23 April, 2009

Bukan saya seorang sahaja yang cakap!

Eh Barack Obama ke ni?

Barack Obama hadir sendiri ke Kuala Lumpur dan merasmikan buku Keberanian Menggapai Harapan (The Audacity of Hope) versi Bahasa Melayu? Betulkah? Cuba anda lihat foto ini. Mungkin anda silap pandang. Yang berada dalam foto itu ialah rakan saya Sdr. Ahmad Shuami. Beliau merupakan staf ITNM yang sangat berdedikasi. Saya sangat menghormati kecemerlangan dan cara beliau bekerja walaupun masih baru. Semangat seperti itulah yang dicari-cari oleh majikan.

Bukan saya seorang sahaja yang cakap wajahnya seiras dengan Presiden Amerika itu. Malah ramai lagi rakan saya yang lain mempunyai pendapat yang sama. Buku Keberanian Menggapai Harapan telahpun dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 21 April 2009.

Sudahkan anda mendapatkannya? Belilah sekarang dan sertai peraduan Beli Buku ITNM dan Menangi Hadiah Bernilai RM100,000 yang akan berakhir pada 26 April 2009. Sebuah Perodua MyVi sedang menanti anda dan juga wang tunai untuk hadiah yang lain. Anda perlu berbelanja RM20 ke atas dengan membeli buku ITNM dan jawab 2 soalan mudah yang disediakan. Mudah bukan?

Saya belum menyertainya kerana semua staf ITNM tidak layak untuk menyertainya. Jadi peluang anda terbuka luas.

No comments: