Anda yang berada di kawasan Wangsa Maju, Setiawangsa dan Keramat, Gombak atau Danau Kota tentunya tidak menyedari kewujudan sebuah perpustakaan kecil (namun mempunyai 2 tingkat) yang diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di kawasan anda.
Perpustakaan ini menyediakan kemudahan bacaan untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Lihat sahaja gambar di sebelah kanan dengan warna hiasan dalaman yang menarik amat menenangkan jiwa apabila berada di dalamnya.
Anda boleh membuat pinjaman jika sudah menjadi ahli seperti saya.Hehe. Dan jumlah maksimum yang boleh dibuat pada satu-satu masa hanya 3 buah buku sahaja selama 2 minggu. Bayaran RM16 untuk menjadi ahli selama setahun. Saya sudah lama melihatnya tetapi tidak tergerak untuk masuk meninjau ke dalamnya tetapi beberpa minggu lepas saya berniat ke sana untuk melihat kalau-kalau ada judul buku Malaysiana yang menarik untuk di bawa ke mesyuarat pemilihan judul ITNM.
Bagi yang tidak berminat untuk menjadi ahli anda dibenarkan berada di sana hanya 2 jam sahaja. Seorang gadis manis (seperti dalam gambar itu namanya Sdr. Azida Ahmad Rushdi) akan berterima kasih jika anda ke sana kerana perpustakaan ini kurang pengunjungnya. Mungkin kerana kurang promosi.
Bagaimana hendak ke sana. Lokasi tempat ini ia berada di sekitar pasaraya Carrefour pusat Bandar Wangsa Maju dan kawasan perniagaan KLSE di belakang Hospital Naluri. Alamatnya seperti di bawah.
Perpustakaan Kuala Lumpur
Cawangan Setiawangsa
87, Jalan 2/27F,
Pusat Bandar Wangsa Maju (KLSE)
Setapak, 53300 Kuala Lumpur
Waktu Perkhidmatan:
Selasa - Jumaat: 10.00 pagi- 5.30 ptg
Sabtu: 11.00 pagi - 5.00 ptg
Ahad: 10.00 pagi - 2.00 ptg
Laman sesawang: http://klcitylib.dbkl.gov.my/
No comments:
Post a Comment