04 April, 2009

Resepi Khas-Pisang Sira



Wah bukan nak beralih profesion ni ya Kak Norz. Saya juga gemar memasak cuma untuk saudara mara dan kenalan terdekat sahaja.

Pernah anda makan Sira Pisang. Selain pisang ubi juga oleh di sira, seperti ubi kayu dan juga buah labu. Anda mungkin asing dengan kuih nekbat, ia juga melalui kaedah yang sama apabila disira. Ia adalah makanan kegemaran orang Kelantan. Inilah makanan kegemaran saya dan gambar ini telah lama saya rakam ketika menyediakan masakan untuk bonda sewaktu bonda ada di sini.

Bagi anda yang tak tahan dengan manisnya gula tak usahlah cuba-cuba makan kuih ini. Saya akan memberikan anda panduan untuk anda cuba jika anda menggemarinya.

Apa yang anda perlukan ialah Pisang, ubi kayu ataupun labu. Siang bahan-bahan tadi (pilih salah satu darinya sahaja).

Bahan

12 Pisang (pisang abu, berangan atau lain-lain atau juga labu atau ubi kayu)

8 sudu besar Gula,

3-5 Tangkai Bunga cengkih

2 helai Daun Pandan

2 gelas air (atau paras tenggelam)

sedikit pewarna kuning

dan periuk tembaga

Masukkan semua bahan tadi masukkan air sehingga paras tenggelam bahan itu. Jerang atas api sederhana besar sehingga air gulanya likat. Kacau sekali-sekala sahaja. Periuk tembaga adalah yang terbaik kerana gula lambat hangus jika di masak di dalamnya. Tetapi jika tidak ada kuali atau periuk biasa pun boleh digunakan.

No comments: