10 August, 2009

Malam "Menjelang 75 Tahun A. Samad Said"

Sabtu 8 Ogos banyak maknanya buat mereka yang terlibat dengan tarikh itu. Yang teman tahu, Blog Suhaimi genap setahun di dunia siber. 8 Ogos juga kata Liyana dia genap setahun berkhidmat di ITNM. (Liyana sekarang sudah sah menjadi isteri orang baru hujung minggu lepas selamat diijabkabulkan dan minggu hadapan sama-samalah kita makan nasi minyak dia ya.) Tahniah untuk kedua-duanya. Tapi yang paling bermakna sekali pada tarikh itu mungkin Pak Samad atau Sasterawan Negara Datuk Dr. A Samad Said kerana pada tarikh keramat itu satu program anjuran ITNM dengan kerjasama DBP telah berlangsung di Auditorium DBP pada jam 8.00 malam.

Pak Samad sewaktu sesi autograf selepas pementasan

Program yang dinamakan sebagai "Menjelang 75 Tahun A. Samad Said" telah berlangsung bersama dengan pelancaran buku Fansuri's Love dan Ballad of The Lost Map. Program ini dimeriahkan dengan kehadiran teman-teman sasterawan. Teman juga dapat melihat ia seperti alumni staf lama DBP. Seronok juga sekali sekala dapat peluang seperti itu.


Bersama Abdul Ghaffar Ibrahim

Antara yang hadir dan melengkapkan persembahan di arena ialah Rahman Shaari, Ahmad Shukri Abdullah, Taheera Rosheena Mohamed, Raja Rajeswari, Dr. Chew Fong Pang, Dr. Ahmad Razali, Dr. Victor Pogadev, Seri Amalina Mohd Khair, Saifulizan Yahya, Malim Ghozali PK, SM Zakir dan A. Samad Said Sendiri serta pelajar-pelajar IPT yang menyertai bengkel. Sementara Nisah Haron muncul di awal program membisikan bicara mengenai Pak Samad melalui segmen "A. Samad yang Saya Kenali"


Saiful Anuar bersama dua buah buku terbaharu A. Samad Said yang dilancarkan pada malam itu. Fansuri's Love dan Ballad of The Lost Map

No comments: