Membuak-buak terlalu sendat dalam kepala ini. Tidak tertanggung menahan dalam fikiran ini. Banyak tapi Fragile perlu dibelai. Harus aku mencatatnya satu persatu. Ia seperti bercambah. Berbunga-bunga. Berganda dengan tiba-tiba. Secara tiba-tiba. Ah bohong! Akulah yang membajainya. Hasilnya sekarang fikiranku seperti perut seorang wanita yang memboyot dan ingin melahirkan.
Ia adalah idea. Ia adalah rangkaian idea. Rangkaian kata-kata untuk sebuah novelku yang baharu yang aku mahu ia jadi kenyataan pada awal tahun baru. Tunggukan kemunculan sebuah lagi cerita misteri dariku. November dan Disember aku mungkin demam kerananya.