14 September, 2009

Selamat Ulang tahun ITNM Ke-16



Gambar yang sempat dirakam, Fauziah, Wati dan Kak Lida yang menerima buah tangan dari Pengerusi ITNM

Hari ini genap 16 tahun ITNM ditubuhkan. Barangkali kerana jatuhnya hari ulang tahun ini pada bulan Ramadan maka tiada apa-apa acara besar dirancang bagi mengingatinya. Walaupun pada tahun sebelum dapat diselitkan majlis berbuka puasa dan pelancaran buku di Dewan Tun Rahah di Bangunan Yayasan Tun Abdul Razak sempena ulang tahun ITNM ke-15.

Namun bagi warga ITNM yang menyedari kunjungan Pengerusi ITNM Dato' Wan Hasim Wan Teh ke setiap stesen kerja staf hari ini bagi menyampaikan sebungkus dodol dan duit raya berserta sampul raya dapat merasakan signifikan peristiwa itu dengan apa yang saya katakan tadi. Semua staf tersenyum lebar hari ini kerana apa yang berlaku pada hari ini tidak pernah berlaku sebelum ini, sebuah kunjungan yang 'berisi' dan penuh makna. Ia mungkin pengubat bagi staf baru ITNM yang tidak dapat merasakan bonus menjelang hari raya. Terima kasih pihak pengurusan ITNM.

Sementara itu hari ini juga amat bermakna sekali kerana julung-julung kali juga satu projek gotong royong memasak bubur lambuk dibuat melibatkan sebahagian staf yang dapat meluangkan masa sementara yang lainnya tidak dapat meninggalkan stesen kerja kerana tuntutan kerja. Semoga usaha seperti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang agar silaturahim di antara staf dapat terus dikukuhkan.


Suasana ini amat mahal dan sukar dibeli. Kelihatan di gambar 1 Mali, Atie, Ija, Khalil &Yati, Gambar 2:Atie & Khairul Anuar, Gambar 3: Shahrul, Mali & Kak Kiah. Gambar 4: Ija & Atie

No comments: