20 March, 2011

Air mataku tertumpah menonton - Lat The Kampung Boy The Musical (LTKBTM)


Harap maaf adegan ini tiada dalam teater tersebut.

Menonton persembahan Lat The Kampung Boy The Musical (LTKBTM) berbeza menonton persembahan teater yang lain bagi saya kerana ia adalah sebuah biografi seorang pelukis yang bernama Mohamad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat di zaman kecilnya sehingga dia berjaya mencipta nama. Walaupun sebelum ini pernah dipentaskan teater Tun Mahathir kerana tiada kesempatan menontonnya tiadalah saya dapat memberi komen perbedaan ataupun persamaan kedua teater tersebut.

Saya begitu teruja untuk melihat bagaimanalah persembahan LTKBTM setelah mengetahui ketika persetujuan mengenai LTKBTM dibuat tiada skrip lagi dihasilkan. Hans terpaksa berulang alik ke rumah Datuk Lat dan meluangkan beberapa jam untuk mengetahui kisah hidup beliau. Khabarnya anaknya Junaidah juga telah membantu untuk menjadikan persembahan LTKBTM ini satu realiti

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada team produksi LTKBTM kerana ia tidak mengecewakan peminat-peminat Lat dan mereka yang ingin mengetahui kisah hidup di sebalik kejayaan Datuk Lat sebagai pelukis kartun.

Sukar untuk saya menipu diri sendiri apabila betul-betul menghayati jalan ceritanya airmata saya tertumpah sebanyak empat kali sepanjang teater itu. Entah ada teman yang perasan ataupun tidak saya sudah tak kisah kerana saya agak mereka juga sebak jika tidak menangis.

Kali pertama ketika Lat mendapat cek bayaran kartun pertamanya dia memeluk bapanya. Kasih sayang seorang anak kepada bapanya hingga menyebabkan Lat memeluk bapanya, ianya sangat menyentuh hati kecil saya. Saya juga sedih kerana teringatkan yang saya telah kehilangan bapa. Ada peristiwa yang sama yang bermain di fikiran saya kerana bakat melukis dalam diri saya tidak sempat dikongsi dengan arwah abah.

Kedua ketika Lat bekerja di Kuala Lumpur di NST dia menerima berita kematian bapanya. Waktu di dalam bilik menerima panggilan telefon dari ibunya. juga mengingatkan saya kepada kehilangan arwah bapa saya tetapi ketika itu saya di dalam tingkatan lima.

Ketiga waktu gurunya Mrs. Hew datang untuk berjumpa dengan isterinya Faezah dan ketika itulah isteri Lat mengadu kepada Mrs Hew tentang kesibukan Lat sehingga mereka mendapat kurang masa untuk bersama Lat - Faezah ditenangkannya. Sungguh menyayat hati dan nyanyian Sandra Sodhy dan Atilia sangat mengesankan.

Keempat ketika Faezah melahirkan anak di hospital Lat tiada di sisinya. Pertengkaran itu sangat memberikan tekanan kepada saya. Aduh kenapa aku pula yang tension. Haha. Over, over. Sesuatu juga yang aku nak share dengan semua Atilia tu macam mirip-mirip Zinitulniza pula (kawan sepejabatku).

Ketika pulang dari menonton persembahan tersebut aku berfikir tentang sesuatu - Barangkali juga teater ini mungkin lebih menarik kalau adegan sewaktu kanak-kanak Lat di tonjolkan kerana kehidupan begitu sudah sukar lagi ditemui oleh anak-anak zaman kini.

1 comment:

Zuhaira said...

Ya La Mr Enche, saya pun tertumpah air mata saya juga.
Tapi saya rasa saya lagi extra and over kot...
1st mmg masa Lat kecik peluk bapak dia, bila dia dapat 1st hasil dr komik dia tu...
pastu masa bapak dia meninggal, masa dia ada konflik dgn wife dia.
Lagi nak tambah masa dia sorg2 yg nak last last tu yang bapak and Lat kecik datang bagi kata kata perangsang... ala yg lagu John Wayne tak nangis tu... pastu yang dia tanya bapak dia... macam ne boleh bahagia dgn mak... pastu bapak dia kata... something about matahari dengan bulan... Uwaaaaa taching taching...
hehehhehe dah la tu 1st pengalaman tengok teater... pastu nak dijadikan cerita, tak ada bekap tisu... nasib bek ada tisu lebihan makan Subway.. hahahha my sweet memory - LAT Teater musical ni...