07 May, 2009

Jawatan Kosong di Kementerian Pelajaran Malaysia

Bagi mereka yang masih tercari-cari peluang pekerjaan saya ada info mengenainya. Jawatan Kontrak di KPM. Temuduga terbuka akan diadakan pada 12-14 Mei 2009. Masa pendaftran 8.30 pagi- 1.00 petang dan Masa temuduga 9.00 pagi - 5.00 petang. Ada 3 jawatan dan kekosongannya untuk 801 orang. Di antara jawatannya ialah

1.Pegawai Tadbir Kontrak (Ijazah Sarjana Muda - RM2000 sebulan)
2.Penolong Pegawai Tadbir Kontrak (Diploma/STPM-RM1600 sebulan)
3.Pembantu Tadbir Kontrak (SPM-RM1200 sebulan)

Tempoh Kontrak dari 1 Jun -31 Disember 2009. Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya di alamat emel wwwenche@gmail.com secepat mungkin.

1 comment:

Alang said...

Saudara Enche's,

baru hari ni saya temui blog saudara. Berminat juga memohon jawatan di atas, tapi saya sedang berbadan dua, manakan boleh berkhidmat (kalau pun diterima di KPM) hingga Disember.

Saya seronok membaca blog anda. Sederhana tulisannya, tapi sangat memberi kesan.

Datanglah melawat ke blog saya jika ada masa.

Wassalam