07 February, 2010

Konsert Orkestra Tradisional


Konsert penuh harmoni


Syabas kepada Istana Budaya kerana berjaya mempersembahkan sebuah Orkestra yang unik dan belum pernah ada seumpamanya di dunia ini yang menggabungkan semua alat muzik tradisional etnik-etnik yang ada di Malaysia ini dalam sebuah persembahan yang berlangsung semalam.


Gendang, rebab, selampit, serunai, sita, angklung, cak lempong, gong dan segala jenis alat muzik yang sukar saya hendak mengingatinya semuanya ada dalam pasukan muzik itu. Sangat harmoni sekali bunyi-bunyian itu apabila digabungkan dan paling mengagumkan saya kebanyakan dari mereka tidak membaca nota muzik sepanjang lebih kurang 2 jam konsert itu berlangsung.


Beberapa penyanyi seperti Jamal Abdillah, Ann, Asmidar, Ikhwan dan beberapa orang lagi menyerikan persembahan itu dan saya sangat meminati bintang cilik Ikhwan yang menyanyikan lagu Corazón espinado-Maná-dari nyanyian kumpulan Santana dengan hebat dan bergaya sekali memukau hadirin pada malam itu.




Din, aku dan Ikhwan penyanyi muda berbakat besar.

Berjumpa Idola-Ann
Setelah berpuluh tahun mendengar nyanyiannya di radio Cinta Melankolia akhirnya saudaraku Badrulzaman memanggilku dan memperkenalkan kepada penyanyi itu. Kata Bud

"Che awak kan suka nyanyi lagunya!".
Balas Ann "Ye ke? Sampai? (nota tinggi).
Aku balas "Dulu sampai lah. Tapi sekarang..." Kami sama-sama gelak.

Memang suatu masa dahulu aku sangat gemar menyanyikan lagu itu dan pernah menyanyikan di pertandingan nyanyian di Kelab Alibi bersebelahan Pasar Seni. Kerana lagu itu aku berjaya masuk ke pusingan Akhir. Kenangan yang sungguh indah.


Aku dan Ann penyanyi lagu Cinta Melankolia. Ann turut membuat persembahan
di Konsert Orkestra Tradisional.

3 comments:

Admin said...

Assalamualaikum...

Apa perkembangan terkini Ann?

Saya dahulu mengenali Ann dgn lagu Cinta Melankolia saja, mukapun tak pernah nampak dulu ( atau sy tak perasan sbb masa tu sy sekolah rendah lagi..)

ija shariza said...

er. salam. apa nama penuh ikhwan? saya da try google, tapi, x jumpa. help me plis...

Unknown said...

Ija Sharija, Maaf lama tak buka komen ni.. namanya Iqwal sahaja kalau google pasti jumpa.. :)