05 April, 2009

Kanvas Kehidupan-Pagar Makan Padi

Hari itu kawan Ambo sugul betul datang jumpa Ambo. Dah macam cekodok pun ada rupa dia. Ambo tanya dia kenapa dia jadi macam gitu. Dia diam dan pandang Ambo. Macam blur gitu pandang Ambo. Ambo rasa Ambo tak berjaya nak dengar cerita dia kalau Ambo tak turun ke dalam hati dia.

Ambo rendahkan nada dan Ambo kendurkan bahu dan buang ego yang Ambo ada. Ambo duduk dalam sempadan tak keruan dia. Ambo tenung wajah dia dan Ambo gosok bahu dan tepuk-tepuk. Ambo tanya dia kenapa. Baharulah Ambo nampak dia menarik nafas panjang dan pandang dalam-dalam mata Ambo.

Ambo lihat mata dia merah muka dia sebam mungkin dia dah puas menangis. Keluar dari mulut dia kata dia kecurian. Ambo tanya apa yang hilang. Komputer riba kata dia. Baru beli tak sampai dua bulan. Ambo tanya bagaimana boleh hilang dan di mana. Dia kata di rumah. Maksudnya rumah kena pecah lah. Dia kata tak. Ada kawan yang dia kenal datang rumah dan curi.

Ambo mengeleng-ngeleng kepala kerana tak faham mengapa kawan sanggup buat kawan sendiri. Itulah yang dia tak faham. Dia kata dia dah banyak tolong kawan ni. Tapi kawan ni jenis tak kenang budi macam lepaskan anjing tersepit. Mungkin ada benda yang dia tak puas hati dengan kawan Ambo tu barangkali. Tapi kawan Ambo mati-mati kata dia tak ada apa-apa hal pun dengan kawan tu.

Dah lama ke kawan dengan dia. Dia kata 2 tahun. Ambo terkejut. Kawan barulah tapi kalau 2 tahun kalau selalu jumpa memang macam-macam dah lalu bersama. Memang betul kata dia. Macam-macam sudah yang dia dah tolong kawan tu tapi masih tergamak buat begitu padanya.

Ambo tanya lagi kalau dah sedar dia curi kenapa tak halang. Dia kata dia sedar bila nak pakai komputer itu tiba-tiba dah tak ada dalam begnya. Dan kawannya itu ialah orang terakhir datang ke rumah. Sebelum itu komputer itu memang ada di situ.

Kawan Ambo syak masa kawan Ambo mandi dia masuk dalam bilik dan seludup komputer itu dalam beg komputer yang di bawanya. Patutlah nampak sarat je beg dia masa hantar dia balik. Kelakuannya juga aneh sahaja sebab nak cepat pulang katanya ada hal mustahak. Tadi masa datang tak cakap ada hal tiba-tiba sahaja hal itu datang.

Ambo cakap sabar sajalah. Cubalah telefon kawan dia tu balik dan minta balik komputer itu. Dia kata dia dah telefon. Kawan tu tak angkat. berpuluh-puluh kali telefon tak diangkatnya. Lalu diapun hantar SMS minta tolong supaya jangan jual komputer dia tapi kawan dia buat-buat tak faham. Katanya nanti dia akan datang jumpa. Tapi haram lepas dari peristiwa itu batang hidungnya pun lesap. Kawan Ambo tetap menunggu dengan penuh harapan. Nak pergi ke tempat tinggal kawan tu kawan dah pindah ke tempat lain.

Ambo pun cakap lagi kat dia. Macam ni sahajalah. Kau sembahyang hajat minta Tuhan bukakan hatinya. Kalau tak dapat juga anggap sahaja bukan rezekinya. Sebab barang-barang kat dunia ni Allah cuma pinjamkan pada kita sahaja. Ada yang di pinjam kekal dan ada yang dipinjam sementara sahaja. Kawan Ambo mengangguk sahaja tanda dia faham. Dan Ambo sangat-sangat simpati kepadanya.

3 comments:

VimmiYasmin said...

Salam

saya pun ada jugak KAWAN YG CURANG camni
kita tolong sampai berhabis habis
tolak tepi hal kita sendiri
tapi apa yg kita dapat
dia yg CURANG dengan persahabatan kita
ada saya buat n3 pasal kawan yg curang ni

sedih...tak pasal pasal kita berdosa mengumpat dia
tak pasal pasal kita menanggung segala kejahatan dia

benci tau ada kawan camni

Ibrahim bin Said said...

Assalamualaikum wbt
Saudara
Saya tertarik dengan coretan sdr tentang ciuman terakhir utk ayah tersayang. Saya juga melalui detik sedemikian setahun yang lalu dan dapat menghayati coretan itu. Bezanya bapa saya tidak bersekolah cuma dapat menjadi jemaah sahaja.
Semoga Allah mengampunkan segala dosa dan menerima setiap amalan mereka sebagai amalan yang sempurna. Amin.

en_me said...

dulu pun me ada kawan camnih gakkks.. me sms bilang nak repot polis, dua tigahari pastu, tengok laptop dah ader atas meja.. ikiki