Aku berkereta manual. Balik kampung naik kereta adik yang automatik gearnya. Apabila balik semula ke Kuala Lumpur dan menyentuh kereta manual itu tentulah ada yang tak kena kerana sudah biasa dengan penggunaan gear kereta automatik yang lebih menyenangkan. Dan aku selalu lupa untuk menekan clutch, apa lagi tersangkut-sangkutlah kereta itu dan kerap juga keretaku mati!
Kerana menyangkakan keretaku ada masalah aku membawanya ke bengkel kereta dan minta mekanik memeriksanya. Pomen itu pun cuba membawanya...
"Tak ada apa-apa, kereta ini okey aje." jelas pomen.
"Tak Okey selalu mati-mati la" aku balas.
"Saya bawa tadi okey saje. Awak tak tekan clucth ke masa bawa?" pomen itu bertanya.
"Err.. Tak...saya lupa!"
"Haiyya...awak punya kereta manual ma..kena tekan. Sebab itu mati-mati!"
Aku speachless (sambil tak tau nak buat muka apa. Rasa nak menghilangkan diri masa tu gak.)