15 August, 2009

Teater Faisal Tehrani di ITNM


ITNM semakin mencipta sejarahnya sendiri kebelakangan ini baik dari segi pencapaian berasaskan matlamat penubuhannya dengan kejayaan menerbitkan karya-karya yang mula mendapat perhatian umum. Rententan itu nama ITNM tiba-tiba menjadi besar dan seperti baru terasa kewujudannya. ITNM menjadi besar seperti diawal ia mula dilahirkan. Di mana ia seperti lubuk emas dan semua orang mahu datang. Bila emas dah kurang orang pun dah tak mahu dan ia ditinggalkan. Kini ITNM tidak lagi dipandang sepi dan remeh.

Seketika juga bisik-bisik suara yang kehairanan kedengaran dengan soalan mengapa sebelum ini unit penerbitan hendak ditutup seolah-olah bidang itu tidak boleh dihidupkan untuk 'mencari makan' walhal sebenarnya apa sahaja jika kena cara dan gayanya semua akan menjadi. Seperti 'Iron Chef' seorang tukang masak yang handal akan menjadikan segala ramuan di sekelilingnya resepi yang akan membuahkan hidangan yang lazat dan tidak pernah terfikirkan! Marilah kita menari kerana lantai sebenarnya bukan jungkang jungkit tetapi harus ingat kita ada irama untuk ditarikan.

Sebelum ini ITNM tidak pernah mengadakan acara yang mengajak orang ramai untuk hadir dan menikmatinya. Iyalah ITNM bukan suatu badan untuk menyuburkan dan memperkembangkan persembahan demi perkembangan sastera negara. Jika itu menjadi suatu komitmen baru ITNM tidak dapat digambarkan betapa sibuklah nanti kepala-kepala di ITNM akan bekerja untuk itu.

Walaupun demikian dua tahun kebelakangan ini dapat disaksikan ITNM telah mengadakan dua persembahan bagi mengenang Sasterwan Negara. Pertama pada 12 Julai 2008 'Malam Sebutir Bintang Dalam Kenangan-Usman Awang' telah mengubah wajah perkarangan Wisma ITNM kepada suatu pandangan igauan nyata yang tidak pernah terlintas.

Pada tahun ini 8 Ogos 2009 sekali lagi ITNM telah memilih tokoh Sasterawan Negara Datuk Dr. A. Samad Said sebagai ikona untuk diserlahkan. Walaupun beliau sebutir permata yang telah bersinar tetapi majlis itu telah memberikan satu signifikan betapa pentingnya sumbangan sasterawan dalam pembangunan negara. Ia suatu peristiwa kesinambungan mengangkat sasterawan dengan cara mengajak khalayak menghayati karyanya melalui berbagai interpretasi persembahan.

Kita mengharapkan usaha yang tidak pernah dibuat sebelum ini akan menjadi acara tahunan yang dinantikan oleh peminat sastera saban tahun dan tokoh-tokoh yang akan diangkatnya tidak hanya kepada Sasterwan Negara malah akan meliputi Pemenang S.E.A Award dan juga Sasterwan lain.

Apa yang ingin saya katakan sehingga melalut kepada dua persembahan besar yang telah diadakan oleh ITNM ialah Dewan Utama ITNM telah mencipta sejarahnya apabila membenarkan persembahan teater 'Kopitiam Ghadir' dipentaskan di situ. Sebuah karya penulis muda yang semakin dikenali ramai dengan karya-karya sastera yang hebat siapa lagi kalau bukan si Faisal Tehrani. Persembahan ini melalui tulisan Faisal di blognya mengalami masalah seterusnya dinasihatkan supaya mendapat kebenaran daripada pihak berwajib agama. Ia pada asalnya dijadualkan dipentaskan di Stor DBP dipindahkan pada saat-saat akhir.

Beberapa hari sebelum itu ketika menghadiri 'Wacana Intelektual DBP' yang bertajuk "Manusia, Peristiwa, Idea dan Penghasilan Karya Besar" saya dibisikkan staf DBP yang kehairanan mengapa Faisal seperti merajuk dengan DBP sekarang!

13 August, 2009

Dari Komuniti Alumni ESQ - 9 Jenis Anak Setan

Sembilan jenis anak setan

Peringatan untuk kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar! hasutan mereka. Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat, Insya'Allah. Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih! dan membeli barang-barang yangtidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh : disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita.
Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

12 August, 2009

Tahniah Datuk Dr. Anwar Ridhwan Sasterawan Negara ke-10

Saya mendapat berita ini agak awal iaitu pada petang Datuk Dr. Anwar Ridhwan dikhabarkan sebagai Sasterawan Negara yang baharu. Sekalung tahniah kepada Datuk Dr. Anugerah ini bukan sahaja memberikan impak kepada individu yang bernama Datuk Dr. Anwar Ridhwan tetapi memberikan pengiktirafan sumbangan sastera kepada negara juga apatah lagi ia diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Nama penanya Anwar Ridhwan dilahirkan pada 5 Ogos 1949 di Selangor. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1973. Kemudian, beliau memperolehi Ijazah Sarjana Sastera (1983) dan Ijazah Ph.D (1998) dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Ketika masih mahasiswa Anwar telah memenangi Hadiah Sastera Malaysia dengan cerpennya "Perjalanan Terakhir" (1971). Pada tahun 1973 cerpennya "Dunia Adalah Sebuah Apartmen" memenangi Hadiah Sastera Malaysia, diikuti "Sesudah Perang" (1976), serta "Sasaran", "Sahabat" dan "Menjadi Tua" (1982/83). Pada tahun 1992 cerpennya "Dari Kiev ke Moskova" memenangi hadiah pertama peraduan cerpen DBP - Maybank dan beliau memenangi S.E.A Write Award pada tahun 2002

Di antara karyanya ialah Hari-hari Terakhir Seorang Seniman, Sangkar, Naratif Ogonshoto, Arus, dunia Adalah Sebuah Apartment dan banyak lagi. Sehingga kini ITNM telah menterjemahkan karya beliau Hari-hari terakhir Seorang Seniman ke bahasa Perancis dengan judul Les Derniers Jour D'un Artiste dan terjemahan ke bahasa Inggeris dengan judul The Last Days of an Artist. Sekalung tahniah sekali lagi kepada Datuk Dr. Anwar Ridhwan.

Jom Baca Buku - Ballad of The Lost Map

Ballad of The Lost Map
This anthology expresses the spiritual turmoil of individuals in a turbulent world. Their anguished voices rise from the hovels of shanty towns; the mists and shadows of memory; the cut and thrust of politics; the confusion of continual travel; the faith of weary humanity; and the compassion of natural conscience.



Ballad of The Lost Map
Publisher: Insitut Terjemahan Negara Malaysia
Author: A. Samd Said
Year of Publication: 2009
ISBN: 978-983-068-440-6
No of Pages: 67
Price: RM 15.00

Kindly call ITNM at this number 03 4149 7210 to get your order now or visit MPH bookstore (Alamanda dan Mid Valley).

11 August, 2009

Salam Takziah- Mohd Khair Ngadiron

Salam Takziah kepada Pengarah Urusan, Isteri dan keluarga, di atas kehilangan bonda Mertuanya hari ini. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkannya bersama orang-orang yang soleh. Amin

10 August, 2009

Malam "Menjelang 75 Tahun A. Samad Said"

Sabtu 8 Ogos banyak maknanya buat mereka yang terlibat dengan tarikh itu. Yang teman tahu, Blog Suhaimi genap setahun di dunia siber. 8 Ogos juga kata Liyana dia genap setahun berkhidmat di ITNM. (Liyana sekarang sudah sah menjadi isteri orang baru hujung minggu lepas selamat diijabkabulkan dan minggu hadapan sama-samalah kita makan nasi minyak dia ya.) Tahniah untuk kedua-duanya. Tapi yang paling bermakna sekali pada tarikh itu mungkin Pak Samad atau Sasterawan Negara Datuk Dr. A Samad Said kerana pada tarikh keramat itu satu program anjuran ITNM dengan kerjasama DBP telah berlangsung di Auditorium DBP pada jam 8.00 malam.

Pak Samad sewaktu sesi autograf selepas pementasan

Program yang dinamakan sebagai "Menjelang 75 Tahun A. Samad Said" telah berlangsung bersama dengan pelancaran buku Fansuri's Love dan Ballad of The Lost Map. Program ini dimeriahkan dengan kehadiran teman-teman sasterawan. Teman juga dapat melihat ia seperti alumni staf lama DBP. Seronok juga sekali sekala dapat peluang seperti itu.


Bersama Abdul Ghaffar Ibrahim

Antara yang hadir dan melengkapkan persembahan di arena ialah Rahman Shaari, Ahmad Shukri Abdullah, Taheera Rosheena Mohamed, Raja Rajeswari, Dr. Chew Fong Pang, Dr. Ahmad Razali, Dr. Victor Pogadev, Seri Amalina Mohd Khair, Saifulizan Yahya, Malim Ghozali PK, SM Zakir dan A. Samad Said Sendiri serta pelajar-pelajar IPT yang menyertai bengkel. Sementara Nisah Haron muncul di awal program membisikan bicara mengenai Pak Samad melalui segmen "A. Samad yang Saya Kenali"


Saiful Anuar bersama dua buah buku terbaharu A. Samad Said yang dilancarkan pada malam itu. Fansuri's Love dan Ballad of The Lost Map

09 August, 2009

Kata-kata-Kata-kata

Kata-kata itu indah apabila ia dilaksanakan
tetapi buruk apabila cuma hiasan

06 August, 2009

Puisi- Permata Anugerah (Khas buat Pak Samad)

Hadirlah anda di Malam Menjelang 75 tahun A. Samad Said pada 8 Ogos 2009, Di Auditorium DBP. Jam 8.00 Malam. Masuk Percuma

Permata Anugerah
(Khas Buat Pak Samad)

Melalui penanya ia berbicara
Melalui mata hatinya ia melihat
Melalui sukmanya ia mendengar
Dicernakan dalam untaian bahasa yang dipilin rasa
Dia meniupkan semangat membangkitkan kesedaran
Bersama taulan yang telah bersemadi kepada yang lena
Lantas kata jemu itu gerun mengunjunginya

Semangatnya yang seperti air mengalir
Tanpa henti biar sudah merunduk
Persis si pohon padi
Dia permata nusa
Tetap bersinar hingga kini
memagari warisannya
Merentasi zamannya

Dia pujangga yang bersuara dari nuraninya
Menyulam duka bangsa dalam catatannya
Dia tidak pernah padam dengan hasratnya
Atau putus asa bergabung kudrat
Di barisan hadapan menegakkan suara keramat
Kerana isyarat yang mengancam bahasa nusantara
Tidak rela dia berdiam sedang hatinya membara
Bahasa ibundanya mengerdil di buminya lara

Dia menganyam rasa dengan tabah
Dalam keterhakisan budaya
Dengan jiwanya yang halus
Bersama bangsanya rumpun Melayu

Dia permata anugerah
Kepada kita di bumi bertuah
Meneruskan riwayat bangsa berdaulat
Dalam wadah agar terus tersurat
Dia permata anugerah
Yang cintakan bahasa
Untuk bangsa dan negaranya
Agar tidak hilang kiblatnya
Memberi wajah yang tiba-tiba pudar
Mengembalikan maruah yang hampir longgar
Dia menongkah arus
Dengan langkah yang cekal terus
Tegar pada yang benar lurus

Biar panjang umurnya
Biar banyak bilangan sepertinya
Agar kita sering dikocakkan mindanya
Agar kuat jati diri kita
Menjadi jambatan kepada perjuangan moyang
Namun itu cuma harapan
Kepada mereka yang sudah punya apa-apa
Tapi hidupnya seperti papa
Dan setia di belakangnya
Yang pasti dia cuma satu satunya
Seumpamanya
Yang bernafas selagi ada
Marilah kita menyambungnya pula
Generasi baruku Malaysia

Enche
2 Ogos 2009

CatanKu-Kartun di Berita harian

Ini merupakan salah satu lukisan kartun oleh Ench atau Enche Abdullah (akulah tu) yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian edisi timur sekitar tahun 1989-1990. Ketika itu musim sukan Olimpik dunia maka kesibukan masyarakat ketika itu apabila berbicara ialah mengenai sukan dunia yang popular itu. Ada beberapa lagi siri lukisan seumpama ini yang dihasilkan dan insyaAllah akan saya siarkan. Kalau tak silap saya menerima RM10.00 untuk setiap satu siaran. Memanglah seronok kerana hasilnya dapat dilihat oleh seluruh warga pantai timur.

03 August, 2009

Teruslah Berjalan

Saya pernah berpesan kepada kawan-kawan yang mempunyai blog

"Teruslah berjalan. Jangan berhenti. Kerana dalam perjalanan kita akan menemui banyak benda tidak seperti kita berdiam!"

Kepada yang masih terfikir-fikir apa lagi yang harus ditambah dalam blog anda saya cadangkan kunjungi blog yang banyak memberi panduan ini. Klik di sini. Ia juga sangat sesuai bagi mereka yang baru ingin memulakan blog.

02 August, 2009

Sang Pelangi Pagi

Sang Pelangi menjengah kita di pagi yang dingin

29 Julai 2009. Hujan turun awal pagi itu. Hawa pagi dingin sekali dari biasa. Sebelum ke pejabat hari itu terasa sangat malas kerana kedinginannya yang mencengkam tulang temulangku. Kerana tiba awal dari biasa ku kira sempat untuk mencari sarapan dengan teman. Dan pagi itu menjadi sangat indah apabila alam menghadiahkan lingkaran pelangi untuk tatapan khalifahnya.

Sesungguhnya pelangi itu mengingatkan pula kepada teman-teman dalam kumpulan Pelangi yang mengikuti kursus di Seri Pena Port Dickson tempoh hari iaitu Sdr. Ridwan, Khairul, Bakri, Zainora, Hariyati, Lady Aznie dan Nurhidayah. Tidakkah kamu menyaksikan pelangi pada pagi itu teman-temanku dalam Pelangi?

Tergelak juga bila teman pagi itu Eva mengingatkan aku supaya tidak menunjukkan ke arah pelangi kerana pesan orang-orang tua bimbang kekodongan jari ataupun tangan! Bisakah pelangi itu menggigit Sang Manusia temanku?

01 August, 2009

Sekitar Sidang akhbar Menjelang 75 tahun A. Samad Said.

Mohd Khair, A. Samad Said dan Abdul Ghapar Abdullah
sewaktu Sidang Akhbar

Pada 30 Julai 2009 bertempat di Dewan Utama Wisma ITNM berlangsung Sidang Akhbar “ Menjelang 75 Tahun A. Samad Said”. Menurut Pengarah Urusan ITNM, Mohd Khair Ngadiron majlis itu diadakan sebagai menghargai sumbangan Sasterawan Negara itu sebagaimana pada tahun lepas majlis seumpamanya diadakan untuk menghargai sumbangan Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang. Jika pada tahun lepas dalam majlis itu dilancarkan dua buku iaitu Scattered Bones dan Jiwa Hamba. Maka pada tahun ini dalam majlis yang akan berlangsung itu nanti dua buah buku A. Samad Said juga akan dilancarkan iaitu Fansuri’s Love dan Ballad of The lost Map.

Menurut Mohd Khair karya A. Samad Said Fansuri’s Love telah menarik perhatian pihak penerbit Itali dan sedang menilainya untuk menerbitkannya. Jika ia menjadi kenyataan A. Samad Said akan menjadi orang yang pertama karyanya diterjemah ke bahasa Itali.

Bagi A. Samad Said beliau tidak menyangka satu majlis diadakan untuk menghargai dirinya. Katanya apa yang dilakukan itu adalah amat besar, orang yang menyertainya besar dan besar juga belanjanya. Tambahnya lagi tentu sahaja acara yang istimewa ini satu penghargaan yang tak tersangkakan kerana usia menjelang 75 tahun adalah satu-satunya acara yang mengingatkannya bahawa ia telah melalui tiga perempat abad dan berharap dapat mencapai 100 tahun.

Beliau juga melahirkan ucapan terima kasih kepada ITNM dan DBP kerana mengadakan majlis tersebut. Tambahnya lagi apa yang dilakukan selama ini ialah sumbangan yang spontan dan tak terfikir ianya akan menjadi khazanah bangsa dan malam Menjelang 75 tahun A. Samad Said itu untuk mengingati dan menyanjungnya sebagai ikona bangsa.

Orang ramai dialu-alukan untuk menghadiri majlis itu nanti kerana ianya percuma dan sangat istimewa. Penonton akan disajikan dengan bacaan puisi oleh pengiat sastera seperti Prof Rahman Shaari, Dr.Zurina Hassan, Raja Rajeswari, Dr. Chew Fong Pang, Dr. Ahmad Razali, Dr. Victor Pogadev serta ramai lagi.