Sejak heboh diperkatakan kebelakangan ini mengenai kursus anjuran ESQ yang dikatakan telah terpesong dari segi akidah dan syariah Islam. Semalam 14 Julai 2010 Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang memutuskan kursus itu boleh dilaksanakan di negara ini tetapi hendaklah dipantau oleh pengawasan panel syariah ESQ yang direstui oleh JAKIM.
Muzakarah juga meminta dibuat perubahan dan memperbetulkan segera fakta-fakta, kenyataan yang menimbulkan keraguan yang membawa kepada pengharaman oleh Mufti Wilayah Persekutuan.
Maka orang-orang ESQ bolehlah menarik nafas lega dan forum ESQ di internet yang begitu cemas dan kecoh dengan pengharaman tersebut bolehlah meninggalkan isu-isu dari diperdebatkan lagi.
Benda elok buat apa nak haram. Mana yang rasa tak baik tu tegur-tegurlah janganlah nak hentam terus haram. Bukankah Islam itu mengajar kita cara hidup yang baik dan sempurna jadi tindakan kita pun harus menunjukan perkara yang sama kepada perkara yang kita rasa tidak kena. Saya pernah hadiri beberapa kursus motivasi beberapa tahun yang lalu sebelum ini dan tidak selari dengan ajaran Islam.
Ada aktiviti yang memaksa pekerja lelaki mengusung-ngusung pekerja perempuan yang bukan muhrim. Masa kelam kabut itu macam-macam yang terpegang tapi tidak ada pantauan pun kenapa? Mungkin kursus itu tidak ada pengaruh. Selepas itu orang tidak bercakap mengenai kursus itu berbeza dengan ESQ. Sehingga anak-anak yang masuk sanggup menaja pula ahli keluarga untuk mengikuti kursus itu malah menasihati kawan-kawan dari institusi lain pula untuk mengikutinya. Yang tidak dibiaya oleh majikan sanggup mengeluarkan belanja sendiri untuk berkursus. Yang sihat datang bersahaja dan yang sakit datang berkerusi roda dan bertongkat. Begitulah penangan ESQ!
No comments:
Post a Comment