Kenapa kau selalu sakit hati dengan semua orang? Kenapa kau selalu tak puas hati dengan kejayaan orang-orang lain? Tak boleh ke kau tumpang gembira dengan kejayaan aku jadi penulis? Aku jadi penulispun sebab kebetulan walaupun pernah ada cita-cita itu suatu waktu dahulu. Aku jadi penulis sebab aku kecewa dengan blog tapi tuhan tuhan dah gerakkan minda aku supaya aku jadi penulis.
Kalau benar-benar aku nak jadi penulis dah lama aku buat itu semua dari dahulu bukan tunggu sehingga saat ini. Dan untuk pengetahuan aku aku jadi penulis ni pun bukan sebab aku nak kaya-raya. Dan kau jangan ingat semua penulis yang menulis itu sebab mereka nak kaya macam dalam hati perut kau tu. Kekayaan itu tak boleh beri segala-galanya. Tak boleh beli kepuasan, kebahagian dan kegembiraan. Dan kekayaan itu tak boleh beli persahabatan walau kau umpan kawan-kawan dengan duit.
Duit itu cuma untuk kesenangan dunia. Dalam usia sebegini aku bukan dan kejar duit dari penulisan. Pengalaman keperitan yang aku lalui ini terlalu banyak. Ibarat aku berjalan di jalan yang penuh onak dan duri. Semua itu telah mewarnai hidup aku dan aku ingin kongsi dengan mereka tak kira di mana sahaja berada. Itu yang membuatkan aku rasa bahagia.
Macam orang guna facebook untuk tulis "Arg.." kemudian bersahut-sahutan balasan untuknya dan akhirnya si penulis dapat menyatakan yang sebenarnya "Arg.." itu sebab semua masalahnya telah selesai. Maka begitulah dengan aku - apabila orang dapat membaca apa yang aku ingin sampaikan melalui tulisan itu itu yang memberikan aku kepuasan.
Kau memang mengarut dengan idea-idea kau. Idea kau cuma pekerja-pekerja kau sahaja yang dapat terima. Itupun sebab mereka bekerja dengan kau. Kau bayar gaji mereka. Kalau tak kerana itu merekapun pasti akan meludah ke muka kau apabila idea kau selalu meloyakan.
Kau selalu berbangga dengan peluang-peluang kau keluar negeri itu. Itulah kononnya yang menjadikan kau kelas! Pirahhh.. aku tak heran dengan itu semua. Kau nak aku terjemahkan novel itu ke bahasa asing di dunia dan jual di sana! Kau ada otak ke tak ada? Kalau nak berniaga kena pandai strategi. Macam jual makanan. Pada siapa dan baru tahu makanan apa bukan boleh sembrono je. Tempat berniaga pun nak kena kaji. Kalau kau tengok orang jual teh panas di tengah hari di kawsan terbuka menghulurkan plastik teh berisi air panas mendidih kepada orang yang lalu lalang ketika matahari panas menegak atas kepala kau rasa itu idea bagus ke tak.. Kau rasa peniaga tu ada otak ke tidak.
Jadi macam tu jugaklah kalau nak apa barang sekalipun. Aku buat novel ada sebab. Pertama kenapa aku jadi penulis pun kau kena tahu walaupun cerita itu terlalu panjang. Dan bahan apa yang aku tulis pun kau kena tahu juga. Ada unsur agama dan kepercayaan yang melibatkan masyarakat setempat. Kalau benda itu asing dan tidak sesuai pasti jualan itu tak akan diterima.
Kau bukan bodoh cuma kau rasa kau terlalu cerdik dan pandai dari semua orang jadi bila kau bercakap kau nak orang terima semua pendapat kau. Padahal itu bukan semuanya betul. Kau tak taupun dunia penulisan. Kau buta walaupun kau mahu orang tahu kau banyak membaca, banyak berjalan tapi kau sekadar lihat dan tidak mahu berfikir dan gunakan otak kau.
Mari sini aku nak terangkan kepada kau. Dalam dunia penulisan ini penulisannya terbahagi kepada beberapa jenis. Pertama orang yang cintakan sastera yang suka memartabatkan sastera dia menulis kerana ingin mendokong seni sastera, pemikiran dan tamadun bangsanya. Dia menulis bukan kerana nak kaya. Dia menulis kerana mahu masyarakatnya berfikir dan kerana dia sendiri mahu menyampaikan sesuatu dari pengamatan dan pemikirannya.
Kedua orang yang menulis kerana suka menulis dia ada idea untuk menghiburkan masyarakat, dia mahu menyampaikan sesuatu dari fikirannya yang halus agar pengalaman itu dapat dikongsi. Sedikit sebanyak dia membawa falsafah dan pemikiran dalam tulisannya.
Ketiga orang yang ada pengalaman terlalu banyak dan mahu dikongsi dengan masyarakatnya. Seperti dia sangat pakar dalam bidang-bidang tertentu. Lalu dicurah ilmu dan pengalamannya dalam sebuah buku.
Dan aku tidak pernah mendengar ada penulis yang menulis kerana dia mahu kaya-raya mahu jadi hartawan dan kerana nak bawa kereta Mercedes, Honda atau apa segala jenis kereta mewah yang menjadi idaman mereka yang sukakan kemewahan macam kau!
Dan aku tergolong dalam kategori yang sangat pelik. Aku secara tidak sengaja Allah bukakan jalan aku untuk jadi penulis dan mempelihatkan bahawa begitulah dunia penulisan sedang aku sekian lama bergelumang dengan dunia penerbitan. Tapi jangan ingat semua orang yang terlibat dalam dunia penulisan akan menulis buku. Kerana kalau begitu semua orang dalam bidang penerbitan akan jadi penulis!
Walau kita dah lama berkawan tetapi kau bukanlah jenis orang yang mahu memahami hati kawan. Sejak kau called dan aku beritahu kau aku sudah ada dua novel nada kau berlainan sekali dengan nada-nada rakan-rakan yang lain. Mereka menyambutnya dengan ceria dan senyuman bagai tidak percaya. Tapi kau hambar...aku memang mahu memerhatikannya kerana halusnya jiwaku untuk melihat bagaimana reaksimu dengan kejayaanku.
Kau mengambil masa beberapa lama juga untuk kondem aku. Pertama kau kata sebab aku terlewat dalam usia begini baru ada buku jadi aku kena usaha kuat! Haiyyo kawan.. tiada istilah lewat atau cepat di sini. Lewat sebab dah nak mati ke? Prinsip hidup aku walaupuan aku tidak sesempurna kejadian tuhan yang lain bahawa beribadah lah seolah-olah mati itu sudah hampir kepadaku dan bekerjalah seolah-olah aku akan hidup selama-lamanya. Jadi selagi aku bernafas aku akan berbuat apa sahaja yang membahagiakan aku kerana aku bagai akan hidup seribu tahun lagi.
Kawan aku sebenarnya seudah terlalu penat hendak melayan kerenahmu sejak dari dahulu. Allah jauhkan kita dari selalu bertemu itu sebenarnya adalah satu rahmatnya. Jika kita masih karib seperti dahulu aku rasa dua novel aku itu belum tentu akan jadi. Syukur dengan apa yang ada pada diriku sekarang dan syukur kerana aku belum sengal macam kau berfikir!