sewaktu Sidang Akhbar
Pada 30 Julai 2009 bertempat di Dewan Utama Wisma ITNM berlangsung Sidang Akhbar “ Menjelang 75 Tahun A. Samad Said”. Menurut Pengarah Urusan ITNM, Mohd Khair Ngadiron majlis itu diadakan sebagai menghargai sumbangan Sasterawan Negara itu sebagaimana pada tahun lepas majlis seumpamanya diadakan untuk menghargai sumbangan Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang. Jika pada tahun lepas dalam majlis itu dilancarkan dua buku iaitu Scattered Bones dan Jiwa Hamba. Maka pada tahun ini dalam majlis yang akan berlangsung itu nanti dua buah buku A. Samad Said juga akan dilancarkan iaitu Fansuri’s Love dan Ballad of The lost Map.

Menurut Mohd Khair karya A. Samad Said Fansuri’s Love telah menarik perhatian pihak penerbit Itali dan sedang menilainya untuk menerbitkannya. Jika ia menjadi kenyataan A. Samad Said akan menjadi orang yang pertama karyanya diterjemah ke bahasa Itali.
Bagi A. Samad Said beliau tidak menyangka satu majlis diadakan untuk menghargai dirinya. Katanya apa yang dilakukan itu adalah amat besar, orang yang menyertainya besar dan besar juga belanjanya. Tambahnya lagi tentu sahaja acara yang istimewa ini satu penghargaan yang tak tersangkakan kerana usia menjelang 75 tahun adalah satu-satunya acara yang mengingatkannya bahawa ia telah melalui tiga perempat abad dan berharap dapat mencapai 100 tahun.
Beliau juga melahirkan ucapan terima kasih kepada ITNM dan DBP kerana mengadakan majlis tersebut. Tambahnya lagi apa yang dilakukan selama ini ialah sumbangan yang spontan dan tak terfikir ianya akan menjadi khazanah bangsa dan malam Menjelang 75 tahun A. Samad Said itu untuk mengingati dan menyanjungnya sebagai ikona bangsa.
Orang ramai dialu-alukan untuk menghadiri majlis itu nanti kerana ianya percuma dan sangat istimewa. Penonton akan disajikan dengan bacaan puisi oleh pengiat sastera seperti Prof Rahman Shaari, Dr.Zurina Hassan, Raja Rajeswari, Dr. Chew Fong Pang, Dr. Ahmad Razali, Dr. Victor Pogadev serta ramai lagi.
No comments:
Post a Comment