Anda tentu selalu berhadapan dengan situasi ini. Apa yang menyebabkan seterika melekat ialah suhu yang digunakan untuk menggosok tidak sesuai dengan material yang digosok akibatnya material itu mencair dan melekat pada permukaan seterika anda dan kadang kala ia akan merosakkan pakaian yang berikutnya.
Anda perlu membersihkan permukaan seterika itu dahulu sebelum meneruskan menggosok pakaian yang lain. Orang dahulu menggunakan daun pisang iaitu dengan cara menggosok daun pisang bagi menghilang bahan yang melekat tadi tetapi sekarang amat sukar untuk anda keluar mencari daun pisang apatah lagi jika di waktu pagi atau malam.
Cara yang paling mudah ialah menggunakan senduk kayu yang rata hujungnya. Panaskan seterika ke tahap boleh mencairkan bahan yang melekat dan gunakan senduk kayu untuk membuangnya. Hati-hati jangan sampai melukakan lapisan luar seterika anda.
Jika masih ada bahan yang tertinggal dan tidak dapat ditanggalkan oleh senduk tadi gosoklah seterika itu pada kain yang tidak digunakan lagi.
No comments:
Post a Comment