Tiada perbezaannya setiap tahun seolah tiada kesedaran baik pembeli atau penjual yang membeli dan menjual bahan merbahaya yang dinamakan 'Mercun'. Dalam Mingguan Malaysia melaporkan sorang kanak-kanak di Rantau Panjang kehilangan 3 jari akibat bermain mercun.
Dalam muka surat yang sama pula berita mengenai seorang janda yang mengandung 7 bulan warga Thai ditangkap kerana menyeludup bahan api itu. Begitulah saban tahun menjelang perayaan. Mungkin suatu masa nanti jika kita tidak lagi mendengar tiada kanak-kanak yang putus jari atau pecah tapak tangan, hilang penglihatan atau rumah terbakar suasana menjelang hari raya tidak akan meriah.
Jesteru itu tindakan menjual dan membeli mercun ini dilakukan. Persoalannya bila perkara ini akan berhenti? Sudah 52 tahun negara kita merdeka tapi fikiran kita tetap sama. Siapa yang perlu berubah sebenarnya. Pihak berwajib atau masyarakat?