggang bagi kalangan penulis untuk membimbing masyarakat dan memberi sumbangan kepada pembangunan sastera Negara ini.

Selama dianjurkan, HSKU telah berjaya melahirkan sekian ramai pelapis muda yang kemudiannya muncul sebagai antara peneraju dunia sastera tempatan. Secara tidak langsung, HSKU telah membuktikan bahawa ia juga terbabit sebagai satu antara medium utama untuk menzahirkan misi Negara merealisasikan Wawasan 2020. Ini kerana sastera adalah satu antara laluan penting untuk mengimbangi pembangunan sebuah negara maju - yang sejak dahulu lagi telah dibuktikan sejarah ketamadunan manusia.

Anugerah ini tidak hanya beroleh penyertaan daripada penulis muda, tetapi lebih membanggakan,ramai Sasterawan Negara (SN) pernah diangkat sebagai pemenang, antaranya Arenawati, SN Dato' (Dr) A. Samad Said dan SN Dato' Shahnon Ahmad.

HSKU terus unggul dengan sokongan padu ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc. yang akan meneruskan tajaannya buat kali ketujuh. Ini adalah satu antara komitmen mereka yang berterusan kepada masyarakat Malaysia - menyediakan jalan kepada penulis Malaysia untuk berkarya, melahirkan kreativiti dan seterusnya mencipta nama di peringkat kebangsaan.
SIDANG AKHBAR MENGUMUMKAN ANUGERAH TERJEMAHAN HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN 2008

11 pagi, 30 Julai 2008,
Wisma ITNM, Wangsa Maju,
Kuala Lumpur

Anugerah Terjemahan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2008 diperkenalkan buat julung kalinya menerusi penganjuran HSKU kali ke-24 - menerusi kerjasama dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM). Anugerah ini antara lain bertujuan untuk memberi galakan serta penghargaan kepada kalangan penterjemah Malaysia agar mereka terus berperanan aktif dalam dunia penerbitan Negara.

Penyertaan bagi menyertai anugerah ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia (kecuali kakitangan ITNM serta Kumpulan Utusan dan ahli keluarga masing-masing).

Berikut adalah syarat-syarat penyertaan:

Terjemahan perlu dipilih daripada senarai novel berikut:

i. Terlepas Daripada Belenggu - karya Othman Che Chin
ii. 7575 - karya Faisal Tehrani
iii. Trilogi Cinta - karya SitiJasmina Ibrahim
iv. Warisnya Kalbu - karya Sri Rahayu Mohd Yusop
v. Kembara Amira - karya Amer Hmzah L Kadir
vi. Melunas Hindu- karya Hartini Hamzah

Terjemahan hanya daripada bahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Penyertaan hanya terbuka kepada individu perseorangan. Penyertaan secara berkumpulan tidak akan diterima.

Karya dihantar mestilah hasil daripada terjemahan yang dilakukan sendiri. Peserta perlu menterjemah keseluruhan isi kandungan buku, termasuk blurb. Peserta perlu menjaga nilai-nilai kesusasteraan pada karya asal dan terjemahan yang dibuat jugatidak boleh lari daripada maksudnya yang asal.

Karya terjemahan mesti ditaip kemas menggunakan fontjenis Garamond bersaiz 14 dan dilangkaudua baris di atas kertas putih bersaiz A4. Judul yang jelas mesti dicetak pada halaman pertama manuskrip, diberi kemasan kulit plastik jernih- depan serta belakang, dan kemudiannya dijilid dengan kemas menggunakan jilid sikat .


Peserta boleh menghantar lebih daripada satu karya terjemahan. Karya terjemahan yang dihantar menyertai anugerah ini tidak dibenarkan menyertai mana-mana sayembara lain yang seumpamanya. Karya terjemahan yang dihantar menyertai anugerah ini tidak boleh diterbitkan oleh mana-manapihak selain daripada penganjur HSKU.


Peserta perlu memberikan maklumat dan butiran diri masing-masing dengan mengisi borangyang boleh diperolehi daripada iklan di akhbar Utusan Malaysia atau dimuat turun daripada lamanweb http://www.mybooks.com.my/.


Peserta tidak dibenarkan membuat sebarang catatan mengenai maklumat diri pada sebaranghalaman manuskrip terjemahan - baik menerusi cetakan, mahupun dengan tulisan tangan. Peserta perlu menyertakan dua keping gambar berukuran pasport bersama-sama dengan borangpenyertaan yang dihantar.


Penyertaan yang tidak memenuhi syarat atau melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan oiehpenganjur akan ditolak. Keputusan panel hakim adalah muktamad. Penyertaan yang dihantar mesti sampai kepada penganjur sebelum atau pada 28 Februari 2009 dan diberi tanda "Terima*

Manuskrip terjemahan dan borang penyertaan yang lengkap diisi hendaklah dikirimkan ke alamatseperti berikut:

Sekretariat,
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan Kategori Terjemahan
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
No 1 & 3, Jalan 3/91 A, Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100 Kuala Lumpur .


Setiap manuskrip yang dihantar untuk Anugerah Terjemahan akan dinilai oleh panel hakim berdasarkan kepada kriteria berikut:


• Dinilai dari aspek keupayaan penterjemah memperlihatkan penguasaan mereka terhadap bahasa asal karya dengan baik sehingga nuansa, makna tersurat dan tersirat serta muziknya dapat difahami dan dialami secara mendalam.
• Dinilai dengan melihat sejauh mana penterjemah dapat memahami dan memindahkan semua konsep serta gagasan yang terkandung dalam karya asal beserta dengan sifat-sifat struktur beserta dengan budayanya.
• Dinilai dengan melihat sejauh mana hasil terjemahan itu dapat memperlihatkan bahasa sasaranyang baik, halus dan sesuai dengan darjah kesusasteraannya, serta dengan kecanggihan bahasa karya asal, dapat dibaca dengan baik dan lancar dalam bahasa sasaran.
• Dinilai dengan melihat sejauh mana hasil terjemahan itu setia kepada gaya penulisan karya asal.
• Dinilai dengan meiihat sejauh mana ketepatan terjemahan yang dihasilkan berbanding makna karya asal, pada peringkat dasar dan juga pada peringkat perindan. Pendek kata, tiada bahagian yang dilangkau atau dltambah melainkan untuk kegunaan penjelasan atau gaya yang munasabah.

No comments: