28 June, 2008

Imbauan- Senja yang Syahdu.

Senja adalah waktu yang paling syahdu bagiku dan senja jika dapat mendengar azan adalah suatu ketenangan. Sejak dari kecil aku dilatih berada dirumah sebelum azan maghrib. Ketika itu suasana di rumah akan menjadi kelam kabut kerana masing-masing seperti ada pekerjaan yang hendak dibuat. Ibu dan kakak di dapur. Dan yang lain lain sibuk berebut bilik air. Ada yang nak ambil wudu’ dan ada yang nak mandi.

Tapi apa yang membuatkan aku syahdu jika dapat melihat azan maghrib di TV1 ialah terjemahan Inggeris selain terjemahan bahasa Melayunya. Aku lebih tertarik dengan terjemahan Inggeris kerana mengingatkan aku pada seseorang yang telah tiada lagi di dunia ini. Beliau ialah Allahyarham Siti Hawa binti Sudin.

ALLAH THE ALMIGHTY, ALLAH THE ALMIGHTY
I BEAR WITNESS THAT THERE IS NO GOD TO BE WORSHIPPED EXCEPT ALLAH
I BEAR WITNESS THAT THERE IS NO GOD TO BE WORSHIPPED EXCEPT ALLAH
I BEAR WITNESS THAT NABI MUHAMMAD IS THE MESSENGER OF ALLAH
I BEAR WITNESS THAT NABI MUHAMMAD IS THE MESSENGER OF ALLAH
LET US PERFORM THE SOLAH, LET US PERFORM THE SOLAH
LET US ENJOIN THE SUCCES OF THIS WORLD AND HEREAFTER
LET US ENJOIN THE SUCCES OF THIS WORLD AND HEREAFTER
ALLAH THE ALMIGHTY, ALLAH THE ALMIGHTY
THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH.

Dalam post yang lepas Imbauan-Berlayar ke Wangsa Maju. Ada aku nyatakan aku akan meneruskan sambungan coretan itu dan inilah ceritanya. Beliau sempat berada di dalam bahtera yang berlayar ke Wangsa Maju itu dan tatkala bahtera itu berlabuh-berkampung di sini beberapa tahun beliaupun menamatkan perkhidmatannya.

Allahyarham merupakan penterjemah di unit terjemahan ketika ITNM beroperasi di bangunan Menara Pengkalen yang sangat komited dan teliti dengan kerja-kerja terjemahan. Yang diketahui beliau merupakan bekas guru.

Terjemahan ini telah diminta oleh pihak JAKIM menyediakannya. Suatu tugasan yang berat . Aku dapat merasakan kegusaran beliau sewaktu menterjemahannya. Walaupun terjemahan itu nampak ringkas namun berhari-hari beliau melakukan rujukan bagi memastikan terjemahan itu betul-betul menepati maksud asal dalam bahasa Arabnya.

Dan waktu itu ada seorang penterjemah bahasa Arab-Sdr.Chiar Hijazi. Kami memanggilnya Pak Chiar sahaja dan bukan panggilan ‘Ustaz’ seperti sekarang kepada penterjemah bahasa Arab. Pak Chiar ni bukan setua gelarannya. Yalah macam kedengaran Ustaz-seorang yang berumur. Usia Pak Chiar dalam lingkungan pertengahan dua puluhan. Beliau berasal dari Indonesia. Belajar di Negara Arab dan juga Pakistan.

Waktu itu aku selalu nampak Allahyarham selalu mendampingi Pak Chiar bagi memahami secara mendalam apakah maksud di dalam azan itu. Nasib baiklah Pak Chiar ini seorang yang penyabar dan terbuka waktunya.Sentiasa senyum jika berborak dengannya.

Sewaktu lalu lalang melewati stesen kerja Allahyarham aku selalu mendengar ada sahaja perkataan atau ayat yang dibincangkan atau diperkatakan tentang terjemahan yang dilakukan itu.

Sedekad telah berlalu hari ini azan itu berulang-ulang saban hari di kumandangkan aku merasakan Allahyarham ‘hadir’ untuk melihat azan itu-itulah perasaanku. Alangkah bahagianya beliau dapat melakarkan sesuatu sepanjang hidupnya (ketika bekerja) dan mendapat pahala setiap kali azan itu diudarakan.
Semoga Rohnya di tempatkan bersama orang-orang yang soleh dan dikasihi. Amin

Anjung Selera Dagang Jaya- Selera Sarawak




Tiga hari lepas aku menerima khidmat pesanan ringkas

“Beb jangan lupa mai kat kedai makan kita kat Taman Dagang Jaya lepas Carrefour baru Ampang, jumpa traffic light belok kanan. Betul-betul kat tepi jalan. Jual masakan Sawarak- Nasi Kari Ayam Pencen dan lain-lain. Hari Jumaat ini dari kul 5.00pm sampai 12.00am C U! “

Dan baru sebentar aku melunaskan janji untuk support dia. Aku agak was-was dengan tempat tu lalu aku berhenti di bahu jalan dan menelefonnya.

“Okey lepas Carrefour tu jumpa traffic light ko belok kanan, Kedai aku tepi tu mesti nampak punya.” Jelas kawanku itu lagi.”
“Oh Anjung Selera namanya” kataku kepadanya.
Memang mudah aku sampai tanpa tersasar tujuan. Dia menyambut aku dengan mesra seperti selalu.
Selepas beberapa minit berborak dengan teman lamaku, datang pelayan wanita yang masih remaja (comel).

“Nak makan apa bang?”.
“Apa yang ada?”.
“Nasi Lemak, Mee Kolok, Laksa Sarawak dan Nasi Kari Ayam Pencen”

Aku minta Laksa Sarawak darinya dan kami terus berborak. Aku melihat adik wanita temanku begitu sibuk di dapur memenuhi permintaan pelanggan dan ekor mata temanku sesekali menjeling jika dia perlu membantu di dapur.

Itulah teman lamaku Mahmud Ali Basha walaupun aku merasakan dia sepi tetapi dia tetap sibuk dengan tawaran lakonan yang hampir tiada putus. Ketika aku berborak dengannya tadi perbualan kami juga terhenti kerana ia menerima panggilan telefon yang memaksa ia ke Kuantan esok pagi. Ada penggambaran Iklan di sana.

“Rezeki Beb.”katanya mengakhiri perbualan sambil menyuruh aku datang lagi.

27 June, 2008

Doa buat sahabatku - di hari lahirmu

Hari ini adalah hari lahirmu sahabatku Zainordin-Jai. Semoga hari ini tidak ada lagi berita kenaikkan harga minyak sebagaimana aku mendapat hadiah itu di hari lahirku dan ini puisi khas buat mu. Pesananku, Jaga lah ibumu sayangilah dia, belailah dia kerana dia semakin hari semakin rapuh!
Ada pesanan yang telah diberikan kepadaku oleh seorang sahabat dan aku tersentak ketika mendengar pesanan itu. Katanya ada 3 perkara yang jika kita melihatnya kita mendapat pahala. Pertama melihat ayat Al Quran. Kedua melihat Kaabah dan ketiga memandang wajah ibumu.
Terima kasih kerana memberikan aku kekuatan untuk terus hidup di alam fana ini dan mendorong aku untuk terus menulis di sini.

Doaku di hari lahirmu

Sahabat - doaku di hari lahirmu
Agar kau sihat sejahtera
Diberi kekuatan menempuh hari-hari mendatang
Dapat menelan dugaan bersandang iman & taqwa
Berulam kesabaran berteman kematangan

Sahabat - doaku di hari lahirmu
Agar terjaga akhlakmu sampai menutup mata
Dikunci kejahatan nafsu dilabuhkan kebaikan
Dibersihkan hati disiram hidayah
Tenang dalam amal sepanjang masa

Doaku di hari lahirmu
Diberi kelapangan hidup dunia akhirat
Agar terubat duka yang menjalar dalam hidup
Dan terpadamlah kesuraman lampau

Aku berseru pada seluruh isi alam
pada setiap juzuk yang ada berdoa untuk kebaikan buatmu
Itu sahaja yang aku mampu kerana aku tahu doa itu tidak perlu modal
Tapi butuh pada keikhlasan dan aku tahu aku punya itu
Kerana kita sama-sama tidak punya harta
Selamat Hari Lahir sahabatku.

26 June, 2008

Pelancaran Program Mentor Menti di UPSI

Majlis Penutup Kursus Terjemahan Am (Intensif) anjuran bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) serta seterusnya menyaksikan acara simbolik Pelancaran Program Mentor Menti antara UPSI dan ITNM menerusi penyerahan tujuh judul buku untuk diusahakan UPSI melalui program tersebut. Majlis ini akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh: 27 Jun 2008 (Jumaat)
Masa: 3.00 Petang
Lokasi : Bilik Serbaguna 1
Perpustakaan Tengku Bainun
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan

Program Mentor Menti ini diadakan adalah bertujuan untuk melatih lebih ramai generasi muda yang berkemahiran menterjemah secara berkualiti, selain pada masa yang sama turut dijadikan platform bagi menguji sejauh mana keberkesanan teknologi komputer dapat membantu mempercepatkan pelaksanaan kerja-kerja penterjemahan.

Pelaksanaan program ini bermatlamat untuk melahirkan lebih ramai penterjemah berkemahiran tinggi, dan pada masa yang sama mampu melakukannya dalam kadar tempoh yang lebih pantas. Kedua-duanya adalah isu yang sedang ditangani secara serius oleh ITNM, berikutan permintaan industri yang semakin meningkat - tidak seimbang dengan jumlah penterjemah dan kadar kemampuan tenaga yang sedia ada. Justeru, pelbagai usaha sedang dirangka oleh ITNM dan program Mentor Menti ini adalah satu di antaranya.

Kongsi Emel-Makanlah budu sebelum terlambat!

Tersenyum aku melihat tajuk emel ni ketika itu. Mana taknya bukan semua orang kat Malaysia ni suka makan budu walaupun ianya sedap. Bila di baca sampai habis senyum aku bertukar jadi bingung- ye ke ni? Apa-apa pun aku tetap akan makan budu kalau tak ada artikel seperti ini.

Peminat budu sekalian.

Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Pantai Timur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Terengganu dan Kelantan ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno". Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestroldarah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi . Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh. mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya,kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah.Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

Dua kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu,vitamin larut air(vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A,D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2(riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneum! oniae dan Citrobacter frundiin - yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikrodalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9,39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh.

Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon! (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain

Penelitian yang dilakukan di University North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.

Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak.Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,budu turut dikenali sebagai sumber serat(dietary fiber) yang baik.

Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan. so minumlah budu macam minum air mineral.........he he he hr


Terima Kasih untuk Adindaku Akram kerana mengirimkan emel ini.

25 June, 2008

Jom Baca Buku-Merungkai Genom


Merungkai Genom
Pada tahun 1953, James Watsan dan Francis Crick Berjaya menemui struktur helicks ganda dua DNA. Penemuan tersebut merupakan saat kejayaan paling besar dalam sejarah genetic, walaupun ia tidak mentafsirkan mesej yang terkandung pada jalur berpilin bak tangga. Tiada siapa mengetahui apa sebenarnya yang terkandung dalam susunan genom manusia. Tiada siapa pernah mengurai kod kehidupan tersebut. Merungkai Genom ialah laporan paling sahih tentang kod yang memberikan jawapan bagi asal-usul kehidupan, evolusi dan masa depan perubatan.
Buku ini sesuai untuk bacaan umum dan peminat-peminat CSI!
(Pelancaran buku ini telah dibuat sempena Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-11 bersama 4 judul yang lain.)

Judul: Merungkai Genom
Karya asal: Cracking the Genome
Karya Terjemahan : Institut Terjemahan Negara Malaysia
Penulis: Kevin Davis
ISBN: 978-983—068-238-9
Tahun terbit: 2007

Lagi yang menarik tentang 'Kampung Boy'



Masih ada yang menarik tentang semalam mengenai Dato’ Lat. Kata beliau pernah yang pernah ke Amerika dahulu ialah jika di tanya tentang Malaysia kebanyakan orang-orang tidak tahu di mana letaknya Malaysia. Orang lebih tahu Negara Vietnam dan mengganggap Malaysia berada di Alaska! Kelahiran ‘Kampung Boy’ pertama kali pada tahun 1978 dalam versi asal Bahasa Inggeris adalah untuk memberitahu negara luar dan pelancong tentang budaya Malaysia.


‘Kampung Boy’ seperti menceritakan kisah hidupnya berlatar belakang kampung kelahirannya di Perak. Tidak ada yang istimewa difikirkan kerana penceritaannya adalah seperti catatan kegiatan hariannya di waktu kecil melibatkan masyarakat dan budaya ketika itu.


Sambil memberitahu beliau melahirkan ‘Kampung Boy” kerana minatnya dan tidak terfikir apa yang akan berlaku untuk 30 tahun akan datang, karya itu kini telah di terjemahkan ke banyak bahasa seperti Bahasa Jepun, Portugis,, Perancis, Inggeris (Edisi Amerika), Dutch, Sepanyol, Itali dan Korea Selatan. Yang istimewanya kali ini ialah buku ‘Kampung Boy’ versi Jerman akan dilancarkan di Pesta Buku Frankfurt 2008.


(Di atas – kenangan Dato’ Lat untuk aku-lihatlah dunia)

24 June, 2008

Akhirnya Dato’ Lat di ITNM!


Hari ini entah kenapa aku sedar awal dari biasa. Jam 5.00 pagi sudah memaksa aku supaya jangan pejam mata lagi. Apa yang aku fikirkan pun aku tak pasti. Tidak mungkin kekacauan itu datang kerana majlis yang akan diadakan di ITNM pagi ini. Kerana aku memang dah biasa pun dengan majlis yang akan diadakan di ITNM yang akan menyebabkan ‘rebut kecil’ dan ‘hujan sedikit-sedikit’ berlaku di beberapa tempat.


Kepala ku terasa berpusing ketika berada di dalam bilik air. Aku lupakan saja ‘rasa’ yang datang itu kerana ia perkara yang biasa sahaja. Pagi ini persiapan ke pejabat berlainan sedikit aku mahu pastikan aku tidak tertinggal kamera digitalku. Sejak dari semalam aku sudah meletakkannya di atas meja. Hari ini ada sejarah nak aku rakamkan dan kongsi bersama.

Tiba di perkarangan pejabat Pak Cik Joe sudah bersedia mengarahkan semua kenderaan staf dan yang tidak berkaitan dengan majlis pagi ini meletakkannya di luar kawasan ITNM. Sebenarnya aku telah menerima arahan itu dari semalam melalui emel dan juga Cik Mat yang bertugas semalam.

Kesesakan biasa sebulan yang lalu ialah kawasan ini penuh dengan kenderaan peserta Kursus GIRN anjuran SAPURA untuk kakitangan kerajaan. Menyebabkan kereta aku dah lama tak mencium bau ITNM. Tetapi kesesakan pagi ini akan berganda lagi kerana kehadiran kartunis Dato’ Lat, pihak penerbit buku dari Jerman-Horlemann-Verlag dan sudah pasti media-media elektronik dan media cetak yang akan membuat liputan.

Aku bersarapan dahulu kerana hari ini aku tiba awal dari biasa dan selepas itu aku memulakan rutin kerja seperti biasa dan bersedia dengan kejutan-kejutan persediaan di saat-saat akhir majlis. Dan memang seperti di duga kejutan itu memang ada.

Lupakan semua kekalutan itu menghampiri jam 11.00 pagi aku menuju ke tingkat 3 di mana majlis akan berlangsung. Touch up mana yang patut sebelum ianya bermula. Seperti yang dinantikan kemunculan kartunis pujaan hatiku pun menjadi nyata. Dengan memakai baju batik Dato Lat yang menjadi tumpuan mencari tempat di tengah pentas bersama Pengarah Urusan ITNM (Encik Mohd Khair Ngadiron) dan Encik Micheal Adrian dari Horlemann (penerbit). Melihat itu aku pasti 'Buku Pelawat' yang aku sediakan semalam (kaligrafi) dengan judul di bawah telah ditandatangan.

Sempena Majlis
Menandatangani Kontrak
Kerjasama Penerbitan Buku
Kampung Boy
Edisi Bahasa Jerman
24 Jun 2008

Atur cara berjalan lancar sehinggalah ucapara menandatangani kontrak. Kesabaranku yang luar biasa kali ini ialah menahan ‘rasa pening’ yang datang pada awal pagi tadi. Aku harus berada di sini kerana peluang ini cuma sekali seumur hidupku. Malam tadi aku membelek-belek koleksi buku di rak kerana aku ada membeli naskah ‘Budak Kampung’ itu pada 25 September 1992 di jualan Berita Publishing ketika itu di Bangsar. Agak klasik warna buku itu aku simpan dan pagi ini buku itu harus menemui tuannya untuk ditandatangani. Penantian 16 tahun!

Setelah semuanya selesai pengacara majlis menjemput hadirin untuk menikmati hidangan yang ada. Dan aku tercari-cari ruang untuk berjumpa dengan Dato’ Lat bagi mendapat tandatangannya. Ketika naluriku tertanya-tanya tetiba Deknon Nizan mendorong dan mengiringi aku ke meja santapan. Ketika itu Pengarah Urusan ku berada di sebelah beliau dan saat aku menghulurkan buku usang itu kedengaran Pengarah Urusan berbisik-aku pasti akan berkongsi ini semua di dalam blogku. Jawapannya ia sudah pasti. Tapi biarlah aku tatapi tandatangan itu puas-puas ya!

Apa Kata Dia- Ahmad Shuami


Demam EURO semakin membahang!

Dek kerana itu bila ke pejabat banyaklah mata yang kelat walaupun waktu pagi. Piala FA pun dah selesai dengan Kedah menjulang Piala mengekalkan kejuaraannya.

Pada 26 Jun perlawanan separuh akhir akan berlangsung menyaksikan 2 pasukan yang akan layak ke pusingan akhir. Kita dengar apa kata dia- Sdr. Ahmad Shuaimi peminat setia EURO.

Pernah missed dengan game kali ni?
AS: Pernah. Especially, masa game terakhir peringkat kumpulan. Ye la, dah tau sape yang pegi next stage, tu yang “serong” tu.

Pilih team mana?
AS: Bab pilih team ni sensitip skit. Masa start dulu pilih Orange, Portugal ngan Spain. Tapi bila dah ujung-ujung ni, Spain je yang tinggal.

Tengok di mana dengan siapa selalunya?
AS: Ari biasa, pot umah je...ngan keluarga tersayang...Weekend games biasanya pot kat Restoran Choice, Desa Melawati, kat area International School tuh. Bab dengan sape tu sensitip gak nihhh...maklum le area artis, Ayu Raudhah ada, Elyana ada...kekadang tu dengan “maple” tu je...

Suka(yang best la) team mana jumpa team mana?
AS: Portugal vs Spain le...apakan daya...hajat tak sampai wehhh...

Sebenarnya team mana pula yang akan berentap ke final?
AS: Rusia vs Turki...”da finale”

Ada buat pertaruhan?
AS: Ehh...dosa tau....”side bet” pun tak buat tau...ooopppppss

Puas hati dengan semua game yang dah lepas? Kali ni nampak ketara unsur rasuah/beli game?
AS: Tak semua aa...ada gak game bosan gilerr...especially kalau team macam German ngan Italy main. 9-10 org duk blakang bola...nak attack camno??? Unsur rasuah takde, yang ada semangat kenegaraan yang tebal...contoh Turki ngan Rusia.

Suka team mane? Adakah team ni kau fikir akan menang?
AS: Sekarang ni harapkan team yang saya predict gi final tu je la...sape menang pun takpe janji game menarik.

Siapa pemain yang best kali ni?
AS: Arshavin, Kolodin (Rusia), Nihat Kahveci, Hamit Altintop p/s bukan Pak Amit tau (Turki), Ronaldo, Deco (Portugal). Xavi Hernandez, Iniesta, Villa, Casillas (Spain)...and last but not least Khyril Muhaimeen (Kedah FA Cup Champion)

Macam mane hilangkan ngantuk di pejabat?
AS: bab nih yang paling best...orang kata after effect...caranye...tahan masa keje, buat keje, cuba abiskan keje sampai abis waktu keje...pas tu, balik ala-ala on-time, mandi, telan ubat skittt...lelap sampai jam 6.30 esok pagi...ingat betul-betullll...pemuda (bukan PETUA!)

Game di pejabat (wakil kementerian) pula macam mane? Ada yang terbaru akan berlangsung dan ingin warga ITNM tau dan doakan kau and the geng berjaya?
AS: Aaaa...ingatkan tak nak tanye...ade...sekarang tengah sibuk ngan MAKSWIP 2008...itu ari menang ngan MARA (3-1), next game jumpe LTH (30.06.2008, FRIM)...pas tu ada preparation untuk 9-sebelah, kemungkinan kat Perlis...pas tu game kat Penang lepas raye, antara KPM Negeri...kalu boleh tu doa-doakan le...untuk kejayaan bersama...

Okay insyaAllah. Terima Kasih.

23 June, 2008

Si Cumi-Norhidayah


Dalam ruangan lepas kita telah berkenalan dengan si Ciki. Kali ini dengan si Cumi dari Johor dan berkhidmat di Insitut Terjemahan Negara Malaysia. Jika anda berkunjung ke ITNM pastinya anda akan disambut dengan layanan mesra beliau, kerana Dayah selalu mengalu-ngalukan kedatangan anda!
Nama: Norhidayah Binti Basri
Tarikh lahir: 13 November 1984
Tempat lahir: Muar, Johor
Pendidikan: Diploma Senireka Grafik & Multimedia
Kegemaran: Window Shopping

Adik beradik? Anak ke berapa?
6 orang (anak bongsu)

Makanan & minuman kegemaran?
Sizzling Mee dan Jus Tembikai

Warna kegemaran?
Putih dan Pink

Perkara yang anda tidak suka:jika berlaku pada hidup anda?

Member yang dipercayai tikam dari belakang.

Perkara yang paling anda suka berlaku dan hidup dan ingin dikongsi?
Paling suka adalah dapat menghabiskan diploma dlm bidang Senireka Grafik & Multimedia.Rupanya susah nak belajar dalam bidang ni, memang memerlukan daya ketahanan mental & fizikal. Betapa susahnya nak mencari idea yang kreatif, tapi best sangat bila dah dapat idea yang best dan diterima oleh pensyarah.
Dapat shopping barang yang memang diimpikan, kalo bf blanje lg best.hehehe

Seronok dengan hidup sekarang?
Seronok, sebab ada kerja. Zaman sekarang ni tak boleh nak memilih kerja, kalo memilih alamatnye tak keje ar.

Yang belum tercapai dalam hidup apa dia?
Erm saya nak pakai keta (Suzuki swift) hehehe..agak-agak nye dpt tak?
Nak dapat gaji yang lebih dari gaji sekarang ni. Boleh beli rumah, keta,bleh tiap hari shopping.

Pengalaman yang seronok untuk di kongsi?
Time pegi family day ke Cherating, perjalanan pergi dan balik seronok habis. Bleh dalam bas berkaraoke, berlakon, menari. huhu seronok. Time kat sana plak wat persembahan tarian bollywood gitu.Time tu sume orang kate kite gedik tau.

Ada orang kata anda gedik, anda marah/tidak setuju?
Hahaha..tak marah pon,suke hatilah dorang nak kate kite ni gedik but cume sape yang dah kawan ngan kite je tau yang kite ni camne jenis orangnye..hehehe

Komen anda mengenai kehilangan kanak2/pembuangan bayi yang berleluasa sekarang?
Kehilangan kanak-kanak ini sepatutnye tak berlaku, ibu bapa sendiri kena make sure anak dorang pegi mana, jangan biarkan anak dorang kuar sendirian. Ibu bapa perlu tahu aktiviti anak-anak masing-masing.

Jika ada yang ingin mengenali anda bagaimana?
Takde kot yang nak kenal.

Boleh beri email address?
Wegois_gurl@yahoo.com
hidayah@itnm.com.my

Kalau Kamu Beriman Kamu akan diterima Allah

Semalam (22 Jun 2008) berita mengenainya telah disiarkan dan hari ini sekali lagi disiarkan dengan tajuk “Kalau kamu beriman kamu akan diterima Allah”. Membuatkan aku juga ingin berkongsi dengan anda yang terlepas dengan berita gempar ini. Apakah petanda itu menandakan kiamat makin hampir?

Kejadian-kejadian alam yang luar biasa pun telah banyak yang berlaku kebelakangan ini. Bukanlah tujuan untuk menakut-nakutkan tetapi sekurang-kurangnya jika kita renungkan sebenarnya kita masih mempunyai banyak masa untuk melakukan ‘sesuatu’.

Budak ajaib berdakwah sejak berusia 4 tahun –dari Youtube. Itulah khabarannya.

Keajaiban Syeikh Sharifuddin berdakwah dan membaca khutbah kepada mereka yang lebih berusia darinya. Beliau berceramah di hadapan lebih 1,000 orang termasuk ibu bapanya. Kedua ibu bapanya beragama Kristian memeluk islam. Ketika berusia 2 bulan beliau berhenti menyusu.

Beliau boleh berbicara dalam 4 bahasa Itali, Peranchis, Inggeris ,Swahili serta bahasa Arab. Selain berkhutbah beliau boleh mendengar dan menjawab persoalan dengan jelas.

Menurut sumber internet pula ketika berusia satu tahun beliau telah mampu membaca Quran dan dapat berkhutbah di dalam bahasa Arab, bahasa Swahili dan bahasa Perancis tanpa mempelajari apapun. Dia juga telah dilaporkan menjadi hafiz Al Quran pada usia satu setengah tahun dan juga telah bersembahyang 5 kali sehari pada usia itu.
Dengan keajaiban Sheikh Sharifuddin berkhutbah telah banyak membuat orang menerima agama Islam dan memeluk Islam. (Visual semalam menunjukkan Syeikh Sharifuddin mengislamkan lebih 1000 orang.)
Layarilah dan cari Syeikh Sharifuddin dalam internet untuk melihat Youtube itu.

Subhanallah

22 June, 2008

Jangan Main Api


Seorang teman menelefon memberitahu lengannya melecur teruk. Aku cuma tersentak seketika dan menyambung perbualan seperti biasa. Ingatkan melecur biasa-biasa sahaja.


Kemudian beberapa hari setelah berkesempatan berjumpa dengannya alangkah terperanjatnya aku apabila melihat lengan dan sikunya berbalut seperti orang terseliuh.


Menceritakan detik kemalangan itu beliau berkata lilin aroma terapi (tealight candle) itu memang selalu dipasang di tempat-tempat yang digemari adiknya termasuklah di dalam tandas di rumahnya. Tanpa disedari teman itu tadi telah terlanggar dan semuanya berlaku sekelip mata. Lilin yang cair sepenuhnya di dalam bekas ‘tealight candle’ itu bagai dicurahkan di lengannya.


Tidak mahu mengingati episode malang itu berlaku teman itu berpesan kepadaku agar berhati-hati lah walau di mana kita berada.”Aroma terapi boleh berbau tapi malang tidak berbau..” Terus aku teringat kepada sebuah lagu dari seberang penyanyi dolu-dolu Emilia Contesa “…jangan main api, kalau-kalau terbakar nanti..” kan dah terbakar lengan tu!

Kongsi Emel - Panduan Kesihatan

Health - Important Tips
Answer the phone by LEFT ear
Do not drink coffee TWICE a day
Do not take pills with COOL water
Do not have HUGE meals after 5pm
Reduce the amount of TEA you consume
Reduce the amount of OILY food you consume
Drink more WATER in the morning, less at night
Keep your distance from hand phone CHARGERS
Do not use headphones/earphone for LONG period of time
Best sleeping time is from 10pm at night to 6 am in the morning
Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping
When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times
Forward this to those whom you CARE about

Terima kasih adinda Affan untuk emel ini.
(Kirim salam dengan Uthman dan adiknya! Maaf ayah lah lupa nama.)

21 June, 2008

Selamat Berhujung Minggu

Salam,
Lantaran menerima panggilan telefon dari rakan sepejabatku malam tadi kira-kira 10.30 malam, bertanyakan tentang kerja yang diberikan. Ketenangan malam terasa dicabul tiba-tiba. Mengapa saat tu? Seharian yang panjang semalam tidak ada ruangkah untuk berbuat demikian?
Lantaran itu aku terpaksa membatalkan semua pelan pada hari ini dan datang ke pejabat untuk menyelesaikan "Perjuangan Yang Belum Selesai". Aku memohon beroleh jalan yang mudah kepadaNya untuk aku menyelesaikan masalahku dan alhamdulillah semuanya berjalan seperti Pelan B.
Setelah selesai semuanya aku cuba melayan blog. Meneliti paparan post lalu jika ada kesilapan.
Dan aku merasakan saat ini untuk memberikan wajah yang lebih segar kepada blogku. Cantik bukan? Paparan seni bina Cina dalam tona lembut. Latarbelakang yang lebih bersih, hahaha seperti aku mahu mengambarkan betapa bersihnya fikiranku yang berkecamuk sejak dari malam tadi.
Bagi yang melayari blogku hari ini jika mahu bersantai di Lanai Santai Istana Budaya, jangan lupa khabarnya Siti Nurhaliza akan muncul di sana. Itu khabaran dari DekNon Nizan. Alah jika tak ada sekalipun apa salahnya bersantai di sana. Ada hiburan yang disediakan. Katanya sesuai untuk membawa keluarga makan sambil berhibur- jogek lambak dan artis-artis 80an. Dah lama rancang ke sana tapi asyik berhalangan saja.
Kawan lama Badrul (teman kolej) yang bekerja di Istana Budaya dah lama mengajakku ke sana untuk berjumpa. Tapi hingga sekarang aku masih tercari-cari waktu itu. Badrul yang ku panggil Bad sahaja ni dahulu sering menjemputku untuk menonton persembahan di Istana Budaya. Dan aku selalunya mendapat VIP darinya. Sekarang sudah kurang jemputan itu. Mungkin masing-masing sama sibuk. Terakhir aku ke Istana Budaya menonton persembahan Teater Muzikal P.Ramlee. Sangat menarik. Sesuai dengan jiwaku. Yang paling best Liza Hanim dan 'P.Ramlee'nya. Ya lah produksi Tiara.
Tak apalah, itulah takde rezeki namanya mungkin di lain minggu. Kepada yang sempat berkunjung selamat berhibur dan selamat berhujung minggu.
Salam.

20 June, 2008

Apa Khabar? - Nur Akmal Zatul


Nama? Ini untuk mereka yang tak kenal anda sahaja.
Nur Akmal Zatul Abd Rashid

Tempat kerja sekarang?
UEM Builders Berhad.
Mula kerja dan tinggalkan ITNM tahun berapa?
Mula kerja ITNM Oct 1993 – Feb 1997, (5 tahun) lama juga tu..

Apa khabar Puan Akmal sekarang?
Saya sihat dari segi fizikal dan mental, insyAllah.

Bagaimana kehidupan sekarang?
Kalau dibandingkan kehidupan dulu dan sekarang, memang jauh berbeza. Sekarang nie dah banyak belajar erti kehidupan, setiap nafas yang diberikan Tuhan tu memang berharga, kalau kita tak hargai, rugi la.. dulu kehidupan tak seserius sekarang nie, sekarang hidup kena lebih fokus tetang masa depan.
Kerja tempat baru sekarang okay?
Kerja tempat baru alhamdulilah, hidup nie atas kita, kalau kita rasa kita boleh buat kita kena usaha sungguh2 dan disertakan dengan tawakal, kat sini pun dah 12 tahun lebih.. kalau ada anak tu dah anak dara la..

Sudah berapa orang anak?
Saya ada 3 orang permata hati, yang sulung perempuan 8 tahun, Nur Alya Fakhira (dah boleh harap dah tu..), yang tengah lelaki 6 tahun, Muhammad Akif Rafiqin dan yang bongsu, insyallah perempuan 3 tahun, Nur Afrina Faqihah.

Sekarang bekerja di mana?
Sekarang saya masih lagi berkerja di UEM Builders, rasanya tak lama lagi nak berhenti, nak tumpukan perhatian pada anak-anak dan business yang tengah saya buat sekarang ini.

Bisness apa boleh tau?
I dah buka taska (Taska Al Akmal) sejak April 2004 until now, almost 5 years. I baru je habis study dalam Executive Diploma in Early Chlidhood Education kat UUM. Diploma on secretarial nie cukup dah pengunaannya selama 12 tahun, atleast on management part tu bolehlah dipraktikan dalam taksa I.

Pengalaman bekerja di ITNM. Boleh cerita sedikit?
ITNM adalah tapak dimana saya mula-mula bekerja, pengalaman selama 5 tahun di ITNM tak akan saya lupakan, terutama terjemahan melalui komputer.

Dulu siapa Pengarah Urusan?
Dr. Ahmad Zaki Abu Bakar (sekarang Profesor dah kot..)

Masih ada menghubungi staf ITNM yang lain?
Saya masih lagi berhubungan dengan staff ITNM, awak la… masa pesta buku hari tu ada juga jumpa Zaidan dan sorang lagi tu tak ingat nama.

Apa pandangan anda mengenai ITNM sekarang?
Entah la.. saya rasa tak ramai lagi orang yang tahu pasal ITNM kalau dibandingkan dengan DBP.

Apa ucapan/pesanan kepada warga ITNM lama dan baru?
Dimana bumi dipijak di situ langit dijujung. Semoga hubungan persahabatan tu boleh kekal abadi, insyAllah.

Siapa yang anda teringin nak jumpa?
Saya nak jumpa Y. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, itu idola saya dalam perniagaan dan kehidupan.

Jika ada yang nak menghubungi boleh beri alamat emel? nurakmal@uembuilders.com / nurakmal@streamyx.com / nazar2646@hotmail.com
Okey tahniah walaupun terlambat diatas kejayaan anda dan Selamat Maju Jaya. Terima Kasih.

(Gambar di atas adalah yang terbaru.. waktu konvo di UUM 14 Jun 2008.)

Enche's: Tengok Akmal ni teringat kat Zerd best friend dia. Zerd kalau baca tolong reply.

Hadiah Istimewa di Hari Jadiku!


Aku menatap beg coklat yang diberikan malam tadi oleh adik perempuanku. Rekabentuk trendy dan nampak klasik, tertulis


“I care COLD STORAGE”


Aku dah lihat malam tadi tapi hari ni biarlah aku lihat lagi. Sebuah kotak steel berwarna hijau dari cantik bersegi lapan ada tulisan 'Chocolate Time Belgium Recipe'. Di atas kotak yang tidak berbalut itu ada kad kecil tertulis Birthday Greetings. Aku membelek lagi dan ada tulisan “Happy belated Birthday to my lovely brother from - all of us Sister family.”


Jika 20 tahun lalu aku mendapat hadiah ini tentu aku terlompat-lompat kegirangan. Masa tu kami sekeluarga hidup tersangat sederhana. Arwah bapaku cuma kerani, ibuku suri rumah sepenuh masa. Adik beradik kami 11 orang. Ah rasanya tak mahu aku kenang kembali waktu lalu. Tapi untuk rasa bersyukur kita kena kenang keberuntungan kita dan di mana kita berada!.


Aku telah bekerja adikku pula sekarang dah jadi pensyarah Politeknik di negeri kelahiranku. Dia telah bersuami dan kehidupan kami sangat jauh berbeza dari dahulu. Singgahannya malam tadi akan mengingatkan aku pada masa lampauku-tentang kesusahan, tentang realiti hidup, tentang aku dan tentang persaudaraan yang tidak akan putus selama-lamanya.


Bagiku bukan pada kotak yang cantik itu, bukan pada rasa coklat yang sedap atau pada mahal harganya tetapi ingatannya pada diriku. Jika dia datang hanya dengan kad atau ucapan ia tetap sama dengan keadaan tadi.


Walaupun hari jadiku telah berlalu. Namun kelewatan itu tidak menjadi soal asalkan dia tetap mengingatinya. Dan sentiasa mahu mendoakan kebaikan untukku pada hari kelahiranku. Pada hari aku meraikan kegembiraanku tidak ku sangka aku telah mendapat hadiah yang sangat istimewa, tersangat istimewa dan hadiah itu kita telah kongsi bersama iaitu kenaikan harga petrol RM0.78 seliter!


Buat Sal terima kasih You are my lovely Sister. I love you forever! Teruskan kasih sayangmu terhadapku - sekalipun aku tiada doakanlah jua aku.

Imbauan-Berlayar Ke Wangsa Maju

Sudah lama aku tidak menyambung bicara tentang sejarah yang terhenti itu dalam post Salam Perkenalan 2. Aku hanya ingin menyambung cerita itu dalam tajuk yang berlainan pula ya lah takkan asyik berkenalan saja.

Dalam post yang lepas cuma kisah masa Prof.Dr Ahmad Zaki sahaja. Tiga tahun Dr. Zaki bersama ITNM kemudian beliau kembali menyambungkan khidmatnya di UTM . Selepas itu Dato’ Mahpor pula datang. Masa itu banyaklah buku-buku terjemahan diterbitkan. Dan masa ini juga kami warga ITNM berpindah dari lorong Ceylon ke kaki bukit Wangsa Maju.

Tidak dapat aku bayangkan waktu itu meninggalkan ITNM di Menara Pengkalen yang banyak memori indah di situ. Seperti ‘Kapal Pecah’ itu yang dapat aku gambarkan pejabat lama ITNM. Sungguh terharu. ITNM terpaksa melakukan kerana ITNM cuma menyewa disitu dan kosnya penyewaannya bukan kepalang mahalnya. Sudah ada bangunan sendiri apa nak tunggu lama-lama. Nahkoda sudah mengarahkan kapal berlayar semua anak-anak kapal masuk dalam bantera dan kami berlayar ke Wangsa Maju. Perjalanan yang begitu sukar-1997.

Masa kami pindah tak ada letrik tapi bekalan air dah ada. Jadi lif pun tak boleh digunakan.Tanggalah yang jadi jalan kami. Bayangkan setiap kali menggunakan tangga untuk turun naik. Telefon pun tak ada. Nasib baik aku ada telefon bimbit. Dan itulah yang menjadi talian hayat kawan kawan yang ada untuk dihubungi.

Barang-barang dipunggah menggunakan kren masuk ikut tingkap. Kami macam buruh kasar membantu apa yang boleh walaupun ada pekerja yang diupah. Ya lah takkan nak tengok sahaja kalau dah depan matakan? Seminggu sebelum itu dokumen-dokumen telah dihantar terlebih dahulu menggunakan lori ke bangunan yang baru.

Sekali lagi kami berhadapan dengan ‘tongkang pecah’. Timbunan dokumen terpaksa disusun semula. Kalau dibangunan lama keadaan fizikalnya tidaklah sukar kerana ITNM menyewa 1 tingkat sahaja iaitu tingkat 3. Tetapi di bangunan baru ITNM ada 5 tingkat. Aduh.
Dalam pelan awal aku dan kawan-kawan di letakkan di tingkat 5 tetiba ruang di situ sempit jadi kami dipindahkan ke tingkat 1 beberapa minggu selepas itu. Sakit badan terasa kerana bulan itu ialah bulan buruh kasar. Lebih kurang sebulan jugalah kami seperti tak keruan. Yang berhubungan dengan pelanggan terpaksalah meneruskan perjuangan dalam kesukaran.

Nak cari makan untuk makan tengahari adalah sesuatu yang sukar. Masa tu bukan semua kawan-kawan ada kenderaan dan tempat makan tidak banyak seperti hari ini. Kalau ada jauh. Sekarang dah ada pilihan kalau nak berjalan kakipun boleh.

Jadi untuk mengatasi masalah itu buat sementara waktu kami pakat-pakat bawa bekalan, lauk pauk untuk dimakan bersama waktu tengah hari. Itulah keseronokannya bila menjelang waktu makan dari sukar jadi seronok.Macam keluarga besar. Staf waktu itupun tak ramai aku rasa dalam 40 orang.( ITNM pun cuma menggunakan 2 tingkat sahaja waktu itu iaitu bawah, tingkat satu dan tingkat 5). Dan bila petang ada bubur pula dihidang bila ada‘seseorang’ yang rajin menyediakannya dan peminat utama bubur petang itu ialah Allahyarham Puan Siti Hawa.

Nantilah aku nak ceritakan mengenai Allahyarham ni di lain post. Untuk itu marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarham Puan Siti Hawa yang telah bekerja sambil beribadah dan hasilnya sehingga sekarang setiap hari masih kita menyaksikannya. Al Fatihah.

Apakah Benar Itu?


Berita ini masih belum pasti yang Enche tahu masih dalam perancangan dan mereka(kaum kerabat Enche lah) sedang mengusahakan. Dua buah karya terjemahan dari Allahyarham Usman Awang yang diusahakan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia akan dilancarkan pada 12 Julai ini sempena tarikh kelahiran Sasterawan Negara itu. Di bawah serba sedikit latarbelakang mengenai Allahyarham.

Sasterawan Negara Usman Awang dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor. Sepanjang kariernya sebagai seorang sasterawan Usman Awang telah menggunakan pelbagai nama pena antaranya Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, Tongkat Warrant, U.A., dan Zaini. Sepanjang kariernya sebagai seorang sasterawan Usman Awang telah menggunakan pelbagai nama pena antaranya Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, Tongkat Warrant, U.A., dan Zaini. Walau bagaimanapun nama 'Tongkat Warrant' lebih sinonim dengan dirinya sehingga kini.

Beliau pernah menerima beberapa anugerah sastera seperti Pejuang Sastera (1976); SEA Write Award (1982); Ijazah Doktor Kehormat (Persuratan); Universiti Malaya (1983); Anugerah Sastera Negara (1983) dan Zamalah Sastera (1985). Pendidikan beliau sehingga Sekolah Melayu tidak pernah menjadi penghalang kepada bakat yang dianugerahkan kepadanya untuk berjaya dalam bidang penulisan dan sastera. Untuk maklumat lebih lanjut layarilah



Khabarnya sewaktu majlis pelancaran itu akan diadakan persembahan yang berkaitan karyanya di laman ITNM. Alangkah bagusnya jika ianya menjadi kenyataan kerana ini akan menjadi kenangan bagi ITNM kerana sekurang-kurangnya ada kegiatan yang mengangkat sastera pernah berlangsung di laman ITNM, selepas usaha mengadakan pertemuan untuk projek terjemahan dengan pemenang-pemenang Sea Write Award diadakan di Hotel Seri Pacific tempoh hari. Mungkin selepas ini banyak lagi yang boleh dilakukan untuk karya terjemahan dari tokoh sastera dalam dan luar negara!

19 June, 2008

Jom Baca Buku- Penamat Sejarah dan Manusia Terakhir

Penamat Sejarah dan Manusia Terakhir

Saya ingin anda membaca sebuah lagi buku mengenai ideologi, politik dan ilmiah karya terjemahan Institut Terjemahan Negara Malaysia. Mari amati apa yang terkandung dalam sinopsis buku ini.
Karya ini benar-benar telah menggemparkan dunia politik antarabangsa pada awal 1990-an apabila penulisnya, Franci Fukuyama, mengisytiharkan sejarah telah berakhir. Dalam karya ini, diutarakan bahawa kehancuran Soviet dan keruntuhan tembok Berlin merupakan perubahan dramatik pasca-Perang Dingin dan menandakan kejayaan kapitalisme dan demokrasi liberal di seluruh dunia.

Penulis turut meramalkan bahawa pada akhir sejarah tidak akan ada lagi ruang untuk pertarungan antara ideologi besar. Karya ini telah menimbulkan banyak perdebatan dan disebut-sebut sebagai karya yang sangat optimistik, penuh fenomena tetapi kontroversi, ilmiah dan provokatif. Karya ini juga turut dijadikan alat untuk analisis dan resolusi bagi mengatasi masalah semasa dalam arena politik dan teori ideologi politik.

Penamat Sejarah dan Manusia Terakhir.
Penerbit: Institut Terjemahan Negara Malaysia
Penulis: Francis Fukuyama
ISBN: 978-983-068-226-9

Tahun terbit : 2007
Muka Surat: 481
Harga RM55.00

18 June, 2008

Kami Jadi Hulk! grrr grr grr


Bila tengok gambar ni entah nape lah hati aku jadi geram. Bagi yang tak tahu inilah gambar Hari Keluarga ITNM 2008 yang lepas di Cherating(1-3Mei 2008). Banyak-banyak game, game ni yang paling aku suka. Sebab tak pernah hayat hidup aku main tarik tali dalam air. Ha pendek kata yang menang jatuh dalam air dan yang basah pun mandi air masin jugak. Dan yang tak pasal-pasal tak main pun jatuh dalam air. Dek kerana itu aku dengar cite banyak kamera digital yang dah jadi jeruk air masin!
Memang aku tak ready nak mandi-manda dan main siram-siram manja air laut dengan kekawan masa itu. Nampak dia orang bawa tali usung ke tepi pantai semua mengikut. Tapi bila nampak usungan itu terus ke dalam air aku pun jadi nak tergelak. Mesti basah ni. Dia orang cakap game ni mesti dalam air - nak tak nak masuk lah juga dalam air.
Dari menjadi game yang paling aku suka terus jadi game ni yang paling aku tak puas hati. Apa tidaknya team orange(team aku lah) dah jadi juara dalam banyak acara sebelum itu. Mestilah banyak orang dengki. Padahal kita orang tak mengamalkan politik wang! Takde rasuah pengadil semuanya bersih tapi itulah dah semula jadi sifat manusia tidak suka kepada mereka yang berjaya!
Dalam perlawanan dengan team Putih pusingan pertama kita orang menang. Masuk pusingan kedua kita orang kalah. Penat macam nak mampus. Terjelir-jelir lidah kepenatan, aku rasa anjing pun tak jelir macam kami. Dan kalau dia tengok kami terjelir-jelir mesti anjing tu lari. Akhirnya kami kena lawan dalam pusingan ketiga. Aku dah surrender dah. Tak larat sangat- rasanya nak aje bagi lawan kita orang tu yang menang percuma. Tapi demi maruah bangsa dan negara tercinta, aku kuatkan juga semangat.

“Sedia? Satu, dua..mula. Tarik-tarik-tarik”
Dan saat itu aku mengeluarkan seluruh tenaga. Badan aku pun dah terasa jadi hijau-hijau berketul-ketul. Grrrrr-grrr. Aku toleh kiri kanan tengok Puan Siti pun jadi hijau. Kami satu team pun dah jadi hijau! Grrr-grrr tapi tali tu aku tengok tak bergerak ke mana-mana. Depan tidak belakang pun tidak.
Kami tarik lagi..hisssssssssssssssshhh grrr grrr..akhirnya aku terasa tari itu bergerak laju ke hadapan.
Tak kuasa lagi aku nak menahan aku lepaskan saja dan mereka berdebum jatuh dalam air. Tak pelah dah nak kalah nak buat macam mane. Aku menerima kekalahan itu. Tapi reda aku itu rupa-rupanya sekejap sahaja. Apabila aku melihat deretan lawan tadi bukan sahaja bewarna putih tetapi biru, coklat, merah dan macam-macam warna lagi yang ada masih berpaut pada tali tadi.
Hayyo…kurang asam punya orang. Team aku jadi mangsa dengki..walau apapun aku tetap gembira bila malam itu team kami diisytiharkan oleh Majlis Raja-raja Melayu sebagai Juara keseluruhan.
Malam itu aku seronok kerana dapat berdangdut dengan Dek Nizam. Kami nyanyi satu lagu Hindustan dan satu lagu dangdut. Pelan asalnya nak semua lagu Hindustan tapi bukan mudah nak sutkan dengan kehendak majlis dan semua orang. Sudahnya kita taram saje. Yang penting Dato’ Rahman suka dengan persembahan malam tu.
Kepada kawan-kawan yang ramai tidak menyertai hari Keluarga hari tu harap-harap dapatlah menyertainya pada masa yang akan datang. Hairan juga kenapa ramai sangat yang tak turn up? Tidak seperti tahun sebelum ini. Helo-helo mungkin HR boleh buat post mortem!

17 June, 2008

Aishah Mohon Doa Anda Semua...


Semasa perkahwinannya berlangsung blog ini belum wujud. Mungkin tidak terlambat untuk Enche mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai yang baru diijabkabulkan ini.

Tahniah kepada pasangan Noraishah Binti Abdul Rahman dan Mohd Tarmidzi bin Mohd Nadzri.
Staf di Unit Sumber Manusia & Pentadbiran, yang telah bertemu jodoh. Kenduri di rumah pengantin perempuan telah berlangsung pada 24 Mei 2008 di Kuala Terengganu. Sementara di rumah pengantin lelaki pada 1 Jun 2008, di Teluk Intan Perak Darul Ridzuan.


Enche sempat bertanya kepada Puan Noraishah, merancang hendak berapa orang anak? Katanya 4 atau 5 orang tetapi kalau rezeki lebih dia menerima sahaja ketentuan dari Ilahi.


Bagaimana jumpa jodoh ni boleh kongsi dengan semua?


"Macam ni 'dia" tu client tempat kerja lama Aishah. Aishah dulu buat 'sales' jadi Aishah 'attend' dia. Lama-lama bila buat follow-up sebagai customer kami terus berkawan. Dia datang ketika Aishah dalam berduka lara!" Kata Aishah dalam gelak.


"Bermula macam tu lah sehingga Aishah penah ikut dia balik ke Perak (kampung suami Aishah) dan jumpa semua saudara-mara termasuk Opahnya. Dari situ timbul rasa..." Aishah gelak lagi


Kira-kira 5 ke 6 bulan barulah mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga.


Buat masa sekarang apa yang Aishah harapkan?


"Aishah mohon doa anda semua agar mendoakan kebahagian Aishah semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan dimurahkan rezeki." Amin.

Semoga perkahwinan berkekalan hingga ke anak cucu.

Cumi & Ciki- Firdaus


Tahu tak Cumi & Ciki? Ini Cumi & Ciki zaman millenium bukan dulu-dulu punya! Saya namakan kenalan wanita dalam ruangan ini sebagai Cumi dan kenalan lelaki sebagai Ciki. Episod pengenalan kali ni saya nak kenalkan dengan Si Ciki.

Nama:
Firdaus b. Mahat

Tarikh lahir:
25 Julai 1984

Dilahirkan:
Muar: Johor

Pendidikan:
Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Teknologo MARA. UiTM Shah Alam.

Kegemaran:
Suka ke gym, melancong, dan sukan panjat dinding (Wall Climbing).

Makanan kegemaran:
Semua masakan ibu saya.

Warna kegemaran:
Hijau, sebab hijau adalah warna semula jadi dan memberikan kedamaian.

Perkara yang anda tidak suka:
Bila ada orang suka kacau. Mereka kata badan kau tak tough lah. Ini buat saya tension tapi saya cuba mengatasi dengan mengganggapnya tidak serius. Sekarang ni dah selalu pergi gym saya rasa badan saya lebih sihat dan berkeyakinan! Jadi setiap kritikan itu kadang kala ada baiknya.

Kerjaya: Sebagai Procurement Executif di Syarikat M3 Energy di Wisma UOA. Dah 3 Tahun saya kerja. Mula-mula sukar tapi lama-lama dah biasa jadi seronok pula.

Pernah dengar mengenai ITNM?

Pernah melalui kawan dan tahu lah fungsi-fungsinya serba sedikit.

Seronok dengan hidup sekarang?
Seronok.Dulu kurang.Sekarang seronok sebab kerjaya dan stabil. Ramai dapat kawan baru di tempat kerja dan ramai kawan lama di Kuala Lumpur.

Pengalaman yang seronok untuk di kongsi.
Bila dapat bercuti dan melancong.Setakat ini baru dalam negara belum ada ruang nak keluar negara!

Komen isu semasa:
Harga minyak sekaranglah naiknya keterlaluan. Macam tak lojik. Kita negara pengeluar minyak.Jika nak dibandingkan dengan negara pengeluar yang lain harga mereka taklah terlalu tinggi. Kalau boleh kenaikan ini(harga minyak)patut dielakkan kerana ia (kenaikan harga minyak) akan menyebabkan kenaikan harga barangan yang lain dan meningkatkan kos sara hidup.

Tapi kerajaan dah bagi subsidi!

Ya saya ucapkan terima kasih untuk itu (subsisi)tapi untuk minyak sahaja. Kenaikkan lain-lain harga barang kita juga yang tanggung.

Jika ada yang ingin mengenali anda bagaimana?
Hantarkan emel ke polar_bear@yahoo.com

16 June, 2008

Lagi sekali ke Rumah Amal Belaian Kasih

Ingatkan sape lah yang menelefon aku sebelum aku lelap petang tadi. Rupanya Mak Aji kawan aku dari apartment sebelah nak buat kuih donut antar kat umah anak-anak yatim UK sabtu ni. Aku setuju je. Sebab aku dah belipun sesuatu nak bagi kat depa.

Korang kalau nak join bagi barang boleh ler antar kat teman. Wakilkan je teman antar sebab kalau nak pergi sama konon nak usap-usap kepala budak-budak yatim tu memang tak merasa la.Dah 2-3 kali pergi aku memang tak berkesempatan jumpa diaorang.

Diaorang selalu sibuk je ngan aktiviti yang diaturkan oleh badan-badan yang bermurah hati...mandi air terjun la..camp la

PuisiKu

KEDUKAAN
Sudah penat aku di sini
Membilang-bilang jari-jemari ini
Yang ke entah berapa kali bilangannya
Tak juga aku pasti

Hingga lewat hari
Aku masih juga begini
Bersama perahu-perahu kecil nelayan
Yang berlabuhan di pantai sepi
Bersama bayu lembut Dan riak-riak ombak
Aduh...
Betapa pedihnya luka di telapak tangan ini
mengalir darah bercampur keringat
Menitik didi kakiku sendiri

Biarlah takku teruskan hitungan ini
Kerana aku tidak berkuasa lagi
Sebagaimana tadi.

Puisi ini usianya 21 tahun ...

15 June, 2008

Kongsi Emel - Zolkep

Pilot peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan
Dilulus terbit pada Friday, June 13 @ 08:23:16 MYT oleh SongkokPutih
Oleh husamjr

"Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar
majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel
menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms
84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut
sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh
pun masih lagi "berdakwah" hingga pilot terbabit dengan izin Allah
memeluk Islam.

Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan
tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan
panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan
tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil
keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah. Siapakah ulama tersebut?
Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan
ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali
siapakah beliau. Antaranya :

1. Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama
Islam.
2. Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun
yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
3. Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan
pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau
juga diiringi oleh polis.
4. Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai
dengan wasiat beliau.
5. Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi
penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang
datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.

Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut.
Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah
Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.
Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23
Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah
negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat
Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut
lebih 20,000 orang.
Ramainya orang yang datang untuk memberi
penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk
lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang
menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum
sejauh 10 km. Subhanallah.

Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil
Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang
membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan,
balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai
pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah.
Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama
sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh
pun masih lagi "berdakwah" hingga pilot terbabit dengan izin Allah
memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat
dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini.
Almarhum disegani teman dan lawan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.
Al-Fatihah.
Terima Kasih Zoel untuk emel ini.

14 June, 2008

Ayahandanya sudah tiada - Aizar

Jam menunjukkan tepat jam 10.05 minit malam. Telefon ku berbunyi "mengalir airnya". Pantas aku membuka mesej untuk di baca. Dan aku terpaku dalam kelesuan apabila menatap mesej yang berbunyi...

Tuan2, ayahanda saya Hj Kamsah baru sahaja meninggal dunia pada pukul 8.45pm. Wasalam.

Baharu sahaja beberapa hari lepas aku menerima berita kematian kenalan lama sekarang berita sama pula berulang. Sesungguhnya kematian itu tidak pernah lupa pada kita. Cuma kita yang kadang-kadang lupa dengan kematian.

Masih anda ingat dengan Sdr. Mohd Aizar Kamsah? Beliau pernah berkhidmat di ITNM awal 90an dahulu. Semalam Ayahandanya telah kembali ke rahmatullah.

Ketika menerima mesej itu aku masih lagi dengan pakaian pejabat. Baru pulang dari pejabat dan terus dinner. Antara teragak untuk menziarahi malam itu juga atau esok pagi akhirnya aku mengambil keputusan untuk menziarahi malam tadi juga kerana bimbang aku terpaksa melakukan banyak perkara lain pada pagi ini.

Kebetulan rumahnya tidak jauh dari Ukay Perdana kediamanku aku mengambil masa tidak sampai setengah jam untuk sampai ke situ. Pada fikiranku tentulah mudah untuk mencari rumahnya yang kali terakhir aku kunjungi bertahun-tahun yang lalu ketika kenduri perkahwinannya. Kebiasaannya rumah si mati akan ramai orang.

Aku mula mencari rumah yang ramai orang tetapi dua kali pusingan aku mula berputus asa dan berfikir mungkin jenazahnya di tempat lain. Aku malas nak bertanya melalui telefon bimbit kerana berfikir dia tentu sedang bersedih dan 'sibuk' malam itu. Aku mengambil keputusan pusing sekali lagi sebelum pulang dan kali ini usahaku berjaya apabila aku cuba memasuki lorong yang tidak aku lalui tadi.

Sewaktu menziarahinya malam tadi Sdr. Aizar kelihatan tenang sahaja dan sibuk menguruskan jenazah untuk dimandikan. Walaupun hampir larut malam rumah beliau di 33 Jalan Au4/5 Keramat masih menerima kunjungan jiran tetangga dan sanak saudara. Ketika sempat berbual dalam kesibukan itu Sdr. Aizar memberitahu Arwah mengidap penyakit kanser kelenjar sejak 3 tahun yang lalu. Tidak banyak yang dapat dibualkan kerana beliau memang benar sibuk.

Kali terakhir berjumpa dengan Aizar beberapa tahun lepas pada hari kematian ayahanda saudara Zaidan. Ketika itu di Masjid Keramat. Pada saat semalam aku mula berfikir adakah aku akan berjumpa dengan rakan-rakan lamaku apabila ada kematian, tahlil kalau tidakpun pada majlis jamuan Hari Raya? Mengapa aku mesti bertemu dalam keadaan yang demikian? Apakah aku tiada pilihan untuk bertemu dalam keadaan yang lebih baik? Kerana bertemu dalam keadaan berduka tidak banyak yang dapat dibicarakan!


Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah kepada roh ayanhandanya.

Enche's

13 June, 2008

Kongsi Emel - Anai-anai tak makan Kalam Allah




Lihatlah bagaimana kesucian kalam Allah tetap terpelihara dan itulah janjiNya. Mr. Mohammad Farroq dari Tappachabutra, Hyderabad telah membuktikannya. Naskah Al Quran yang berusia lebih dari 100 tahun hampir musnah dimakan anai-anai namun apa yang menakjubkan bukan keseluruhan Al Quran itu musnah..Kemusnahan itu hanyalah pada kulit dan terjemahan Al Quran dalam Bahasa Urdu sahaja tetapi tidak pada tulisan Al Quran dalam bahasa Arab. Ini membuktikan kebenaran firman Allah yang menyatakan Dia akan memelihara kesucian Al Quran selamanya.

Terima kasih Azira untuk berita ini.

Jejak (Untuk mereka yang pernah ada di ITNM)

Salam.

Apa khabar semua temanku yang pernah hadir di ITNM? Lama sungguh tidak berjumpa kembali? Sihat? Aku dan sekalian di sini sihat dan masih merindui kamu yang pernah hadir di sini.Walaupun sekejap tetapi kamu terus subur dalam ingatan.

Sudah lama idea untuk bertemu dan meneruskan kembali silaturahim yang terputus tetapi tidak tahu bagaimana. Dengan wujudnya blog ini dapatlah kita menyelam sambil minum air. Tapi jangan minum banyak-banyak nanti perut kembung.

Orang tua-tua bilang kalau minum banyak nanti asyik berulang ke tandas pulak. Habis pulak air kat tandas tu. Dalam keadaan serba naik ni kita kena berjimat cermat. Jadi minum lah air sedikit-sedikit. Jadi kurang sedikit ke tandas.

Saya harap mereka yang pernah bekhidmat atau pernah menjalani latihan praktikal di sini sudi kiranya apabila membaca post ini meninggalkan maklum balas (email address, no telefon) agar dapat saya masukkan nama anda dalam list yang akan kekal dalam blog ini dan dapat digunakan oleh teman-teman lain untuk menghubungi anda.


Sekian. Terima Kasih.
Enche's

12 June, 2008

Berpuisi Lagi?


Tak sangka teman lamaku Sdr.Azalan Hussain (dari Dewama dulu BRB DBP) yang dah lama aku tak hubungi, tadi di telefon menawarkan aku untuk mendeklamasi puisi di Rumah Pena untuk aktiviti Julai ini. Mengenangkan teman lama yang dah lama aku tak jumpa aku menyambut pelawaan itu.


Kali terakhir aku ke sana ialah pada 11 Jun 2004. Suara Puisi Dunia. Aku deklamasikan puisi terjemahan karya Sdr. Arunasalam. Sdr. Aruna dan isteri mendeklamsi puisi dalam Bahasa Tamil sementara mendeklamasinya dalam Bahasa Melayu. Judul terjemahannya CERITA LAIN DI SEBALIK AKAR. Maaf judul Tamil saya lupa...


Banyak nama-nama besar dan popular mendeklamasikan puisi malam tu antaranya Dato' Aziz(Pengerusi ITNM ketika Itu), Prof Dr. Muhammad Haji Salleh, T.Y.T Daniel Mulhall (Duta Ireland ke Malaysia), T.Y.T Dr. Peter A Schweizer (Duta Switzland),Tuan Ivan Roberto Sierra, Konsul Kedutaan Mexico di Malaysia, Cik Ras Adiba Radzi, Dato' Baha, Prof Madya (ketika itu)Dr. Hj Muhammad Bukhari Lubis, Yusri (kawan sepejabat ku), Cik Florance Kuek Pensyarah UiTM, Puan Nor Azimah dari Bukit Aman, Kemala, Dr. Victor Prrogadaev dari UM, En Eric Szszurek pengarah Alliance Francaise, En Mahat anak Cina juruhebah Radio 7, dan lain lain yang tak larat aku nak tulis kat sini. Cuma aku dan kawan ku Yusri tu je yang kerdil.


Yang tak pernah dilupakan detik itu ialah ketika cuba berlatih mendeklamasi puisi di pejabat. Aku lah yang menyediakan buku program dan segala mak neneknya dan aku juga lah yang nak kena deklamasi. Rakan-rakan lain pun meribut juga di pejabat dibuatnya. Tensionnya semacam jadi untuk menghiburkan hati aku membacanya dalam pelat Tamil. Ha apa lagi dia orang gelak lah.


"Chelah jangan buat pasal tersasul baca macam tu pulak" kata Zid (sekarang dah tak keje lagi kat sini). "Tak lah main main je lah" balas aku. Tapi ntah macam mana masa real malam tu aku rasa dah okay tapi kat belakang teman-teman aku dok bantai gelak. Dia orang kata slang tamil tu keluar!


Lantak lah tak sengajakan. Maaf ya Aruna saye tare sengaje punye..main-main jadi nyate...lain kali sumpa tara buat lagi...


Tahniah Institut Terjemahan Negara Malaysia




Kerana memenangi Hadiah Utama dan Hadiah Saguhati bagi Kategori Buku Terjemahan dalam Anugerah yang telah diberikan oleh Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA).

Hadiah tersebut telah diberikan dalam Majlis Anugerah Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) 2008 yang telah diadakan bersama dengan Majlis Perasmian Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke 16 (SKSM16).

Pada 4 Jun 2008, Bertempat di Hotel Renaissance Kota Bharu, Kelantan Pengarah Urusan Mohd Khair Ngadiron telah menerima anugerah tersebut bagi pihak ITNM. Buku Sejarah Matematik memenangi hadiah utama sementara Buku Alam Matematik memenangi hadiah saguhati.

Ini adalah kemenangan rentetan selepas Novel Dunia Sophie menang tahun lepas. (Saya akan bicarakan dalam post yang akan datang mengenainya)

Ucapan syabas kepada mereka yang bekerja keras untuk menerbitkan buku yang berkualiti ini.

Jadi apa lagi dapatkan naskah anda sekarang!

Alam Matematik
Penulis William Dunham
ISBN: 978-983-068-232-3
Tahun terbitan 2007
399 halaman
Harga: RM55.00

Sejarah Matematik
Penulis Carl. B Boyer
ISBN:978-983-068-235-8
Tahun terbit 2007
761 halaman
Harga: RM75.00.

Layari http://www.itnm.com.my/
Atau talian 41432990

Al Fatihah (Allahyarham Rohaya bt Yusof))

Seorang kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka. Masa aku kerja kat Dewan -1993,
Akak ni kerja kat Bahagian pra cetak. Aku ni jakun masa tu bila bab pruf je mesti nak kena jumpa dia atau deal ngan bahagian dia. Masa tu adalah beberapa orang lagi seperti abang Man(Othman) dan Razali (yang aku ingat lah). Sementara aku pula di Bahagian Reka Bentuk.

Aku masa tu banyak buat buku cenderamata (Unit Rencam BRB la katakan) dan atur cara yang dah aku taip mesti nak kena pruf. Masa ni lah aku nak kena jumpa dia. Sesuatu yang aku tak boleh lupa pasal dia ialah mata Akak (Allahyarham) ni. Cantik sangat coklat cerah (omputeh panggil Hazel) dulu mane ada contact lens dan bersinar-sinar. Kulitnya pulak kuning langsat. Muka dia agak serius tapi dia rupanya peramah. Lepas tu kami terus mesra. Ya lah budaya kat situ macam satu keluarga besar. Walaupun ramai tetapi tetap mengambil tahu
antara bahagian dengan bahagian yang lain.

Sekarang suasana dah berubah kalau aku pergi ke Dewan dengan rupa yang baru masing-masing kalau aku tanya nama staf yang kerja kat situ hanya mengeleng-ngeleng kepala.Banyak yang tak tahu dari tahu.Ye lah staf dah makin ramai bangunan dah makin tinggi. Dulu tua muda semua mereka tahu. Mana taknya aku yang baru masuk kerja di tingkat 3 - tingkat 5 pun tahu nak menyebut menyapa aku dalam lif. Ini menjadikan aku malu kerana tak tahu
nak mengingat nama-nama dia orang. Tapi beberapa bulan lepas tu aku dah mula
menghafal nama-nama mereka yang menyapa aku.

Allahyarham kali terakhir aku jumpa dia ialah Kedai Makan Kerisik di Keramat AU2 dekat Asrama Felda. Dua bulan lepas tak silap aku. Masa tu aku baru sampai dia dah habis makan. Tempat kami agak jauh jadi kami Cuma mengangguk-ngangguk kepala sahaja
dan mengangkat tangan.
Sebelum tu tahun lepas dia pernah datang ke Majlis Sambutan Hari Raya ITNM 2007. Masa Akak tu baru sampai aku tengah nyanyi (lagu Yale Yale-Herman Tino). Malu la juga kat Dewan dulu mane aku nyanyi-nyanyi, aku dikenali sebagai pemantun je. Satu Dewan tu kenal aku sebab jadi pemantun terbaik.

“Wah dulu berpantun sekarang nyanyi pulak” dia menegur."Ye la Kak dulu lain sekarang lain” . "Nyanyi lah lagi..” dia menyuruh aku.”Boleh, tapi nak rehat dulu Kak, jemput la makan lagi” aku menyuruh. Kakak Rohaya Cuma senyum. Matanya tajam dan bersinar cantik.

Tapi semalam berita kematiannya betul-betul mengejutkan aku sebab sebelum ni tiada tanda-tanda dia sakit. Badan dia gempal macam tiada perubahan pada tahap kesihatan dia..Ya lah mana tahu dia menyembunyikannya dari pengetahuan orang dan ajal maut itu
ketentuan Allah s.w.t.

Buat siapa sahaja yang mengenali atau tidak mengenali Kakak Royaha DBP marilah
kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepadanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang yang dikasihi Allah s.w.t.
Amin.

11 June, 2008

Apa Kata Dia?- Zainora


Anugerah Staf Paling Sporting

Hari Keluarga ITNM 2008 telah pun berlalu di Cherating pada 1-3 April 2008. Namun ketika itu blog Enche's masih dalam kandungan yang sarat-belum dilahirkan lagi. Walaupun telah berlalu saya rasa ada kehangatan yang dilupakan begitu sahaja. Pelbagai acara berlangsung dan pelbagai hadiah telah diberikan kepada staf .


Antara yang menarik dan ingin saya kongsi bersama dengan anda yang tidak berpeluang menyertai Hari Keluarga 2008 itu ialah Anugerah Staf Paling Sporting yang telah dimenangi oleh Puan Zainora Yahid dari Jabatan Terjemahan dan Penerbitan (kini Bahagian Terjemahan).

Walaupun baru menganggotai warga ITNM dia telah menjadi calon yang popular dalam pelbagai kategori dan memenangi Anugerah Staf Paling Sporting. Jom borak dengan Zai.

Kali Pertama dapat anugerah?
Ye ke, tak ye ni? Tak dek orang argue ke? Diorang tak salah sebut ke? Apa pun, saya lega sebab diorang cakap audited by auditor.


Suka?
Seronok la. Orang nak bagi kan..


Apa perasaan saudari menang Anugerah Staf Paling Sporting?
Bestnyer….. dulu masa Hari Keluarga Teluk Rubiah berangan gak, naik pentas dapat hadiah bab Paling-paling ni, tak sangka Allah makbulkan di Hari Keluarga Cherating ini.

Dulu Zai kerja kat mana dan pernah ke dapat anugerah?
Dulu saya bekerja di Perkasa Force Sdn Bhd di Cheras Business Centre. Syarikat pengawal keselamatan. Di situ pun saya dapat anugerah...

Anugerah apa tu?
Anugerah... Jangan Pandang Belakang.... Kih! Kih! Kih!
(Ada satu hari tu, Datin masuk ofis kitorang, dia cakap suka tengok Zai keje, concentrate sampai tak angkat muka, dia tak tahu masa tu Zai tension tak dapat cuti masa cuti umum, muka serius giler, tak berani orang nak tegur, tak bercakap sepatah pun, langsung Payroll Officer, (bad boy) tu cakap Jangan Pandang Belakang, terus kitorang ketawa lepas Datin kuar)

Dapat ke anugerah tu beri apa-apa perbezaan dalam kerja harian Zai?
Tak langsung. Slumber be.... Tak ingat pun, unless diingatkan.

Apa hadiah hari tu?
MP3.

Wow best tu.Tahu ke pakai hadiah tu? Kalau tak tau bagi je saya boleh?
Memang tak pernah tahu. Baru nak belajar input, MP3 tu dah jahanam. So tak tahu apa functionnyer.

Okay malam tema hindustan tu Zai pakai baju apa? Saya ingat-ingat lupa la?
Tak do mado an doh! Zai tak pakai Hindustani pun, no wonder semua orang tak perasan.

Ha,ah la Zai tapi baju yang pakai malam tu ada gak nampak macam ala-ala Hindustan Malaysia terlepas yang merayau-rayau kat Masjid India.Ha hah.

Hish Tak baik tau!


Banyak ke melabur beli baju tu?
29.90. Pak Lah yang cakap suruh jimat cermat, beli apa yang perlu. Every weekend bleh pakai. Apa pun syabas kepada semua Hindustani all and out.

Dah hampir setahun kerja kat sini apa perasaan Zai?
Main feel lah pulak Che Lah ni. Perasaan tak sama macam di tempat lain. Suka-duka, pahit-manis ada value. Everything happened kat sini, semuanya first time. Saya lebih bersedia sekarang menghadapinya.


Apa Perbezaan kerja tempat lama dengan tempat baru?
Yang pasti, dapat handphone free. Tempat lama, bos bagi duit poket RM10 je, itu pun dengan kata-kata “buat beli aiskrim anak-anak”. Gedebuk jantung gue. Ingat gue sengkek sangat.
Kat sini, family bleh join aktiviti, tempat lama “ work comes first, family no. 2”. Dia tak fikir family tu lah tunjang kita bekerja. Kalau kita mati, bukan diorang kapankan kita. Benefit di sini mengatasi tempat kerja lama, cuti-cuti, insuran, medical fees, ot claim up-to-date.
Surau pun ada, tempat lama sembahyang dalam bilik stor pakaian seragam, di sini tandas pun selesa, tempat lama share dengan gents, can you all imagine???
Bab kengkawan, sama best. Di sini kengkawan tak bleh nak challenge, semua educated dan charming. More than that, dapat baca buku, free.....

Bos sekarang okay ke? Dengar selalu je kena jerit?
Okay (intonasi menurun). Ini soalan kacau ni. Jerit-jerit ni dah macam ulam buat saya. Siapa lah kita. Apa pun, kalau nak dibandingkan dengan jeritan saya....gerenti bleh clear. Bos sekarang lebih baik dari bos dulu. Bab paling best, bos sekarang suka belanja, murah hati, dulu Datin saya, kalau belanja, setiap orang hanya bleh makan 1 nasi lemak, 1 kuih apam. Not more than that. Lauk lebih, bayar sendiri. Peti ais, disediakan, tapi tulis di pintu peti ais, For Datin Only. Protokol nak jaga, everybody should in red every Saturday. Datin tu memang steady. Solid. Bab maki dia tu, saya tak bleh tahan. Masa hantar resign letter. Get out! Get out! Get out from my office....bla..bla...bla. Masa tu saya betul-betul terasa. Anyway, ada apa dengan Datin?

Apa harapan Zai bekerja kat sini?
Hopefully, this is my last job. Kalau saya bertukar angin pun, saya bukak bisnes sendiri.

Okay terima kasih Zai, semoga Zai terus aman damai di sini.
Sama sama.

Jom Baca Buku

Siddharta menyingkap sebuah kisah indah seorang anak muda yang mencari dirinya. Kasih sayang dan ilmu yang dicurahkan kepadanya masih belum mencukupi dan dia telah meninggalkan keluarga serta kemewahan dunia demi mencari jawapan kepada persoalan hidupnya.
Dia berpuasa daripada keinginan, impian dan keseronokan. Pengalaman ini sepatutnya menyucikan jiwanya tetapi tidak, lalu dia meneruskan pencariannya dalam dunia yang dikuasai hawa nafsu.
Siddhartha hampir berputus asa sehinggalah dia mendapat petunjuk di tebing sebatang sungai. Dia sedar ilmu boleh diajarkan tetapi bukan kebijaksanaan. Kebijaksanaan hanya dapat dicapai melalui pengalaman hidup. Apakah yang ditemui Siddhartha?

Anda haruslah mencari kesudahannya dalam novel setebal 168 muka surat dan dalam
reka bentuk kulit yang klasik ini. Selamat Membaca!


SIDDHARTHA
Penulis Hermann Hesse
Karya terjemahan Institut Terjemahan Negara Malaysia.2007
ISBN 978-983-068-253-2
Harga: RM25.00
168 Halaman

10 June, 2008

Salam Perkenalan 2

Ini adalah sambungan artikel yang terdahulu. Hari ni aku sanggup balik lewat sekali lagi kerana dah mabuk dengan blog. Ku korek fail-fail lama semata-mata nak cari sesuatu yang sememangnya menjadi nostalgia kepada mereka 'orang-orang lama'-bukan aku ye.

Aku percaya sesiapa yang tersentap dengan gambar ni mereka adalah orang-orang lama. Dengan perkataan yang mudah mereka dah tua. Jadi yang dah tua-tua tu cuba jangan sentap tengok gambar ni.

Inilah gambar Menara Pengkalen atau Wisma Pekerti di Jalan Changkat Ceylon Kuala Lumpur.

Tapi Institut Terjemahan Negara Malaysia cuma menyewa di bangunan itu sahaja. Iaitu di tingkat 2

Alamatnya ketika itu ialah

ITNM
Tingkat 2 Menara Pengkalen
50200 Kuala Lumpur,
Tel: 603 245 7210 * Fax: 603 2457215

Ha korang jangan lak mengada-ngada nak hantar surat ke hape ke alamat yang tak wujud lagi tu dah jadi sejarah dah alamat tu.

Banyak sejarah yang patut adik-adik ku sekarang di sini harus tahu. Kerana sejarah itu akan membuat kita menghargai apa yang kita ada hari ini. Di bangunan ini lah batch pertama pekerja ITNM memulakan kerja setelah ITNM ditubuhkan. Di sebelah bangunan itulah juga pada hari Sabtu & Ahad kami menjalani Hari Suai Kenal oleh pihak pengurusan ITNM.
Paling best sekeliling bangunan ini ada banyak shopping kompleks, ada Menara HLA, The Weld, Bangunan Bousted (nasi ayam takkan ku lupa sampai mati. Kat mana la adik yang jual tu sekarang meniaga?), Hotel Istana, Bukit Bintang dan lain-lain lagi. kalau tension boleh jalan kaki je dia orang ni hilang.


Beberapa tahun setelah itu Hari Keluarga Pertama ITNM diadakan. Cubalah korang-korang teka di mana? Tempatnya ialah Sekolah Kebangsaan Batu, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Masa tu Hari Keluarga bukan macam sekarang pergi balik hari je. Satu hari. Staf di bahagikan kepada kumpulan-kumpulan tapi pengenalan warna kena buat sendiri..Ha adalah kumpulan-kumpulan yang pakai reben ungu kat kepala. Ada yang ikat warna kat lengan. Macam-macam ada. Tapi masing-masing dengan semangat kesukanan. Takde yang ponteng dan tidur kat bilik hotel membiarkan kawan terkapai-kapai melawan mereka yang tak terlawan.


Tapi sekarang kita dah ada baju T yang berwarna. Cabutan bertuah untuk staf. Cabutan Grand lagi. Penginapan 3 hari 2 malam. Kenderaan di sediakan. Makan minum free cuma daftar nama keluarga aje. Mak Ayah pun buleh join. Betapa bertuahnya anda sekarang!
Tuah sekarang amat jauh dari tuah kita dahulu. Tuah sekarang boleh pakai Handphone percuma. Tuah orang dahulu kerja tanpa handphone bukan kerana tak mampu tapi belum wujud handphone. Kalau ada pun masa tu handphone yang bagak boleh baling anjing sampai mati tu.

(bersambung..aku nak balik)

09 June, 2008

Kartun Lat dalam Bahasa Jerman


Aku memang peminat kartun lat. Dulu Sewaktu lepas sekolah sementara menunggu keputusan masuk IPTA aku buat macam-macam kegiatan seni. Antaranya melukis kartun dan menghantarnya ke akhbar-akhbar perdana. Ketika kartun aku di siarkan di akhbar Berita Harian aku lah orang yang paling gembira dalam dunia. Dapatlah RM10 untuk satu siaran.Tapi ketika itu tak silap aku dapat RM110...suka. Tapi kenapa aku tak terus berkarya ya? Kalau tak tentu sekarang aku dah bergelar Datuk kan?


Tinggalkan kisah silam ku yang macam-macam dan tak menjadi tu. Sekarang ni ITNM sedang mengusahakan karya terjemahan Datuk Lat dalam Bahasa Jerman. Setelah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk Jepun, Peranchis, Belanda dan Bahasa Inggeris (US).


Jika tiada aral melintang 24 Jun 2008 ini akan berlangsunglah majlis menandatangani contract signing dan diikuti majlis Press Conference di ITNM. Buku ini akan dilancarkan pada 16 September 2008 di Pesta Buku Frankfurt 2008.

Salam Perkenalan 1


Salam perkenalan


Diam tak diam rupanya dah lama aku bekerja di sini. Pejam celik pejam celik 15 tahun dah umur ITNM (Institut Terjemahan Negara Malaysia). Teringat dulu-dulu punya cerita nak menyebut ITNM bagi warga ITNM mereka dah biasa tapi bila jumpa orang luar macam-macam nama ringkas yang dia orang suka dia orang sebut. ITJN, ITN ada IJN pun ada yelah masa tu Institut Jantung Negara sedang popular (awal 90an). Tapi rata-rata yang sebut ialah ITJN.


Kalau ITJN la rasa-rasanya apa yang wajar nama penuh dia..Institut Terjemahan Jantung Negara kot! Nak terjemah jantung ke? Hehe. Tapi itulah cabarannya kerja kat sini Jantung sentiasa je mesti dalam kondisi baik. Kalau tak nasib le lu.


Lima belas tahun bukan jangka waktu yang pendek berada di sini. (13 September ni genaplah usia mu ITNM-ibarat gadis sunti, kalau berumur 15 tahun - sedang comel ). Dan sekarang memang ITNM sedang melaram menjadi tumpuan. April lepas sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ITNM 2008 berjaya menerbitkan puluhan judul karya terjemahan, setelah sekian lama menyepi...aku sendiri yang adhoc bertugas ketika itu tidak sempat nak menghafal judul-judul buku yang baru keluar dari 'ketuhar'.


Bagi adik adik yang baru bertugas di sini tentunya sangat asing dengan nama-nama Prof. Ahmad Zaki itulah Pengarah Urusan pertama ITNM. Dia adalah antara orang-orang kuat sehingga wujudnya ITNM selain dari Dr.Izhar, Pn. Atiah (sekadar menyebut beberapa nama) dan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia (ketika itu) dan Kementerian Kewangan.


Aku ni bila sebut je nama Prof. Zaki mesti ingat lagu Fikirkan Boleh nyanyian Metropolitan. Lagu yang kami nyanyikan setiap kali perhimpunan pada pagi isnin selain lagu Negaraku. Lagu itu diangkat agar dapat menjadi inspirasi kami untuk bekerja kuat (rasanya lirik itu masih relevan hingga sekarang-nantilah kalau ada kesempatan akan aku siarkan liriknya dalam post yang akan datang). Yang bestnya aku dan beberapa teman seangkatan mengangguk dan menggoyang-goyang kepala ala2 menari la gitu ketika muzik bridge mana taknya kalau korang dengar pun korang pun macam kita orang...


Serangkap pantun dari Prof. Zaki yang tak pernah ku lupakan di turunkan di atas papan ucapan selamat menyambut Hari Ulang tahun ITNM 1994.


Cantik Melur berbiji sagu,
Tumbuh bersama si bunga Kertas:
Dalam telur lagikan ku tunggu,
Inikan pula bila menetas


(bersambung...)