15 September, 2008

Sekitar Majlis Berbuka Puasa, Pelancaran Koleksi Buku Falsafah Sempena Sambutan Ulangtahun ITNM Ke-15









Semalam telah berlalu Majlis Berbuka Puasa ITNM di Dewan Tun Rahah di Bangunan Yayasan Tun Abdul Razak. Majlis meriah dengan kehadiran Datuk Seri Dr Rais Yatim Menteri Luar Negara, Pengerusi ITNM, Pengarah ITNM, staf ITNM dan para jemputan.

Sebelum Majlis Berbuka Puasa Majlis Pelancaran Koleksi Buku Falsafah terlebih dahulu disempunakan oleh Datuk Seri Dr Rais Yatim. Buku-buku yang dilancarkan ialah Tafsiran Budaya, Falsafah Agung dan Gagasan Agung. Anda akan berpeluang melihat ringkasan buku tersebut di ruangan Jom Baca Buku mulai minggu ini mengenai buku yang telah dilancarkan.

Sungguh menarik sekali hidangan yang disediakan yang tidak terlarat hendak menjamah yang mana satu juadah untuk berbuka. Kemeriahannya seperti sambutan Hari Raya pula kerana kebanyakan yang hadir cantik dan segak dengan pakaian tradisional Melayu.

Selepas berbuka para jemputan dihiburkan pula oleh celoteh Abon dan Ali Mamak. Sungguh mencuit hati dan sebagai tanda terima kasih setiap jemputan yang pulang pasti akan membawa ole-ole berupa kotak yang dibuat dari anyaman menkuang, sungguh klasik sekali.

Lihatnya wajah-wajah ceria setelah majlis berlangsung dengan jayanya. MD ITNM ke-5 En. Shaharudin Ali, Sasterawan Negara A. Samad Said, Anak Sasterawan Negara S. Othman Kelantan, Haslina Awang juga turut hadir sama.

No comments: