02 January, 2010

Apalah Nasibmu Lori

Apalah nasibmu wahai lori

Hari itu adalah hari terakhir 2009. Hari sudah menginjak ke penghujung. Di sebuah simpang tiga Medan Selera yang sangat popular di Ukay Perdana (kini sudah berkubur mungkin kerana di makan sumpah-termasuklah sumpahan aku gamaknya kerana menjual segelas minuman dengan harga yang sangat melampau.) begitu ramai orang ramai yang berhenti di tepi jalan.

Aku sedang memandu cuma mengagak pasti sebuah kemalangan telah berlaku dan kesudahannya di dalam parit tali air yang sangat besar di situ. Dahulu pernah seorang perempuan terhumban di dalam tali air itu kerana gagal mengawal kenderaanya sewaktu menuruni cerun bukit di situ. Dia hamil tetapi bernasib baik kerana selamat.

Aku meneruskan perjalanan ke klinik dan tidak mahu tergendala dengan perancangan awal berjumpa doktor untuk keputusan ujian darah. Tetapi sempat menjeling ke arah tingkap bila tepat melalui tali iar itu. Nyata sebuah lori terjelepuk seperti kuih cekodok di tengah-tengah tali air. malang sungguh pemandu itu. Dia merempuh pagar tali air itu kerana sebahagian pagar tali air kulihat menenami badan lori (yang sudah tidak boleh dipanggil lori lagi) ada bersama di tepi lori itu.

Malang tidak berbau. Mungkin riwayat lori itu sudah ditakdirkan berakhir hari itu dan tahun 2010 tidak memerlukan pemandu yang cuai seperti itu!