30 April, 2009

Pelbagai Cerita PBAKL 2009




Blogger ITNM Shaharwati bersama Pak Samad dan AGI

Sepuluh hari berlangsungnya PBAKL 2009 adalah tempoh yang singkat tetapi merakamkan pelbagai peristiwa yang tidak mudah dilupakan begitu sahaja khususnya bagi saya pekerja ITNM dan saya percaya ia memahatkan kenangan yang sama pada rakan-rakan saya yang lain terutamanya mereka yang bertugas ketika itu.

Kenangan pertama ialah kerana ITNM telah dan secara bersungguh-sungguh menarik minat pembaca dan pembeli buku dengan menawarkan hadiah istimewa berupa sebuah kereta Perodua MyVi dan hadiah wang tunai. Terima kasih kepada Perodua dan Ambank yang sudi menjadi penaja. Sehingga kini pemenang masih lagi belum diketahui.

Kedua ITNM telah diberi kepercayaan untuk mengemudi 'Bilik Pusat Dagangan Hak Cipta' yang berlokasi di bilik Kelantan. Terima Kasih teman-teman yang memberikan kerjasama sepanjang tempoh itu tanpa kenal erti jemu.

Berbalik kisah di gerai ITNM kali ini banyak item baru yang wujud di gerai selain peragaan hadiah yang gah itu gerai ITNM juga ada kaunter DJ dan teman saya Nizan sampai hilang suara berlagu di situ menarik pengunjung-pengunjung. Saya pun sempatlah juga menumpang semangkuk menyibuk di situ. Kalau tak kerana tugas di tempat lain mungkin saya juga akan hilang suara membebel di situ.


Nizan bersama kanak-kanak malang

Jejak kasih kanak-kanak malang menemui semula ibunya

Kenangan yang tak mungkin dilupakan juga ialah pada hari kesembilan seorang kanak-kanak yang kehilangan ibubapanya telah dihantar ke gerai ITNM oleh pengunjung yang menjumpainya. Kesian kanak-kanak itu dah kering airmatanya dan hanya mampu tersedu sedu mengangguk dan menggeleng sahaja apabila ditanya soalan.

Pengumuman dibuat beberapa ketika mengenai penemuan kanak-kanak itu tetapi gagal menemukan ibubapanya lantas khalil (teman sepejabat) dan saya membawanya ke kaunter informasi di tingkat 2 untuk dihebahkan. Hampir 15 minit muncullah ibunya menuntut kanak-kanak tersebut. Macam jejak kasih kami memerhatikannya di situ.

Prof. Dr. Muhammad sempat bergurau meminta bayaran untuk bergambar dengannya.


Bersama Azizi Haji Abdullah- Beliau sempat bertanyakan Bolkiah (teman lama)kepada saya.

Sepanjang tempoh itu juga beberapa kali saya ditugaskan untuk menemankan penulis-penulis yang hadir pada sesi autograf bersama penulis. Di antaranya Azizi Haji Abdullah, Abdul Ghafar Ibrahim dan Pak Samad. Secara peribadinya itulah kali pertama saya dapat bercakap dengan Pak Samad dalam keadaan sempurna dan saya memerhatikan beliau sangat sempurna penuturannya bila berbicara. Hampir tiada bahasa pasar yang digunakan dan tiada bahasa rojak. Itulah bahasa pejuang bahasa.


Atie AF hari terakhir di pentas utama PBAKL2009


Sewaktu itu di River Side Cafe saya nampak kelibat seorang lagi teman sepejabat di dalam cafe itu- Saiful Anuar. Rupanya dia menemankan isterinya Atie Af yang mempunyai segmen di pentas utama petang hari terakhir PBAKL. Teringat artikel dia pasal steamboat!



Seorang anggota polis trafik sedang menyaman kenderaan yang meletakkan kenderaan di tempat yang terlarang!

PBAKL juga membuatkan saya merasa tidak selesa apabila melihat kereta-kereta pengunjung yang hadir di sekitar PWTC di saman oleh pegawai polis trafik. Apakah kerana mereka malas hendak mencari tempat letak kereta atau tempat letak kereta yang tidak mencukupi! Saya pun tidak pasti.



Bersama penulis Air Mata Ibu Soo Cham

Sebelum PBAKL 2009 melabuhkan tirainya saya terserempak pula dengan penulis buku A Mother Tears Sdr. Soo Cham. Itulah adalah pertemuan saya kali kedua dengannya bila mana pertemuan pertama saya ialah di kediaman beliau kerana ingin mendapatkan biodatanya dan juga gambarnya.

Apakah mungkin saya menemui lagi PBAKL 2010?

Yang menjadi milik saya bila PBAKL2009 berlalu

1.Yakjuk & Makjuk Bencana Di Sebalik Gunung
2.Benarkah Iskandar Bukan ZulQarnain
3.Koleksi Pantun- untuk Majlis Perkahwinan dan Persandingan Melayu
4.Buat Duit dengan Blog
5.Serangan Jantung-Punca, Pencegahan & Kaedah Meredakannya
6.Kawal Berat Badan
7.Keluarkan Singa Daripada Diri Anda
8. AuraPersonaliti Warna
9.Bidadari Dari Timur
10.Pengucapan Awam Yang Berkesan
11.Kamus Dewan-edisi keempat
12.Ekslusif Mawi & Ekin.

13.Aura Penyembuhan Reiki


Banyaknya..bila nak habis baca ni?

29 April, 2009

Jom Baca Buku- Cuisine of the Premiers

Cuisine of The Premeires

For the first time in the history of book publishing in Malaysia, we present the exclusive stories of four former Prime Ministers of the country as told by Puan Hajah Safiah Haji Mahmood, or more popularly known as Cik Orkid, who supervised the running of the households of Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein and Tun Dr. Mahathir. Also included are exclusive stories from close family members, and an interview with Tun Dr. Mahathir himself.

A book rich in photogharhic illustrations, Cuisine of the Premiers potrays four Prime Minister of the country and their lifestyles and culinary perferences, which they shared with their families, friends, and their guests. Two of them loved to cook, while the other two did not even step into the kitchen!

Find out about 31 of their favourite recipes as well as 91 other recipes, many of which were served at their homes.

Cuisine of The Premiers
Selera Perdana
Author: Habibah Yahaya & Fadillah Yakin
Translated Version: Institut Terjemahan Negara Malaysia
ISBN:978-983-068-395-9
No of Pages: 302
Year of Publication: 2009
Price: RM250.00

Kindly call ITNM at this number 03 4149 7210 to get your order now or visit MPH bookstore. Terima Kasih AnuarManshor ambil gambar tu dari blog hang.

Senyum-Terbakar Lari

Awal tahun 80an siaran radio bukanlah seperti sekarang. Ada waktu bermula dan waktu tamat. Seingat teman Radio FM bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah malam. Kenangan suatu masa ialah di asrama kolej. Jam 1.00 pagi pelajar-pelajar di asrama lelaki telah mengerumuni sebuah bilik. Semakin lama semakin ramai.

Beberapa pelajar bergilir meletakkan telinga di pintu bilik asrama yang berkunci. Terdengar bunyi seperti desiran. Sangka mereka api sedang marah. Bimbang satu asrama akan terbakar, pelajar-pelajar dengan panik mengetuk bilik yang berkunci untuk mengejutkan tuan di dalamnya yang disangkakan terlena dan tidak sedarkan api yang sedang marak itu.

Puas diketuk tidak kedengaran jawapan lalu mereka sebulat suara menceroboh bilik itu. Memang tiada siapa di dalamnya. Mereka mencari bunyi seperti api yang marak itu. Rupa-rupanya ia adalah bunyi dari sebuah radio yang dipasang kuat dan telah habis siarannya!

27 April, 2009

Kanvas Kehidupan- Mereka Semakin Kurang Ajar?

Hari itu hari ketujuh aku bertugas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Semalam Abang membuat panggilan dari Kampung mengatakan anaknya dimasukkan ke wad di Hospital Kuala Lumpur kerana mengidap demam denggi. Siti Nadiah sedang mengikuti kursus kejururawatan di kolej di Kuala Lumpur sudah masuk tahun ketiga.

Walaupun dia mengambil kursus jururawat nyamuk Aedes tidak memilih sesiapa untuk mencari mangsanya. Sudah berhari-hari Siti pening, demam dan tidak stabil akhirnya dia dihantar ke hospital bila disahkan mengidap demam denggi.

Siti ditemani Nadiah (nama yang sama) ke HKL tetapi dia tidak boleh lama kerana ini musim peperiksaan. Tiada orang lain yang boleh diharapkan untuk menjengah Siti kecuali aku. Jadi tengah hari itu kerana tidak mahu memeningkan kepala untuk mencari tempat meletak kenderaan aku memilih untuk menaiki teksi sahaja. Apalah susah nak naik teksi di Kuala Lumpur ini, pergi sahaja ke hentian teksi dan naiklah teksi di situ.

Tetapi tidak semudah itu kerana teksi di Kuala Lumpur sekarang ini sudah pandai memilih-milih. Hentian teksi di hadapan hotel itu penuh dengan tujuh buah teksi yang sedia menunggu pelanggan. Ku lihat teksi paling hadapan tiada pemandu kecuali teksi yang kedua sahaja ada pemandu yag sedang membaca surat khabar.

Aku fikir teksi pertama yang harus aku dapatkan dahulu lalu aku berdiri di hadapan teksi itu tiada respon dari pemandu-pemandu yang sedang bersembang di tempat menunggu teksi itu lalu aku berjalan ke arah mereka dan menyatakan aku perlukan teksi mereka. Malang sekali jawapan yang tidak boleh diterima akal aku perolehi. Mereka bilang mereka sedang rehat. Kalau berehat kenapa di tempat menunggu teksi?
Lalu aku mendapatkan teksi kedua yang pemandunya sedang membaca surat khabar. Aku merayu dengan ayat yang sama. Aku perlu ke HKL waktu itu. Pemandu itu menjawab dengan jawapan yang sangat kurang ajar. Mereka sedang berehat. Kalau nak tahan sahaja teksi yang lalu lalang di situ!


Dengan hati yang terbakar aku melangkah ke belakang dan mengeluarkan telefon bimbit lalu aku merakamkan teksi yang sedang berbaris di situ lengkap dengan no pendaftarannya dan aku beredar ke seberang jalan mendapatkan teksi yang lain pula. Menyedari aku merakamkan gambar teksi mereka pemandu-pemandu yang sedang melepak itu bergegas masuk ke dalam teksi masing-masing dan hilang selepas itu.


Aku masih panas terus berbual-bual dengan pemandu teksi berbangsa India. Aku memang tidak puas hati dengan layanan pemandu-pemandu teksi yang berlagak samseng itu. Mendengar rungutan aku itu pemandu itu senyum dan mencabar aku supaya melaporkan saja kejadian itu agar ia tidak berulang lagi. Dia menunjukkan aku nombor telefon yang tertera pada belakang kenderaan dan juga nombor SMSnya untuk aku buat aduan.


Aku mendail terus nombor itu. Malang memang malang dan hanya menambahkan sakit hati sahaja apabila nombor yang aku dail itu tidak ada siapapun yang mempedulikan untuk mengangkatnya! Pemandu itu lagi sekali tersenyum kepadaku sambil berkata kerana itulah masalah kurang ajar pemandu-pemandu teksi itu tidak pernah selesai kerana nombor aduanpun sekadar ada sahaja!


(Atas sebab keselamatan biarlah nombor pendaftaran itu menjadi rahsiaku sahaja!)

26 April, 2009

Hari Terakhir PBAKL 2009

Hari ini Ahad. 26 April adalah hari kesepuluh berlangsungnya PBAKL. Sejak 3 hari terakhir ini pengunjungnya semakin bertambah dan laluan di hadapan bilik Right Centre di Bilik Kelantan sangat sesak dan boleh menimbulkan rasa sakit dan pening kepala kepada mereka yang tidak selesa dengan keadaan sesak.

Mungkin faktor hari terakhir dan hujung bulan yang kebanyakan pekerja menerima gaji menyebabkan PBAKL 2009 menjadi tumpuan. Pelbagai peristiwa berlaku sepanjang berkampung di PBAKL dan semuanya akan saya paparkan pada post yang akan datang memandangkan saya tiada waktu untuk menulis dan memuat turun dan memuat naik gambar sebagai paparan yang menarik buat pengunjung blog.

Gerai ITNM terus menerima kunjungan yang menggalakkan dan peti peraduan saya perhatikan semakin sarat dan petugas-petugas terpaksa mengosongkannya setiap kali petang menjelma agar keesokkan hari ruang yang kosong itu akan terisi lagi oleh borang peraduan dari pembeli yang baru.

PABKL tahun ini jugan memberikan rasa luarbiasa kepada saya kerana dengan kuasa apa entah saya terdorong untuk membeli begitu banyak buku. Hampir setiap hari ada sahaja buku yang saya beli dan bilangannya mungkin mencapai 10 buah buku!

Kepada anda yang masih lagi belum berkesempatan silalah ke mari kerana hari ini semakin banyak yang memberikan potongan yang lebih dari biasa. Tak percaya? Tak mengapa. Datang dan carilah jawapannya sendiri.

23 April, 2009

Kongsi Emel-20 Amalan Murah Rezeki

Assalamualaikum Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: "Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: "Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: "... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: "(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: "Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w..: "Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: "Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: "Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya..." (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: "Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: "Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: "Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: "Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat
Quran tertentuZikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim) Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya: "Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: "Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.) Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Terima Kasih Borhanuddin

Jom Baca Buku-Keberanian Menggapai Harapan

Keberanian Menggapai Harapan

Berani Menggapai Harapan merupakan cara baru Barack Obama berpolitik - politik yang berasaskan permuafakatan yang menyatukan kita sebagai rakyat Amerika. Ketelusan visi beliau tentang kedudukan Amerika di persada dunia, keterbukaannya berkongsi kisah keluarganya dan pengalamannya di Senat menyerlahkan lagi keyakinan politik yang diungkapkan di sini, serta mendorong kita supaya yakin dengan sikap optimis yang telah sekian lama menjadi tunggak dan harapan untuk kita terus maju.

Keberanian Menggapai Harapan

Penulis: Barack Obama
Karya Terjemahan: Insitut Terjemahan Negara Malaysia
ISBN:9789830683492
Halaman: 424 Muka Surat
Tahun Terbitan: 2009
Harga: RM45.00

Hubungi ITNM di talian 03-41497210 atau hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Gerai ITNM di nombor 3095-3098 & 3123-3126. Beli Buku bernilai RM20 dan anda layak menyertai Peraduan Beli Buku ITNM dan menangi hadiah Bernilai RM100,000. Cepat sebelum 26 April 2009!

Bukan saya seorang sahaja yang cakap!

Eh Barack Obama ke ni?

Barack Obama hadir sendiri ke Kuala Lumpur dan merasmikan buku Keberanian Menggapai Harapan (The Audacity of Hope) versi Bahasa Melayu? Betulkah? Cuba anda lihat foto ini. Mungkin anda silap pandang. Yang berada dalam foto itu ialah rakan saya Sdr. Ahmad Shuami. Beliau merupakan staf ITNM yang sangat berdedikasi. Saya sangat menghormati kecemerlangan dan cara beliau bekerja walaupun masih baru. Semangat seperti itulah yang dicari-cari oleh majikan.

Bukan saya seorang sahaja yang cakap wajahnya seiras dengan Presiden Amerika itu. Malah ramai lagi rakan saya yang lain mempunyai pendapat yang sama. Buku Keberanian Menggapai Harapan telahpun dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 21 April 2009.

Sudahkan anda mendapatkannya? Belilah sekarang dan sertai peraduan Beli Buku ITNM dan Menangi Hadiah Bernilai RM100,000 yang akan berakhir pada 26 April 2009. Sebuah Perodua MyVi sedang menanti anda dan juga wang tunai untuk hadiah yang lain. Anda perlu berbelanja RM20 ke atas dengan membeli buku ITNM dan jawab 2 soalan mudah yang disediakan. Mudah bukan?

Saya belum menyertainya kerana semua staf ITNM tidak layak untuk menyertainya. Jadi peluang anda terbuka luas.

21 April, 2009

Pelancaran Buku Keberanian Menggapai Harapan

Hari ini mencatatkan satu lagi sejarah buat ITNM apabila sebuah lagi buku dilancarkan dan merupakan buku kedua sepanjang berlangsungnya PBAKL 2009. Buku Keberanian Menggapai Harapan adalah sebuah karya terjemahan oleh ITNM dari buku asalnya The Audicity of Hope tulisan Presiden Amerika terkini. Buku ini merupakan buku New York Times Nombor 1 Paling Laris.

Acara pelancaran ini telah berlangsung di Pacific Ballroom, Hotel Seri Pacific jam 10.00 pagi oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Sempena pelancaran itu buku ini telah diberi potongan istimewa 20% menjadikan harga istimewanya pada hari ini RM36 sahaja. Jualannya sangat menggalakkan lebih dari 30 naskah berjaya dijual pada pagi itu sebaik sahaja ia dilancarkan.

Aku memerhatikan dari jauh sahaja kerana bertugas sebagai AJK jualan. Tetapi aku yakin dia berlangsung dengan baik sekali berdasarkan raptai penuh malam tadi yang begitu lancar. Tahniah ITNM dan Tahniah Barack Obama!

20 April, 2009

Pelancaran Buku Kisah Dongeng dan Cerita Rakyat Malaysia & Jerman

Hari ini adalah hari yang ke empat berlangsungnya PBAKL 2009. Nampaknya PBAKL semakin rancak dan penerbit-penerbit semakin giat menjalankan promosi jualan. Jika anda hadir ke PWTC pelbagai cara mereka lakukan untuk menarik perhatian pelanggan supaya ke gerai mereka. Antara program menarik hari ini ialah Pelancaran Kisah Dongeng dan Cerita Rakyat Malaysia & Jerman.


Buku Kisah terbitan terbaharu ini hasil kerjasama ITNM dengan Goethe-Institut Malaysia. Ia merangkumi kisah rakyat Malaysia dan Jerman antaranya Die Sterntaler (Syiling Bintang), Mahsuri, Vom Fischer und Seiner Frau (Kisah Nelayan dan Isteri), Bawang Putih dan Bawang Merah, dan lain-lain.

Buku ini akan dilancarkan oleh Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim, Tokoh Sejarawan Malaysia di Pentas Utama Putra, PWTC pada 20 April 2009 jam 4.00 petang. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan Crocodile Story oleh Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO).

Sila kunjungi laman sesawang ITNM dan Anuarmanshor untuk perincian yang lain.

18 April, 2009

Terima Kasih Kerana Menyebut Namaku

Terima kasih kerana menyebut namaku di dalam blogmu. Atie AF adalah isteri kepada kawan sepejabatku Saiful Anuar. Rupanya sekarang gemar memasak steamboat (Tekan di sini). Baguslah. Tak guna nak kedekut ilmu. Jika ia berpanjangan ia akan menjadi amal jariah yang berpanjangan. Apa lagi yang kita harapkan dalam hidup ini?

Terus aku teringat bagaimana suatu masa di awal tahun ini - aku, Atie dan Saiful berkampung di sebuah kopitiam di Setiawangsa untuk membina blog untuk atie. (bukan blog atie sahaj malah ada ramai lagi yang lain telah aku bantu dan memberikan mereka semangat untuk menjadi blogger). Lama tak menjengah ke blognya rupanya dah ramai yang mengunjunginya. Sehingga kini sudah 725 pengunjung. Tahniah Atie. Rajin-rajinlah mengemaskinikannya. Ramai yang membina blog tetapi kekadang kerana hambatan waktu mereka membiarkan blog itu tidak bernafas lagi.
Anda yang berminat bolehnya mengemelkannya kepada saya, kita berkongsi rasa dan ilmu.

Kongsi Emel-Lagi Kanak-Kanak Hilang




Assalamualaikum
Mohon bantuan kepada sesiapa yang ada terjumpa anak saudara saya Nurhidayah Binti Surip (umur 11 tahun) yang telah hilang dari Asrama Anak Yatim Darul Kifayah, Tmn Koop Polis, Gombak sejak hari Isnin 6 April 2009 . Jika ada maklumat sila hubungi : Abdul Razak Bin Salim HEP Politeknik Johor Bahru 0177011038 / 0169326003 atau Sjn.Dalila IPK Kuala Lumpur. .. juga saya mohon bantuan sebarkan maklumat kepada rakan-rakan terutamanya di sekitar KL.

Terima Kasih adindaku Affan