09 April, 2009

Kanvas Kehidupan - Pagi yang Kelabu, Terima Kasih Tuhan

Selasa 7 April. Aku telah memulakan hari itu dengan rasa yang berlainan sekali. Jam 10.00 pagi ada mesyuarat yang terpaksa dihadiri untuk pemilihan judul-judul buku yang akan dimasukkan dalam Katalog PBAKL.

Beberapa minggu dan menjelang isnin awal minggu ini aku bertambah sibuk. Tepat 9 45 jam pagi aku menerima panggilan telefon dari adik iparku Ita bertanyakan sama ada aku sibuk. Aku menjawab selamba tanpa ada persepsi apa-apa. Aku mendengar suara dia seperti sesuatu yang tertahan-tahan. Aku terus menunggu untuk mendengar apa yang mahu dia ceritakan.

Lalu akhirnya dia menyatakan suaminya (adik aku) terlibat dalam suatu kemalangan dan dia (ketika itu) sedang berada di dalam wad kecemasan. Adik aku pengsan dalam kemalangan itu. Kereta (Grand Lavina) teruk dilanggar dan sudah pun ditarik ke balai! Katanya hanya adik aku sahaja yang terlibat dalam kemalangan itu. Anak-anaknya tiada dan dia pun tidak ada di dalam kereta itu waktu itu. Syukur.

Tapi hati ku sudah berdebar-debar dan tidak keruan. Aku terpaksa menunggu sehingga mesyuarat tamat baru boleh memikirkan apa yang perlu aku buat. Alhamdulillah juga mesyuarat dikendalikan dengan cepat sekali dan selepas itu aku berbisik pada bos untuk mengambil cuti separuh hari itu untuk menguruskan adikku.

Di kafeteria hospital aku menemui Ita. Dia terpaksa menunggu di situ kerana adik ku di x ray untuk kali kedua. Dia menerima 7 jahitan di lengan kanannya kata Ita. Adik ku masih belum pulih sepenuhnya.

Sebaik sahaja aku dibenarkan masuk aku meluru ke katil di wad kecemasan itu. Aku lihat adik ku sudah dapat membuka matanya tetapi masih belum kuat. Dia menggagahi dirinya untuk bercerita walaupun dalam keadaan yang amat sakit. Aku beredar dan menunggu di luar untuk memberikannya rehat.

Katanya dia cuma sedar ketika melihat kereta Pesona dengan laju menuju ke arahnya ketika itu dia cuma memejamkan matanya dan apabila sedar dia telah pun berada di katil hospital. Seorang PakCik di tempat kejadian telah menyelamatkan dan membawanya ke hospital ketika dia pengsan dan kereta yang melanggar itu sedang terbakar injinnya. PakCik itu jugalah yang telah menelefon Ita berdasarkan panggilan terakhir di telefon adikku.

Syukur alhamdulillah adik cuma cedera ringan dan masih terus bernafas-Terima Kasih Tuhan. Terima Kasih kerana masih memberikan nafas kepadanya, memberi kehidupan kepadanya dan kepada isteri yang dicintai kepada anak-anaknya yang masih kecil dan kerananya aku masih dapat memanjangkan kasih sayangku kepadanya. Amin.

Ia semakin hampir...

Cuma tinggal genap seminggu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2009 akan tiba. Tujuh bulan yang lalu aku tidak pernah terfikir pada tarikh 17 - 26 April 2009 berlangsung PBAKL walaupun teragak-agak mungkin pada bulan itu berlangsung PBAKL.

Teman-teman mencadangkan tarikh 18-20 April 2009. Fikirku cuma satu hari sahaja aku perlu mengambil cuti iaitu pada 20 April (Isnin). Lalu permintaan teman-teman untuk meluangkan waktu bersama aku untuk bercuti aku turutkan. Tempahan penerbangan pun dibuat.

2009 menjelma dan PBAKL mula diuar-uarkan. Aku melihat tarikh PBAKL betul terkena dengan cuti yang dirancang. Aku mula berkira-kira. Selalunya aku hanya terlibat untuk penyediaan gerai sahaja dan kalau bertugas pun mungkin 2-3 hari selepas itu. Jadi aku mungkin boleh teruskan percutian itu.

Perkembangan seterusnya menyaksikan PBAKL tahun ini akan wujudnya Pusat Dagangan Hakcipta dengan lebih serius walaupun telah ada pada tahun sebelum, namun ia dikatakan kurang menyerlah. Tanggungjawab lebih besar diletakkan di bahu ITNM untuk mengendalikan 'Pusat' ini dengan kejayaan di Frankfurt tahun lepas. Aku menumpang rasa bangga dengan perkembangan itu.

Aku turut dilibatkan untuk 'menghidupkan' Pusat Dagangan Hakcipta itu. Namun perjalanan menghidupkan 'Pusat" itu pada awalnya memang amat rumit kerana masalah bajet yang diberikan. Ia terhenti beberapa waktu sehingga aku sudah berfikir 'impian' untuk menjadikan pusat itu satu realiti sudah berkubur.

Namun setelah beberapa waktu dibiarkan berlalu akhirnya impian itu mahu dilaksanakan juga. Semuanya harus ditempuhi. Aku cuma berdoa agar semuanya dapat dicapai seperti yang dikehendaki.

Hari ini aku betul-betul terpaksa melupakan 'angan-angan' itu apabila ada dua lagi majlis menanti pada 20 dan 21 April. Tak apalah kalau itulah keadaannya...teman-teman esok masih ada untuk kita. Ini adalah harga yang terpaksa dibayar untuk kecemerlangan.

Kongsi Emel - Jangan melintas di hadapan orang yang sedang bersolat

Subject: Jangan melintasi dihadapan org yg sdg solat........

Satir maksudnya batasan bagi orang yang solat. orang yang solat di atas sajadah bererti sajadahnya itu dianggap sebagai satir. Orang solat di atas lantai ruangan yang luas begitu juga orang yang solat di padangpasir misalnya, disuruh membuat satir atau batas. satir itu boleh dibuat dengan memacakkan kayu di hadapan kita, boleh dengan menggaris tanah, boleh dibuat dengan meletakkan sesuatu benda dan sebagainya.

Diriwayatkan oleh Abdul Razaq, bahawa Umar bin Khattab melihat seorang pemuda sedang mengerjakan solat. Beliau berkata pada pemuda itu: "Wahai pemuda, majulah ke depan dan dekatkan badanmu ke tiang itu supaya ia menjadi satirmu. Jangan biarkan syaitan mempermainkan solatmu. Ini bukanlah saya katakan sendiri tetapi yang aku dengar dari Rasulullah SAW."


Riwayat dari Ibnu Abi Syaibah, dari Umar bin Khattab mengatakan: " Apabila solat salah seorang kamu hendaklah solat dengan satir supaya syaitan tidak lalu dihadapannya ."

Umar bin Khattab adalah manusia yang amat mementingkan masalah satir. Apabila beliau tidak mendapat sesuatu untuk dijadikan satir, beliau letakkan songkoknya di hadapannya ketika solat. Apabila beliau melihat orang mengerjakan solat tanpa satir atau batasan, beliau duduk di depan orang yang solat itu untuk menjadi satir. Ini maksudnya supaya jangan ada lagi orang yang lalu di antaranya dan diantara orang yang solat itu.

Riwayat dari Abdul Razaq, yang diterima dari Abdullah bin Syaqiq mengatakan: Umar bin Khattab lalu di tempat orang yang mengerjakan solat dalam tidak memakai satir. Setelah orang itu selesai solat, beliau berkata: " Kalau engkau tidak membuat satir, nanti orang akan lalu di hadapanmu. Tetapi kalau tahulah orang yang lalu itu bagaimana dosanya lalu di hadapan orang yang solat, dia tidak akan melakukannya".

Apabila kita sedang mengerjakan solat, kemudian nampak orang yang mahu lalu di hadapan kita, maka kita berhak melarangnya. Umar ada mengatakan: " Jangan biarkan orang yang lalu di hadapanmu kerana jika dia lalu akan diiringi oleh syaitan ."

( Daripada buku yang berjudul UMAR IBNUL KHATTAB – KEPUTUSAN HUKUM & FATWA
– FATWANYA ).

Terima Kasih Adindaku Affan

08 April, 2009

Jom Baca Buku-Bintang & Planet



Siri Penerokaan Sains ITNM
Bintang & Planet

Bintang dan Planet membawa pembaca mengembara dari satu galaksi ke galaksi yang lain. Terokailah objek bercahaya dalam galaksi, daripada planet dalam Sistem Suria hinggalah kepada msteri angkasa lepas yang jauh nun di sana. Jelajahilah Alam Semesta untuk melihat planet yang jauh, bintang yang meletup dan galaksi yang sama seperti 11 bilion tahun lalu. Tambahkan pengetahuan dengan penemuan baru Alam Semesta dan kemajuan masa depan yang hebat, seperti misi manusia ke Marikh, robot angkasa lepas dan juga bintang yang baru terbentuk. Mengembaralah dengan penuh imaginasi ke seluruh pelosok Alam Semesta.


Bintang dan Planet

Pengarang : Carole Stott
Karya Terjemahan : Institut Terjemahan Negara Malaysia
ISBN:978-983-068-371-3
Halaman:64 muka surat
Tahun Terbit: 2009
Harga: RM24.00 (RM29 Sabah & Sarawak)


Hubungi ITNM di talian 03-41497210. Beli Buku bernilai RM25 dan anda layak menyertai Peraduan Beli Buku ITNM dan menangi hadiah Bernilai RM100,000. Cepat sebelum terlambat!

07 April, 2009

Senyum-Skrin kat dalam Bang

Di sebuah kaunter jualan tiket pawagam

Pemuda: Show pukul 9.00 malam ada lagi tak Dik?
Penjual tiket: Ada Bang.

Penjual tiket itu menunjukkan skrin komputer paparan tempat duduk kepada pemuda itu.

Penjual tiket: Okey Abang nak duduk kat mana?
Pemuda: Skrinnya kat mana Dik?

Penjual tiket itu tersenyum dan berkata.

Penjual tiket: Tempat duduk kat sini tapi skrin wayang kat dalam sana Bang..
Pemuda: @#$%&*+-

06 April, 2009

Majlis Penutupan Seminar Wajah Kepengarangan Muslimah Nusantara


Gambar Kiri: En. Mohd Khair ketika memberikan ucapan dalam majlis penutup dan di sebelah Kanan ialah Pengarah DBP Dato' Haji Termuzi

2 April 2009. Malam itu saya sempat hadir ke Majlis Penutup sahaja (di Dewan Bahasa dan Pustaka). Kalau nak ikutkan saya teringin sekali nak menyertai seminar tetapi ada halangan kerana berada di kampung dua hari yang terawal.

Mendengar ucapan penutup dari Dato’ Kemala terasa peritnya sekali beliau untuk menjayakan Seminar ilmiah seperti itu dalam kegawatan ekonomi kerana peruntukan yang sedikit. Mengadakan seminar Ilmiah seperti terpaksa menagih simpati dari badan-badan korporat yang bersimpati dengan kelayuan Bahasa Melayu.

Mujurlah hadir kerjasama dari Permodalan Nasional Berhad, eSastera.com dan Masjid Abdul Rahman Auf dan juga Institut Terjemahan Negara Berhad yang sudi membaca keperihan yang dialami lalu impian untuk menyuburkan dan menyemarakkan aktiviti bahasa menjadi nyata.

Saya melihat situasi ini sangat membimbangkan sekali terasa gundah dihati akan kemurungan yang dialami kini. Apa yang tidak kena dengan semangat kita sekarang. Semakin maju semakin tidak berminatkah apa lagi untuk mencintai aktiviti-aktiviti sebegini.

Walau bagaimanapun penyertaan dari negara-negara Thailand, Brunei, Singapura dan Indonesia menandakan nadi untuk merancakkan bahasa serumpun itu tetap akan ada. Dato Kemala dalam ucapannya amat berharap agar lalulintas buku bebas dan menjadi nyata di antara negara peserta.

Pengarah ITNM Encik Mohd Khair Ngadiron pula berkata antara tugas utama ITNM ialah untuk menterjemahkan buku ke bahasa Melayu. Ini dilakukan adalah atas rasa untuk memartabatkan sastera negara.

Sebaliknya untuk memartabatkan sastera negara sekarang giat dijalankan usaha penterjemahan karya sastera tempatan ke Bahasa Inggeris (dan bahasa dunia yang lain). Beliau mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada DBP kerana membenarkan karya-karya sastera terbitan DBP di terjemahkan ke bahasa antarabangsa.

05 April, 2009

Kanvas Kehidupan-Pagar Makan Padi

Hari itu kawan Ambo sugul betul datang jumpa Ambo. Dah macam cekodok pun ada rupa dia. Ambo tanya dia kenapa dia jadi macam gitu. Dia diam dan pandang Ambo. Macam blur gitu pandang Ambo. Ambo rasa Ambo tak berjaya nak dengar cerita dia kalau Ambo tak turun ke dalam hati dia.

Ambo rendahkan nada dan Ambo kendurkan bahu dan buang ego yang Ambo ada. Ambo duduk dalam sempadan tak keruan dia. Ambo tenung wajah dia dan Ambo gosok bahu dan tepuk-tepuk. Ambo tanya dia kenapa. Baharulah Ambo nampak dia menarik nafas panjang dan pandang dalam-dalam mata Ambo.

Ambo lihat mata dia merah muka dia sebam mungkin dia dah puas menangis. Keluar dari mulut dia kata dia kecurian. Ambo tanya apa yang hilang. Komputer riba kata dia. Baru beli tak sampai dua bulan. Ambo tanya bagaimana boleh hilang dan di mana. Dia kata di rumah. Maksudnya rumah kena pecah lah. Dia kata tak. Ada kawan yang dia kenal datang rumah dan curi.

Ambo mengeleng-ngeleng kepala kerana tak faham mengapa kawan sanggup buat kawan sendiri. Itulah yang dia tak faham. Dia kata dia dah banyak tolong kawan ni. Tapi kawan ni jenis tak kenang budi macam lepaskan anjing tersepit. Mungkin ada benda yang dia tak puas hati dengan kawan Ambo tu barangkali. Tapi kawan Ambo mati-mati kata dia tak ada apa-apa hal pun dengan kawan tu.

Dah lama ke kawan dengan dia. Dia kata 2 tahun. Ambo terkejut. Kawan barulah tapi kalau 2 tahun kalau selalu jumpa memang macam-macam dah lalu bersama. Memang betul kata dia. Macam-macam sudah yang dia dah tolong kawan tu tapi masih tergamak buat begitu padanya.

Ambo tanya lagi kalau dah sedar dia curi kenapa tak halang. Dia kata dia sedar bila nak pakai komputer itu tiba-tiba dah tak ada dalam begnya. Dan kawannya itu ialah orang terakhir datang ke rumah. Sebelum itu komputer itu memang ada di situ.

Kawan Ambo syak masa kawan Ambo mandi dia masuk dalam bilik dan seludup komputer itu dalam beg komputer yang di bawanya. Patutlah nampak sarat je beg dia masa hantar dia balik. Kelakuannya juga aneh sahaja sebab nak cepat pulang katanya ada hal mustahak. Tadi masa datang tak cakap ada hal tiba-tiba sahaja hal itu datang.

Ambo cakap sabar sajalah. Cubalah telefon kawan dia tu balik dan minta balik komputer itu. Dia kata dia dah telefon. Kawan tu tak angkat. berpuluh-puluh kali telefon tak diangkatnya. Lalu diapun hantar SMS minta tolong supaya jangan jual komputer dia tapi kawan dia buat-buat tak faham. Katanya nanti dia akan datang jumpa. Tapi haram lepas dari peristiwa itu batang hidungnya pun lesap. Kawan Ambo tetap menunggu dengan penuh harapan. Nak pergi ke tempat tinggal kawan tu kawan dah pindah ke tempat lain.

Ambo pun cakap lagi kat dia. Macam ni sahajalah. Kau sembahyang hajat minta Tuhan bukakan hatinya. Kalau tak dapat juga anggap sahaja bukan rezekinya. Sebab barang-barang kat dunia ni Allah cuma pinjamkan pada kita sahaja. Ada yang di pinjam kekal dan ada yang dipinjam sementara sahaja. Kawan Ambo mengangguk sahaja tanda dia faham. Dan Ambo sangat-sangat simpati kepadanya.

04 April, 2009

Resepi Khas-Pisang Sira



Wah bukan nak beralih profesion ni ya Kak Norz. Saya juga gemar memasak cuma untuk saudara mara dan kenalan terdekat sahaja.

Pernah anda makan Sira Pisang. Selain pisang ubi juga oleh di sira, seperti ubi kayu dan juga buah labu. Anda mungkin asing dengan kuih nekbat, ia juga melalui kaedah yang sama apabila disira. Ia adalah makanan kegemaran orang Kelantan. Inilah makanan kegemaran saya dan gambar ini telah lama saya rakam ketika menyediakan masakan untuk bonda sewaktu bonda ada di sini.

Bagi anda yang tak tahan dengan manisnya gula tak usahlah cuba-cuba makan kuih ini. Saya akan memberikan anda panduan untuk anda cuba jika anda menggemarinya.

Apa yang anda perlukan ialah Pisang, ubi kayu ataupun labu. Siang bahan-bahan tadi (pilih salah satu darinya sahaja).

Bahan

12 Pisang (pisang abu, berangan atau lain-lain atau juga labu atau ubi kayu)

8 sudu besar Gula,

3-5 Tangkai Bunga cengkih

2 helai Daun Pandan

2 gelas air (atau paras tenggelam)

sedikit pewarna kuning

dan periuk tembaga

Masukkan semua bahan tadi masukkan air sehingga paras tenggelam bahan itu. Jerang atas api sederhana besar sehingga air gulanya likat. Kacau sekali-sekala sahaja. Periuk tembaga adalah yang terbaik kerana gula lambat hangus jika di masak di dalamnya. Tetapi jika tidak ada kuali atau periuk biasa pun boleh digunakan.

03 April, 2009

Kongsi Emel- Cium Pipi Ayah Sebelum Ciuman Terakhir

CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERAKHIR

....Ayah aku (penulis) meninggal 5/8/2002.. 3.25pm.

Apa yang aku tuliskan sini adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang, untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal.Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi meninggalkan mak yang kesorangan.Anak-anak semua dah besar. kerja semua jejauh. Hidup ini seolah tiadaerti....selama nie setiap suka duka.... pasti telefon dan maklumkanpada mak dan abah. Kalau naik gaji... dapat keputusan bagus dll...pasti telefon mereka sepuya mereka gembira. Kalau boleh mahu terus berada di perak menemani mak yang terus menangis.

Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah syahadah...di telinga kirinya...dan aku ketika itu mengucap ditelinga kanannya.... . ini adalah kali pertama aku melihat kematian.... masih terbayang...abah memandang jauh kehadapan dan mata nya ke atas.... sambil mengucap dan memejamkan mata. Sungguh cepat dan tenang...semoga roh abah ditempatkan digolongan yang beriman.

Syukur sembahyang jemaah abah lebih dari seratus orang...syukur abah dikebumikan dengan selamat.Sejam sebelum kematian .....sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak beli kereta tunggulah 2005. Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh harga. Boleh lah bawak mak berjalan. Waktu tu abah dah sihat... dah selera makan.Pastu... abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abah danMak baru ambil kelmarin. Abah kata sehari jer buat. Tak payah ambik gambar kat kedai gambar. Diorang guna digital kamera kat office jer. Tapi abah kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak clear.

Tapi tak sangka esoknyer aku pergi sana bukannya utk buat kad pengenalan aku, sebaliknya buat sijil kematian abah.Apabila Izrail datang mengambil nyawa....kita tak boleh mencepat atau mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah masa tu.Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata.Badan tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring. Sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah.

Pertama kali.... pergi ke rumah mayat jenazah.
Pertama kali.... naik van jenazah,
pertama kali.... buat sijil kematian,
pertama kali.... tak tidur 2 hari,
pertama kali....asyik menangis,
pertama kali.... menimbus kubur,
pertama kali.... menjirus air mawar,

semuanya pertama kali........ ....Dan pertama kali.... juga takkan jumpa abah lagi.
Aku memandikan abah......memasangk an kain ihram sebagai kain kapan. Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi....pipi kanan.... pipi kiri.....dan bangun....tetiba hati aku ingin terus mencium lagi...aku membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula. Ciuman ini adalah ciuman terakhir.

Semasa kecil aku salu cium abah.Tetapi apabila dah besar sudah lama tidak mencium pipinya.Ya Allah..tuhan segala alam...aku dan abang mengangkat jenazahnya.. . dan mengebumikannya. hati ini sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta. Mak hanya memandang dengan air mata sayu......penglihatannya kosong...... setelah 36 tahun hidup bersama abah......kini tinggal seorang. Selaku seorang anak.....aku tahu bagaimana kasih seorang abah.

Abah seorang pendiam..... . sabar.. dan alim.... Jemaah masjid...bendahari masjid.....dan pelbagai amanah kebajikan dilakukannya. Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada abah secara terusterang. Memang sayangabah... cuma... dengan abah saya hormat dan memendam kasih saya.....Lainnya pula dengan emak...yang sentiasaberterus terang.... seringkali tidur di peha.

Kelmarin, aku baca dairi abah.Tak sangka abah pun tulis diari. Tiada apa yang ada dalam dairi itu melainkan perkara anak-anak nya. Semuanya berkisar tentang anak-anaknya. Aku sendiri tak ingat bila aku beli kereta.Tapi abah catat..18 February..rizal beli kereta satria hijau 1.6.....abah catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya. Sekali tujam 1.00 pagi aku telefon dari KL.....abah pun catat. Semuanya abah catat berkenaan anaknya.

Abah catat rizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok. dll.........Abah catat Kak Se keguguran... Abah catat Shaifol (abang sulung) keKL......menangis kami semua bila baca dairi tue....Abah sayang anaknya..... tak pernah tunjuk...sebab abah lebih suka mendiam dan tidak bercakap pasal orang. Begitu juga dengan orang lain ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya sahaja.

Ada kawan kampung abah baru nie cakap "Abah kamu masa hidup salu cakap pasal anaknye. Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga adamacam korang".Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku selalufikir... aku...bukan anak yang baik. Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta, rumah,bil,kedai dll memang semua tersusun.. Aku terjumpa buku nota kuliah subuh abah yang terbaru..... catatan terakhir yang abah tulis "hati orang beriman sentiasa ingat kubur"...abah gariskan perkataan ingat kubur.... dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untuk meninggal. Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur danapi neraka.

Abah memang suka budak kecik..pantang anak saper pasti diadukung... bawak berjalan.... .. cucu-cucunya setiap kali balik pastinak tidur sama. Kini semuanya tiada.Ya ALLAH....aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan.. . tanpa Abah......baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun nie nak kasi abah seribumak seribu... tapi Allah lebih menyayanginya. .. abah meninggal 5hb..tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang baru masuk 10hb Ogos 2002. Kali nie tak sangka bonus banyak digunakan untuk majlistahlil dan batu nisan untuk abah.

Tok Imam ada cakap kat kami...."kubur ayah dikorek...pastu ditanam...tanahnya masih penuh kat tepi....terlebih tandanya seorang yang pemurah....sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula masihtak cukup tanah...""abah kamu wajahnya senyumnyer walau pun dah meninggal""Abah kamu waktu dimandikan dah bersih...tak der kotor najis puntakder"...perkara itulah menyedapkan hati kami.... untuk jadi seperti abah....Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid.....aku memulangkan semula duit masjid dan buku akaun yang abah pegangselaku bendahari. Sambil mengira kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut menangis...."

Dulu abah kau yang tolong kira pastu tulis kat white boardtu".........Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walaukerja apa sekali pun....Ya Allah...sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku ..... Talkin buat abah masih segar... "Wahai Hj Badzri Bin Hajah Habsah...ketahuilah kamu bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar"dan, kita yang hidup akan pergi juga....Lelaki berat tanggungjawabnya. ... suami menanggung dosa isteri dananak-anak... .InsyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama.

Cuma... aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja setelah terlupa dgn nikmat Allah.. Mak juga seorang yang solehah.... saya yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam menentukan Al-Mizan..Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua.... tapi sekarang nie mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri takut tak tenang hati teringat abah. Inilah perasaan aku sekarang. Buat korang yang masih ada.... jadikan iktibar..... Cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir. Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung.

Terima Kasih Nizan.

Aku dah lama tak ada ayah...

01 April, 2009

Jom Baca Buku - Peta & Cara Melakar Peta

Siri Penerokaan Sains ITNM
Peta & Cara Melakar Peta


Terokai dunia sains dengan siri baru yang menakjubkan ini. Gambar foto yang memukau dipaparkan secara jarak dekat, lengkap dengan penerangan terperinci dan menarik tentang subjek ini. Projek menguji minda yang menyeronokkan turut disediakan bagi membuka ruang untuk belajar dengan lebih banyak lagi. Aktivitinya juga sesuai dilakukan di dalam mahupun di luar rumah. Biar Sistem Suria membawa kamu menjelajahi penemuan baru!

Jelajahi dunia menggunakan peta. Cartakan dasar laut dari sebuah kapal selam. Cari harta karun dengan tanda X pada lokasi dan lihat apa yang diintip oleh satelit ketika ia mengelilingi bumi.

Siri Penerokaan Sains ITNM
Peta & Cara Melakar Peta

Penulis: Deborah Chancellor
Karya Terjemahan: Institut Terjemahan Negara Malaysia
ISBN: 978-983-068-373-7
Halaman: 48 Muka Surat
Tahun Terbit: 2009
Harga: RM20.00 (RM25.00 Sabah & Sarawak)

Hubungi ITNM di talian 03-41497210. Dapatkan sekarang dan sertai peraduan Beli buku ITNM dan Menangi hadiah lumayan.

31 March, 2009

Daulat Tuanku-Selamat Hari Keputeraan DYMM Al-Sultan Kelantan Dari Patik



Hari ini aku kembali semula ke Kuala Lumpur. Rancangan untuk balik bercuti ini sejak dari bulan Januari lagi. Aku cuma nekad menempah tiket penerbangan tambang murah Airasia sedangkan aku tak dapat nak jangka apa jadi ketika itu. Memangpun kerja tengah banyak dan aku dah tak boleh nak elak. Nak beli seminggu dua sebelum pulang hanya untuk orang-orang yang tak heran dengan harganya.

Sengaja aku menempah pada tarikh 30 dan 31 Mac kerana aku dah lama sangat tak pulang pada tarikh itu. Tarikh itu adalah tarikh keramat bagi rakyat negeri Kelantan kerana tarikh itu adalah tarikh keputeraan Sultan Kelantan. Dah lama tak tengok lampu-lampu hiasan dan bandar Kota Bharu dilimpahan dengan warna dan cahaya yang indah. Kuala Lumpur pun tak sehebat Kelantan apabila meraikan Hari Keputeraan Agongnya. Jika tidak percaya hadirlah sendiri.

Rakyat Kelantan sekarang tengah berpesta lampu dan kehadiran pintu-pintu gerbang dengan pelbagai reka bentuk dihiasi lampu memang mengindahkan Bandaraya Islam itu. Walaupun demikian aku seperti biasa balik di kampung untuk duduk di rumah sahaja menjaga bonda kerana memberi rehat pada kekanda yang sekian lama menjaganya.

Semalam pun sempat melihat lampu sewaktu dalam perjalanan menghantar bonda ke klinik Menjengah bonda di kampung yang dah lama tak ku lihat tapi selalu dengar suaranya di telefon. Badan bonda sedikit susut. Bonda nampaknya dah uzur benar. Jalan pun sudah bongkok tetapi bonda tetap garang dengan segala kekronikan dalam fikirannya yang memerlukan kesabaran yang luar biasa juga dari anak-anaknya.

Aku cuba memahami perasaan bonda dan mengawal perasaanku tetapi kadang-kadang aku berada diluar dari sempadan kesabaran. Nasib baik juga bonda sudah kurang pendengarannya kalau tidak tentu bonda akan menjadi-jadi marahnya.

Lantai bilik bonda dah berubah wajah. Bonda mahu tukar jubinnya. Tapi bilik bonda memang banyak barang. Bonda bukan larat nak mengemasnya tapi itulah hatinya siapa yang mampu menghalangnya. Ikut sahajalah kemahuannya bukan kena keluarkan duitpun semua duit bonda dari anak-anak yang beri.

Bonda bertambah sakit dengan kehadiran jubin baru warna darah ikan itu. Walaupun jubin itu siap di bilik bonda, bonda tetap tidur di luar juga. Dan itu yang buat anak-anak tidak faham mengapa perlu bonda buat semua itu.

Aku menghabiskan banyak waktu di rumah sahaja walaupun di luar dan di bandar orang riuh berpesta lampu. Aku cuma hadir dalam pesta itu berdasarkan bayangan di fikiranku suasana keindahan pesta lampu itu 20 tahun yang lalu.

Kepada kedua Al Sultan dan Sultanah Kelantan patik yang hina ini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Keputeraan Semoga Tuanku DiRahmati Allah dan Di Panjangkan Umur. Patik teringin sekali pulang dan hidup di kampung patik Negeri Tuanku. Patik tetap rakyat Tuanku walau di mana sekalipun patik berada dan patik tetap berbangga patik ini orang Kelantan Tuanku.

30 March, 2009

Apa Kata Dia - Fuad

Sudah lama tidak menemuramah kenalan di sini. Ada yang kesibukan tak sempat nak menjawab dan ada yang belum tiba masa untuk di temuramah lagi. Kali ini giliran Sdr. Fuad.

Salam Apa Khabar?
KHABAR BAIK.

Nama Penuh
MOHD FUAD ABDUL HAMID

Bekerja di mana dan sudah berapa lama?
KWSP SELAMA 16 TAHUN

Ruang lingkup tugas saudara?
BAHAGIAN PENGUATKUASAAN BAGI MEMASTIKAN MAJIKAN MEMATUHI AKTA KWSP DIMANA MAJIKAN YANG BERDAFTAR DAN MEMPUNYAI PEKERJA DIWAJIBKAN MENCARUM KE KWSP

Bagaimana saudara menentukan apa yang saudara perlu lakukan setiap hari?
SEMAKAN AKAN DIBUAT KEATAS AKAUN MAJIKAN SETIAP HARI MELALUI KOMPUTER DAN MANA-MANA MAJIKAN YANG DIDAPATI TERTUNGGAK CARUMAN AKAN DIHUBUNGI BAGI MEMASTIKAN APAKAH MASALAH YANG MENYEBABKAN MAJIKAN TIDAK DAPAT MEMBUAT PEMBAYARAN DALAM MASA YANG DITETAPKAN. SELAIN DARI ITU, SETIAP PEGAWAI PENGUATKUASA PERLU MENYEMAK ‘ LIST OF ASSIGNMENT ‘ YANG TELAH DIRUJUK KEPADA BELIAU UNTUK DISELESAIKAN.

Apakah bentuk tindakan yang dikenakan kepada Majikan yang engkar membuat caruman pekerjanya?
MANA-MANA MAJIKAN YANG DIDAPATI TERTUNGGAK AKAN DILAWATI DAN REKOD GAJI PEKERJA AKAN DIAMBIL UNTUK DIBUAT TAKSIRAN. MAJIKAN YANG GAGAL MEMBAYAR JUMLAH TAKSIRAN TERSEBUT DALAM MASA YANG DITETAPKAN AKAN DIRUJUK UNTUK DIAMBIL TINDAKAN PENDAKWAAN,.

Secara keseluruhannya pada pandangan saudara sikap majikan Malaysia terhadap arahan caruman pekerja adakah memuaskan. Apakah perlu diwujudkan peraturan baru atau diperbaiki peraturan yang sedia ada bagi menjamin semua arahan dipatuhi demi kebaikan pekerja?
SECARA KESELURUHANNYA JUMLAH MAJIKAN YANG GAGAL MENCARUM KE KWSP ADALAH DITAHAP YANG RENDAH DIMANA HANYA KURANG 10% DARIPADA JUMLAH MAJIKAN YANG BERDAFTAR DIDAPATI GAGAL MEMBUAT CARUMAN DALAM MASA YANG DITETAPKAN. PERATURAN YANG SEDIA ADA SUDAH MENCUKUPI CUMA SIKAP MAJIKAN SAHAJA YANG KURANG PEKA TERHADAP PERATURAN KWSP YANG MEMBUATKAN MEREKA KADANGKALA LALAI DALAM MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB MEREKA.

Masalah utama anda dalam menjalankan tugas ini?
MASALAH UTAMA ADALAH SIKAP MAJIKAN ITU SENDIRI DIMANA ADA SESETENGAH MAJIKAN YANG ENGGAN MEMBERI KERJASAMA SEMASA LAWATAN PENGUATKUASAAN DILAKUKAN KEATAS PREMIS MEREKA. ADA SESETENGAH MAJIKAN YANG ENGGAN MENYERAHKAN DOKUMEN SEPERTI REKOD GAJI PEKERJA APABILA DIMINTA BERBUAT DEMIKIAN.

Adakah semua majikan diwajib mencarum dan adakah caruman ini berdasarkan bentuk pekerjaan atau taraf pemaustatin pekerja?
SETIAP MAJIKAN YANG MEMPUNYAI PEKERJA DALAM APA JUA SEKTOR PEKERJAAN ADALAH DIWAJIBKAN MENCARUM TIDAK KIRA SAMADA PEKERJA YANG DIAMBIL SECARA TETAP, KONTRAK, SEMENTARA ATAU SAMBILAN. PENGECUALIAN HANYA DIBUAT KEATAS PEKERJA ASING DIMANA MEREKA BOLEH MEMILIH UNTUK MENCARUM KE KWSP.

Adakah caruman yang kita amalkan mencukupi untuk menjamin masa depan pekerja?Kerana kita lihat ramai pekerja yang pencen masih melakukan pekerjaan untuk menyara hidup mereka.
CARUMAN KWSP ADALAH BERDASARKAN KEPADA JUMLAH GAJI YANG DITERIMA OLEH PEKERJA. MEMANG TIDAK DAPAT DINAFIKAN TERDAPAT SEBAHAGIAN AHLI KWSP YANG TIDAK MEMPUNYAI SIMPANAN YANG MENCUKUPI APABILA TELAH BERSARA TETAPI KWSP SEDAYA UPAYA MEMASTIKAN SETIAP CARUMAN PEKERJA YANG DITERIMA MENDAPAT PULANGAN YANG SEWAJARYA UNTUK BEKALAN DIHARI TUA. OLEH YANG DEMIKIAN KWSP SENTIASA MEMPERKENALKAN SKIM-SKIM TERTENTU UNTUK MENINGKATKAN TABUNGAN AHLI CONTOHNYA SKIM PELABURAN KE UNIT AMANAH TERTENTU. SELAIN DARIPADA ITU, MULAI 1 FEB 2008 KWSP MELANJUTKAN TEMPOH TANGGUNGAN MENCARUM KEPADA PEKERJA DAN MAJIKAN DARIPADA 55 TAHUN KEPADA 75 TAHUN.
DIBAWAH INISIATIF TERBARU INI JUGA IALAH PELAKSANAAN SIMPANAN ASAS IAITU SEJUMLAH SIMPANAN DIDALAM AKAUN 1 YANG DITETAPKAN MENGIKUT UMUR BAGI MEMBOLEHKAN AHLI MEMPEROLEHI SIMPANAN MINIMUM RM 120,000.00 KETIKA UMUR 55 TAHUN. DENGAN PEMBAHARUAN INI AHLI DIBENARKAN MELABUR TIDAK LEBIH DARIPADA 20 % DRP SIMPANAN DIDALAM AKAUN 1 YANG MELEBIHI SIMPANAN ASAS MENERUSI INSTITUSI PELABURAN YANG DILULUSKAN. DENGAN INI KWSP BERHARAP SIMPANAN AHLI AKAN DAPAT MENAMPUNG KEHIDUPAN DI HARI TUA KELAK. AHLI BOLEH MELAYARI LAMAN WEB KWSP IAITU http://www.kwsp.gov.my/ UNTUK MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT AKAN SKIM-SKIM TERTENTU.

Adakah bentuk pelaburan di unit trust menggunakan wang KWSP ini baik untuk memperbaiki dan memperkukuh tabungan pekerja?
SEBAGAIMANA YANG SEDIA MAKLUM KWSP SENTIASA MEMPERKENALKAN SKIM-SKIM TERTENTU BAGI MEMASTIKAN SIMPANAN AHLI BERTAMBAH DAN MENCUKUPI UNTUK BEKALAN SELEPAS PERSARAAN. PELABURAN DIUNIT-UNIT AMANAH SEDIKIT SEBANYAK BOLEH MEMBANTU DALAM MENINGKATKAN SIMPANAN AHLI DALAM JANGKAMASA PANJANG. OLEH YANG DEMIKIAN AHLI PERLU BIJAK MEMILIH MANA-MANA INSTITUSI PELABURAN AMANAH YANG DILULUSKAN OLEH KWSP UNTUK MEMBUAT PELABURAN.

Terima Kasih.
SAMA-SAMA