01 January, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Semalam telah menginjak pergi 2009 dan tabir 2010 mula dilabuhkan umpama kanvas putih yang perlu diwarnakan. Saya mengambil peluang di ruang ini mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua rakan-rakan di FB dan pembaca blog yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya.

Semoga setiap detik tahun baru ini dapat dimanfaat sepenuhnya oleh kita dengan segala kebaikan agar kita boleh kejayaan di dunia dan akhirat. Sama-samalah kita berdoa agar kita diberi kekuatan untuk menghadapi sebarang dugaan yang telah menjadi rezeki kita pada tahun ini. Tanpa kekuatan kita akan menjadi insan lara dan nipis dengan azam dan pudar dengan keyakinan.

Menyambut tahun baru bukan sekadar kegembiraan melihat percikan bunga api berkembang menggapai awan. Tahun baru bukan sekadar memasang azam baru yang biasa gah pada awalnya dan hilang entah ke mana bila sampai ke hujungnya tetapi tahun baru haruslah menjadi hari-hari seperti biasa dan yang berbeza ialah tindakan yang semakin dewasa kerana semalam telah menjadi guru kepada kita.

Selamat Datang 2010 dan Terima Kasih 2009