19 January, 2010

Si Cumi - Noor Syarmiza Haji Sulaiman

Jom kenal dengan Cumi kali ini yang kerja Institut Terjemahan Negara Malaysia. Yang Comel dan kelakar. Jauh mengembara mencari kehidupan di sini untuk menyempurnakan pengalaman hidupnya. Mari.


Nama: Noor Syarmiza bt Haji Sulaiman

Tarikh lahir: 21 Disember 1983(yea yea I know dh 27 tahun dah)

Tempat Dilahirkan: Hospital Umum Sarawak
Pendidikan: sepatutnya dah abis amik Degree tapi disebabkan kolej 2 MQA tak de so sekerat jalan jer...so tahap Diploma jer...

Adik beradik? Anak ke berapa?
Adik beradik 3 org,anak kedua tetapi selepas pemergian adik sekarang jadi anak bongsu la…

Makanan & Minuman kegemaran?
Suka makan fast food, air 100plus

Suka warna apa?
:.:pink,hijau pucuk pisang..lawa nyerrr

Suka buat apa waktu lapang?
Luang masa dengan yang tersayang(bestnyerr)

Sekarang buat apa?
mesti la bekerja…

Pengajian dalam bidang apa?
Dalam bidang IT(Multimedia)

Seronok dengan kerja?
Seronok sesangat, nak-nak jumpa dengan kawan yang sama kepala..

Cita-cita anda sebenarnya?
nak jadi surirumah..hehehe…tak de la..nak jadi businesswoman berjaya..insyALLAH..

Apa yang paling tak suka dan apa yang paling suka?
Suka : suka berkawan dengan org yang sudi berkawan dgn kita, suka dengan warna pink..chantek nyerr…suka tgk laki ensem2..hahahah

Tak suka :org bermulut jahat, busybody, suka ambil kesempatan

Ada pengalaman yang paling menyeronokkan tak untuk dikongsi?
Apa yang belum dicapai dalam hidup?kalo boleh nak sambung blaja lagi,pas2 nak kawen..heheheh…2 je lom capai dalam itu buat masa sekarang.

Jika anda kaya apa yang anda ingin lakukan?
Peristiwa lucu yang tak boleh anda lupakan.3 kali jatuh depan khalayak umum..malu gilerr..mula2 jatuh kat Aloq Staq, Kedah..jatuh tengah jalan sebab jalan tak rata, kepala leh terhentak blakang motosikal so benjul la kepala ku ini, kali kedua lak kat wangsa maju…jatuh sebab jalan licin, pakai lak selipar licin. Memang jatuh ar jawap nyer..malu tak hengat masa 2..n kali ke tiga dengan menggunakan selipar yang sama gak jatuh kat Wangsa Walk, kat main entrance..perghh..malu time tu tak hengatt

Prinsip hidup anda?
Jangan kacau hidup orang kalau org tak kacau hidup ko!

Tokoh yang anda hormati atau suka?
Bapa aku sendiri...sebab bapa aku pandai manage duit dia mcm mana, pandai menyimpan, penyabar, pendek kata perfect..love my dad so much..

Boleh beri emel kalau ada orang nak berkenalan?
Boleh boleh boleh….nah nih emel ku syarmiza@itnm.com.my or rastarieza_banturaz@yahoo.com

17 January, 2010

Puisi- Teguhmu



aku terang sang
kata kata mu yang polos
umpama sakti yang kudus
menerbangkan aku di awanan

biarkanlah aku jua

memegang paksi yang sama
berkongsi tonggak
kerana aku tidak punya kekuatan
sehingga aku faham
mengapa kau seteguh itu berdiri
dan puting beliungpun tidak mampu
menerbangkanmu
walaupun satu persepuluh milimeter

Enche
Jun 2009

10 January, 2010

Kanvas kehidupan- Penabur Nasi

Hari itu seperti biasa aku ke pusat akupuntur untuk mendapatkan rawatan akupuntur. Orang begitu ramai. Bukan begitu ramai lagi malah terlalu ramai. Mereka yang mendaftar diberi nombor dan akan dipanggil mengikut giliran. Ruang menunggu begitu terhad di Klinik akupuntur sehingga orang ramai terpaksa menunggu di kaki lima permis dan melimpah ruah sehingga ke permis sebelah.

Termasuklah aku yang terpaksa duduk di kaki lima permis sebelah. Sesekali terdengar pembantu klinik menjerit memanggil nombor giliran. Aku mengintai kalau-kalau itu nomborku. Lambat lagi mungkin satu jam aku terpaksa menunggu. Hati sudah menerawang jauh. Mungkin waktu itu aku boleh berfikir apa yang tidak pernah aku fikirkan kerana banyak waktu untuk menunggu.

Pandanganku dicuri oleh seorang lelaki yang kelihatan separa siuman dengan pakaian lusuh di tepi klinik itu. Ada bekalan nasi dan air di sisinya. Saat menikmati makan tengah harinya telah tiba hari itu. Dia berjalan terketar-ketar di tepi tangga tanpa mempedulikan orang ramai di situ termasuklah aku.

Bungkusan berisi makanan diletakkan diribaannya dan dia membukanya perlahan-lahan. Diambilnya beberapa ketul lauk dan beberapa kepal nasi lalu ditabur-taburkan di hadapan klinik. Beberapa orang termasuk aku membeliakkan biji mata melihat perlakuan itu. Kami melihat ke kiri dan ke kanan tiada apa-apa. Hatiku tertanya-tanya apa yang dibuat pemuda itu sebenarnya. Memang sewel kata hatiku. Selepas itu dia terus menikmati makan tengah harinya dengan berselera sekali.

Tiba-tiba aku tersenyum sendirian apabila melihat beberapa ekor burung merpati terbang ke arah makanan yang ditabur-tabur pemuda itu. Merpati itu mematuk-matuk makanan yang ada sehingga habis. Pemuda itu melihat perlakuan merpati itu dengan hati yang puas. Nyata pemuda itu punya dunianya sendiri dan menghiburkan hatinya dengan cara yang sendiri. Ingat jangan mudah berkata orang gila kalau kita sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang kita lihat.

04 January, 2010

Hidayah Norhidayah




Sekilas pagi ini apabila melalui kaunter Khidmat Pelanggan aku seperti mahu terus berborak lama-lama dengannya. Dia bukan orang baru tetapi berimej baru. Apa lagi nak menyakatlah kerjaku. Walau bagaimanapun aku harus mengecapjari tanda kehadiran dahulu baru boleh nak menyakat.

Benarkah apa yang kulihat ini?
Iya.
Tahniah.
Hihii...
(Soalan cepumas) Mengapa pakai tudung hari ini. Mimpi apa semalam?
Tak adalah. Saja Azam baru. Lagipun nak berubah jadi baik.
Kenapa kau selama ni tak baik ke?
Hahaha...tak adalah nak berubah jadi sopan.
kenapa kau selama ni tak sopan ke?
(ketawa lagi) hahaha...hihi nak kurangkan yang tak sopan. Tutup apa yang tak baik.
Kenapa selama ini ada yang tak baik tak ditutup ke?
(ketawa lagi seperti tak kuasa nak melayan soalan)...Amboi, amboi, amboi.
Sampai bila ni bertahan?
Sampai bila-bila InsyaAllah. Sama-samalah doakan ya
Mudah-mudahan. Nasihat kepada kawan-kawan yang lain?
(gelak lagi) Ajak Ramai-ramai..
Apa azam tahun Baru?
Nak kurus. Tapi tak nak la kurus sangat sampai angin tiup boleh terbang...janji pakai kebaya boleh nampak shape..hahaha

Tahniah Nurhidayah semoga kau menjadi ikutan yang lain-lain lagi. Gila-gila tetap gila-gilakan tetapi namun apa yang perlu dijaga dan diberi batasan harus dilaksanakan.

02 January, 2010

Apalah Nasibmu Lori

Apalah nasibmu wahai lori

Hari itu adalah hari terakhir 2009. Hari sudah menginjak ke penghujung. Di sebuah simpang tiga Medan Selera yang sangat popular di Ukay Perdana (kini sudah berkubur mungkin kerana di makan sumpah-termasuklah sumpahan aku gamaknya kerana menjual segelas minuman dengan harga yang sangat melampau.) begitu ramai orang ramai yang berhenti di tepi jalan.

Aku sedang memandu cuma mengagak pasti sebuah kemalangan telah berlaku dan kesudahannya di dalam parit tali air yang sangat besar di situ. Dahulu pernah seorang perempuan terhumban di dalam tali air itu kerana gagal mengawal kenderaanya sewaktu menuruni cerun bukit di situ. Dia hamil tetapi bernasib baik kerana selamat.

Aku meneruskan perjalanan ke klinik dan tidak mahu tergendala dengan perancangan awal berjumpa doktor untuk keputusan ujian darah. Tetapi sempat menjeling ke arah tingkap bila tepat melalui tali iar itu. Nyata sebuah lori terjelepuk seperti kuih cekodok di tengah-tengah tali air. malang sungguh pemandu itu. Dia merempuh pagar tali air itu kerana sebahagian pagar tali air kulihat menenami badan lori (yang sudah tidak boleh dipanggil lori lagi) ada bersama di tepi lori itu.

Malang tidak berbau. Mungkin riwayat lori itu sudah ditakdirkan berakhir hari itu dan tahun 2010 tidak memerlukan pemandu yang cuai seperti itu!

01 January, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Semalam telah menginjak pergi 2009 dan tabir 2010 mula dilabuhkan umpama kanvas putih yang perlu diwarnakan. Saya mengambil peluang di ruang ini mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua rakan-rakan di FB dan pembaca blog yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya.

Semoga setiap detik tahun baru ini dapat dimanfaat sepenuhnya oleh kita dengan segala kebaikan agar kita boleh kejayaan di dunia dan akhirat. Sama-samalah kita berdoa agar kita diberi kekuatan untuk menghadapi sebarang dugaan yang telah menjadi rezeki kita pada tahun ini. Tanpa kekuatan kita akan menjadi insan lara dan nipis dengan azam dan pudar dengan keyakinan.

Menyambut tahun baru bukan sekadar kegembiraan melihat percikan bunga api berkembang menggapai awan. Tahun baru bukan sekadar memasang azam baru yang biasa gah pada awalnya dan hilang entah ke mana bila sampai ke hujungnya tetapi tahun baru haruslah menjadi hari-hari seperti biasa dan yang berbeza ialah tindakan yang semakin dewasa kerana semalam telah menjadi guru kepada kita.

Selamat Datang 2010 dan Terima Kasih 2009