29 March, 2009

Puisi - Pesan Ibu

masa kecil
ibu selalu kata
jangan bohong-dosa
masa kecil ibu selalu kata
jangan mencuri-dosa
masa kecil ibu juga kata
tuhan benci orang buat jahat

bila dewasa

dunia tak sama seperti yang ibu pesan
tetap ada orang bohong
barangkali ibu mereka tidak pesan
waktu mereka kecil

bila dewasa
dunia tak sama seperti yang ibu pesan
tetap ada orang mencuri juga

barangkali mereka lupa pesan ibu mereka
waktu mereka kecil

bila dewasa
dunia tak sama seperti yang ibu pesan
tetap ada orang buat jahat juga
mungkin mereka tiada ibu
waktu mereka kecil
untuk pesan dan ingatkan pada mereka

mungkin ibu mereka sudah mati
waktu mereka masih kecil
atau hati mereka yang mati
bila mereka sudah dewasa?

Enche
Mac 2009

28 March, 2009

Kanvas Kehidupan- Hati-hati Di Mana Jua

Ini adalah kejadian yang lampau dan sengaja diimbas kembali. Mungkin pengalaman yang dikongsi ini berfaedah untuk yang tidak pernah terfikir mengenainya, khususnya bagi mereka yang mempunyai kereta yang bukan 'auto lock' selepas anda masuk dan menutup pintu kereta.

Saya mempunyai fobia apabila menaiki kenderaan dan tiba di persimpangan yang berlampu isyarat dan ketika itu lampu isyarat berwarna merah. Apabila berada dalam keadaan itu saya secara tiba-tiba akan menekan punat untuk mengunci semua pintu kereta. Darah berderau tiba-tiba dan jika semua sudah berkunci hati saya akan kembali tenang.

Ini kerana pernah dalam keadaan demikian suatu ketika dahulu dalam kesesakan jalan raya di bandaraya Kuala Lumpur dan banyak kereta yang tidak bergerak termasuk kereta saya. Tiba-tiba ada seseorang yang berjalan dicelahan kereta yang berhenti itu telah memilih untuk membuka pintu kereta saya yang tidak berkunci. Dia ingin bertanyakan sesuatu. Keadaan itu membuatkan saya panik dan sangat mengelabah. Bagaimana kalau dia berniat tidak baik terhadap saya?

Adik saya pernah melihat kejadian di hadapannya bagaimana seorang pemandu wanita bergelut mempertahankan beg tangannya dari ditarik keluar oleh perompak rambang yang berjalan mencari mangsa ketika lampu isyarat merah. Nasib wanita itu baik kerana beg itu tersangkut pada tombol berek tangan keretanya. Apabila lampu bertukar hijau perompak itu terpaksa mengucapkan selamat jalan kepada wanita yang separuh bernasib baik itu.

Lain pula cerita kawan yang seorang ini dirompak di lampu isyarat waktu pagi buta oleh sekumpulan perompak. Dia dipaksa turun dari kereta diambil segala 'hartanya' dan dia berjalan kaki ke balai polis untuk melaporkan kesnya. Nasib baik nyawanya selamat!

Satu lagi kejadian saya di Hentian Putra selepas menghantar saudara saya di sana. Saya masuk ke dalam kereta dan ketika itu saya mengunci semua pintu dan menyemak kiriman SMS yang saya terima sewaktu memandu ke situ. Saya didatangi seseorang yang berbadan besar. Wajahnya memang ganas tetapi saya tetap berprasngka baik. Dia bertanyakan pukul berapa waktu itu. Saya dapat membaca gerak bibirnya ketika dia mengetuk pintu kereta saya.

Saya mengangkat jam tangan saya menghampiri cermin ke arahnya. Tetapi dia menjerit meminta saya menurunkan cermin kereta. Keadaan di situ memang sunyi dan agak terpencil. Manalah saya berani untuk melayan permintaannya begitu. Saya terfikir kalaulah dia spray muka saya ketika itu maka akan berlakukan adegan yang tidak dingini di situ dan ia mungkin akan menjadi kenangan buat saya.

Perbuatan saya yang tidak ingin menurunkan cermin kereta telah menimbulkan keberangannya. Saya masih dapat mendengar butir cakapannya kerana injin kereta belum saya hidupkan. Katanya saya seperti biadab kerana berbicara seperti itu denganya. Tak apalah saya cuma berwaspada kalau saya biadab pun pada orang yang saya tidak kenal. Lagipun tindakan saya itu lojik. Dia boleh bertanyakan pada ramai lagi orang di Hentian Putra itu kenapa memilih saya dalam kereta yang jauh terpencil?

Melihatkan keberangannya yang semakin menjadi saya terus menghidupkan injin kereta dan berlalu dari situ walaupun satu SMS pun belum sempat saya baca! Ambillah teladan dari cerita ini. Selalulah kunci pintu kereta walau di mana anda berada dan jangan berada di dalam kereta di tempat yang sunyi!

26 March, 2009

Kongsi Emel - Doa Tolak Sihir

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas.

Terima kasih Norman Nafiah.

Jom Baca BUku - Arkeologi

Siri Penerokaan Sains Sains
Arkeologi

Arkeologi membongkar rahsia tamadun silam. Ketahuilah bagaimana ahli arkeologi menggali lapisan sejarah bagi mencantum semula maklumat silam dan meneliti pelbagai objek, daripada duit syiling Rom yang paling kecil hinggalah ke kuil terbesar. Terokai khazanah menakjubkan dari makam diraja di Ur dan makam Tutankhamun. Rasailah ketakjuban apabila melihat kota purba seperti petempatan Lembah Indus yang pertama, Athens semasa zaman kegemilangannya dan ibu kota Aztek, iaitu Tenochtitlan. Jelajahi juga tinggalan tapak mengangumkan ini dan ketahui bagaimana arkeologi membantu dalam bercerita tentang manusia yang menghuni dunia sebelum kita.

Penulis: Trevor Barnes
Karya Terjemahan : Institut Terjemahan Negara Malaysia
ISBN: 978-983-068-368-3
Halaman: 64 Muka Surat
Tahun Terbit: 2009
Harga: RM24.00(RM29.00 Sabah & Sarawak)

Hubungi ITNM di talian 03-41497210. Beli Buku bernilai RM25 dan anda layak menyertai Peraduan Beli Buku ITNM dan menangi hadiah Bernilai RM100,000. Cepat sebelum terlambat!

24 March, 2009

Gerai ITNM di PWTC Sempena Perhimpunan UMNO hari ini

ITNM telah turut menyertai beratus-ratus gerai di ruang legar PWTC untuk selama 5 hari mulai hari ini (24 Mac). Bagi mereka yang ingin mendapatkan buku-buku terbitan ITNM silalah ke sana membeli buku dan sertai peraduan yang disediakan dengan hadiah utama sebuah kereta Myvi dan hadiah-hadiah lain.

Kali ini untuk semua belian anda akan mendapat potongan harga 10 peratus dan tawaran istimewa membeli 41 buah buku dengan harga RM2000 tetapi dengan hanya RM1300 sahaja. Gerai ITNM akan dibuka dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 10.00 malam sehingga hari sabtu ini.

Saya akan berada di sana pada hari Jumaat jam 3.00 - 10.00 malam.

23 March, 2009

Senyum- Mini Zorro & Kuda Kepang

Suatu pagi di hari minggu. Aku bersama teman melalui sebuah lebuhraya. Teman aku memandu kereta. Jadi pemandanganku menjadi luas. Tiba-tiba ternampak seorang lelaki tepi jalan. Aku sangka dia mempunyai masalah. Tetapi memang tidak sempat untuk memperlahankan kenderaan kami.

Bila kereta kami menghampirinya kulihat ada tripod dan kamera di hadapannya. Dia sedang fokus memandang ke sebuah padang di tepi lebuhraya itu. Sambil memberi isyarat dengan sapu tangannya seperti sesuatu. Aku cuba mencari kepada siapa dia memberi arahan itu.

Wah kelihatan seorang kanak-kanak dalam lingkungan umur 9-10 tahun berpakaian dan bertopi hitam serta memakai topeng persis zorro bersama kuda kepang. Sudah bersedia untuk berlari dengan kudanya. Maka bermula adegan kanak-kanak itu berlari dengan kuda kepangnya. Aku menahan perut geli hati dengan pandangan sekilas di pagi minggu itu.

Mini Zorro berlari dengan kuda kepang di pagi buta!

22 March, 2009

Sertai dan Berpeluang Untuk Menang



Sila Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas!

Projek Beli buku ITNM- Hadiah Bernilai RM100,000


Gambar 1: Pelancaran oleh Dato' Saifuddin dan Gambar 2: Ketibaan Dato' Saifuddin disambut oleh En. Mohd Khair-Pengarah Urusan.

Hadiah bernilai RM100,000. Wow itulah realitinya. Hari ini telah sah menjadi kenyataan apabila Pelancaran Projek Beli Buku ITNM & Menangi Hadiah Bernilai RM100,00 dirasmikan oleh Y. B. Dato Saifuddin Abdullah-Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi di MPH Bookstories Mid Valley Megamall, Mid Valley City, Kuala Lumpur.

Dato' Saifuddin mengucapkan tahniah kepada ITNM atas usahanya untuk mempromosi pembudayaan membaca. Buku katanya adalah medium utama pembacaan dan medium utama membudayakan ilmu. Katanya lagi dalam ucapan perasmiannya , ilmu mesti menjadi kekuatan kita, ilmu adalah kekuatan hakiki membina tamadun. Oleh itu amalan membaca harus digalakkan ke arah mendapatkan ilmu. Hanya 22 peratus rakyat Malaysia yang menjadikan membaca sebagai hobi. Secara purata masyarakat Malaysia 2 buku setahun dan dari jumlah itu hanya 3 peratus membaca bacaan ilmiah.

Bagi mewujud dan menggalakkan budaya itu Kementeriannya dengan kerjasama beberapa agensi sudah bersedia untuk melayan permintaan modal yang berkaitan dengan penerbitan, percetakan dan pengedaran buku.

Sementara itu Encik Mohd Khair Ngadiron (Pengarah Urusan ITNM) dalam ucapan alu-aluannya menyatakan apa yang berlaku hari ini tidak pernah berlaku pada ITNM dan sudah dilakukan pada syarikat lain.Usaha pada hari ini tidak lain bertujuan untuk mengimarahkan budaya membaca dalam masyarakat. Budaya membaca harus dipertingkatkan sekaligus ia akan memartabatkan industri.

Katanya lagi ITNM berusaha untuk memasarkan buku-buku Malaysia ke peringkat antarabangsa supaya budaya dan pemikiran orang Malaysia dapat dibaca dan diketahui oleh masyarakat antarabangsa. Akhirnya Encik Mohd Khair menyampaikan ucapan terima kasih kepada penaja korporat Perodua, AmBank Group dan juga kepada semua kedai-kedai buku yang turut serta menjayakan projek ini.

Berikut adalah hadiah-hadiah yang ditawarkan.

Hadiah Utama: Sebuah kereta Myvi bernilai RM46,700.
Hadiah Pertama: RM10,00 seorang
Ke-2 RM5,000 untuk dua orang pemenang,
Ke-3 RM1,00015 pemenang,
Ke-4 RM1,000 15 pemenang
Ke-5 RM500 15 pemenang dan
Saguhati RM150 untuk 50 pemenang

Bagaimana menyertai peraduan ini? Mudah sahaja anda hanya perlu membeli buku ITNM dengan nilai RM25 dalam satu resit. Hantarkan bersama borang penyertaan bersama resit tanda belian tersebut di kedai-kedai yang menyertainya. (untuk maklumat lanjut anda boleh lawati di laman web ITNM atau kedai yang menyertai).

21 March, 2009

Puisi - Artifak Rindu Mu




Kau menebar rindu
Dalam dadaku
Lapis demi lapis
Menjadi sebati di sini


Lalu rindu yang indah itu
Menjadi pudar kini
Kerana mentari
Tidak lagi bersinar
Di kolam rinduku


Hari ini
Rindu yang beku itu
Kau hangatkan kembali
Dan kau menarik tangan
Memaksa aku
Untuk menggilap
Artifak rindu mu
Yang kian menjadi sejarah bagiku
Kaulah yang menjadikan aku lupa
Pada cerita itu
Dan aku masih bingung
Untuk memaafkanmu

Enche
21 Mac 2009

Kanvas Kehidupan - Jika Itulah Sikap Majikannya

Kali ini kisah seorang teman yang selalu mengadu kepadaku tentang sikap majikan tempat dia bekerja seolah-olah tidak berhati perut. Majikan ini sama kulit dengannya dan sudah tentu sama agamanya dan seratus peratus Melayu pekerjanya. Sudah lama dia bercerita aku cuma hanya dapat mendengar sahaja kerana mungkin itu sahaja dia dapat meredakan kemarahannya.

Dulu dia bercerita suatu hari dia terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana ada saudaranya meninggal. Sehari dua juga dia di kampung menguruskan hal-hal kematian saudaranya yang terdekat. Dan ketika itu bosnya menelefon menanyakan bila dia akan kembali bekerja. Langsung tidak bertanya mengapa saudaranya meninggal, sakit apa dan bagaimana.

Di suatu ketika yang lain pula pernah bosnya berjanji hendak membelikannya telefon bimbit yang baru memandangkan telefonnya yang sudah uzur benar. Teman ini merupakan orang penting di syarikat itu kerana dia yang menguruskan hal-hal yang besar dalam syarikat. Syarikat itu pula dipunyai oleh tiga orang rakan kongsi.

Pernah suatu ketika ketiga-tiganya bercuti serentak ke luar negara dan sudah tentu hal-hal berkaitan dengan pengeluaran cek akan menjadi masalah. Berbalik kepada cerita telefon bimbit tadi. Bila sudah menabur janji tentulah teman mengharapkan harinya. Namun hari yang dijanjikan tak pernah kunjung tiba. Seperti menunggu buah yang tidak gugur.

Teman menjadi terbakar apabila mendapat tahu bosnya membelikan telefon bimbit yang canggih kepada pelanggannnya. Teman ni pula memang baik dengan pelanggan ini dan yang lebih membuat dia membara ialah kata pelanggan tadi dia sudahpun ada telefon baru sebelum mendapat 'hadiah' dari bosnya. Lalu telefon itu diberikan kepada isterinya.

Banyak cerita membaranya selalu disampaikan ke telingaku dan semuanya tema kurang prihatin dan kurang menjaga kebajikan stafnya. Terbaharu ialah cerita teman itu teman sepejabatnya yang terkena demam teruk. Seminggu terlantar di rumah dan hospital. Bosnya cuma menelefon untuk bertanya bila nak balik bertugas ada kerja penting menunggu di pejabat? Tiada soalan 'awak sakit apa? Awak di hospital mana?' Sekembalinya ke pejabat haram kerja penting itu menunggunya.

Kalau begitu soalannya usahlah nak harap dia bertanya berapa bil hospitalnya dan hendak meringankan beban pekerjanya. Tanggunglah sendiri semua kesakitan sebelum dan selepas masuk wad itu.

Hati teman sudah membara macam gunung berapi. Dia berfikir adalah lebih baik membina empayar baru bersama teman-teman sepejabatnya. Tiada guna kalau ditempat kerja sudah tidak ada hubungan kasih sayang dan kemanusiaan. Majikannya tidak lepas dari sikap berprasangka buruk sahaja.

Aku melopong mendengarnya di telefon setiap kali dia bercerita dan kebanyakan soalan-soalan cepumas yang dikemukakan kepada ku jawapan yang aku berikan sering bertentangan dengan jawapan sebenar. Aku cuma mendoakan jika dia dan teman-teman benar-benar berniat biarlah mereka menemui kejayaan. Mudah-mudahan. Ya lah di tengah-tengah zaman gawat ni dia begitu berani dan yakin mengambil jalan seperti itu.

19 March, 2009

Peluang Penerbit mempromosi buku Malaysiana dan Sastera

Jika anda penerbit di Malaysia atau di luar dari Malaysia mempunyai buku-buku mengenai Malaysiana atau kesusateraan Melayu anda bolehlah menghantar buku-buku sedemikian ke ITNM dengan menghubungi Sdr. Enche Abdullah di talian 019 2720433 (Emel enchelah@itnm.com.my) . Buku ini akan dimasukkan dalam katalog sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang akan berlangsung pada 17 hingga 26 April 2009 ini.

Hantarkan karya itu secepat mungkin kerana pihak ITNM sedang giat menjalankan usaha untuk menjadikan katalog itu nyata sebelum tiba pesta buku. Buku yang terpilih juga akan dimuatkan dalam katalog yang akan dibawa ke Pesta buku Frankfurt Jerman pada bulan Oktober nanti. Tiada bayaran dikenakan cuma anda perlu menghantar naskhah buku (sehingga 5 judul) berserta softcopy sinopsis dan kulit buku tersebut bagi memudahkan urusan penerbitan.

Teringat pula dengan panggilan dari sebuah syarikat penerbitan yang bertanyakan berapa pula bayaran yang akan diterimanya jika buku itu dipilih untuk dimasukkan dalam katalog tersebut! Ini bukan soal keuntungan. Ini adalah khidmat sosial. ITNM mengusahakan projek ini semata-mata untuk mengangkat martabat maruah bangsa di mata dunia dengan tujuan memperkenalkan Malaysia sekaligus mengangkat industri penerbitan kita di mata dunia. Penerbit-penerbit yang lebih mendapat untung kerana mereka boleh menjual hakcipta buku-buku terbabit jika ada yang berminat.

Kongsi Emel- Hati hati jikakalau hendak melancong

Emel ini dipanjangkan kepada saya dan saya tidak pasti akan kebenarannya. Walau bagaimanapun eloklah kita mengambil pengajaran dari cerita ini.


Dear friends,

Kepada kita yang suka melancong ke luar negara ............... satu peringatan.

I would like to relate to you all an incidence.................. quite recent, i.e. about two weeks ago...........


After my daughter's wedding in early February, I had gone to Shanghai (saja nak enjoy lepas penat menguruskan perkahwinan) and my cousin went to Bangkok with his wife and brother in-law. Dia orang ni pun penat juga menolong buat hantaran dsb. Nak dijadikan cerita, waktu nak pulang ke KL menaiki Air Asia, my cousin dan isterinya berbelanja di Duty Free Shop di airport.


Mereka membeli chocolates untuk cucu-cucu dan rokok untuk dirinya sendiri. Mereka telah diberitahu bahawa pembelian chocolate mereka ada free gifts berupa chocolate juga. Semuanya ini mereka letak di counter bayaran. Waktu hendak membuat bayaran, mereka ternampak ada sebungkus rokok diletak di atas 1 karton rokok yang diletak di casher, berupa rokok dari brand yang sama. My cousin telah membayar kesemua chocolates dan 1 karton rokok tersebut dan meletakkan ke dalam beg untuk di bawa keluar, tanpa memperdulikan sebungkus rokok yang terletak di atas karton rokok beliau.


Nak dijadikan cerita, isterinya menunjukkan kepada rokok yang sebungkus itu yang sangkanya diberi percuma. My cousin terus mengambil sebungkus rokok tersebut dan berlalu untuk ke dewan berlepas (departure hall).


Sewaktu di Dewan Berlepas, beliau telah didatangi oleh seorang sekuriti dan bertanya kepadanya sama ada my cousin ada membeli rokok. Dengan ikhlas my cousin telah menunjukkan chocolate dan rokok yang dibelinya di Duty Free Shop tadi..... bersama dengan rokok sebungkus yang disangkanya diberi percuma.


Sekuriti menuduhnya mencuri rokok tersebut dan mahu membawanya ke balai polis untuk didakwa. My cousin offered to pay for the cigarettes kerana salah faham beliau. Tetapi pihak sekuriti menolak dan masih berkeras untuk membawanya ke balai polis. Manakala isteri my cousin disuruh pergi menaiki kapal terbang. Isteri my cousin tidak mahu meninggalkan suaminya di sana dan berkeras untuk ikut sama ke balai polis.


Di Balai Polis (yang terletak di kawasan lapangan terbang itu juga) my cousin telah diminta membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 jika mahu dilepaskan. Kalau tidak beliau akan ditahan sehingga wang tersebut dibayar. Oleh kerana mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu, my cousin telah dimasukkan ke lock-up di situ disamping ramai lagi tourists yang mendapat nasib yang sama. Manakala isterinya menumpang di rumah salah seorang kenalan mereka di Bangkok . Bersama beliau di lock up itu ada seorang tourist dari India telah berada di lock up itu lebih sebulan lamanya kerana keluarganya belum dapat mengumpul wang sebanyak US$70,000 kerana beliau dituduh mencuri pen (padahal tourist tersebut mengambil pen tersebut untuk membuat pembayaran di kaunter. Waktu mencari kaunter pembayaran, beliau terkeluar sedikit dari kawasan kedai tersebut, terus ditangkap dan didakwa mencuri!)


Sewaktu my cousin ditahan di balai polis tersebut, adik iparnya yang menaiki MAS tidak mengetahui kisah yang berlaku kepada abang iparnya. My cousin's wife menghantar SMS kepada adiknya menyatakan kisah yang terjadi kepada mereka. Tetapi oleh kerana adik ipar ini telah memasuki pesawat, beliau tidak boleh keluar lagi. Setiba beliau di KL, beliau berpatah balik ke Bangkok dengan menaiki pesawat MAS juga. Disamping itu keluarga my cousin di KL telah cuba menghubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok dan beberapa kenamaan yang lain. Pihak polis Bangkok tidak memperdulikan semua rayuan yang dibuat baik oleh Menteri-Menteri di Malaysia maupun pihak Kedutaan kita di Bangkok .


Keesokkan harinya setibanya adik ipar my cousin ini dengan pesawat MAS dari Kuala Lumpur, beliau terus saja ke lock up untuk melepaskan abang iparnya. Dari RM30,000 telah diturunkan ke RM20,000..... tapi adik ipar my cousin ini tidak punya wang sebanyak itu. Beliau hanya ada RM11,000. Maka setelah beberapa lama berbincang, akhirnya pihak polis bersetuju dengan pembayaran sebanyak RM11,000. Belum pun sempat my cousin keluar dari balai tersebut, polis-polis ini telah membahagi-bahagikan wang tersebut sesama mereka dengan bangganya.


Mereka juga menunjukkan wang-wang yang diperolehi yang terdiri dari matawang asing......... dan mereka sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah dengan rasuah yang diperolehi itu. Keesokkan harinya my cousin telah dibawa ke mahkamah (pesalah hanya berjumpa majestret melalui tingkap saja). My cousin telah disuruh mengaku salah dan didenda sebanyak 2000 baht (what happened to the RM11,000? Tak disebut pun.............).


Nasib baik my cousin teringat kisah tourist yang didakwa bersama beliau yang keluar tanpa meminta surat dari pihak berwajib tentang penahanan beliau, lalu ditahan kedua kalinya sewaktu mahu pulang di airport Bangkok . My cousin meminta mereka mengeluarkan surat menyatakan kes beliau telah selesai dan beliau dibenarkan pulang. Sewaktu mahu membeli tiket kapal terbang pulang (tiket ini diuruskan oleh pihak imigresyen Bangkok ) beliau telah diberitahu bahawa semua tiket Air Asia telah habis terjual. Yang ada cuma tiket MAS yang ternyata lebih mahal. Oleh kerana my cousin tidak punyai wang yang banyak, beliau mau menggunakan kad kredit untuk membeli tiket MAS.


Yang peliknya bila my cousin kata nak bayar tunai tiket air asia, tiba-tiba saja pegawai ni kata ada tiket lagi dengan air asia ................ (nampaknya semua peringkat yang mengambil kesempatan)


Pihak imigresyen Bangkok telah mengecop Pasport my cousin dan isteri beliau sebagai 'Thief'! Bukan itu saja, my cousin telah digari untuk di bawa ke pesawat. Setiba di pesawat pasport beliau telah diserahkan kepada pihak Air Asia dan apabila sampai di KL pihak imigresyen KL diminta mengiring my cousin ke pejabat imigresyen di Lapangan LCCT. Waktu di pejabat tersebut my cousin telah diberitahu bahawa kejadian ini setiap harinya terjadi kepada rakyat kita............ tapi yang peliknya kenapa perkara ini masih dirahsiakan dari kita semua? Pihak kedutaan kita pun menyatakan perkara yang sama...... dan menasihatkan my cousin supaya memberitahu keluarga dan sahabat handai untuk tidak ke Thailand dalam waktu yang terdekat ini sehingga keadaan politik di negara tersebut kembali stabil. Sekiranya ini tidak terjadi kepada keluarga saya sendiri, saya pasti tidak mempercayainya...... macam cerita wayang saja....... tapi percayalah..... memang ini kisah benar.

Dear Omar, remember our phone call recently?

Please be careful, ok?

Terima Kasih Azira. Azira masih ingat dengan Michelle? Dia akan panggil you dengan nama Ajila. Sweet memory...