09 April, 2009

Ia semakin hampir...

Cuma tinggal genap seminggu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2009 akan tiba. Tujuh bulan yang lalu aku tidak pernah terfikir pada tarikh 17 - 26 April 2009 berlangsung PBAKL walaupun teragak-agak mungkin pada bulan itu berlangsung PBAKL.

Teman-teman mencadangkan tarikh 18-20 April 2009. Fikirku cuma satu hari sahaja aku perlu mengambil cuti iaitu pada 20 April (Isnin). Lalu permintaan teman-teman untuk meluangkan waktu bersama aku untuk bercuti aku turutkan. Tempahan penerbangan pun dibuat.

2009 menjelma dan PBAKL mula diuar-uarkan. Aku melihat tarikh PBAKL betul terkena dengan cuti yang dirancang. Aku mula berkira-kira. Selalunya aku hanya terlibat untuk penyediaan gerai sahaja dan kalau bertugas pun mungkin 2-3 hari selepas itu. Jadi aku mungkin boleh teruskan percutian itu.

Perkembangan seterusnya menyaksikan PBAKL tahun ini akan wujudnya Pusat Dagangan Hakcipta dengan lebih serius walaupun telah ada pada tahun sebelum, namun ia dikatakan kurang menyerlah. Tanggungjawab lebih besar diletakkan di bahu ITNM untuk mengendalikan 'Pusat' ini dengan kejayaan di Frankfurt tahun lepas. Aku menumpang rasa bangga dengan perkembangan itu.

Aku turut dilibatkan untuk 'menghidupkan' Pusat Dagangan Hakcipta itu. Namun perjalanan menghidupkan 'Pusat" itu pada awalnya memang amat rumit kerana masalah bajet yang diberikan. Ia terhenti beberapa waktu sehingga aku sudah berfikir 'impian' untuk menjadikan pusat itu satu realiti sudah berkubur.

Namun setelah beberapa waktu dibiarkan berlalu akhirnya impian itu mahu dilaksanakan juga. Semuanya harus ditempuhi. Aku cuma berdoa agar semuanya dapat dicapai seperti yang dikehendaki.

Hari ini aku betul-betul terpaksa melupakan 'angan-angan' itu apabila ada dua lagi majlis menanti pada 20 dan 21 April. Tak apalah kalau itulah keadaannya...teman-teman esok masih ada untuk kita. Ini adalah harga yang terpaksa dibayar untuk kecemerlangan.

No comments: