06 April, 2009

Majlis Penutupan Seminar Wajah Kepengarangan Muslimah Nusantara


Gambar Kiri: En. Mohd Khair ketika memberikan ucapan dalam majlis penutup dan di sebelah Kanan ialah Pengarah DBP Dato' Haji Termuzi

2 April 2009. Malam itu saya sempat hadir ke Majlis Penutup sahaja (di Dewan Bahasa dan Pustaka). Kalau nak ikutkan saya teringin sekali nak menyertai seminar tetapi ada halangan kerana berada di kampung dua hari yang terawal.

Mendengar ucapan penutup dari Dato’ Kemala terasa peritnya sekali beliau untuk menjayakan Seminar ilmiah seperti itu dalam kegawatan ekonomi kerana peruntukan yang sedikit. Mengadakan seminar Ilmiah seperti terpaksa menagih simpati dari badan-badan korporat yang bersimpati dengan kelayuan Bahasa Melayu.

Mujurlah hadir kerjasama dari Permodalan Nasional Berhad, eSastera.com dan Masjid Abdul Rahman Auf dan juga Institut Terjemahan Negara Berhad yang sudi membaca keperihan yang dialami lalu impian untuk menyuburkan dan menyemarakkan aktiviti bahasa menjadi nyata.

Saya melihat situasi ini sangat membimbangkan sekali terasa gundah dihati akan kemurungan yang dialami kini. Apa yang tidak kena dengan semangat kita sekarang. Semakin maju semakin tidak berminatkah apa lagi untuk mencintai aktiviti-aktiviti sebegini.

Walau bagaimanapun penyertaan dari negara-negara Thailand, Brunei, Singapura dan Indonesia menandakan nadi untuk merancakkan bahasa serumpun itu tetap akan ada. Dato Kemala dalam ucapannya amat berharap agar lalulintas buku bebas dan menjadi nyata di antara negara peserta.

Pengarah ITNM Encik Mohd Khair Ngadiron pula berkata antara tugas utama ITNM ialah untuk menterjemahkan buku ke bahasa Melayu. Ini dilakukan adalah atas rasa untuk memartabatkan sastera negara.

Sebaliknya untuk memartabatkan sastera negara sekarang giat dijalankan usaha penterjemahan karya sastera tempatan ke Bahasa Inggeris (dan bahasa dunia yang lain). Beliau mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada DBP kerana membenarkan karya-karya sastera terbitan DBP di terjemahkan ke bahasa antarabangsa.

No comments: