Showing posts with label *Petua. Show all posts
Showing posts with label *Petua. Show all posts

16 February, 2009

Petua- Menyimpan Ikan Segar

Petua ini diberikan oleh seorang teman di tempat kerja lama dahulu. Agar ikan yang disimpan di tempat beku kekal segar. Caranya siang dahulu ikan dan masukkan ke dalam plastik yang berisi air yang telah di masak dan ikat barulah disimpan di tempat beku. Apabila hendak menggunakannya ambil dan cairkan aisnya.

06 January, 2009

Petua - Menghaluskan tapak tangan

Serbuk kopi atau teh yang telah digunakan jangan terus dibuang. Ia ada khasiatnya. Caranya dengan meletakkan serbuk kopi atau teh yang telah digunakan di tapak tangan anda selepas itu gosok tapak tangan anda untuk beberapa ketika. Bersihkan dan bilas tangan anda dengan pencuci sebersihnya dan rasakan perbezaannya. Anda akan dapat rasakan tapak anda lebih lembut dan halus. Selamat mencuba!

10 November, 2008

Petua - Kurangkan pedas Lada Hitam

Semalam bertemu dengan teman lama di Old Taste. Dan secara tidak langsung dapatlah satu petua orang tua-tua bagaimana supaya penggemar lada hitam dapat makan resepi yang mengandungi lada hitam agar tidak terasa sangat kepedasannya.

Lada hitam tersebut hendaklah di sangai atau digoreng dahulu untuk mengurangkan rasa pedas atau panasnya, kemudian selepas itu barulah ditumbuk dan dimasukkan ke dalam masakan.

Selamat mencuba.

Sesiapa yang nak masak masakan kegemaran saya Black Paper Steak tu jangan lupa jemput saya.

04 November, 2008

Petua- Cirit-Birit 2

Mungkin petua ini paling mudah jika anda terkena sakit cirit-birit dan selalu ke tandas membuang air besar. Buatkan teh O kosong (tanpa gula) yang pekat minumlah. Mudah-mudahan kekerapan anda ke tandas untuk membuang air berkurangan. Jika masih tidak berhenti berjumpalah doktor.

30 October, 2008

Petua - Seterika Melekat

Anda tentu selalu berhadapan dengan situasi ini. Apa yang menyebabkan seterika melekat ialah suhu yang digunakan untuk menggosok tidak sesuai dengan material yang digosok akibatnya material itu mencair dan melekat pada permukaan seterika anda dan kadang kala ia akan merosakkan pakaian yang berikutnya.

Anda perlu membersihkan permukaan seterika itu dahulu sebelum meneruskan menggosok pakaian yang lain. Orang dahulu menggunakan daun pisang iaitu dengan cara menggosok daun pisang bagi menghilang bahan yang melekat tadi tetapi sekarang amat sukar untuk anda keluar mencari daun pisang apatah lagi jika di waktu pagi atau malam.

Cara yang paling mudah ialah menggunakan senduk kayu yang rata hujungnya. Panaskan seterika ke tahap boleh mencairkan bahan yang melekat dan gunakan senduk kayu untuk membuangnya. Hati-hati jangan sampai melukakan lapisan luar seterika anda.

Jika masih ada bahan yang tertinggal dan tidak dapat ditanggalkan oleh senduk tadi gosoklah seterika itu pada kain yang tidak digunakan lagi.

16 October, 2008

Petua - Rawatan Awet Muda

Saya pasti ramai yang sukakan ruangan petua apatah lagi yang semakin hari semakin di telan usia dan keremajaan semakin pudar dengan petua yang akan saya paparkan di sini.Tetapi kecantikan seseorang tetap dinilai dari kebersihan hatinya.

Ramai di antara kita seering tertanya-tanya, mengapa ada orang yang sudah berusia tetapi masih kelihatan muda dari usianya. Rahsianya begitu mudah diberikan oleh perawat tradisional.

Petuanya ialah:
1. Minum air masak 1 gelas ketika bangun pagi.
2. Banyakkan makan ulam dan buah-buahan.
3. Jangan meninggalkan sembahyang.
4. Ramah tamah terhadap jiran dan rakan-rakan.
5. Hindarkan perasaan dengki dan iri hati.
6 Tersenyum setiap hari.
7. Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Petua ini dipetik dari Buku Petua Segala Petua terbitan Darul Nu'man


06 October, 2008

Petua- Segarkan Wajah Anda

Masalah emosi dan persekitaran yang tidak sihat menjadikan suhu badan anda turun naik, kadang-kadang anda mungkin kelihatan letih lesu, masalah ini boleh anda atasi dengan mengamalkan minum air kepala muda setengah gelas kacau dengan sebiji telur ayam kampung, minumlah pada tengahari. Insya Allah badan akan segar semula.

Petua ini di petik dari buku Petua segala Petua terbitan Darul Nu'man.

15 September, 2008

Petua- Pulihkan Cirit Birit

Di bulan Ramadan ini kita diuji dengan makanan dan kerana makanan juga kita sering sakit. Jom lihat petua tradisional untuk sakit perut.(Kalau petua moden telan je Pil 'ChiKit' Teck Aun).

Jika anda mengalami cirit-birit kerana tersalah makan atau alah dengan makanan, anda boleh ambil sehelai daun jambu batu yang muda, cuci bersih anda boleh makan begitu saja atau dijadikan ulam. Lakukan sehingga cirit birit anda berkurangan.

Banyakkan minum air dan makan makanan yang mudah hadam. Elakkan daripada makanan yang berempah dan berminyak serta pedas.

Petua ini dipetik dari buku Petua segala Petua terbitan Darul Nu'Man.

18 August, 2008

Petua-Guna Garam Kasar

Jika anda mengalami masalah sinki yang sering tersumbat, cuba masukkan beberapa banyak garam kasar ke dalam sinki anda. Setelah itu tuang air panas yang mendidih ke lubang sinki itu. Dengan cara ini segala sampah yang tersumbat akan hanyut terus ke dalam longkang.

Petua di petik dari buku Petua Segala Petua terbitan Darul Nu'man, Wisma Yakin, Kuala Lumpur.

11 August, 2008

Petua-Membersihkan pakaian terkena telur

Mulai minggu ini saya akan menyiarkan petua yang akan memberi manfaat kepada kita. Anda boleh menghantarkan petua kepada saya dan saya akan menyiarkannya di sini untuk dikongsi.

Membersihkan pakaian terkena telur
Cara untuk membersihkan pakaian jika terkena telur ialah, basuh kemudian rendamkan dalam air sejuk yang bercampur sabun. setelah itu basuh, bilas dan keringkan pakaian anda itu.

Petua ini dipetik dari buku Petua Segala Petua terbitan Darul Nu'man, Wisma Yakin, Kuala Lumpur. Terima Kasih kepada Sdr. Zamzul.