04 August, 2008

Klik Saja - Saya Telah Memudahkannya Untuk Anda.

Sabtu 9 Ogos ini akan genap usia blog ini dua bulan. Pada awalnya memang terasa susah mengendalikan blog tetapi lama kelamaan alah bisa tegal biasa biarpun terpaksa bersengkang mata untuk mengemaskinikan blog. Dan terkadang terasa seperti suatu ketagihan apabila tidak dapat memberi sesuatu yang baru kepada blog sendiri.
Daripada tiada kepada ada dan daripada ada untuk menghidupkanya bukanlah sesuatu yang mudah. Sebaliknya bertambah mudah jika anda meminatinya. Setiap hari hampir ada sahaja yang mahu diisi.
Keinginan untuk memudahkan anda yang setia dengan blog ini agar dapat membaca dan memilih topik-topik mengikut pengkhususan akhirnya tercapai jua setelah berusaha tanpa jemu bertanya pemblog-pemblog yang sudah lama bertapak dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada sinaganaga kerana memberi jalan.
Kini anda boleh klik pada kolum sebelah kiri untuk judul Berita Semasa, Diariku, Kongsi Emel, Imbauan, Jom Baca Buku, Cumi & Ciki, Apa Kata Dia, Apa Khabar, Indahnya Pantun dan Puisi untuk membaca post yang lepas dalam judul yang sama. Mudah bukan?
Saya juga telah berjaya menemukan Cbox untuk anda tinggalkan mesej, komen dan sebagainya pada kolum sebelah kiri. Jadi segalanya akan dilihat dengan mudah. Tetapi awas jangan terlajak perahu sudah.
Bagi mereka yang masih berfikir dan ragu-ragu untuk menulis blog ayuh jangan menangguhkan lagi hasrat itu kerana masa tidak pernah menunggu kita. Ada kepuasan yang akan dapat anda rasai apa sudah memulakannya. Saya sedia memberi panduan setakat yang mampu. Jadi tunggu apa lagi. Selamat melayari blog Enche's dengan pautan baru yang lebih memudahkan anda.

No comments: