19 March, 2009

Peluang Penerbit mempromosi buku Malaysiana dan Sastera

Jika anda penerbit di Malaysia atau di luar dari Malaysia mempunyai buku-buku mengenai Malaysiana atau kesusateraan Melayu anda bolehlah menghantar buku-buku sedemikian ke ITNM dengan menghubungi Sdr. Enche Abdullah di talian 019 2720433 (Emel enchelah@itnm.com.my) . Buku ini akan dimasukkan dalam katalog sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang akan berlangsung pada 17 hingga 26 April 2009 ini.

Hantarkan karya itu secepat mungkin kerana pihak ITNM sedang giat menjalankan usaha untuk menjadikan katalog itu nyata sebelum tiba pesta buku. Buku yang terpilih juga akan dimuatkan dalam katalog yang akan dibawa ke Pesta buku Frankfurt Jerman pada bulan Oktober nanti. Tiada bayaran dikenakan cuma anda perlu menghantar naskhah buku (sehingga 5 judul) berserta softcopy sinopsis dan kulit buku tersebut bagi memudahkan urusan penerbitan.

Teringat pula dengan panggilan dari sebuah syarikat penerbitan yang bertanyakan berapa pula bayaran yang akan diterimanya jika buku itu dipilih untuk dimasukkan dalam katalog tersebut! Ini bukan soal keuntungan. Ini adalah khidmat sosial. ITNM mengusahakan projek ini semata-mata untuk mengangkat martabat maruah bangsa di mata dunia dengan tujuan memperkenalkan Malaysia sekaligus mengangkat industri penerbitan kita di mata dunia. Penerbit-penerbit yang lebih mendapat untung kerana mereka boleh menjual hakcipta buku-buku terbabit jika ada yang berminat.

No comments: