13 May, 2009

Jom Baca Buku-Ensiklopedia Soal dan Jawab: Penjelajahan ke Seluruh Dunia

Ensiklopedia Soal dan Jawab: Penjelajahan ke Seluruh Dunia
Encyclopedia: Around The World


Ensiklopedia Soal & Jawab yang dihias dengan ilustrasi istimewa ini menjawab lebih daripada 70 soalan penting untuk membolehkan kamu memahami subjek utama. Ketahui bandar apakah yang mempunyai penduduk paling ramai, di manakan Orang Masai tinggal, bagaimanakah Sungai Caribbean mendapat namanya, serta banyak lagi fakta yang menarik perhatian. Uji rakan kamu dan buatkan mereka kagum dengan pengetahuan kamu apabila kamu menjawab kuiz yang mencabar, dan pelajarilah fakta baharu yang menarik dalam panel fakta yang mudah digunakan.

Ensiklopedia Soal dan Jawab: Penjelajahan ke Seluruh Dunia
Encyclopedia: Around The World

Karya Terjemahan: Institut Terjemahan Negara Malaysia
Penulis: Miles Kelly Publishing
ISBN: 9789830683973
Halaman: 40 Muka Surat
Tahun Terbit: 2009
Harga: RM25.00

Gambar diambil dari laman web ITNM. Dapatkan naskah anda dengan menelefon talian 03-41497210 atau kunjungi MPH seluruh stor Malaysia.

12 May, 2009

Suka ikan?




Entah kenapa sejak dari kecil saya sangat suka kepada ikan dan akuarium. Kerana minat saya pernah membeli dan membela ikan. Tapi cuma ikan hiasan air tawar. Minat bukan setakat membela tetapi menghias akuarium dengan pelbagai hiasan yang tak masuk dek akal. Bukan setakat hiasan yang dijual di pasaran tetapi menciptanya sendiri seperti pokok-pokok hiasan dan sculpture yang aneh-aneh. Saya pernah meletakkan jam kalis air di dalam akuarium untuk mengelakkan saya terlalu lama dan leka melihat ikan-ikan itu berenang. Tetapi ia bukanlah penghalang untuk saya terus leka melihat ikan-ikan itu menari-nari.

Memelihara ikan sebenarnya memerlukan kesabaran yanga amat tinggi kerana ikan sejenis hidupan yang kita perlu tahu. Kehidupannya tidak sama seperti manusia. Namun jika sudah biasa dengannya ia akan menjadi mudah. Anda boleh bermula membela ikan hanya dengan bertukar-tukar pendapat dengan mereka yang telah biasa membela ikan. Semakin ramai anda dapat berjumpa dengan peminat akuarium semakin banyak ilmu yang akan anda perolehi.

Gambar di atas bukanlah gambar di dasar laut tetapi ia merupakan pemandangan di dalam akuarium ikan air masin yang terdapat di sebuah kedai peliharaan binatang Lower ground Great Eastern Mall. Memandangnya sahaja dapat menenangkan jiwa anda yang sedang kusut. Ia suatu terapi minda yang baik. Saya sempat merakamkannya ketika bersiar-siar hujung minggu di situ tak lama dahulu.

Malang sekali sekarang ini kerana ruang rumah tidak mencukupi untuk menempatkan sebuah akuarium comel. Tetapi hasrat untuk menghidupkan kembali akuarium yang telah lama sepi itu tidak pernah padam dalam jiwa ini. Semoga ia terkabul suatu hari nanti.

Konsert Black Dog Bone-Terima Kasih Bud


Badrul bersama Bunting Konsert Black Dog Bone

Sudah acapkali ke Istana Budaya menonton konsert percuma. Ada juga yang berbayar tetapi yang percuma itu lebih dikenang kerana kita selalu diajar untuk mengenang budi. Budi yang tak terkira kerana ada kawan baik yang selalu memberi ruang di situ. Kawan baik yang dimaksudkan ialah Encik Badrulzaman yang aku panggil Bud sahaja. Dia kawan baik, kawan lama sekolej dahulu. Ke hulu ke hilir di kolej dengan dialah.

Sewaktu awal datang dari kampungku dahulu untuk bekerja di rumah sewanyalah aku menumpang dan rumah sewanya itu akhirnya menjadi rumah sewaku juga. Dia dan aku sama-sama memberi ruang. Di mana ada ruang di situ kami saling memberi.

Teringat waktu dahulu, aku lihat iklan jawatan kosong dalam akhbar dan beritahu dia supaya mohon sama-sama. Malah sama-sama pergi interview untuk jawatan di situ di Jalan Kampung Attap. Kami percaya rezeki Tuhan yang tentukan. Dan akhirnya rezeki itu rezeki dia.

Terbaharu aku menonton konsert Black Dog Bone (BDB) dengan penampilan istimewa Jay Jay dan Rahim Othman sedangkan belumpun seminggu bayangan persembahan teater Mahsuri yang ditonton masih lagi belum hilang dari ingatan. Konsert BDB itu amat mengesankan dan mengembalikan nolstagia ketika kecil dahulu. Persembahan dimulakan dengan nyanyian dari Jay Jay dengan lagu 'Dendangan laguku' dan 'Bayang Tarianmu' diiringi tarian disko sewaktu itu ah sungguh kacau fikiran melihatnya. Ia seperti memaksa-maksa diri kembali ke zaman itu.

Satu demi satu lagu ke udara sehinggalah kemunculan kumpulan BDB yang didatangkan khas dari Singapura mengambilalih pentas. Dengan itu berkumandanglah lagu-lagu popular kumpulan itu dan sebelum itu khalayak sempat menyaksikan Jay Jay berduet dengan Jatt dari BDB dengan lagu Untukmu Ibu nyanyian asal kumpulan Exsits. Intro lagu itu dimulai dengan tiupan flute dari Rahim Othman yang sangat menyentuh hati kerana ketika satu Malaya diingatkan dengan sambutan Hari Ibu pada hujung minggu itu.

Persembahan hari khamis itu sebenarnya khas untuk para media dan aku menjadi antara yang bernasib baik kerana ditakdirkan berada di situ. Terima kasih Bud kerana undangan itu. Sebuah pantun untuk Bud.



Persembahan teater Mahsuri

Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh dihujung taman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra ingatan sepanjang zaman.

Kalau ada kayu dan papan,
Jangan dilarik di tepi perigi;
Kalau ada di masa hadapan,
Jangan serik menjemput lagi.

11 May, 2009

Dari Komuniti Alumni ESQ- Tukar Ilmu

Izinkan saya memperkenalkan kepada anda satu lagi ruangan baru kepada anda kerana di kotak emel peribadi saya penuh dengan lambakan emel yang bagus dari mereka di komuniti ESQ yang boleh dikongsi bersama

Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu. Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...

09 May, 2009

Kongsi Emel- Selamat Hari Ibu

Sempena Hari Ibu esok emel ini cukup memberikan makna bagi mereka yang pernah lahir dari perut ibu dan mengenali ibu sewaktu hayat hidupnya. Selamat Hari Ibu- Umi.

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata....memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.....
mak Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya......
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada muka surat yang sama ditulisnya.

Terima Kasih Rahimah

08 May, 2009

Kongsi Emel-Pesan Profesor Dato' Dr. Harun Din Al-Hafiz

Mandi wajib yg betul.....

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan. Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala."
Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
( HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu' Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I'tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"
Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Terima Kasih Adindaku Affan - bonda nak nak KL dalam waktu terdekat ni.

07 May, 2009

Jawatan Kosong di Kementerian Pelajaran Malaysia

Bagi mereka yang masih tercari-cari peluang pekerjaan saya ada info mengenainya. Jawatan Kontrak di KPM. Temuduga terbuka akan diadakan pada 12-14 Mei 2009. Masa pendaftran 8.30 pagi- 1.00 petang dan Masa temuduga 9.00 pagi - 5.00 petang. Ada 3 jawatan dan kekosongannya untuk 801 orang. Di antara jawatannya ialah

1.Pegawai Tadbir Kontrak (Ijazah Sarjana Muda - RM2000 sebulan)
2.Penolong Pegawai Tadbir Kontrak (Diploma/STPM-RM1600 sebulan)
3.Pembantu Tadbir Kontrak (SPM-RM1200 sebulan)

Tempoh Kontrak dari 1 Jun -31 Disember 2009. Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya di alamat emel wwwenche@gmail.com secepat mungkin.

06 May, 2009

Senyum - Campak ke manapun boleh hidup!

Kawan A: Adik beradik aku semuanya pandai memasak, tak kira lelaki ke perempuan.
Kawan B: Ah berlagak la tu.
Kawan A: Eh betul lah. Baik lelaki ke baik perempuan semuanya boleh.
Orang kata campak ke manapun hidup lah.
Kawan B: Okey aku nak campak kau dalam kandang harimau..nak tengok hidup ke tak!
Kawan A: @#$%&*_+

Jom Baca Buku- Angkasa Lepas


Siri Penerokaan Sains ITNM
Angkasa Lepas

Terokai Angkasa Lepas bersama Sally Ride, Angkasawan Wanita Pertama Amerika. Bacalah kisah menarik Sally Ride tentang bagaimana rasanya berasa di angkasa lepas. Ketahui bagaimana Kapal Angkasa Lepas menujah naik ke orbit. Lihat apa yang terdapat di bahagian dalam sut EVA Kapal Angkasa Lepas. Alamilah pengembaraan menakjubkan ke angkasa lepas.


Siri Penerokaan Sains ITNM
Angkasa Lepas

Penulis: Dr. Mike Goldsmith
Karya Terjemahan: Institut Terjemahan Negara Malaysia
ISBN: 978-983-068-367-6
Halaman:58 Muka Surat
Tahun Terbitan: 2009
Harga: RM20.00 (Sabah & Sarawak RM25.00)

Sila hubungi ITNM 03 41497210 atau MPH untuk mendapatkannya.

05 May, 2009

Hujung Minggu itu

Tomok Jutawan Baru

Tahniah Tomok atau Shah Indrawan kerana memenangi One In A Million (OIAM) jumaat lepas. Musim ini amat jarang sekali dapat meluangkan masa mengikuti OIAM kerana lupa hari siaran dan sibuk yang menyebabkan pulang terus terlena. Teman yang mengikuti selalu menyampaikan ke telinga katanya nyanyian Tomok berbeza dengan sewaktu dalam New Boyz. Saya memang tidak minat Tomok ketika dalam kumpulan itu. Bukan kerana apa, mungkin kerana muzik yang dibawakan bukan untuk orang-orang macam saya walaupun saya suka semua jenis muzik-asli, pop, R&B, Rock, hiphop, atau indi muzik.

Hari itu saya memang bersedia untuk OIAM kerana ia pertandingan akhir. Saya menyaksikan persembahan Tomok memang outstanding berbanding dengan dua saingannya. Amat mengecewakan bila Tomok diisytiharkan terkeluar pada awalnya. Namun kerana undian peminat dia layak beraksi untuk pertandingan akhir. Melihatkan kedua-dua nyanyiannya itu saya berkata Tomok sudahpun menjadi juara bagi saya jika dia tidak menang kerana keputusan dalam siaran realiti selalunya meleset. Tetapi kali ini ia sudahpun menunjukkan kematangan peminat muzik memilih juara mereka. Tahniah Tomok Tahniah rakyat Malaysia.

Melihat Tomok saya sering teringat kenangan menyanyi di Kelab Conlay beberapa tahun yang lalu ada seorang pengunjung yang mati-mati menyangkakan saya adalah Tomok dan meminta saya terus menyanyi biarpun ketika itu bukan giliran saya! Puas saya menjelaskan saya bukan Tomok tetapi dia tidak mahu percaya.

Caj Semula Kursus ESQ

Setelah dua kali kursus ESQ berlalu dan saya tidak berkesempatan untuk Caj Semula minggu ini saya tidak mahu ketinggalan apa lagi ia jatuh pada hari cuti umum Hari Pekerja. Biasalah Senior di letakkan di bahagian belakang peserta baru. Ketika itu saya terlihat kelibat rakan setugas Sdr. Rohaizah sudahpun menjadi ATS (Alumni Training Support) sedang sibuk membantu perjalanan kursus. Tak sabar untuk mengucap tahniah selepas waktu rehat saya mengirimkan SMS lalu dia menyatakan kali ini dia membawa kedua orang tuanya turut serta. Alhamdulillah. Mudah-mudahan keduanya memperolehi apa yang dicari.

Saya juga melihat kelibat Azizan Mahzan bersama pelakon Fauziah Nawi. Nampaknya Azizan telah mengotakan katanya untuk mengajak rakan-rakan artis mengikuti kursus ESQ Angkatan ke 31. Makin bertambah ramailah Alumni sehingga sesi berikutnya Alumni terpaksa diasingkan ke bilik lain.

Sehingga hari itu berakhir saya bertemu dengan seorang lagi rakan setugas Sdr. Noraniza yang begitu gembira dapat bertemu saya di situ. Sayang sekali saya cuma dapat mengikuti sehari sahaja kerana hari berikutnya terpaksa menghadiri kenduri di tempat yang jauh ke selatan.

Tahniah Pengantin Baru

Mempelai saling bersuapan

Selamat menjadi pengantin baru kepada adik teman di Muar Linda Watie. Sampai juga ke majlis perkahwinannya. Kenduri di Kampung Jarok itu memang meriah dengan semangat orang-orang kampung saling bekerjasama. Semoga rumahtangga anda berdua kekal hingga ke akhir hayat.
Dalam sibuk berkenduri hujan pun datang. Kelam kabutlah mereka yang datang. Namun elok juga hujan itu kerana cuaca hangat sekarang ini memang terasa bahangnya jika tiada hujan. Seketika bila hujan reda suasana kembali seperti biasa.

Tak sangka juga ketika hendak melangkah pulang ibu pengantin sempat meminta saya menyanyikan lagu buat pengantin dan sebagai menghormatinya saya menyanyikan lagu Gambus Jodoh khusus untuk pengantin.



Malang Tidak Berbau

Sabarlah Dik semua tu dugaan

Memang malang tidak dapat dihidu begitulah dengan nasib bekas pekerja sambilan ITNM Muhammad Amran yang kemalangan apabila motorsikal yang dinaiki hilang kawalan apabila melihat kehadiran penunggang basikal secara tiba-tiba. Akibatnya tisu pada lututnya koyak dan terpaksa menerima pembedahan kecil.

Dia dimasukkan ke KPJ Seremban Specialist Hospital, Seremban. Katanya kemalangan itu berlaku setelah dia pulang dari mengunjungi PBAKL 2009 di PWTC. Apapun semuanya sudah selamat. Doa saya agar anda cepat sembuh dan berjaya dalam kursus kejururawatan yang diikutinya.

Puisi - Menyaring Rindu

Sudahlah...
tidakkah kau terasa penat
menanti
jika dia ingat
sudah tentu dia akan menghubungimu

cukuplah
menabur waktu senjamu
kau cuma berangan-angan
pada sebuah kesudahan cerita indah
dongeng laila dan majnun, uda dan dara atau Romeo dan Juliet
sudah terkarang sekian lama
tidak akan ada dongeng baru lagi
dan kau bukan siapa-siapa

pulangkanlah waktu itu
supaya kau banyak waktu
untuk berfikir tentang dirimu sendiri
sudah lama kau tidak kembali
dalam jasadmu sendiri
lihat dia semakin mereput dan terabai
sewaktu kau tidak bersatu dengannya

kembalikanlah
cahaya yang hilang itu
saringkanlah rindu yang datang itu
satu persatu
ada kalanya ia palsu
dan merosakkan minda dan jasadmu
tanpa kau sedari
ketika kau sedang asyik
melayani rindu
yang tidak pernah berbalas itu

jika ia benar-benar ikhlas kepadamu
sudah tentu kau tidak akan dibiarkan sengsara
begitu
sehingga kau terlupa
waktumu semakin hampir
setiap kali kau mengingatinya...

Enche's
Mei 2009

03 May, 2009

Puisi- Tok Ayoh




Che Loh Dresa
kijo Spital
jame dulu
katonya sohor
tu lah dio tok ambo

tapi ambo tok de nak ingat
sebab bilo ambo besar panje
tok ambo doh tak dok

orghe kato tok ambo baik
bagi ubat lebih sokmo
takdok masaeloh waktu tuh
dulu jame susoh buke mace lo ni

tok ambo Che Loh Dresa
bekali arwoh abah saye ko tok
letok namo srupo ngan ambo
supayo semangat tok tetap kekal
wala arwoh abah dok tak dok

ado sebuah gambar
maso kecik-kecik
arwoh abah sakot dinding dale bilik
ambo penah tengok gamba tok ayoh
paka baju dresa depe rumoh dio
gambar ite puteh
lawa
mace dengan arwoh abah jugok
duo-duo dah tak dok
lo ni

Enche's
Mei 2009

Puisi ni khas untok tok ambo. Allahyarham Abdullah bin Musa