29 September, 2008

Aku Masih Di Sini

Hari ini Isnin cuti tapi aku masih datang ke pejabat. Melangsaikan kerja-kerja yang masuk saat-saat akhir. Teman-teman sudah balik kampung. Jalan lengang sama sekali. Kenderaan berkurangan kalau tak kerana lampu isyarat tadi mungkin beberapa minit sahaja aku dapat sampai ke pejabat. Alangkah bahagianya aku jika ini aku lalui setiap hari.

Tapi suasana di pejabat ngeri sekali. Bukan seram (sebab aku tahu hantu setan memang dah takde kena rantai). Ngeri sebab sunyi dan sepi. Semut kentut pun aku boleh dengar. Tapi damai juga macam ni. Di mejaku borang permohonan ISBN dan CIP yang temanku(Zaharul) sediakan untuk buku yang bakal di bawa ke Frankfurt perlu ku hantar ke Perpustakaan Negara. Itulah yang aku kena bereskan.

Tadi semasa menaiki lif aku memang sengaja menekan semua butang lif sehingga ke tingkat 3. Bukan apa aku nak lihat hiasan Hari Raya yang setiap tingkat peragakan. Em kalau aku ni jahat nilah masanya aku haru birukan hiasan tu..ye la setan dah takde boleh aku take over kerja Cik Tan tapi depa pandai penilaian depa dah buat sebelum cuti. Kalau lepas cuti..taulah bahagian yang akan menangkan?

Ha semua hiasan tu akan berlonggok kat tingkat 3 unit penerbitan hehehe..dari pintu lif sampai tandas sampai depan pintu kami. Tapi kalau aku nak buat tu seme buat pe aku cerita kat sini kan. Itulah dah kreatif sangat pikiran aku ni..itulah yang membuatkan aku senyum dan kadang-kadang terkekeh-kekeh kerana fikir yang bukan-bukan.

Okay itu imaginasi je ya..kalau yang berlaku selepas ini diluar kemahuan anda bukan aku yang buat ya..Korang cuba tanya abang jaga ya...
Selamat bercuti..

Aku tengah fikir nak masak apa untuk hari raya...mungkin nasi hujan panas la kot. Jemputlah datang rumah ya tapi pada Hari Raya pertama sahaja ya. Sebab aku memang meraikan tetamu pada Hari Raya sahaja..Hehehe.

28 September, 2008

Kongsi Emel- Seluar Dalam Untuk Elak Diliwat




Dalam suasana kecoh semua orang nak balik kampung dan Kuala Lumpur mula lengang kerana semua dah menuju ke Kampung halaman masing-masing saya masih di sini terus untuk mengemaskini blog enche's ini bagi tatapan anda. Kali ni yang best sikit untuk dikongsi semua. hehe. Bukan ape sekarang ni buah tembikai pun ramai orang makan untuk berbuka puasa. Jangan membazir. Jangan dibuang kulitnya kerana ia boleh dibuat perisai dari diliwat. Kalau masih terus diliwat juga hubungi saya mungkin kita boleh pakat fikir ramai-ramai mungkin boleh guna kulit durian pula supaya lebih berkesan. Terima Kasih kepada adindaku Affan untuk emel yang mencuit hati ini.

Kongsi Emel-Renungan jasmani semasa berpuasa.

Renungan- Jasmani semasa berpuasa.

Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan.
Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.

Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:
(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter) .
(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan
(iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa
(v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum.Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.

Cara berpuasa yang tidak berkesan:
(i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)
(ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
(iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan alahan.
(iv) Mengulangi makan sepanjang malam.
(v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
(vi) Tidur selepas kenyang makan

Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:
(i) Kopi dan teh.
(ii) Air paip masak yang tidak ditapis.
(iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.
(iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)
(v) MerokokFasa-fasa puasa yang berjaya:

Fasa pertama (2-3 hari):
Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendahFasa kedua (3-14 hari):
Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.
Fasa ketiga (14-akhir puasa):
Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali.

Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru.Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.

Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:
(i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak)
(ii) Makan kerap
(iii) Kuih-muih yang payah dihadam
(iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan

Manfaat puasa yang berkekalan:
(i) Kurang makan kerana perut dah kecut
(ii) Kesihatan bertambah baik
Saya akhiri dengan sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)."

Terima Kasih kepada Adindaku Affan

27 September, 2008

Iklan Raya Petronas

Sungguh menyayat hati dengan iklan petronas terbaru. Menampilkan kisah seorang anak yang pulang berhari raya di kampung dengan seorang ibu tunggal. Ibunya penuh dengan sifat seorang wanita yang tabah dan cekal mengharungi hidup bersendirian.

Si anak yang baru sampai memang seorang anak yang sibuk bekerja.membawa bersama komputer riba untuk menyiapkan kerja-kerja di kampungnya. Malang sekali di kampungnya tidak ada liputan talian telefon yang menyebabkan si anak mahu tidur di pekan kerana di sana ada liputan talian telefon.

Si anak yang bernama Man yang telah mendapat keizinan si ibu untuk tidur di pekan menanyakan sama ada ibunya tiada masalah jika dia tidak tidur di rumah. Si ibu memang seorang yang memahami melepaskan sahaja anaknya pergi walaupun dia baru sahaj pulang untuk bermalam.

Di pekan ketika sedang sibuk bekerja bersama komputer riba di sebuah kedai kopi Man telah bertemu dengan seorang Pakcik yang datang untuk minum. Pakcik ini sebenarnya datang menziarahi dan menemankan anaknya yang menjalani pembedahan. Malangnya Pakcik ini tidak dibenarkan tidur di hospital.

Pakcik ini berkata selagi matanya tidak dapat melihat dan telinganya mendengar akan kesihatan anaknya selagi itu perasaannya tidak tenang. Itulah perasaan kasih sayang sejati seorang ayah terhadap anaknya.

Luahan perasaan seorang ayah ini telah menyedarkan Man akan ibunya yang ditinggalkan sendirian di rumah. Walaupun cuma setahun sekali balik untuk berhari raya tetapi di malam raya masih lagi mahu meninggalkan ibunya semata-mata kerana kerja.

Anak yang bernama Man tidak jadi bermalam di pekan malam itu hanya kerana perbualan dengan Pakcik tadi. Dia segera menelefon ibunya tetapi tidak berjawab. Man ingin pulang dan bersama ibunya. Sampai di rumah Man mengetuk pintu rumah yang telah sunyi dan sepi hatinya hiba tetapi kemudian berubah apabila melihat ibunya muncul baru pulang dari masjid. Man memeluknya dan menyatakan perasaan sayang terhadap ibunya.
Itulah mesej yang ingin disampaikan oleh iklan petronas. Sangat menyentuh perasaan. Lalu akupun merasa sangat bersyukur kerana dirumahku ada talian tetap kalau tak aku pun terpaksa tidur dipekan untuk mengemaskinikan blog aku.

Si ibu dalam iklan itu kalau tak silap Datin Maria Arshad pelakon yang popular tahun 80an dahulu emak kepada pelakon Ijoy dan mentua Syarifah Shahirah. Lembut suaranya memang sesuai dengan watak ibu yang sabar.

Bila Di Restoran Mewah - Jangan Terpedaya!

Menikmati segelas ‘Singa Ben’ atau Teh O Ais Limau dalam gelas yang cantik di sebuah restoran yang unik.seperti di sebuah taman, ada kolam mini dan bunyi air mengalir. Ikan koi berenang-renang di dalamnya. Bangku dan kerusi jati cukup memberikan suasana kekampungan yang mendamaikan hati yang mendambakannya, aduh.

Sambil menghirup ‘singa ben’ mataku terus melilau mencari teman-teman yang berjanji untuk datang minum bersama.
Nah itupun kelibat dia. Seorang wanita dan remaja lelaki. Tidak banyak dialog kedengaran. Yang jelas remaja lelaki itu seperti kurang senang dengan pertemuan itu. Seperti enggan berbual denganku.Apa dosaku terhadapnya? Dengan isyarat badan wanita yang mahu duduk di tempat lainbersama remaja lelaki itu aku pun mengizinkan mereka meninggalkan aku sendirian. Biarlah mungkin rezeki aku untuk sendirian di situ.

Aku tidak mahu banyak fikir mengenai hal itu. Aku ingin damai di restoran itu dengan ‘Singa Ben’ aku. Mataku terus melilau di sekitar restoran dan terhenti pada sebuahbingkai gambar bunga kuning yang dicetak besar. Cantik kalau boleh aku mahu memilikinya di rumahku sendiri.Tapi ah merepeklah. Semuanya aku nak itulah nafsu yang tidak pernah puas.

Resah juga aku bila memikirkan remaja lelaki itu seperti kurang senang dengan pertemuan tadi. Sebelum ini dia okey saja dengan aku. Apa yang tak kena.mahu saja aku terjah dan tanya dia kenapa.tapi sabar lah itu bukan caraku.Biarkan wanita itu merungkaikannya.

Cukuplah minum petang itu sehingga saat itu sahaja kerana keadaan selepas itu tidak lagi memberikan kedamaian. Aku melambai kepada pelayan restoran lelaki untuk mendapatkan bil minuman kerana aku mahu beredar dari situ.

“semua sekali RM140.00”kata pelayan itu.
“Apa? RM140.00. Awak salah meja tak?”Tanya aku.
“Tak memang saya tak salah Encik.”
“Saya cuma minum segelas Teh O Ais Limau, Takkanlah banyak itu!
“Ya Encik! Bukan harga minuman sahaja yang Encik kena bayar, itu bunyi air kolam, pemandangan cantik kat sini, hiasan dinding yang unik itu, hawa dingin dan gaji pekerja di sini semua termasuk dalam bil itu”

Betul-betul melampau kataku.aku diam sahaja sambil menuju ke tempat bayaran untuk menjelaskan bil itu. Sumpah aku takkan datang lagi ke restoran itu.sampai sahaja di tempat bayaran aku mengeluarkan 3 not RM50.00 dan memberikan kepada juruwang.

“Cuba awak tengok betul-betul takkanlah segelas air RM140.00?”kataku tidak berpuashati.
“Tak apa saya semak balik Encik”kata juruwang itu.
“Maaf Encik ada kesilapan pada bil itu jumlahnya cuma RM48.00”kata juruwang.
Aku sedikit lega walaupun agak mahal tapi perasaan aku rasa aman sedikit. Juruwang melihat reaksi mukaku yang tidak berpuashati. Lalu dia meminta maaf.

“Encik ini ada pakej menu untuk Encik sebagai tanda mohon maaf kami pada Encik”kata juruwang sambil menghulurkan sebiji buah kelapa muda dipotong ada payung kecil di sisinya dan sepinggan makanan barat daging panggang!

Wah nampaknya aku masih belum boleh beredar dari restoran itu.Nak kena habiskan makanan itu pula. Seorang pelayan membawakan pakej menu tanda mohon maaf itu berjalan beriringan denganku mencari meja untuk aku duduk.

Ketika itu aku terasa kepalaku sakit. Aduh. Aku tersedar dari tidur.mimpi rupanya. Sial. Aku senyum sendirian. Dah lama aku tak bermimpi. Sudah lah mimpi, mimpi kat restoran mewah pula. Kena kencing pulak tuh. Ya ampun. Mengarut. Yang paling ralat aku sedar sebelum aku dapat merasa hidangan kedua itu. Aku lihat jam. Pukul 6.10 pagi. Aku belum solat subuh lagi.

Dengan kisah mimpi itu aku terus teringat pada ceramah ustaz bahawa mimpi itu ada 3 jenis. Mimpi adalah mainan tidur. Satu mimpi yang terjadi akibat kita terlalu bermasalah, fikiran yang tidak tenteram kita pun tidur dan ia menjelma di dalam mimpi. Kedua mimpi syaitan. Apabila tidur tidak membaca doa dan menjaga tertib tidur dan ketiga mimpi ilham. Iaitu mimpi Allah ingin memberikan gambaran atau memberitahu sesuatu kepada hambanya.

Lalu aku berfikir panjang memikirkan di kategori mana mimpi tadi? Atau ia tidak tergolong di dalam mana-mana kategori di atas. Mungkin sekadar untuk menjadi ‘Dejavu’ apabila aku bertemu situasi sebenar dalam realiti di suatu masa yang akan datang!

Berita Pelancaran Katalog Dalam Harian Metro




Lagi Berita Semasa Pelancaran Katalog

Berkata kepada pemberita dalam sidang akhbar beliau (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) berkata, beliau berbangga dengan kerja keras dan komitmen ITNM yang menunjukkan prestasi menggalakkan dalam melaksanakan fungsi memajukan bidang penterjemahan, sekaligus menyumbang kepada usaha mempromosi ilmu, budaya dan kesenian negara.

Malah ITNM yang menjadi sebuah syarikat berkaitan (GLC) yang bernaung di bawah Kementerian Pelajaran sudah memperoleh keuntungan memberangsangkan dua tahun berturut-turut bermula dari 2006, tanpa bergantung sepenuhnya kepada kerajaan.(Petikan Akhbar Harian Metro).

Gambar di atas (Koleksi ITNM) sekitar Majlis Pelacaran Katalog yang dihadiri sama oleh Dato' Lat .

Indahnya Pantun - Pada Kad Pengganti Diri


Saat dan minit bertukar ganti,
Sahur dan berbuka berselang-seli;
Ibadah berpuasa kini tamat diuji,
Syawal menjelma menyambut Aidilfitri.

Dalam hening pagi 1 Syawal ini,
Dalam kilauan cahaya Aidilfitri,
Dalam gema takbir segala puja puji;
Kurenung sekeping kad pengganti diri,
Tersusun rapi sepuluh jari mohon diampuni,
Moga silaturahim sentiasa mekar abadi.

Anak muda berpasang-pasangan,
Pakai baju kerongsang keemasan;
Di Aidilfitri bermaaf-maafan,
Semoga ikatan erat berpanjangan.

Irama merdu alunan biola,
Suara gemersik mengalun lagu;
Syawal menjelma disambut gembira,
Ramadan berlalu terasa pilu.

Hari Bahagia menjelang tiba,
Bersama kita eratkan mesra;
Tangan dihulur maaf dipinta,
Semoga gembira di Hari Raya.

25 September, 2008

Hutang

Untuk dikongsi bersama sebab saya tahu bukan semua berpeluang menonton Astro Bersama Dato Fadilah Kamsah setiap pagi di OASIS jam 7.00 pagi atau ulangannya 6.00 petang. Memang menarik topik yang dikemukakan seperti bohong, mengapa wanita mudah menangis dan pasal hutang.

Kata Dato' Fadilah Saidina Umar r.a berkata jika mahu umur panjang minumlah susu setiap hari dan orang yang umurnya pendek dan tidak akan hidup lama ialah orang yang suka berhutang.
Dah itu saja sebab saya kira yang lain-lain itu kita dah biasa dengar yang ni barang kali jarang-jarang kita dengar.

Lalu teringatlah saya kisah hutang yang tak luput dari ingatan saya. Juga dari ceramah ustaz ketika kecil. Di zaman rasulullah ada dua orang sahabat karib yang alim. Salah seorangnya telah berhutang dan yang berhutang ini telah meninggal dunia.

Lalu setelah sekian lama meninggal sahabat yang masih hidup inipun bermohonlah kepada Allah untuk bermimpi melihat keadaan sahabat yang telah meninggal itu kerana sangkanya sahabatnya sedang mendapat kebaikan di alam barzah kerana amalnya di dunia.

Tetapi alangkah terperanjatnya sahabat tadi apabila bermimpi sahabatnya sedang dalam kesengsaraan di alam kubur kerana masalah hutangnya. Amalannya tergantung kerana dia tidak berjaya melangsaikan hutangnya sebelum dia meninggal.

Lalu dia pun berceritalah bahawa dia telah berhutang dengan sipolan dan jumlahnya tidak banyak dia telahpun menyediakan wang untuk menjelaskan hutang tersebut di rumahnya dan pada hari dia ingin menjelaskan hutangnya nyawanya telah diambil oleh Allah s.w.t.

Sahabat tadi bermohon agar sahabatnya di dunia untuk ke rumahnya dan mengambil wang tersebut dan segera menjelaskan hutangnya bagi meringankan beban yang dialaminya.

Dan Lagi Ucapan Raya


Di bulan ramadan & syawal yang mulia ini saya ingin mengambil kesempatan menyusun 10 jari memohon kemaafan kepada semua yang mengenali diri ini sekiranya selama ini saya ada terkasar bahasa atau gerak laku..Harap segala kesilapan yang lalu tidak disimpan di dalam hati..Semoga aidilfitri anda diberkati & memberi seribu makna kepada anda semua..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN
MINALAIDIL WAL FAIZIN

Shukri ITNM






Di dalam kerendahan Hati,
Ada ketinggian Budi,
Dalam kemiskinan Harta,
Ada kekayaan Jiwa,
Dalam Penyudah Ramadhan,
Ada penyeri Syawal..


Di ruang blog ini mas mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Jika ada tersalah kata, tersilap bicara mas mohon ampun dan maaf serta zahir dan batin kepada semua warga Institut Terjemahan Negara Malaysia
Dan pembaca setia diruangan blog ini…
Salam Lebaran…

Masliza ITNM




UCAPAN INI DITUJUKAN KEPADA SEMUA SEDARA MARA DAN RAKAN TAULAN,
TERUTAMA YANG PERNAH BERADA DI PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN.
YANG KEBANYAKANNYA TAK TAHU BERADA DI MANA.
TERLALU BANYAK PERISTIWA BERLAKU SEPANJANG MENJUNJUNG KEHIDUPAN INI.
BANYAK JUGA PERKARA DILUPAKAN DEK NAK MENENTANG CABARAN DAN DUGAAN.
KEPADA MEREKA YANG DILUPAI NAMUN TETAP DIINGATI, SELAMAT AIDILFITRI.
MOHON DIMAAFKAN SEGALA DOSA.
SEMOGA KITA SEMUA BEROLEH KEBERKATAN DARINYA.
… DAN SEMOGA KITA BERPELUANG DITEMUKAN SEBELUM HAYAT DIJEMPUT.

Zainora ITNM


Selamat Hari Raya untuk Semua....... ..
PANTUN RAYA

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu.. .
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
sepaden Pahang ada kasino
Nasi panes ikan patin
Jangen awok masam muker
Raye maken rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Selangor/K.Lumpur. ..
Wa cakap lu wa tak tau
tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Eheheheheh,
Selamat Hari Raya Semua Maaf Zahir Batin

Liyana ITNM




To all my dear fellow colleague,

Wishing all of you a Happy blissful Aidilfitri.
Have a safe journey home.

`Ckin`


Shikin ITNM

Tanda-Tanda Penyakit - Kongsi Emel

Tanda-tanda Penyakit.


Info : MATA .

Bertindak balas dengan keadaan hati .



Mata menjadi merah:

Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.


Mata menjadi kabur:

Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.


Keluar air mata:

Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


HIDUNG.
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.


Selsema
a. Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
b. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).


Hidung sebu
a. Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


Batuk
a. Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Biasanya kahak pekat keluar setepas beberapa hari memakan RG.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


KERONGKONG
Kerongkong kering :

Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.


Sakit kerongkong:

Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


BIBIR.

Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


MULUT DAN LIDAH :
Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah .
Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


TELINGA :
Berkaitan dengan buah pinggang.
Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanyatapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu
hilang setelah berjalan-jalan.


KULIT
Peluh
-Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik.
-Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
Ruam & Bisul: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
Kulit Gatal Dengan Ruam: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
Kulit Pecah & Berair: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
Rambut Gugur: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
Sendi Sakit
i) Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
-Kebas Tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
-Kebas Tangan Kiri & Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jikarasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
Kebas Kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
Rasa Panas di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
Gatal di Celah-Celah Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


TANDA-TANDA DALAMAN
Kepala. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
Pening/Sakit di Bahagaian Depan Kepala: Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
Pening/Sakit di Bahagaian Belakang Kepala:
-Bahagian atas: Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
-Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
Sakit Kepala & Rasa Gas Keluar Dari Telinga: Menandakan penyakit migrain.
Bisuk di Kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
Rasa Pening yang Memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


MULUT/KERONGKONG
Loya/Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
Muntah Darah:
- Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
- Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.
Lidah Rasa Tegang & Pendek: Tanda sakit jantung.
Keluar Air Liur Pekat: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman


KENCING
Kencing Kerap: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.
Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
Air Kencing Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
Air Kencing Pekat Bewarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


BUANG AIR BESAR
Cirit-Birit/ Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
Sembilit: Membersihkan toksin dari usus kecil.
Najis Berdarah:
- Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
- Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
Najis Bewarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus.


TINDAK BALAS BADAN
Badan Rasa Sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran.
1. Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.
2. Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
3. Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ- organ badan.
4. Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
Badan Terasa Berat/Malas/ Lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
Badan Terasa Ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


TINDAK BALAS EMOSI
Rasa Takut Mengejut : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
Cepat Naik Darah/Marah: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
Rasa Bimbang & Takut: Sistem paru-paru yang lemah.
Rasa Seronok atau Bimbang Tanpa Sebab:
- Sistem jantung yang lemah.
- Sistem saraf otak yang lemah.
- Masalah pengaliran darah.
Suka Berfikir & Berkhayal: Sistem penghadaman yang lemah


Terima Kasih
Adindaku Affan

Tahukah Anda - Koleksi Minda Tun Mahathir

Sebahagian dari buku koleksi Minda Tun Mahathir


Buku `Koleksi Minda Dr. Mahathir' telah dilancar oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13 Mei 2003.


PUTRAJAYA 13 Mei - Koleksi buku bertajuk "Koleksi Minda Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad" yang mengandungi ucapan Perdana Menteri dan cetusan pemikiran beliau yang disifatkan sesetengah intelek sebagai "Mahathirisme", dilancarkan pada tahun 2003. Gabungan cetusan pemikiran Tun Dr. Mahathir itu adalah warisan beliau kepada rakyat negara ini yang patut dijadikan jatidiri bagi menahan gelombang kolonialisme kedua dan juga pengubat rindu setelah persaraan Tun Dr. Mahathir pada Oktober 2003.

Koleksi kumpulan ucapan Tun Dr. Mahathir antara tahun 1993 hingga 1999 itu merangkumi tema kontemporari seperti globalisasi, serantau, pengurusan ekonomi, politik, ekonomi digital, demokrasi dan Asia baru serta dimensi Islam yang disampaikan di 113 lokasi di dalam dan luar negara.

Majlis pelancaran koleksi 14 buah buku itu telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu - Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail. Seri Paduka diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Perdana Menteri dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali turut hadir pada majlis pelancaran berkenaan. Ketika ditemui wartawan kemudian, Dr. Mahathir berkata, beliau terkejut dengan penerbitan buku itu.

"Saya surprise juga la, diterbitnya sampai 14 buah buku,'' katanya. Mengenai cadangan agar institusi pengajian tinggi tempatan menggunakan koleksi minda itu sebagai rujukan, Tun Dr. Mahathir berkata, itu terserah kepada institusi pengajian berkenaan sendiri. Pengerusi Institut Terjemahan Negara Berhad (ITNM) ketika itu, Datuk Abdul Aziz Rahman mencadangkan agar semua institusi pendidikan menggunakan pemikiran Tun Dr. Mahathir bagi membolehkan bangsa Malaysia sama taraf dengan bangsa-bangsa lain di dunia.

Usaha menterjemahkan ucapan berkenaan ke dalam bahasa Melayu dari ucapan asal dalam bahasa Inggeris dibuat oleh pasukan penterjemah ITNM dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Koleksi itu diterbitkan bersama oleh Utusan Publications & Distrubutors Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Kumpulan Utusan, sebagai pencetak dan pengedar. Ia dibukukan mengikut topik yang disentuh Perdana Menteri dalam ucapannya seperti politik, ekonomi dan juga agama.

24 September, 2008

Jom Baca Buku- Falsafah Dunia



Satu lagi buku sebelum minggu depan buku terakhir saya siarkan dalam siri buku pelancaran.

Buku Pelancaran!

Falsafah Dunia
World Philosophies

Kita hidup dalam era yang paling banyak berubah dalam sejarah. Pada zaman silam adalah mustahil untuk kita berjalan dari satu pusat tamadun ke pusat tamadun lain, malah sebahagian besar dunia tidak dikenali oleh sebahagian yang lain. Seluruh wilayah terpisah antara satu sama lain, lalu sejarah difikirkan secara berasingan oleh kelompok masyarakat yang berlainan. Tapi kini, semuanya bergerak seiring lalu membentuk aliran tunggal sejarah dunia.

Kesannya, kita semua kini termasuk dalam proses ekonomi global dan perlu berfikir secara global. Buku ini memaparkan falsafah dari seluruh dunia yang cuba menyedarkan peri pentingnya memberi penekanan kepada budaya dan tamadun silam pelbagai bangsa, agama dan iklim intelektual- asas yang banyak menyumbang kepada pemikiran manusia.

Falsafah Dunia
World Philosophies
Penulis: Ninian Smart
ISBN: 978 983 068 252 5
Tahun Terbitan:2008
Halaman: 632
Harga: RM70.00

Hubungi ITNM di 03 41497210 untuk mendapatkan tempahan anda.

Lagi Ucapan Raya



Dari Tiga Serangkai
Selamat Hari Raya kepada semua staf ITNM kepada kawan-kawan yang pernah berkhidmat dengan ITNM sebelum ini. Berhati-hatilah pulang berhari raya. Ina doakan semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing. InsyaAllah.
Azlina ITNM.

Selamat Hari Raya kepada semua staf ITNM. Mohon Maaf Zahir dan Batin.
Rohaizah ITNM.

Selamat Hari Raya kepada keluarga saya suami, anak-anak, kawan-kawan dan seluruh warga ITNM
Hasnafidah ITNM




Ucapan Selamat Hari Raya ini kepada semua setelah berpuasa selama sebulan, semoga enjoy beraya seminggu. Maaf Zahir batin.
Farhana ITNM




Selamat hari raya aidil fitri kepada semua warga ITNM. Selayaknya bagi para mu’min yang berjaya dalam ramadannya untuk meraikan ia pada 1 syawal sebagai tanda kemenangan.
Syed ITNM




Kepada Semua Warga ITNM saya mengucapkan Selamat hari Raya Aidil Fitri dan tidak dilupakan juga rakan di luar sana yang mengenali saya. Maaf Zahir Batin.
Norlida





Salam,

Ucapan selamat hari raya diblog enchelah:

“Saya , Saiful Azman Hj Bidin dan keluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, mohon maaf jika ada tersalah bahasa kepada En Mohd Khair dan semua Staf Insittut Terjemahan Negara Malaysia terutamanya unit lama saya, Unit Teknologi Maklumat. Saya ingin mengucapkan penghargaan kepada semua staf yang telah memberikan kerjasama dan ukhwah yang begitu indah sejak saya mula bertugas di sini. Saya mengharapkan agar ukhwah kita semua terus terjalin kukuh dan syarikat ini terus cemerlang.

Kepada Geng Unit Penerbitan, ( En Megat , En. Enchelah, En Shuaimi ( Barrack Obama), En Zaharul (Zorro), En Zaidan ( Abg Jet li dan) dan Maria,….semoga unit kita menjadi yang terbaik dari pada unit lain dan terima kasih di atas segala tunjuk ajar kalian. Saya juga mengharapkan agar saya dapat diserapkan sebagai staf tetap setelah sekian lama memegang status kontrak dan juga mengharapkan agar unit penerbitan terus berada di tingkat 3 kerana ruang di tingkat 3 lebih sesuai untuk unit bersifat “production” atau “Front line” seperti kami berbanding ruang di tingkat 2 yang kecil dan tidak sesuai. Dah tak larat dah nak pindah dah En Khair…

Akhirnya terima kasih kepada Enchelah kerna sudi memberikan peluang bagi saya menyampaikan ucapan ini.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Segalanya ! ”

Azman ITNM

Puasa - Senyum

Ketika Ramadan si adik ini baru belajar berpuasa. Dan dek kerana kehausan dia pun minum air. Si kakak pun menjerit melihat adiknya dan berkata:
“Adik bukankah kau berpuasa?”
“Ya la memanglah adik puasa, tapi sat lagi adik sambunglah puasa balik, hauslah kak!”
“Eh mane boleh macam tu dik?” kata si Kakak.
"Untuk orang yang kecil macam adik boleh!"
"Ya lah..tapi adik makin besar adik kena belajar puasa penuh"

23 September, 2008

Apa Kata Dia - Saiful Annuar Baharim




Memandangkan minggu hadapan semua akan cuti berhari raya maka sunyi dan sepilah jalanraya dan juga alam siber ini. Jadi ruangan Apa Kata Dia akan membawa kita satu lagi temu bual sebelum semuanya melupakan buat sementara blog ini. Kali ini dengan Saiful staf ITNM yang dah lama saya nak jumpa tapi tiada berkesempatan dengan cerita puasa dan raya. Kalau nak tau dia ni suami kepada Atie AF1. Saya ni kira peminat totok AF dulu-dulu.



Assalamualaikum
Waalaikumsalam…

Apa Khabar?
Sihat, Alhamdulillah…

Pertama sekali nak tanya kenapa ubah fesyen rambut? Yang dulu tu tak hensem ke?
Fesyen rambut ni memang sentiasa diubah…ikut perkembangan & rasa…pernah panjang, pendek, botak, rambut tegak kat tengah & mcm-mcm lagi…bukan pasal tak hemsem, lagipun dah nak raya kan…tak best pulak botak, mcm gengster raya pulak nanti… he he

Dengar cerita kerja sambil belajar, masalahnya apa ?
Ya, siang saya kerja…malam study kat UiTM Shah Alam, dalam 3 hingga 4 kali seminggu…mula-mula terasa jugak sakit badan, letih, demam pun pernah..pasal lepas kerja terus kena gerak ke Shah Alam..redah jem lagi huh….balik pulak sampai kat rumah dalam pukul 10 – 11 malam, tapi lama-lama biasa dah.. sampaikan masa semester break tu jadi boring pulak, banyak masa free

Ambil course apa, di mana dan jangkamasa kursus?
Ambil course Ijazah Perakaunan di UiTM Shah Alam dan jangkamasa belajar ni sepatutnya habis dalam 2 ½ tahun paling minimum…tp rase2 mcm 3 tahun je pasal ade terpaksa drop paper sebab tekanan masa dan kesusahan subjek…

Adakah dia berkaitan dengan kerja?
Sangat berkaitan…sebab tu sambung belajar lagi, sambil belajar ni ilmu yang dapat masa belajar tu pun dah boleh pakai terus untuk kerja…memang memudahkan kerja jugak kadang-kadang…

Bagaimana dengan puasa Tahun ini, dulu bujang sekarang dah jadi suami?
Best jugak…cakap je nak makan ape…kalau isteri free conform dia bikin punye…kadang-kadang makan berbuka sama-sama kat luar pun seronok jugak…memang rase lain lah…

Apa yang menyeronokkan (puasa tahun ini)?
Beramal ibadahlah yang seronok, walau tak banyak pun tapi seronok jugak..yelah syaitan kene ikat, jadi godaan tu kurang skit..he he & memenuhi jemputan berbuka puasa dengan isteri pun banyak jugak…seronok sebab dapat makan free & sedap he he…

Sebelum ini beraya takde masalah kerana balik rumah orang tua.Sekarang dah berdua bagaimana giliran raya?
Bab beraya kat mana ni sebelum kahwin dah discuss dah…oleh kerana raya haji tahun lepas kat kampung isteri, jadi raya aidilfitri tahun ni balik kampung saya ler…& ini akan digilir-gilir dari tahun ke tahun…

Kampung anda di mana?
Kampung saya di Kuala Selangor, Selangor.. & isteri di Janda Baik, Pahang…

Persiapan raya bagaimana Baju dan kuih raya. Tentu peminat akan serbu rumah ni?
Baju raya dah siap dah..warna ungu paling lawa di dunia, kuih raya yang beli dah order kat En Jasmin & kerepek dah order kat Kak Fau…yang buat punye start Khamis ni 25hb Sept…peminat isteri takde serbu rumah kot…dia ni low profile sikit…jadi tak risaulah nak kene buat persiapan lain…peminat pun member-member yang berminat nak datang rumah kita orang jelah kot…jangan tak datang ye, especially che lah…he he

Kahwin celebriti boleh kongsi bagaimana jumpa Atie?
Kenal masa belajar kau UiTM dulu…first jumpe masa Atie tengah buat teater…pastu kebetulan pulak kita orang jadi pelakon tambahan untuk assignment member…pastu calling2 jadi kawan…pastu jadi boyfriend girlfriend…pastu jadi suami isteri pulak…semoga sampailah ke cucu cicit hendaknye…

Anda tiada masalah Atie terus bergiat dalam seni dan sampai bila?
Seni ni dia punye profession…tak jadi masalah pun…cume harap dia akan develop diri dia dari jadi pelakon & penyanyi kepada bidang pensyarahan seni or pengarahan maybe and hopefully

Tempias glamor tentu dirasakan juga bila kahwin artis anda bagaimana. Boleh cerita pengalaman anda atau anda seorang yang low profil?
Setakat ni biasanye follow dia pegi jemputan majlis or buat fotoshoot…takdelah kejar glamor, kalau orang jemput kite kene datang…lagi pun profesion isteri perlukan publisiti…tapi takdelah sampai mencari-cari glamor…saya still anggap yang kami ni low profile sahaja…hidup sebagai suami isteri yang biasa…


Ucapan hari raya anda?

Saya dan Isteri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kenalan yang mengenali kami…juga di hari dan bulan yang mulia ini saya dan isteri ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa, terusik sampai terasa, terlanggar sampai cedera…kerana kami hanya manusia biasa, tak lari dari kesilapan dan dosa…(macam pantunlah pulak he he) harap dapatlah dibuang yang keruh dan diambil yang jernih…semoga bergembira di hari raya ini dan harapan mendapat lembaran yang istimewa kepada semua…

Terima kasih.
Sama-sama & terima kasih juga kat che lah…Wassalam…

Ucapan Raya



Assalamualaikum

Kepada semua pembaca setia blog ini . Tidak mungkin saya menamakan dengan terperinci mereka yang saya maksudkan kerana saya tahu ramai yang setia meniti blog yang telah saya jadikan wadah berkongsi maklumat dan rasa di antara saya dan anda.
Ramadan yang mulia dan Syawal yang menjelang nanti saya mengambil kesempatan kepada yang jauh dan dekat untuk memohon maaf jika terdapat kesilapan sepanjang pergaulan kita dan perbuatan yang telah menyinggung sanubari anda.

Berbelanjalah dengan berhemat, yang mahu pulang ke kampung halaman berhati-hati memandu. Selamat Hari Raya Aidil Fitri.


Kepada saudara-saudaraku seperti biasa hamba akan berhari raya bersama bonda tercinta dan mungkin adinda yang ada di sini. Ketiadaan hamba di kampung halaman sudah menjadi lumrah sejak 7 tahun yang lalu lantaran bonda yang ingin beraya di sini. Ampunkan salah silap adinda/kanda dan juga bonda terhadap kalian. Kesihatan bonda beransur baik, Alhamdulillah. InsyaAllah ada rezeki kita akan jumpa lagi.



Kesempatan ini saya ambil untuk mengucapkan selamat hari raya buat Enche Lah sekeluarga, semuga berbahagia di samping keluarga. Juga kepada teman2 lama semasa belajar di ITM, Shah Alam batch 1985/87, dan sahabat2 yang sama-sama belajar di Tokyo, Jepun batch 1988/1991, serta semua sahabat handai dan saudara di Semenanjung, Sabah & Sarawak, keluarga ayah di Singapura & keluarga ibu di Brunei Darussalam. Tidak lupa juga kepada saudara2 yang menetap di luar negara. Selamat Menyambut Aidil Fitri, Maaf, Dzahir & Batin.

Salam ingatan tulus ikhlas dari :

Jefrey dan anakanda Daniel Haqeem Jefrey
Kuching, Sarawak.
( kalau berkesempatan lusurilah blog saya di

http://www.jefbuj.blogspot.com/ )




Selamat hari raya kepada sume staf itnm, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan jika tersalah kata,tersilap bahasa… Maafkan saya ye…

Norhidayah ITNM



Hari Raya, Hari Yang Mulia, Penuh Bererti Kepada Kita, Ucapan Selamat Hari Raya, Dari Dayat Untuk Semua.... Hidayat ITNM




Salam Ramadan,

Salam Lebaran untuk semua kakitangan ITNM. Saya ingin mengambil kesempatan di ruangan blog ini menyusun 10 jari, memohon kemaafan diatas sebarang keterlanjuran yang mungkin disengajakan mahupun tidak disengajakan. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Nor Azanizan ITNM



Terima kasih atas peluang yang diberikan….bukan senang woooo nak dapat peluang melayangkan ucapan Salam AidilFitri di ruangan blog yang asyik masyukkkk nihhhh….
Here I go…..

”Untuk Sayang, Princess dan Ben 10 ayah, buat abang2 dan kakak2 ku yg juga sumber kekuatanku, buat sahabat handai di pelbagai Ministries, GLCs dan private companies (semua sudah senior position, bila mau payung gua?) dan juga tak lupa buat keluarga sebelah Mertuaku di mana jua berada, buat iparku di Scotland, kadang2 Afrika Selatan dan akan datang Australia – for good (bila nak jd penduduk tetap di M”sia? Kembalilah kerana payah jerihmu lebih diperlukan di sini!)” dan terakhir sekali buat tuan yg empunya laman blog….moga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki….dengan ucapan “Salam Syawal melambai kini, Moga berbahagia di AidilFitri…”

Ahmad Shuami ITNM



Assalamualaikum wbt

Terima Kasih sekali kerana memberi peluang kepada Abang Mat untuk mengisi slot Ucapan ini. Abang Mat suka mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang kepada pembaca blog enche's khususnya dan kepada semua umat Islam di luar sana amnya.Dan tidak dilupakan kepada tuan punya blog enchelah semoga berbahagia di Hari Raya bersama bonda dan adinda tercinta.


Abang Mat

















Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan-rakan yang disayangi. Sambutlah aidil fitri ini dengan merapatkan ukhwah sesama ahli keluarga dan handai taulan. Budak-budak main bunga api, Yang dewasa main mercun. Kalau ada yang tersakit hati. Maafkanlah diriku yang sikit cun… Kebaboommm…

~atie_sl~





Salam Ramadhan,
Buat warga Institut Terjemahan Negara Malaysia,

Kami ingin mengucapkan :-
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.
Semoga kehadiran Syawal yang mulia dapat menyambung dan mengeratkan ikatan Silaturrahim sesama kita.

Yang Ikhlas,
Azira & Bolkia








Selamat hari raya kepada semua staf itnm,pada keluarga tersayang dan tak lupa pada umat islam sekalian yang meraikan aidilfitri yang mulia ini..disini saya ingin memohon maaf diatas kesilapan yang dilakukan,jika ada yang terasa maaf dipinta dari hujung rambut hingga hujung kaki..


Nana ITNM


Kesempatan ini saya dan puteri kesayangan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.
Semoga kehadiran Syawal kali ini lebih bermakna buat kita semua. Kepada semua kenalan, cumi & ciki, makcik2 pakcik2, sepupu2, kakak2, abang2, atuk2 dan nenek2 dlm blog ni Selamat Hari Raya.



Zani

Ucapan Pengarah Urusan ITNM di Majlis Pelancaran Katalog Malaysia ke Frankfurt

UCAPAN ENCIK MOHD KHAIR
Pengarah Urusan ITNM di Majlis Pelancaran Katalog Malaysia ke Frankurt Book Fair,
MALAYSIAN STORY: TOLD THROUGH OUR BOOKS
23 SEPTEMBER 2008
di Kementerian Pelajaran Malaysia

Pengarah Urusan ITNM En. Mohd Khair Ngadiron dalam ucapannya menyampaikan ucapan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin di atas kesudian hadir dan menyempurnakan pelancaran katalog Katanya lagi kehadiran Yang Berhormat Dato Seri Hishamuddin amat besar maknanya kerana menjadi simbolik kepada sokongan Yang Berhormat Dato serta Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya terhadap usaha yang sedang dilakukan oleh ITNM iaitu misi penting mengantarabangsakan karya tempatan ke peringkat global.

Dalam majlis itu juga beliau menambah tanggungjawab membina dan mengembangkan karya penulis tempatan ke peringkat dunia bukanlah satu usaha mudah, sebaliknya banyak pengorbanan perlu dibuat dan banyak usaha perlu dilaksanakan. Bagaimanapun, usaha ini sewajarnya menerima sokongan semua pihak, khususnya pemain industri buku Negara, kerana mengantarabangsakan karya tempatan ini juga secara tidak langsung akan turut sama mengantarabangsakan bahasa serta budaya Melayu. Sebagaimana yang kita semua ketahui, Malaysia sejak dahulu lagi mempunyai banyak hasil sastera bermutu yang setanding dengan penerbitan antarabangsa.

Tapi sayangnya, disebabkan pelbagai halangan dan kekangan, kebanyakan di antaranya tidak sampai ke peringkat dunia dan sekadar mampu menjadi jaguh di kampung sendiri. Inilah yang seharusnya kita beri perhatian, kerana sudah tiba waktunya kita menggerakkan usaha membawa dan memperkenalkan karya tempatan kepada dunia, serentak dan selari dengan cita-cita kita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dalam acuannya yang tersendiri.

Industri buku serta dunia sastera Malaysia tidak lagi boleh kita pinggirkan dengan memandangnya sebelah mata. la tidak boleh dikepompongkan dan dibiarkan berterusan menjadi sajian masyarakat kita semata-mata. Industri buku serta dunia sastera Malaysia tidak seharusnya menjadi milik eksklusif mana-mana pihak sebaliknya perlu dikongsi dengan seramai mungkin khalayak, khususnya di peringkat global terutamanya.

Dalam usaha mengantarabangsakan buku serta sastera tempatan, kita perlu menghasilkan serta mengetengahkan koleksi besar yang diyakini mampu menarik minat penerbit luar untuk menterjemahkannya ke pelbagai bahasa dunia. Usaha ini amat penting kerana sekadar berasa besar dalam lingkungan kita sendiri tidak akan mampu membawa kita ke mana-mana. Justeru itulah, karya yang kuat itu perlu kita ketengahkan ke peringkat antarabangsa dan seterusnya dipromosikan bagi menarik minat penerbit asing bekerjasama menterjemahkan karya-karya ini untuk pasaran Negara masing-masing. Hanya dengan cara ini saja kita akan dapat menawarkan sastera kita kepada khalayak antarabangsa, sekali gus memperkasakan kewujudannya, baik di tanah air sendiri, mahupun di peringkat dunia.

Ketika melakukan kunjungan hormat bertemu dengan Yang Berhormat Dato Seri Hishammuddin pada 15 Januari lalu, En. Khair berkata Yang Berhormat Dato Seri ada berpesan supaya beliau melihat dan mencari jalan bagaimana ITNM boleh bergerak di arena antarabangsa. Mengambil nasihat tersebut dan juga pandangan Yang Berbahagia Pengerusi ITNM serta Dato Baha Zain, beliau dan staf ITNM merasa terpanggil untuk segera merealisasikannya dengan matlamat supaya idea dan pemikiran rakyat Malaysia dapat diketengahkan ke persada dunia. Itulah sebenarnya titik awal yang bersungguh-sungguh mendorong ITNM untuk mengambil bahagian di Frankfurt Book Fair 2008 dengan misi untuk mengantarabangsakan karya-karya Malaysia. Alhamdulillah, beliau juga ingin merakamkan penghargaan terima kasih di atas sokongan penuh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Bahagian Buku Teks KPM, MATRADE , DBP dan semestinya kalangan penerbit tempatan yang memberi kepercayaan kepada kami untuk mempromosikan buku-buku mereka kepada penerbit asing luar negara.

Usaha mengantarabangsakan karya-karya Malaysia ke persada antarabangsa bukanlah satu misi mudah. ITNM memerlukan dana khususnya bagi tujuan membina jaringan yang kukuh, dan ITNM juga memerlukan strategi yang teratur serta berterusan kerana hasil daripada usaha ini tidak akan perolehi dalam sekelip mata, sebaliknya akan membabitkan tempoh panjang - mungkin lima tahun, 10 tahun atau mungkin lebih pendek, terutama jika strategi serta perlaksanaannya dapat diatur secara kemas dan terancang. Bagaimanapun, seperti yang telah beliau katakan awal tadi, semua ini memerlukan banyak pengorbanan, dan setiap pihak yang berkaitan perlu bersatu tenaga menyumbang idea, kemahiran dan kepakaran dalam bidang masing-masing.

ITNM sangat komited mahu melihat usaha ini berjaya, dan atas dasar itulah maka ITNM mengambil langkah permulaan mengatur strategi untuk memperkasakan usaha ini. Justeru itulah, komitmen ITNM di Frankfurt, Jerman menerusi Frankfurt Book Fair 2008 ini adalah untuk memperkenalkan 103 judul buku karya penulis Malaysia yang dikumpul daripada 44 penerbit seluruh Malaysia yang telah dikatalogkan semuanya - lengkap bersama sinopsis serta maklumat asasnya untuk dijadikan pertimbangan puluhan ribu penerbit antarabangsa yang bakal berhimpun di pesta buku terbesar dunia itu dari 15 hingga 19 Oktober ini. Sambil itu, pihaknya juga akan menimba pengalaman daripada kejayaan negara lain menggunakan pesta buku tersebut sebagai platform terbaik mereka untuk mempromosi, membangunkan serta meluaskan industri buku serta sastera mereka masing-masing.

Ringkasnya, buku dan sastera pada khalayak antarabangsa tidak sekadar dilihat sebagai satu khazanah bangsa dan negara, malah juga mencerminkan jiwa dan tamadun bangsa. Semakin banyak hasil karya kita diketengahkan, semakin gah martabat bangsa kita dan semakin menyerlah wajah bangsa dan negara kita. Justeru, adalah menjadi harapan ITNM, semoga usaha yang akan kami mulakan menerusi pesta buku itu pada tahun ini, mampu dilihat sebagai pembuka jalan bagi mencuri perhatian khalayak buku antarabangsa, sekaligus menyedarkan mereka bahawa Malaysia juga berpotensi muncul sebagai pemain utama industri buku antarabangsa suatu hari nanti. Justeru, kami sangat berharap supaya akan sentiasa ada dokongan dan sokongan yang berterusan daripada Yang Berhormat Dato Seri khususnya, dan Kementerian Pelajaran amnya, dalam usaha ITNM mempromosikan karya-karya Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Buku Kampong Boy dalam versi Jerman

Beliau juga bertuah kerana pada majlis itu turut dihadiri Dato' Mohd Nor Khalid atau lebih terkenal sebagai LAT. Beliau mengucapkan terima kasih Dato' kerana sudi turun dari Ipoh semata-mata untuk hadir ke majlis kita pagi ini. Dan untuk makluman semua, relevannya Dato' Lat dengan majlis ini adalah kerana ITNM bakal melancarkan buku Kampung Boy tulisan Dato' Lat bagi edisi bahasa Jerman di Frankfurt Book Fair pada 16 Oktober ini. Dan jika ada yang bertanya mengapa buku Kampung Boy, alasannya mudah iaitu kerana Dato' Lat menepati ciri-ciri medium "towering personality" sebagaimana yang disarankan oleh Kerajaan. Dato Lat adalah personaliti yang sudah dikenali ramai di peringkat antarabangsa, dan buku Kampung Boy adalah satu antara penyebab utamanya. Buku ini yang mula diterbitkan pada 1977 sehingga kini telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa dunia, antaranya Jepun, Perancis, Belanda, Itali, Amerika, Korea dan terkini adalah Jerman. Justeru itulah, tidak menghairankan apabila Dato Lat berjaya menghimpun kelompok peminatnya yang tersendiri, termasuklah Mark Groaning, pengasas siri kartun popular The Simpsons. Sehubungan itu, kami melihat Dato Lat serta buku Kampung Boy itu sendiri sebagai elemen terbaik untuk kita menumpang bagi membantu memperkenalkan Malaysia kepada khalayak antarabangsa di Frankfurt kelak. Sebagai contoh, rakan penerbit kami di Jerman iaitu Horlemann Verlag turut memaklumkan mengenai beberapa pihak di Jerman yang begitu teruja sebaik diberitahu mengenai kedatangan Dato' Lat ke sana, termasuklah pihak media dan pertubuhan tertentu yang mempunyai pertalian hubungan sosial serta dagang dengan Malaysia.

Justeru, memilih karya Dato Lat untuk dilancarkan di platform antarabangsa jelas satu keputusan yang tepat, selain pada masa yang sama bakal mengangkat martabat karya Malaysia apabila buku tersebut sudah terbukti mencecah piawaian global biarpun isi kandungannya bertitik tolak daripada akar budaya Malaysia dan fenomena serta idealogi masyarakat Melayu. Selain itu, kami juga bertuah kerana mendapat kerjasama serta sokongan padu daripada Pejabat Konsul Malaysia di Frankfurt serta Pejabat Kedutaan Malaysia ke Jerman di Berlin, apabila mereka juga bakal turun padang untuk bersama-sama kami mempromosikan karya Malaysia kepada pihak-pihak yang berkaitan di negara tersebut. Sesungguhnya, sokongan yang kami terima setakat ini temyata sungguh memberangsangkan, dan harapan kami semoga komitmen ITNM untuk mengusahakan misi mengantarabangsakan sastera tempatan ini akan berterusan beroleh sokongan dan galakan daripada semua pihak, khususnya Kerajaan.

Akhirnya beliau sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Seri kerana yang sentiasa peka dan memberi perhatian kepada usaha-usaha yang dilaksanakan oleh ITNM. Segala tunjuk ajar dan dorongan Yang Berhormat Dato Seri amat beliau sanjung tinggi.


Sdr. Suziana dan Jurina yang hadir ketika Majlis pelancaran Katalog."Usaha murni ITNM memperkenalkan karya tempatan di mata dunia dan mengantarabangsakannya melalui penerbitan katalog harus dipuji. Dengan ini budaya Malaysia dapat diperkenalkan ke peringkat yang lebih Universal selaras dengan tanggungjawab sosial untuk memartabatkan industri perbukuan di Malaysia."-kata Sdr. Suziana.
Katalog ini akan menjadi duta kecil yang memperkenalkan Malaysia kepada dunia luar melalui karya tempatan yang bersifat Malaysiana. Ia juga mencerminkan betapa karya tempatan kita sebenarnya setanding dengan karya-karya antarabangsa dan wajar diketengahkan. Sememangnya "Frankfurt Book Fair" merupakan tempat yang tepat untuk mengetengahkan karya tempatan kita. Kata Puan Jurina

Sdr.Shaharwati dan Sdr.Ridhwan sedang memerhatikan katalog yang baru dilancarkan. Gambar kanan Sdr. Saraswathy dan Sdr. Farhana sedang menunjukkan Katalog. "ITNM telah menggunakan peluang yang baik memperkenalkan karya tempatan dalam "Frankfurt Book Fair". Walaupun melibatkan kos yang ditanggung sepenuhnya oleh ITNM tetapi ia merupakan pelaburan kita di masa hadapan. Katalog ini memang berwajah Malaysia!"Kata Sdr. Farhana.

22 September, 2008

Inilah dia Katalog ke Frankfurt


Setelah berbulan-bulan mengusahakannya bersama-sama teman-teman akhirnya inilah dia rupa katalog "The Malaysian Story". "The Malaysian Story" mengandungi lebih dari 100 judul karya tempatan yang akan mewakili karya tempatan ke Pesta Buku Frankfurt 15-19 Oktober 2008. Katalog ini akan dirasmikan esok di Kementerian Pelajaran Malaysia.

Secara kasarnya kategori buku terbahagi kepada dua iaitu buku sastera dan buku umum. Buku umum merangkumi pelbagai bidang seperti masakan, lanskap, perundangan, sejarah, seni, politik, kebudayaan, kraf, marin dan sebagainya. Manakala buku sastera seperti novel, puisi, cerpen, antologi dan penulisan mengenai sastera.

Suatu hari aku ke pejabat Joe di USJ9 bersama Ms. Ti untuk urusan katalog ini. Kalau tak silap 11 September 2008. Kerana tekun bekerja aku lupa dengan waktu lunch Ms. Ti kesian kerana dia terpaksa ikut sama berpuasa. Tapi lepas tu aku offer untuk teman dia lunch tapi Ms. Ti kata dia dah kenyang dengan kerja tu...kwa kwa kwa! Sorry Ms Ti lain kali tak buat lagi..

Anak Sedara Kita Yang baru


Sewaktu Majlis berbuka puasa tempohari itulah kali pertama dapat melihat buah hati si Nazri dan Asmar. Saya telah lama cuba untuk menyiarkan berita tentang mereka tetapi ketiadaan visual menghalang saya untuk menyiarkannya. Akhirnya dikesempatan hari minggu yang lalu bila melihat kelibat baby itu saya terus sahaja merakamkannya. Harap yang tak berkesempatan dapat menatapnya di sini.

Nama Baby : Megat Akmal Danish bin Nazri
Tarikh Lahir : 14 Julai 2008
Dilahirkan Di : Pusat Perubatan Naluri, Kuala Lumpur
Berat : 2.8 Kg

Ucapan dari Sdr Nazri sekeluarga: Selamat menyambut hari raya aidilfitri yang bakal tiba tak lama lagi..Hari raya akan menjadi lebih bermakna jika diraikan bersama ibu bapa di kampung halaman. Raikanlah aidilfitri dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran kepada Allah s.w.t. Semoga puasa dan segala ibadah kita diterima Allah s.w.t

21 September, 2008

Apa Kata Dia - Jefri Haji Bujang

Kawan lama. Yang kalau jumpa tak reti nak berhenti bercakap. Tidurpun masih bercakap. Kalau lelap je dia tak bercakap. Terima kasih kerana sudi berkongsi di sini.

Nama Saudara?
Jefrey Hj Bujang

Apa Khabar?
Sihat walafiat, alhamdulillah


Bagaimana puasa tahun ini?
Tahun ni kurang letih dan dahaga sebab kat Kuching tiap2 petang hujan.

Kerja di Bulan puasa bagaimana?Masih mengendalikan kelas memasak?
Bekerja di sektor pelancongan ni, business di musim puasa agak perlahan. Ye lah siapa nak traveling kan . Kecuali membawa kumpulan pelancong dari Semenanjung bershopping di sini. Menakjubkan begitu ramai mereka turun tiap2 hujung minggu untuk beli kek lapis dan pergi ke Serikin ( sempadan Sarawak / Indonesia ) untuk shopping raya. Nak tahu cerita lanjut, lurusi blog saya.

Kelas memasak, di bulan puasa ni ada tak?
Yang terakhir bulan Ogos lepas.

Kenapa tidak menjadikan bidang masakan sebagai profesion?
Saya belajar memasak semasa menuntut di Jepun dulu semasa bekerja sambilan di Restoran Only Malaysia kepunyaan org Malaysia. Tetapi saya tak berminat untuk menjadikannya sebagai kerjaya kerana saya lebih cenderung kepada pengurusan hotel & agensi pelancongan. Boleh jumpa ramai orang. Kalau tukang masak terperok kat dapur je… hehehehe

Dan bagaimana persiapan hari raya tahun ini?
Persiapan macam tahun2 lepas. Tak semeriah masa arwah bapa masih hidup. Tapi Kek Lapis Sarawak tetap ada. Tahun ni tempah sampai 20 biji sbb nak hantar pada saudara2 di semenanjung.

Rutin anda di hari raya?
Selepas balik solat raya, kami sekeluarga akan berkumpul untuk sesi bermaafan. Uniknya adat bersalam melayu Sarawak, sambil duduk bersila ( lelaki ) & bersimpuh (perempuan) kami akan mencium tangan orang tua, disusuli dengan mencium kawasan lutut tanda hormat dan seterus nya mencium pipi. Begitulah bagi yang muda, adik2 akan membuat perlakuan yang sama terhadap abang2 dan kakak2 serta orang yang lebih tua dari mereka. Selepas itu sudah tentu ada sessi bergambar. Dan bermulalah kemeriahan menyambut tetamu hingga tengah malam.


Kuih buat sendiri?
Ya, kuih lapis kita buat sendiri dalam 4 jenis dan selebihnya di tempah.


Menu keluarga di pagi raya selalunya apa?
Yang paling special adalah kelupis. Kelupis adalah makanan tradisi org Melayu Sarawak. Ia seperti ketupat pulut tetapi berbentuk panjang. Ia dibungkus dengan daun kelapa muda. Rasa nya lemak dan sungguh sedap. Ia sesuai dimakan dengan kari, kuah kacang , rendang & serunding

Siapa yang menyediakan menu tersebut?
Biasanya kelupis, mak yang masak. Tetapi lauk2 lain saya dan adik2 bergotong royong membuatnya. Inilah meriahnya beraya dengan keluarga!

Kalau di Semenanjung yang popular untuk sambutan raya ialah Rendang, Lemang, Ketupat dan Sate bagaimana pula dengan di Sarawak ?
Semua tu sama sahaja, tetapi terdapat menu unik dari Sarawak iaitu Laksa Sarawak, Mee Kolok, Lemang berinti daging & ayam , Kelupis dan semestinya Kek Lapis Sarawak.

Kelainan orang di sini ( Sarawak ) menyambut hari raya?
Di Sarawak, konsep rumah terbuka telah diamalkan sejak zaman datuk moyang lagi. Tuan rumah menerima tetamu seawal 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam selama 7 hari berturut2. Sepanjang 7 hari, masyarakat melayu di sini seperti juga di Brunei akan memakai baju melayu & baju kurung semasa berziarah. Biasanya dalam satu hari kita boleh pergi lebih 10 buah rumah. Biasalah, budak2 akan turun naik ke semua rumah tanpa mengenali tuan rumah untuk mendapatkan duit raya.

Uniknya di Sarawak, rumah melayu turut dikunjungi oleh kaum2 lain ( di Sarawak ada 25 lebih kaum peribumi ). Biasanya kita menyediakan kuih muih serta minuman sepanjang 7 hari raya. Lauk pauk seperti Kari & rendang hanya dihidangkan pada hari pertama & kedua sahaja.

Satu lagi perkara unik disini ialah ada sesetengah kawan karib kita yang bukan beragama Islam akan memberi buah tangan sebelum hari raya seperti, telur , ayam hidup dan air minuman bergas kadang2 tu sampai 3 crate. Biasanya bahan2 ini untuk adalah untuk di masak untuk juadah hari raya. Begitu terserlahnya keharmonian masyarakat di sini.

Masyarakat Cina pula juga akan memberi Angpau kepada anak tuan rumah sebahgai tanda penrsaudaraan. Begitu juga sebaliknya di Hari Gawai Dayak dan Tahun Baru Cina, masyarakat Melayu akan memberi kek lapis kepada sahabat mereka sebagai balasan. Begitu unikkan?

Adat “bertuntung“ juga satu keistimewaan yang bermula di malam 7 likur hingga hari raya. Bertuntung adalah aktiviti memasang api pelita disepanjang jalan dikampung2. Setiap rumah akan menyumbang 10 hingga 30 biji pelita dan diletakkan di hadapan rumah .Ia akan bersambung dengan rumah2 jiran menyebabkan suasana kampung dipenuhi dengan cahaya pelita dan amat meriah sekali. Malah turut diadakan pertandingan antara kampung. Ada sesetengah kampung yang begitu kreatif dengan membuat Pintu Gerbang dari pelita di pintu masuk kampung masing2.


Peristiwa raya yang anda tidak boleh lupakan.
Tahun pertama tidak beraya dengan bapa yang meninggal dunia pada tahun 2007 dan beraya di dalam bilik kuliah semasa menuntut di Jepun.

Tahniah 14 September hari ulantahun anda tarikh itu sebenarnya sama dengan tarikh ulangtahun ITNM. Apa hadiah istimewa yang anda dapat?
Disebabkan hari jadi saya jatuh pada bulan Ramadan maka ianya disambut semasa berbuka puasa. Tiada apa yang istimewa sebagai hadiah tetapi puluhan sms dan panggilan telefon dari sahabat & saudara di seluruh Malaysia amat menyentuh hati saya kerana mereka ingat dengan tarikh lahir saya.


Harapan anda untuk raya tahun ini.
Semoga segala perancangan berjalan lancar, dan sedih sikit sebab adik tak balik kerana beraya dengan suami & anak2 di Banting, Selangor.

Ucapan anda?
Kesempatan ini saya ambil untuk mengucapkan selamat hari raya buat Enche Lah sekeluarga, semoga berbahagia di samping keluarga. Juga kepada teman2 lama semasa belajar di ITM, Shah Alam batch 1985/87, dan sahabat2 yang sama-sama belajar di Tokyo, Jepun batch 1988/1991, serta semua sahabat handai dan saudara di Semenanjung, Sabah & Sarawak, keluarga ayah di Singapura & keluarga ibu di Brunei Darussalam. Tidak lupa juga kepada saudara2 yang menetap di luar negara. Selamat Menyambut Aidil Fitri, Maaf, Dzahir & Batin.

20 September, 2008

Indahnya Pantun - Seloka Hari Raya

Melihat pantun di dalam lagu Seloka Hari Raya. Saban tahun walau beratus kali mendengarkan lagu ini tiadalah akan jemu oleh hamba. Tiada lagu ini diputarkan dalam satu musim macam tiada sempurna raya kerana meriahnya bukan pada puasa juga tapi pada telinga yang hauskan halwanya.

Kecil-kecil dahulu sukanya hamba memndengarkan si Dara dan Teruna usik mengusik di dalam lagu ketika raya, menjaga tata susila budaya dan adat melayu di dalam lagu. Nasihat teladan menghormati yang tua ada jua diselit dalam bait-baitnya dan akhirnya mengajak agar kita bermaaf-maafan di hari yang mulia.


Seloka Hari Raya
(Uji Rashid & Hail Amir)

Indahnya sungguh di hari raya,
Ramainya orang bersuka ria;
Adikku manis cantik bergaya,
Bolehkah abang ikut bersama

Usahlah abang membuang waktu,
Mari menuju ke rumah bonda;
Sanak saudara sedang menunggu,
Di hari mulia bertemu mesra

Katamu itu abang mengerti,
Kusanjung budi puteri ibunda;
Pada yang tua kita hormati'
Barulah hidup saling bahagia.

Miskin dan kaya sama sahaja,
Hulurkan tangan berjabat mesra;
Saling bermaaf kita bersama,
Lupakan saja sengketa lama.

19 September, 2008

Puisi - Kau Datang Lagi


Kau datang lagi

Kau datang lagi kepadaku
Lalu kuhulurkan tangan bersalam denganmu
Tentu kau tahu betapaku rindu kepadamu
Setelah setahun berlalu kau pergi
Aku sentiasa menunggumu
Kerana kau membawa seribu ketenangan
Semangatmu melata di setiap pelusuk alam
Yang menunggu rahmat di dalamnya

Ramadan
Kucari di dalamnya lailatul qadar
Sekian lama ketika aku belum penat
Saban kali kau datang
Kuingin sekali sadar di malam itu
Kerana kutahu agungnya malam kudus itu
Namun aku rasakan malam itu
Tidak akan pernah hadir untuk aku

Ramadan
Walau aku gagal mendapatkan malam
Yang menjadi impian jutaan muslim
Aku tetap merasakan rahmat kehadiranmu
Doakan aku dapat menemuimu lagi
Pada kali yang akan datang

Enche
19 September 2008

18 September, 2008

Raya dan Mercun

Hari raya makin hampir. Ramadan menginjak ke penghujungnya. Minggu hadapan adalah minggu terakhir umat Islam berpuasa. Bahang raya sudah terasa apabila lagu-lagu raya mula berkumandang di corong-corong radio.

Namun setiap kali menjelang raya ada sahaja anak-anak yang menjadi mangsa mercun yang dijual oleh orang-orang dewasa yang berfikiran waras dan matang.

Mercun ini dijual kepada kanak-kanak yang tidak boleh berfikir adakah permainan itu merbahaya. Dan ini seolah-olah kita merelakan sahaja kanak-kanak didedahkan dengan situasi merbahaya meskipun dalam keadaan untuk menzahirkan kegembiraan datangnya Syawal.

Amaran dan bagaimana bentuk hukuman terhadap mereka yang menyeludup dan menjual bahan bakar merbahaya itu nampaknya tidak dapat membendung kegiatan itu sejak beberapa dekad.

Yang berfikiran waraspun sedar bahaya bahan itu tidak hanya membahayakan kanak-kanak malah kepada orang dewasa juga apabila bahan itu sering kali menjadi punca kebakaran terhadap kediaman awam. Saat menjelang hari mulia tetapi segelintir terpaksa berhari raya di dewan orang ramai atau di khemah sementara.

Barangkali kita terpaksa mengubah cara untuk membenteras kegiatan dan situasi ini. Benarkan sahaja penjualan mercun tetapi mensyaratkan mestilah diletakkan papan tanda “Bahan bakar untuk mencederakan anak-anak anda” atau “Bunga api untuk membutakan Si Cilik”.

Sudah tentu penjual-penjual pun akan rasa bersalah menjualnya dan ibubapa berfikir berulangkali untuk membelinya. Untuk tahun ini kita penjual-penjual mercun telah berjaya mencacatkan anggota badan seorang kanak-kanak di Kelantan. Dato' Nik Aziz ditanya pendapatnya mengenai kes itu berkata : "Benda ni berlaku tiap-tiap tahun. Kita mesti hukum seberat-beratnya org yg menjual mercun tu"...

Pembakaran mercun bukanlah budaya kita dan bukan juga tuntutan agama. Bermain mercun cuma untuk suka-suka tetapi suka-suka kadangkala berakhir dengan suka duka. Di negara jiran yang majoriti penduduknya berbangsa Cina pembakaran mercun merupakan amalan dalam perayaan Tahun Baru Cina tetapi mereka telah mengambil keputusan mengharamkan pembakarannya.

Jadi soalnya mengapa pula pembakaran mercun yang sedikitpun tidak pernah di sebut di dalam Al Quran dan kuliah-kuliah agama dan tidak pernah dicatatkan dalam Sejarah Melayu sebagai salah satu cara orang-orang melayu menyatakan kegembiraan terus dibiarkan.

Tiap kali puasa mercu terus diseludup dan jual untuk mendatangkan rezeki. Tetapi halalkah rezeki yang dicari dengan cara itu dan boleh mendatangkan mudarat kepada manusia?

Ciki - Mohammed Abdullah Zubir






Dia memang ramai kawan. Dan kawan-kawan dia pun ramai yang jadi pekerja sambilan di ITNM awal tahun dulu. Sekarang masing-masing dah berhenti dan melanjutkan pelajaran di IPTA dan IPTS. Jom Baca!



Nama: Mohammed Abdullah Zubir Muhammed Asrin.

Tarikh Lahir : 30 Mac 1990.

Tempat : Gombak Selangor.

Pendidikan: Sekolah Menengah Darul Ehsan Selayang Baru (2003-2005)
Sekolah Menengah Teknik Cheras (2006-2007)

Makanan kegemaran:
Soto dan nasi Kerabu

Minuman kegemaran:
Fresh Orange dan 100 plus

Warna kegemaran:
Hitam dan Putih.

Perkara yang paling tak suka:
Bila orang tikam dari belakang

Perkara paling disukai
Bila diri disayangi

Pengalaman hidup yang paling seronok yang hendak dikongsi:
Saya diberi pengiktirafan untuk menjadi Ketua Pelajar sementara waktu selama seminggu di Sekolah Menengah Teknik Cheras.

Kerjaya:
Pelajar/ Siswa Universiti Teknologi MARA Bukit Mertajam Pulau Pinang –jurusan Mekanikal

Mengapa pilih jurusan ini?
Saya memang minat bidang permotoran minat pada benda-benda bergerak!

Boleh beri emel?
Emel saya zubairasrin_arsenal@yahoo.com

Juntaian Kasih dan Raksasa bukan hanya di Jepun

Kemeriahan majlis berbuka puasa ITNM bukan hanya menyaksikan stafnya mengenakan pelbagai warna dan gaya pakaian tradisional malah hingga ke fesyen rambut. Nah lihat saja fesyen rambut Juntaian Kasih yang diberikan oleh Abon kepada Fir (Firdouse). Juntai kasih ternyata dapat menarik minat anak dara dan mak dara untuk bergambar bersamanya (Masliza dan Hanisah).

Anda pernah menyaksikan raksasa Jepun dalam cerita siri Ultraman di TV? Kalau nak tau raksaksa bukan hanya wujud di negara matahari terbit itu malah juga di Malaysia. Tetapi di Malaysia raksasa tidak besar. Sedang-sedang sahaja saiznya sebab makanan raksasa tidak banyak di sini terutamanya di Wangsa Maju. Rupanya juga tidak mengerikan kerana raksasa di sini mampu menjalani pembedahan kosmetik dan kadang-kadang ia kelihatan persis manusia. Tetapi raksasa tidak dapat membuang sifat ganasnya seperti membuli dan merosakkan harta benda dan memakan manusia. Lihatlah gambar ini tentu anda dapat meneka mana satu raksasa itu!

17 September, 2008

Senyum - Ku Kira Sirap

Seorang pemuda di dalam sebuah pesawat duduk bersebelahan dengan seorang orang putih.

Datang pramugara untuk memberikan minuman. Setelah bertanyakan orang putih tersebut pramugara tersebut menuangkan minuman yang berwarna merah dan menghulurkan kepada orang putih itu. Lalu ia pun bertanya kepada pemuda tersebut.

Pramugara: Encik nak minum air apa?
Pemuda: Sama

Katanya sambil menunjukkan minuman yang diminum oleh orang putih itu. Pramugara seperti hairan tetapi memberikan sahaja minuman itu kepada pemuda tersebut. Tetapi baru seteguk diminumnya terus tersembur minuman itu dari mulut pemuda itu lalu dia bertanya.

Pemuda: Air apa ini?
Pramugara: Ini arak encik.
Pemuda: Aduh ku kira sirap!

Katanya sambil memarahi pramugara itu. Pengajarannya bertanyalah dahulu sebelum membuat sesuatu.

Apa Khabar - Haniza Lockman


Di antara staf yang awal diterima masuk ke ITNM dan di antara yang awal juga meninggalkan ITNM. Walau apa pun dia tetap staf dan saudara kita. Jom baca Haniza Lockman!

Nama:
Haniza Lockman

Apa khabar?
Baik. Dah boleh berjalan tanpa tongkat.

Tempat kerja sekarang okay?
Bolehlah!!! Tak boleh kerja lebih-lebih sangat, kita dah masuk kategori OKU sekarang ni.

Boleh beri nama company:
Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.

Mula kerja dan tinggalkan ITNM tahun berapa?
September 1993 hingga November 1993. First batch masuk ITNM. Lebih kurang 9 minggu sahaja berkerja di ITNM.

Bagaimana kehidupan sekarang?
So, so. Seronok hidup bujang lagi sebab takde commitment. Tapi yang penting kawan mesti ramai. Boleh contact sana sini bila ada problem. Biasalah midlife crisis, umur dah lebih dari 45 tahun. Depend pada diri kita. Che Lah bila lagi nak kahwin? (Eh ada soalan untuk saya? Itu yang sentiasa saya & orang fikirkan)

Apa pengalaman ada bekerja di ITNM. Dan apa yang tidak boleh anda lupakan?
Sempat gambar masuk surat khabar semasa memberi penerangan kpd Menteri Pendidikan ketika itu, Dato Amar Sulaiman Daud. Masih simpan lagi. Nanti saya beri kemudian. Pada ketika lain, masih ingat Che’ Lah sanggup tunggu saya berjam-jam semasa saya berjumpa Dr. Ahmad Zaki untuk menyatakan yang saya akan kembali berkerja di DBP(Dewan Bahasa dan Pustaka).

Dulu siapa Pengarah Urusan?
Dr. Ahmad Zaki Abu Bakar.

Masih ada menghubungi staf ITNM yang lain?
Masih…… Jurina, Norlida, Suziana, Che Lah, Ayu. Siti Rafiah adalah jumpa semasa ke ITNM dan meeting di DBP. Ayahanda Mokhtar Ahmad.

Pandangan anda mengenai ITNM?
Sepatutnya staf seksyen terjemahan perlu ditambah kerana terjemahan ialah core business ITNM. Dengan cara itu banyak lagi bahan boleh diterjemah dan diterbitkan. CEO nya biarlah lama sikit berkhidmat supaya boleh merancang dan melaksanakan tugas dengan lebih berkesan untuk kemajuan ITNM. Dah 15 tahun ITNM ditubuhkan, tetapi nampaknya tak banyak bahan terjemahan yang diterbitkan. Sepatutnya hendaklah jauh melebihi/ lipat ganda bilangan yang diterbitkan oleh DBP semasa ada Bahagian Terjemahan dahulu. Bukankah Bahagian Terjemahan DBP dibubarkan dengan penubuhan ITNM pada September 1993 dahulu?

Apa ucapan/ pesanan kepada warga ITNM lama dan baru?
Keep up with your work. Kalau ada kerja terjemahan jangan lupa contact saya. Bila free contactlah saya …. melalui phone, emel, sms.

Jika ada yang nak menghubungi boleh beri alamat emel?
haniza_2006@yahoo.com.my, haniza@dbp.gov.my

Siapa yang anda teringin nak jumpa?
Maksud Che Lah, staff atau exstaff ITNM ke? Ayahanda Mokhtarlah, kerana orang yang saya rindui selepas pemergian ayah kandung sendiri ke rahmatullah..

Terima Kasih
Sama-sama